Sunday, December 9, 2012

Mahasiswa Pendidik IPG kurang menyerlah ?

Bismillah..

Assalamualaikum, selamat sejahtera, salam perjuangan ~


Hari ini, suara golongan intelektual muda yang berkarisma dan bercita-cita tinggi seringkali menggugat dan menempiaskan gelombang kebangkitan massa dengan impak yang tinggi. Komuniti varsiti dan siswa siswi sejak dahulu lagi merupakan antara tonggak dan nadi pencetus kepada sesuatu perkara yang baharu khususnya di dalam negara, sesuai dengan hasrat untuk merealisasikan kata keramat ;

"generasi muda hari ini, pemimpin masa hadapan "

Cuma saya kurang dan masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian mahasiswa pendidik yang tidak keterlaluan jika saya kata sebagai anak angkat Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu guru pelatih Institut Pendidikan Guru.

Saya tidak menafikan kemerlangan serta hebatnya pencapaian guru pelatih yang juga merupakan mahasiswa pendidik ini dalam bidang akademik sangat baik, dikagumi oleh ramai pihak apabila bertugas di sekolah dan sebagainya. Namun begitu, standard yang ingin dicapai nampaknya pada hari ini masih banyak lagi yang perlu diperbaiki walaupun sudah banyak usaha penambahbaikan yang dilaksanakan.

Secara amnya, realiti guru pelatih ketika berada di kampus berada dalam zon yang sangat selesa, tanpa perlu memikirkan dari manakah sumber untuk mendapatkan wang untuk perbelanjaan asasi dan tambahan keperluan yang lain, fasiliti yang disediakan sangat kondusif dan serba baru dan sebagainya.

Tidak sesuai jika dibandingkan dengan kampus di institusi pengajian yang lain, hanya kerana populasi dan demografi kampus IPG adalah berskala lebih kecil berbanding dengan kampus yang lain. Namun begitu, hal ini sepatutnya tidak dijadikan sebagai modal atau faktor untuk mahasiswa pendidik di IPG merasa selamat berada di dalam komuniti kecil dan selesa, kerana di sebalik keselesaan inilah kemungkinan perkara-perkara yang boleh mengancam dalam hal-hal yang tidak disangka boleh berlaku.

Saya tidak menyangkal jika peraturan setiap kampus adalah tertakluk di bawah akta dan undang-undang negara, kerana jika dinilai dari sisi positif, banyak kebaikan yang diperolehi darinya. Adalah perlu disesuaikan dengan situasi dan keadaan setiap tempat, (dalam istilah Arab, lihat 'waqi'iyyah') kerana secara biasnya apa yang mahasiswa inginkan ialah kebebasan untuk bersuara yang tidak diberikan secara sebebasnya jika diperincikan dalam akta yang dikhususkan.

Dalam hal ini, saya mengambil pendekatan yang lain dalam usaha untuk mengalih tatacara atau tindakan mahasiswa pendidik di IPG untuk membawa suara yang ingin disampaikan kepada pihak yang perlu mendengar dan memberi perhatian, bukan dengan pendekatan kurang sesuai dengan etika keguruan yang dipandang tinggi oleh massa.

Dalam beberapa post yang lepas, saya ada menyatakan kisah seorang pensyarah yang memberikan peringatan kepada guru baru yang akan mula bertugas di sekolah nanti, supaya berani untuk menegur pihak atasan sekiranya berlaku sebarang masalah yang perlu diselesaikan, supaya ianya tidak meruncing jika tidak dipertemukan dengan solusi, secepatnya. Tetapi, respon yang diberikan oleh guru pelatih ialah, mereka (mewakili guru pelatih yang lain dengan kata ganti diri KAMI) tidak dibiasakan dengan kaedah seperti itu ketika berada dalam tempoh kursus (berada di IPG), mereka tidak dibenarkan sama-sekali untuk membuat sebarang komen samaada secara terbuka dan tidak berani untuk berbuat demikian walaupun secara peribadi, kerana perkara itu tidak biasa dilakukan di IPG, walhal, jika ianya perlu untuk kebaikan semua pihak, tidaklah menjadi masalah yang besar seandainya dipersetujui, sebagai contoh untuk penambahbaikan dan kebajikan warga kampus secara amnya, pihak guru pelatih meminta kepada pihak perwakilan pelajar untuk menyuarakan pendapat kepada pihak Hal Ehwal Pelajar dan pihak berkenaan yang lain untuk memohon didirikan sebuah gelanggang futsal atau tempat rekreasi yang boleh digunakan oleh semua, maka dalam situasi ini, telah berlaku satu proses di mana ada pencetus untuk memberikan maklumat, ada penerima, penyampai dan seterusnya penerima di pihak yang ketiga.

Hal ini biasanya berlaku kepada pihak kedua, iaitu perwakilan pelajar yang seupaya mungkin membawa suara bersama rakan-rakan yang telah mencapai kata sepakat untuk diambil tindakan oleh pihak atasan, namun dipersalahkan pula pihak yang kedua ini sekiranya belum ada tindakan dari pihak yang ketiga.
Untuk pengetahuan semua, setiap peringkat warga di dalam komuniti kampus ada ruang lingkupnya yang tersendiri, tidak boleh juga dipersalahkan pihak ketiga sekiranya masih tiada tindakan, kerana mereka pula perlu berurusan dengan beberapa pihak yang lain, tidak mustahi jika mereka berurusan sehingga ke peringkat yang keenam, ketujuh dan seterusnya serta ianya memang mengambil masa dan proses yang perlu dilakukan secara berperingkat dan terperinci.
Sekadar maklumat tambahan.

Antara faktor lain kelesuan dalam merealisasikan kata keramat yang saya sebutkan di atas, dalam ruang lingkup mahasiswa pendidik di IPG dalam konteks berada di dalam zon selesa ialah, konsep campus life tidak hidup, walaupun banyak usaha untuk menghidupkannya yang dilakukan oleh pihak perwakilan pelajar, persatuan pelajar dan pihak kampus sendiri.

Mahasiswa pendidik harus menerima dan mengambil cabaran dalam cuba membuktikan bahawa mahasiswa pendidik itu lebih baik daripada yang lain. Jika peluang dan ruang untuk membuktikan itu tiada di dalam kampus, kenapa tidak menyelongkarnya di luar kampus yang terbentang luas ?

Hal ini yang banyak dilakukan oleh mahasiswa lain yang berjaya membuka mata masyarakat, bukan sahaja dalam komuniti setempat, bahkan di peringkat nasional dan antarabangsa !

Apabila ada usaha untuk cuba membawa dan menaikkan nama IPG di peringkat yang lebih tinggi di luar kampus, itu adalah bonus dan modal yang terbaik kepada mahasiswa pendidik di IPG untuk dipersembahkan kepada pihak ketiga dan seterusnya untuk mempergiatkan lagi usaha yang boleh dipertimbangkan sekiranya ada perkara yang melibatkan kerjasama antara mereka dan pihak mahasiswa di IPG, hanya kerana mahasiswa pendidik IPG mampu membuktikan kredibiliti dan usaha dalam merealisasikan dan membenarkan penilaian massa yang memandang tinggi kepada profession perguruan adalah usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak boleh dipandang rendah. Saya sendiri sangat terkilan apabila ditanya oleh masyarakat setempat di mana tempat saya belajar, ada yang belum pernah mendengar nama IPG, bahkan rakan-rakan yang sebaya dengan saya sendiri ada yang tidak tahu akan kewujudan IPG, walaupun pada hakikatnya, mereka tahu apabila disebutkan perkataan Maktab.

Mungkin ketika zaman 'Maktab' dulu penglibatan dan publisiti kepada massa sangat baik kan ?

Hari ini, cuba kita senaraikan sehingga peringkat apa penglibatan IPG di negara kita?
Adakah di peringkat IPG sahaja?
Adakah di peringkat zon sahaja?
Adakah di peringkat negeri sahaja?
Peringkat kebangsaan?
Peringkat antarabangsa?

Koir kemerdekaan belum cukup lagi bagi saya untuk dijadikan kayu ukur atau jawapan kepada soalan di atas. Perlu lebih banyak usaha dari peringkat dan kalangan mahasiswa pendidik IPG sendiri untuk mengorganisasi program sendiri yang lebih baik. KOGUM adalah contoh program yang baik dari segi penglibatan mahasiswa pendidik. Sekadar pandangan peribadi.

Pihak perwakilan pelajar harus lebih proaktif, banyak melakukan R&D dalam banyak perkara supaya setiap permasalahan mampu ditangani dengan efektif, walaupun tidak 100% berjaya diselesaikan, memadai dengan adanya perubahan dan rakan-rakan dapat merasa bahawa anda berperanan dalam menjalankan amanah. Pihak kepimpinan lama perlu memberi tunjuk ajar kepada kepimpinan baharu dan dalam masa yang sama, jangan abaikan dalam soal melatih dan menanam benih pemimpin yang akan dihasilkan untuk kepimpinan yang seterusnya.

Cuba usahakan untuk keluar dari kepompong dan berusahalah untuk jadi seperti rama-rama yang terbang cantik dan bebas apabila keluar dari kepompongnya. Tapi bukanlah bermaksud fokus untuk terus berada di luar kampus, cuma di peringkat kursus yakni peringkat pembinaan karakter guru di IPG, mahasiswa pendidik IPG sudah merasa panas dan dinginnya tanah di tempat lain.

Terima kasih kerana sudi membaca. Maaf jika isi kurang tersusun, mana-mana yang baik, ambil, yang sebaliknya, mohon diberikan pendapat dan cadangan penambahbaikan.

Assalamualaikum.

# Free Gaza, save Syria..

Friday, November 16, 2012

Antara KAHWIN dan MASJID, sama atau sebaliknya ?

Assalamualaikum para pembaca yang budiman sekalian..

Sekarang musim cuti sekolah. Antara benda yang paling seronok ialah pergi kenduri kahwin!

Betul kan ?

Petang ni agak lengang sikit keadaan trafik maya, kawan-kawan ramai balik kampung, mereka tidak berkesempatan untuk online dari rumah. Agak sedikit bosan. Hmm..

Jadi, untuk mengisi sedikit masa ini, aku akan mengarut sikit, bertepatan dengan tema sebentar tadi, cuti sekolah dan kenduri kahwin..hahaa !

Actually orang kawin ada sepanjang masa, cuma time cuti sekolah ni lebih kerap lah berbanding hari-hari biasa. Pengalaman aku bercuti di tempat aku belajar dulu, hampir setiap hujung minggu, bermula petang Jumaat- Ahad, ada saja majlis pernikahan diadakan di masjid tempat aku selalu solat. Di Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras. Ada rezeki sikit, keluarga yang buat majlis di masjid tu mesti buat makan-makan sikit depan masjid ! Hehehe..alhamdulillah..

Aku teringat dulu satu forum yang aku tonton di tv, kalau aku tidak silap, antara panelnya ialah Ustaz Pahrol Md. Juoi. Aku tertarik dengan frasa kahwin yang biasa dikaitkan dengan membina masjid, jika bercerai, meruntuhkan masjid. Biasa dengar kan ??

Baik.
Jika kita lihat dari konteks masjid sebagai tempat beribadah dan pelbagai lagi fungsi kepada masyarakat, hendaklah didirikan atas dasar taqwa, bukanlah didirikan dengan didasari oleh perkara yang lain, seperti menunjuk-nunjuk kemampuan untuk mendirikan sesuatu binaan kepada orang lain, untuk mendapatkan sesuatu kepentingan seperti pengaruh atau nama baik dan dipandang orang dan sebagainya. Segalanya perlu didirikan atas dasar taqwa.

Begitu juga dengan konteks mendidikan masjid, apabila ia disamakan dengan suatu ikatan perkahwinan, maka konsepnya juga perlu sama dan difahami dengan konsep mendirikan masjid seperti yang aku sebutkan tadi. Didasari dengan taqwa, bukan kerana perkara tertentu yang lain.

Memang perkahwinan itu adalah kerana cinta antara dua individu yang kemudiannya disatukan, cuma adakah rasa cinta itu sendiri menjadi sebab musabab kepada pasangan tersebut ke arah taqwa ?

Atau cinta yang sering dilantunkan dalam lagu-lagu Melayu yang mendayu-dayu, yang dijadikan tema dalam drama dan filem ??

Jika kawin kerana pasangan itu kita cintai kerana kecantikannya, kerana dia couple kita dari zaman sekolah dulu lagi, kerana pasangan kita itu banyak duit dan segalanya yang tidak membawa kita ke arah taqwa dan menambah iman kita kepada Allah, itu belum layak untuk disamakan kahwin itu sebagai mendirikan masjid.

Satu analogi yang sebenarnya mencabar para pasangan sebelum berkahwin untuk menjadikan ikatan pernikahan itu sebagai satu ibadah dan menunaikan sunnah Rasulullah, bukan hanya melampiaskan dan menzahirkan rasa dan cinta yang buta semata-mata.

Nah,
Itu perlu difahami sebelum berani menyamakan perkahwinan itu dengan mendirikan masjid.




Tuesday, November 6, 2012

Mereka Bagai Isi & Kuku

Bismillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Assalamualaikum rakan pembaca semua,



Para guru dan ulama', mohon tunjuk ajar diri yang jahil ini,
Rakan-rakan, aku perlukan sokongan dan dokongan kalian,
Para sahabat-sahabat hawariyyun, teman-teman dai'e,
Kombinasi qiadah perjuangan dan seluruh jundi yang menjadi tonggak dan nadi perjuangan habibina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..

InsyaAllah, Alhamdulillah, semoga tulisanku pada hari ini sama-sama menjadi peringatan dan renungan kepada diri saya khususnya yang pertama sekali membaca dan menulisnya sendiri, sungguh peringatan ini sememangnya ku tujukan  khas buat diri yang sering pelupa dan alpa, seterusnya buat teman-teman, semoga kalian mengingatkan aku semula, kerana sifatku sebagai manusia sering lalai dan leka, kerana itu aku abadikan peringatan ini di sini, dengan harapan aku dapat memberi peringatan, dan teman-teman semua dapat mengingatkan aku.

Teman,
Jangankan lelah bila melangkah, insyaAllah segala yang kita buat kerana Allah adalah ibadah.

Teman,
Jangankan bosan bila seruanmu tiada balasan dan sambutan, kerana itu saja takat yang kita kerjakan, soal hidayah dan petunjuk itu Allah azza wajalla empunya urusan, buatlah yang terbaik olehmu teman.

Teman,
Jangankan dihitung segala apa yang kau keluarkan, kerana itulah tanda taqwa dan iman, orang yang memiliki kepunyaan diinfaqkan di atas jalan yang diredhoi Tuhan, insyaAllah balasannya kelak tidak sembarangan.

Teman,
Jangankan merasa payah dan mengah jika hidupnya tiada yang indah, kerana ganjaranmu kelak pastinya syurga yang nian indah hasil dari jerih lelah engkau bersusah payah.

Teman,
Jangankan hatimu dibiarkan bertitik noda hitam nan bertambah dan membiak, anggap saja bila mana setiap apa yang kita kerjakan bertemu kegagalan, antara sebabnya mungkin kerana dari diri kita seorang yang berhati kotor dan tiada takutnya pada Tuhan.

Teman,
Jangnkan pernah berifikir untuk berhenti melangkah di atas jalan ini, bila mana engkau temukan kebuntuan dan tribulasi sepanjang berjalan, kerana ia adalah sebahagian dari pelengkap kepada juzuk dan rukun sepanjang kaki engkau langkahkan di atas landasan perjuangan, kerana tanpanya maka gugurlah salah satu pelengkap dalam perjuangan, apalah makna perjuangan ini tanpa ujian dari Tuhan, kerana itulah perlunya jihad dan pengorbanan, kepentingan jiwa dan badan diketepikan, segala kepunyaan didahulukan, kerana tiadalah hasil diperolehi tanpa berlelah-lelahan.

Teman, begitulah segalanya yang kau rasa tiada kesenangan dan kemanisan di atas dunia yang hanya sebagai medan ujian dan kehidupan sampingan, padahal Allah sedia memberikan balasan yang tiada bandingan di masa hadapan yang waktunya kekal tiada batasan.

   
Siiru 'ala barokatillah..






Thursday, November 1, 2012

Jangan jadi TIN KOSONG..

Jangan sembang kencang !

Itulah kata-kata keramat bagi sang pemberani kepada sang penakut yang pada zahirnya tampak hebat !



Umpama tin minuman yang kosong tidak berisi, bila dijentik dengan kuku atau ditendang dengan kaki, bunyinya lebih kuat dan nyaring berbanding jika diperlakukan dengan cara yang sama ketika ianya berisi air.

Bukan air yang jadi ukuran, tapi bunyinya.

Bila tin kosong dijadikan simpulan bahasa yang ingin dirujukkan kepada manusia, itu bermaksud, ada persamaan antara sifat manusia dengan tin kosong, tetapi tidak bermaksud hendak menyamakan manusia dengan tin, tidak, tetapi ingin mengambil pelajaran supaya manusia tidak dan mengelakkan daripada disamakan dengan sifat tin yang dijadikan persamaan kepada sifat segelintir manusia.

Bunyinya kuat, tapi tidak berisi.



Itulah perumpamaan bagi mereka yang sembang kencang, atau dalam kata mudahnya, para keyboard warrior, para pengkritik alam maya dan juga pejuang-pejuang kata kosong !

Terserah jika hendak melabel aku kuat mengata atau yang semaksud dengannya, jika itu realitinya dan ada orang yang terasa, aku terima.

Cuma aku pelik bila dibuka peluang untuk bersuara dengan suara dari peti suara, ramai saja yang bisu dan hilang suara.

Bila ada peluang dan ruang, aku cuba mencelah untuk buka isu, mengharapkan akan ada yang sepakat untuk sama-sama mengeluarkan suara dari alam maya ke medan yang nyata.

Berkata kosong tanpa sebarang kekuatan fakta yang ampuh menunjukkan ketumpulan minda dan tidak menggunakan kognitif secara optimum.

Satu pernyataan dan persoalan mudah yang dipersoalkan ;

" jika bukan semasa menjadi guru pelatih kita memperkukuhkan nilai dan ciri-ciri keguruan, bila lagi ?"

Satu soalan mudah untuk dijawab dengan betul beserta fakta ilmiah yang ringkas jika dijawab oleh bukan guru pelatih sekalipun boleh dijawab dengan betul.

Ini jawapannya :



Sememangnya untuk menggalas profession apa pun, perlu menjalani satu tempoh latihan dan penyuburan sifat, sebagai contoh :

# Jururawat akan menjalani latihan/kursus kejururawatan dahulu sebelum jadi jururawat
# Juruterbang akan menjalani latihan/kursus penerbangan dahulu sebelum jadi juruterbang
# Jurulatih sukan akan menjalani latihan/kursus kejurulatihan dahulu sebelum melatih
# Guru ?

Nah, pasti ada yang pelik apa kaitan aku kaitkan semua profession di atas dengan persoalan di atas kan?

Sebabnya, ada yang menyatakan sifat, nilai, etika dan sifat keguruan tu disuburkan SEMASA jadi guru nanti, bukannya SEBELUM.

Kalau lah seorang juruterbang mula menerapkan etika sebagai seorang juruterbang tanpa ada latihan dan kursus yang secukupnya, tidak mustahil akan kelam-kabut di dalam kapal terbangnya nanti, suis mana yang perlu ditekan, berapa kelajuan yang perlu dibawa, bagaimana hendak membelok, apa persediaan sekiranya berlaku kecemasan dan sebagainya.

Jika sifat dan ciri keguruan baru hendak dipupuk semasa telah bergelar guru, minta maaf aku cakap, terlambat memang ya, agak mustahil pun memang ya juga.

Kenapa ?

Kerana tiada persediaan ??

Apa yang berlaku ialah, guru-guru pelatih pada masa kini tidak bersungguh-sungguh untuk cuba menerapkan ciri-ciri dan sifat-sifat keguruan dalam diri mereka sepanjang mereka diberikan latihan dan kursus.

Apakah praktikum dan melibatkan diri dengan persatuan dan aktiviti-aktiviti luar itu membuang masa dan tenaga ?

Aku tidak berkata semua aktiviti yang dijalankan boleh membentuk keseluruhan sifat sekaligus, ianya memang mengambil masa, kerana itu tempoh 4 tahun ditambah dengan 3 semester persediaan adalah tempoh yang agak sedikit, dan pada tempoh inilah kita perlu ambil peluang sebaiknya, bukannya duduk bersahaja tanpa mengambil peduli akan apa sebenarnya keperluan dan objektif sesuatu perkara itu dilaksanakan.

Aku ambil contoh praktikum.

Sebelum praktikum, guru-guru pelatih diberi peluang untuk merasai dan membiasakan diri dengan iklim sebenar sekolah dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) atau School Base Experience (SBE) selama seminggu sebanyak 4 kali setiap semester.

Kemudian guru pelatih dihantar ke sekolah untuk berpraktikum untuk fasa yang pertama selama sebulan, diikuti dengan fasa kedua pada semester berikutnya selama dua bulan dan seterusnya selama 3 bulan.

Untuk menghadapi situasi sebenar, guru pelatih perlu diberi pendedahan secara berperingkat terlebih dahulu dalam tempoh masa yang tertentu bermula dari PBS selama seminggu sebanyak 4 kali, kemudian berpraktikum sebanyak 3 kali, bermula dari tempoh masa pendek sebulan, dua bulan dan kemudia tiga bulan, sebelum menghadapi situasi sebenar sebagai seorang pendidik yang akan mengajar mungkin berpuluh-puluh tahun.

Bukankah itu bukti yang cukup kukuh untuk seorang guru perlu menjalani latihan dan menghadamkan sebaik-baiknya pengalaman dalam fasa latihan sebelum pergi kepada situasi sebenar sebagai seorang guru ?

Bagi aku, aku bukanlah siapa-siapa untuk bercakap hal seperti ini, tapi sikap segelintir orang yang berkomunikasi dengan perasaan yang tidak dipandu dengan kebijaksanaan aqal dan emosi yang stabil kadangkala menjadikan apa yang kita cakap kadang-kadang di luar kesedaran kita. Aku juga pernah mengalami benda yang sama. Mungkin ini sebagai peringatan kepada aku sendiri yang berlagak hebat untuk menulis entri panjang dan membosankan seperti ini.

Apa yang aku cuba tekankan di sini ialah, elakkan diri kita daripada kuat bercakap kosong tanpa merealisasikan apa yang kita katakan. Elakkan dari menjadi perwira alam maya yang terbantut dan tidak menuju kepada jalan penyelesaian dan tidak ke mana.



Bawa keluar masalah dari alam maya untuk diselesaikan secara realistik dan bijaksana, bukannya sekadar membuat banyak spekulasi dangkal, membuat pernyataan kurang beradab dan sekaligus menunjukkan betapa tumpulnya pemikiran dan kognitif seorang yang bakal bergelar graduan.

Jangan lesu !

_________________________________________________________

Gambar di atas adalah sebahagian daripada usaha kami dari pihak guru pelatih membahaskan beberapa cadangan di hadapan beberapa orang panel dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan dengan isu hangat iaitu Pemasaran Terbuka Penempatan Guru Pelatih lepasan ijazah.

Dalam ramai-ramai yang tidak setuju dan ada pandangan masing, hanya segelintir sahaja yang berani tampil ke hadapan untuk memberikan pendapat. Hal inilah yang berlaku khususnya dalam kalangan guru pelatih, tidak berani untuk bersuara walaupun sudah dibuka ruang dan diberi peluang, tapi tetap cenderung dan suka untuk bercakap di belakang yang belum tentu ada kesudahan. 

Saya menyeru kepada rakan-rakan, kita sudah lama tidur nyenyak dek kesenangan, kerana beranggapan kita CONFIRM akan dapat penempatan yang diuruskan oleh pihak kementerian. Mereka yang bertungkus lumus untuk mendapat penempatan sama seperti kita tidak jemu-jemu untuk berusaha memastikan mereka juga mendapat perkara yang sama, dan kini usaha mereka semakin hampir untuk direalisasikan. Ketika ini barulah kita dikejutkan dan terjaga dari tidur lena yang panjang ! Sekarang baru kau mahu buka mata ?

*Maaf jika aku over expose gambar sendiri..hehe

Tuesday, October 16, 2012

Tips Publisiti Program Kampus | Facebook

Bismillah..



Lanjutan daripada post yang pertama iaitu publisiti melalui POSTER, kali ini saya cuba kongsikan sedikit tips bagaimana cara untuk memastikan promosi sesuatu program kita menjadi efektif dan dapat mengiklankan program kita dengan baik, seterusnya menjayakan program yang dianjurkan !

Mengikut kajian, remaja khususnya para siswa pada masa kini meluangkan masa berjam-jam dengan facebook, kerana ada juga yang sentiasa berdamping dengannya dengan kemudahan alat telekomunikasi mudah alih yang boleh dibawa ke mana-mana sahaja, selain daripada mereka yang cuma boleh online menggunakan laptop dan pc sahaja.

Oleh kerana itu, tidak mustahil, facebook merupakan medium utama dan mempunyai jaringan yang terbesar dalam pengiklanan percuma yang mempunyai audien yang sangat ramai !

Walaupun begitu, tidak mustahil juga ketidakberkesanan publisiti melalui facebook akan berlaku jika tidak mematuhi segala petua-petua yang sepatutnya dielakkan dan tidak melakukan tips yang boleh menjadikan publisiti 100% melalui facebook sahaja pun boleh menarik ribuan malah jutaan orang untuk menjayakan program anda anjurkan !

Tidak percaya facebook boleh lakukan semua itu ?

Facebook and Twitter were the primary means of organizing the revolution in Egypt:  “Activists from Egypt’s Kifaya (Enough) movement – a coalition of government opponents – and the 6th of April Youth Movement organized the protests on the Facebook and Twitter . . . .” (Voice of America)
Gambar Hiasan


Apa yang saya cuba sampaikan ialah, revolusi yang berlaku di Mesir suatu ketika dahulu yang berjaya menghimpunkan jutaan manusia, secara majoritinya adalah melalui publisiti di laman sosial.

Jadi, tidak mustahil kita boleh mengiklankan kepada lebih ramai orang melalui facebook sahaja, berbanding dengan poster, yang hanya dilihat oleh orang yang lalu-lalang sahaja yang tidak sampai 5 saat, melainkan poster itu menarik dan orang yang lalu-lalang itu singgah sebentar untuk melihat poster tersebut dengan lebih teliti.

Baik, sekarang saya ingin kongsikan apa yang boleh dan tidak boleh, apa yang perlu dan apa yang tidak perlu dalam pengiklanan atau publisiti program melalui facebook :

1) Share ramai-ramai.
Dalam sesebuah organisasi, mesti ada lebih kurang dalam 30 atau lebih ahli. Jadi, jika seorang share sekali poster yang diupload di facebook, maka sudah ada 30 kali share. Itu tidak termasuk orang lain yang menyokong program tersebut. So, menjadi tanggungjawab masing-masing, setiap ahli organisasi itu sendiri dahulu yang mula "membanyakkan" post berkenaan supaya ianya nampak "eh, apa benda yang ramai orang post/share ni..?"

2) Jadikan ianya sebagai gambar profil anda. 
Senang faham, dp lah kan. Anda semua mesti masih ingat lagi ketika ramai orang menggunakan dp yang sama seperti gambar di bawah ini kan ? 


Sedikit sebanyak, ia dapat melahirkan rasa kebersamaan dan solidariti yang tinggi, bukan sahaja antara organisasi atau pihak penganjur, malah turut sama memupuk rasa kebersamaan rakan-rakan sekampus untuk turut sama menjayakan program yang ingin diadakan. Secara tidak langsung, ianya menarik perhatian umum apabila ramai yang menggunakan dp yang sama dan menjadi tanda tanya, "untuk apa dorang guna dp ni? atau "ada apa sebenarnya ni?".  Itu sudah cukup untuk menjadikan tanda tanya itu sebagai satu ruang untuk orang ramai ingin tahu dan akan tahu akan penganjuran program anda.

3) Jangan biarkan post/sharing anda tenggelam dek post yang terbaru !

Hal ini sering berlaku apabila hanya AJK Publisiti seorang sahaja yang melakukan tugasnya, yang lain berkata, "ini bukan tugas aku". Itu bukanlah menjadi masalah besar hanya dengan membantu ajk yang lain menjalankan tugasnya, bukankah penganjuran program adalah hasil usaha bersama? 

Antara tips yang paling penting dalam memastikan post anda sentiasa berada di atas ( di atas merujuk kepada post yang ada di dalam sesebuah group misalnya) , setiap ahli organisasi atau rakan-rakan yang menyokong program tersebut perlu memberi komen pada post berkenaan, walaupun komen yang tiada kaitan dengan post, tapi sebaiknya komen yang cuba menerangkan tentang program berkenaan.

Jika post tersebut dibiarkan tanpa sebarang like atau komen yang terbaru, maka post-post yang baru akan naik dan post berkenaan dengan program anda akan turun ke bawah sehinggakan tenggelam terus dari news feed sesebuah group atau pada home facebook anda dan iklan anda hilang dari pengetahuan umum!

Hal ini perlu dijelaskan lebih awal kepada mereka yang berkenaan, terutama setiap ahli organisasi supaya tidak terlalu berkira akan apa tugas yang diamanahkan dan membantu ajk yang lain juga.

4) Jangan share sekadar share, share tu biar bersungguh dan nampak kesungguhan !
Jika kita tekan butang share, itu sudah menjadi salah satu sumbangan yang terbesar dalam mempromosikan program anda, namun begitu, peratus orang yang akan mengambil perhatian akan perkara yang anda share itu mungkin sedikit, kerana anda cuma sekadar melakukan share dan anda tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan share tersebut.

Bagaimana ini boleh berlaku?

Baik, share boleh berlaku dan terbit dalam 2 bentuk :
a) Share pada Wall anda sendiri.

Ia akan menjadi satu sharing yang separa lengkap, kerana imej yang akan keluar pada wall anda ialah imej pada saiz yang sebenar. 

b) Share pada wall lain seperti : Group/ Page

Ia akan menjadi satu sharing yang memerlukan kesungguhan yang bersungguh-sungguh, kerana, sharing sesuatu di dalam group, imej yang akan keluar ialah imej pada saiz yang kecil dan memerlukan orang untuk menekan imej itu terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut.


Kesilapan yang kedua ialah, apabila kita share sekadar share tanpa menulis sesuatu tentang apa perihal program atau sesuatu kapsyen yang memungkinkan orang lain untuk menekan imej itu untuk paparan pada saiz sebenar. Apa yang berlaku ialah, apabila kita share sekadar share tanpa menulis sesuatu kapsyen pada ruangan yang disediakan, apa yang keluar pada post kita itu ialah link yang sama untuk post/gambar yang kita share itu. 

Sudahlah imej perkara yang kita share itu kecil dan tidak jelas, kita tidak pula menulis sesuatu tentang apa yang kita share itu, peratus orang untuk ambil tahu tentang post yang kita share itu sangat sedikit, boleh jadi hanya kerana melihat tiada kesungguhan kita untuk mengajak, tiada kesungguhan kita untuk buat kerja dan orang tidak tahu, apa benda yang budak ni share, melainkan kita ada menulis sesuatu yang menarik perhatian atau menerangkan sesuatu tentang imej atau sharing berkenaan yang memungkinkan orang akan buka/klik imej/post tersebut.



5) Pastikan apa yang kita iklankan itu tidak terlalu lewat.
Sebaiknya lebih awal dan berterusan. Jika kita lewat untuk membuat liputan atau hebahan, maka jumlah bilangan audiens yang akan melihat iklan yang kita promosikan itu sangat terhad dengan kekangan masa.

Berbeza dengan hebahab yang awal dan berterusan, jika ianya dilakukan lebih awal, salah satu faktor penyebab keberkesanan publisiti ialah dari segi bilangan audiens boleh dikumpulkan lebih ramai dengan jumlah masa yang masih panjang, sebaiknya sebulan atau lebih sebelum program ( bergantung kepada skala program).

6) Create Event.
Hal ini boleh memastikan orang ramai akan sedia maklum sekiranya event berkenaan sentiasa diupdate dari masa ke semasa, selain daripada ianya akan memberikan reminder kepada orang yang dijemput untuk hadir, sama ada akan hadir atau mungkin hadir akan menerima reminder tersebut yang ada pada home masing-masing. Dalam masa yang sama, kita boleh melihat anggaran orang yang akan hadir, tapi tidak boleh mempercayai 100% akan angka itu, kerana akan ada yang akan hadir, tetapi pada hakikatnya tidak hadir sama sekali.

7) Tag orang lain dalam post atau gambar poster yang diupload. 
Perkara ini membolehkan orang yang ditag itu akan sentiasa menerima notifikasi dan setiap notifikasi itu akan keluar pada news feed orang lain walaupun tidak ditag pada gambar berkenaan. Kita boleh tag seberapa ramai orang yang kita mahu selagi masih boleh diterima oleh facebook sendiri, serta carilah orang yang mempunyai jumlah friends yang ramai serta pengaruhnya luas, kerana itu salah satu kelebihan untuk memperluaskan publisiti dengan percuma dan lebih mudah.

8) Pelbagaikan perkongsian yang sama.
Facebook, memiliki segala yang ada dan boleh dikongsikan, seperti pautan dari youtube, blog, twitter dan sebagainya. Gunakan kelebihan itu untuk menyalurkan segala sumber maklumat yang ada terus ke dalam facebook, kerana tidak ramai dan tidak semua orang memiliki dan membuka laman sosial yang lain selain dari facebook sahaja.

Sekadar itu yang saya boleh kongsikan, pastinya ada kekurangan dan sedikit rasa hampeh dengan perkongsian ini ( sebab mesti yang lain sudah ramai tahu tips ni sebenarnya kan..) dan saya minta maaf, kerana sedikit perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri yang ingin diperbaiki. Semoga mendapat manfaat bersama hendaknya.

to be continue..







Wednesday, October 10, 2012

Lirik Qasidah - Ya Hanana

Bismillah..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد


InsyaAllah,
Habib Syech Abdul Qadir Assegaf akan datang ke Malaysia dari 20 - 22 Oktober 2012.
Berikut merupakan jadualnya seperti yang diberitahu :

20 Oktober 2012 | Masjid Asy-Syakirin KLCC, Kuala Lumpur
21 Oktober 2012 | Dataran MBMB, Melaka
22 Oktober 2012 | Masjid UPSI, Tg. Malim, Perak
Semua persembahan dari jam 0830pm-1100pm.

____________________________________________

Di sini aku kongsikan untuk kamu semua lirik Ya hanana .

Klik VIDEO ini untuk menonton & mendengar.

يَا هَنَانَا

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad    bidzhuhuurin nabi ahmad
يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na nabi muhammad   dzalikal fadhlu minallah
يَا هَنَانَا
ya hana na
خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
يَا هَنَانَا
ya hana na
مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
يَاهَانَانَأ
ya hana na
اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
يَاهَنَانَا
ya hana na
صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
يَا هَنَانَا
ya hana na

Maksud lirik.




” Betapa Beruntungnya Kami “

Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.

Betapa beruntungnya kami,

Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),

Betapa beruntungnya kami,

Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.

Betapa beruntungnya kami,

Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,

Betapa beruntungnya kami,

Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,

Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد



Tuesday, October 9, 2012

Tips Publisiti Program di Kampus | Poster

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

Sekadar sedikit perkongsian untuk meluangkan waktu yang terluang ini.
Semoga bermanfaat dan memberi manfaat insyaAllah.

Di kampus khususnya, para siswa sememangnya sibuk menganjurkan pelbagai jenis program.
Salah satu faktor kejayaan dan keberhasilan sesuatu program itu adalah melalui publisiti/iklan yang efektif.

Antara mekanisme yang biasa diaplikasikan dalam publisiti ialah :

- Poster
- Banner
- Sms
- Laman sosial

Tapi, walaupun nampak biasa, jika diperincikan tatacara penggunaannya dengan semaksima mungkin, insyaAllah hasilnya akan jadi luar biasa !

Poster.



- Apa yang menarik tentang poster ialah sudah disediakan tempat untuk menampalkannya. Tapi harus diingat, jangan sesekali menampalkannya di tempat yang dilarang.

- Kalau boleh, buat penyelidikan akan berapa jumlah board yang ada di sekitar kampus serta tempat-tempat tumpuan yang lain untuk menampalkan poster tersebut untuk mengelakkan pembaziran ketika mencetak dan menjimatkan penggunaan kertas dan kos.

- Designer sangat penting peranannya dalam menghasilkan poster yang chantek, menarik & tertarek. Pastikan poster yang dihasilkan menepati aspek C.A.S.P.E.R. Tidak rugi belajar kan? Contrast, Alignment, Simplicity, Emphasis & Repetation.

- Apa yang paling penting, ikhlas dan tunjukkan kesungguhan walaupun tugas kita sebagai tukang tampal poster saja. Jangan tunjuk kerja kita sambil lewa dan asal tampal !

- Aku sangat tidak suka melihat poster yang asal siap & asal tampal. Ada poster yang tampaknya menarik, tapi sayang, si penampalnya mengamalkan slogan "asalkan tampal sudahhh".

- Perlunya menyediakan paku tekan/jarum/pita pelekat sendiri tanpa mengharapkan ada paku tekan/jarum disediakan di setiap tempat yang kita ingin tampal.

- Jika sikap "asal tampal" selalu diamalkan, menunjukkan tiada kesungguhan dalam bekerja, maka akan adalah poster yang melambai-lambai ditiup angin. Cuba kita bayangkan, sehelai kertas ada 4 penjuru dan biasanya kita menampalkan poster pada setiap hujung penjuru perkenaan. Tapi, jika poster tersebut ditampal hanya dengan satu bahagian sahaja, iaitu di tengah kertas pada bahagian atas poster, maka, bahagian kanan dan kiri kertas di bahagian atas itu akan tunduk menutup sebahagian besar kandungan poster itu.

- Jangan lupa juga tentang adab dalam menampal poster, jangan sesekali menindih poster lain yang belum tamat tempohnya dengan poster kita. Itu perlakuan yang sangat kurang sopan.

- Selain itu, jangan lupa pada kebergantungan kepada Allah, ini adalah sebahagian daripada usaha, kesempurnaan sesuatu perkara itu terpulang kepada ketentuan Allah. Jika program kurang berjaya, sedangkan poster sudah memenuhi segenap ruang kampus, jangan sesekali menyalahkan sang penentu segalanya, kerana memberikan hidayah itu bukannya poster kita, itu cuma usaha, tapi Allah saja yang menggerakkan hati sekalian manusia.

to be continue..







Sunday, October 7, 2012

Rindukan saat ini !

Bismillah..alhamdulillah..

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Hari ini, pemikiran rakyat Malaysia cuba diubah tetapan menjadi sesuatu pemikiran yang bercorak dengan isme-isme yang pelbagai hasil ciptaan manusia sendiri yang nampaknya kurang mendapat sambutan, kerana manusia pada hari ini tidak semuanya suka kepada isme-isme yang sempit seperti itu, kerana masyarakat Malaysia pada hari ini sudah ada ketagihan dan kecanduan kepada satu perkara yang baru !

Seperti kecanduan sesuatu yang baru, corak pemikiran rakyat Malaysia hari ini semakin beralih arah sedikit demi sedikit, semakin kecanduan dengan majlis ilmu dan mendalami ilmu agama.



Sedikit demi sedikit kesedaran akan keperluan menghadapi hidup yang berpanduankan agama ini hadir dalam segenap hati yang merindukan akan siraman ilmu dari para alim untuk membasahi kekeringan dan kekosongan rohani yang gersang sebagai persediaan dan bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.


Artis bukan lagi kecanduan biasa bagi masyarakat di Malaysia pada hari, tetapi para ulama' dan umara' adalah tarikan utama dan menjadi kerinduan kepada para pencinta ilmu dan yang dahagakan petunjuk menuju ke arah kebenaran dan membawa kita keluar dari kepompong kesempitan fahaman ilmu yang pada hakikatnya sangat luas jika dipelajari. Perkara seperti ini sangat elok kiranya jika dijadikan sebagai budaya yang rutin kepada masyarakat, kerana masyarakat yang cintakan ilmu adalah masyarakat yang insyaAllah tidak berada di dalam jahil dan kebuntuan sekiranya menghadapi kesulitan. Segala permasalahan dikembalikan kepada syariat, bukanlah diselesaikan atas kekasaran dan sebagainya cara yang tidak sepatutnya.


Budaya ilmu ini juga kian disemarakkan dengan seminar-seminar berskala besar dalam suasana yang komersial dan universal. Para ahli seminar tidak kisah untuk bayaran yang tinggi, kerana ilmu tidak berbaloi untuk diberi harga dengan nilai wang ringgit, kerana memiliki ilmu itu lebih utama berbanding memiliki harta yang banyak. Saban hari seminar-seminar dianjurkan baik seminar yang percuma atau berbayar, tentu saja dibanjiri dengan jutaan ummat yang sanggup datang dari segenap pelusuk tempat.


Dikira sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, syahid adalah miliknya !
Wow!
Bukan senang untuk dapat syahid !
Bagaimana pula jika mati di tempat berhimpunnya jutaan manusia, tapi menikmati sesuatu yang melupakan kita kepada syariat dan memuaskan nafsu dan mengenyangkan mata, hati dan sebagainya dengan perkara yang menggelapkan hati, merosakkan pandangan dengan perkara yang sia-sia ?


Na'uzubillahi minzalik..minta dijauhkan..
carilah majlis ilmu, insyaAllah tidak menyesal untuk dihadiri !

jeng..jeng..jengg...
*gambar hiasan


Friday, October 5, 2012

Rahsia Kejayaan Organisasi




Organisasi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris, iaitu Organisation, tetapi telah dibahasaMelayukan menjadi organisasi. Konsep bagi perkataan organisasi dalam bahasa Melayu tersangat luas dan mempunyai banyak perkataan yang mempunyai maksud yang sama dengan perkataan organisasi, seperti badan, persatuan, pertubuhan, gabungan, himpunan, jawatankuasa, majlis, sekretariat, komite, jemaah, kumpulan, kelompok dan sebagainya. 

Hal ini merujuk kepada segolongan manusia, yang merupakan ahli kepada segolongan besar kelompok. Sebagai contoh, dalam sekelompok besar masyarakat, ada sebahagian kelompok kecil sebagai nadi atau penggerak kepada sesuatu masyarakat tersebut. Kita ambil satu contoh, masyarakat sebuah perkampungan yang besar, memiliki sebuah jawatankuasa induk bagi menyelaras dan merupakan badan bertanggungjawab untuk segala permasalahan kebajikan dan sebagainya. Maksudnya di sini, organisasi yang terlibat dalam sesebuah masyarakat itu adalah terdiri daripada sebahagian kelompok kecil daripada sekelompok besar masyarakat yang ada.


Begitu juga halnya di sesebuah kampus atau institusi pendidikan. Jika di sekolah, kita boleh lihat, adanya banyak persatuan-persatuan kecil dan besar. Persatuan kecil itu adalah seperti kelab permainan, sukan dan sebagainya, manakala badan atau organisasi yang besar pula ialah seperti Badan Pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya serta pengawas perpustakaan. Itu yang biasa kita lihat.



Di kampus pula, masyarakat siswa-siswi diwakili oleh sebahagian kecil daripada kelompok besar mereka oleh sesebuah pertubuhan atau badan berkuasa yang terdiri dari kalangan mereka sendiri, contohnya Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Mahasiswa, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Student Union dan sebagainya sebagai sebuah organisasi yang meliputi keseluruhan tanggungjawabnya kepada perihal kehidupan masyarakat mahasiswa di sesebuah institusi pendidikan.


Tidaklah ditubuhkan sesuatu organisasi itu tanpa adanya obejktif penubuhan, keperluan untuk mendirikan sesuatu organisasi, visi dan misi jangka panjang dan pendek, peraturan, perlembagaan, polisi, sumber kewangan dan sebagainya. 


Apalah gunanya ada sesebuah organisasi, tetapi segala perancangan, pelaksanaan, visi, misi dan objektif yang dinyatakan tidak tercapai dan tidak dapat disempurnakan dengan baik. Banyak faktor berlakunya fenomena keruntuhan dan kelesuan sebuah organisasi, khususnya dari aspek pengurusan, teknikal dan perkara-perkara yang boleh dilihat dan dinilai secara kualitatif dan kuantitatif.


Namun begitu, kita terlepas pandang akan perkara yang sangat sensitif dan mendatangkan kesan yang lebih buruk dalam sesebuah organisasi itu sendiri, kerana faktor ini sangat sulit untuk dinilai dan diperhatikan, apatah lagi untuk dibendung, waima memiliki pemimpin yang bertaraf tertingi sekalipun.


Kejayaan sesebuah organisasi itu tidak ditentukan sepenuhnya oleh betapa hebatnya kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh setiap ahlinya, tetapi perkara yang paling utama dalam menentukan kejayaan organisasi ialah kebersihan dan kesucian hati setiap seorang dari ahlinya tanpa ada yang terkecuali.


Hal ini terbukti apabila dalam satu kisah disebutkan bagaimana Rasulullah s.a.w pernah terlupa bilangan rakaat dalam satu solat jemaah bersama para sahabat. Maka Baginda berkata bahawa barangkali dalam kalangan kalian( para sahabat) ada yang tidak sempurna wudhu'nya. Ketidaksempurnaan ahli bawahan memberi kesan kepada orang atasan tanpa sedar. 


Dalam organisasi ketenteraan contohnya, bagaimana para pemimpin angkatan perang sangat menjaga kesucian dan kebersihan hati para ahlinya agar mencapai kemenangan yang hakiki sangat diambil berat.


Antara kisah yang lain lagi ialah berkenaan dengan Solahuddin al-Ayubi yang berpura-pura sakit dan berpakat dengan doktornya untuk mengumumkan kepada para tentera bahawa sakitnya itu hanya dapat disembuhkan melalui air arak. Lalu, beliau membuat pemeriksaan di khemah tentera untuk mencari arak, namun tidak dijumpai. Jelaslah Solahuddin al-Ayubi bahawa tentera beliau suci daripada kemaksiatan.


Telah berkata Saad bin Abi Waqas kepada Salman al-Farisi setelah mengalahkan tentera Parsi bahawa "sekiranya di dalam pasukan ini tidak terdapat orang yang suka berbuat dosa, nescaya kebaikan pasti akan menang." 



Jika kita adalah salah seorang daripada ahli organisasi bagi apa-apa persatuan/pertubuhan/ badan dan lain-lain, hal seperti ini sangatlah dititikberatkan, kerana, kita tidak ingin matlamat, harapan dan objektif organisasi yang kita bawa tidak kesampaian hanya kerana masalah itu datangnya dari diri kita. Wajib bagi setiap seorang ahli dalam sesebuah organisasi menjaga soal kebersihan dan kesucian hati, kerana dari hati yang terpelihara sahajalah mampu menghindarkan seseorang daripada melakukan perkara-perkara keji dan membunuh seperti hasad dengki, dendam, khianat, maksiat, amarah, pentingkan diri sendiri, tikam kawan dari belakang, fitnah, sombong, ego dan sifat negatif yang lain.


Begitu hebat kesannya jika ada di antara ahli dalam sesebuah organisasi tidak menjaga kesucian dan kebersihan hatinya, lantas mengakibatkan kesan buruk kepada keseluruhan organisasi berkenaan.


Maka, jika visi dan misi sesebuah organisasi tidak dapat atau terlalu lama untuk dicapai, perlu banyakkan muhasabah dan refleksi semula sesama ahli oraganisasi, agar segalanya dapat berjalan dengan lancar..


insyaAllah..

Monday, October 1, 2012

Kenapa tidak tegur kesilapan pihak atasan ?


Ini adalah antara serpihan kisah benar yang aku siramkan titis-titis ayatnya menjadi susunan-susunan huruf dan ayat yang bisa kalian baca di dalam entri pada kali ini.

Aku menaip bukan kerana inginkan populariti.

Aku menaip bukan kerana inginkan perhatian umum.

Aku menaip bukan kerana aku sudah kehabisan kerja untuk dibuat.

AKU INGIN CUBA MENGUBAH FIKIRAN YANG MEMBACA !

Sudah, tiada apa yang perlu dirisaukan para pembaca semua.

Aku bukannya si penjahat yang sedang mengguna-guna pembaca.

Tidak.

Aku cuma si kerdil yang berkongsi cerita.

Aku seorang pelajar lagi.

Dan aku ada pensyarah.

Aku belajar dengan ramai lagi kawan yang lain.

Hari itu hanya ada satu sesi mess lecturer.

Pensyarah masuk, ambil kehadiran dan kemudian bersembang bersama kami.

" apa pengalaman kamu semasa berpraktikal selama 2 bulan ?"

ceritakan.

bla..bla..bla..
masalah tu..masalah ni..

Student seperti langau menjawab masalah-masalah yang berlaku di sekolah.

Setelah habis modal untuk menjawab, kami senyap.

"Ha, itulah peranan you all semua nanti untuk cuba perbetulkan kesilapan dan masalah yang berlaku."

Apa yang kami boleh buat puan ?

Tanya seorang student.

"Kamu perlu berani menegur dan memberi cadangan kepada pihak pentadbiran dan atasan. Mereka antara yang bertanggungjawab melaksanakan segala peraturan, sistem dan sebagainya. Kamu juga ada hak untuk memberi pandangan, kerana kamu salah seorang daripada rakan sekerja, cuma kedudukan kamu saja sedikit di bawah."

Boleh ke puan ?

"Kenapa pulak tak boleh, kamu juga ada hak untuk beri jalan penyelesaian kan."

Selepas seorang budak mentah ini bercakap, keadaan dewan kuliah itu sedikit tersentak.

" Tapi puan, pada pendapat saya, kami tidak akan biasa untuk berbuat demikian pada hari esok jika pada hari ini kami tidak dibenarkan untuk berbuat demikian. Manakan tidak, untuk beri pendapat saja kami sudah dituduh pemberontak, menentang arus sistem, melawan dan sebagainya, hanya kerana kami masih lagi berstatus sebagai seorang pelajar. Lalu bagaimana pula pada masa akan datang? Sudah pastinya kami akan terus dihantui perasaan dan sifat seorang yang PENAKUT kerana pada fasa pembentukan saja kami sudah dituangkan ke dalam acuan penakut, dilarang untuk bercakap hatta memberi cadangan sekalipun. Pembentukan kami hanya untuk perkara-perkara asas yang sungguh asas. Kami yang semakin mengeras di dalam acuan penakut ini, apabila sudah tiba masa untuk dikeluarkan nanti, maka produk yang akan terhasil ialah produk yang penakut ! 

Kalau kita buat kek guna bekas segi empat nanti, bila sudah masak nanti, tidak akan terhasil kek yang berbentuk bulat !"

Oleh kerana itu, pada fasa pembentukan inilah serba-serbi yang ingin diterapkan perlu dilakukan dengan benar dan sempurna, supaya apabila produk yang terhasil nanti akan jadi seperti apa yang kita inginkan.


Aku cuba tekankan di sini bahawa, semasa jadi student ni lah kita dibentuk untuk jadi apa yang kita impikan pada masa akan datang. Student lepasan sekolah tidak sama dengan murid sekolah beb! 



Keluarlah dari kepompong pemikiran sempit yang tersepit dengan mind-set konyol seperti kita student buat cara student, student mesti belajar dan terus belajar 24jam hingga lulus cemerlang..

Itu hanya valid untuk title student sekolah menengah/rendah !

Title student pada hari ini, perlu mula menjiwai apa yang dia perlu jadi pada masa akan datang lebih awal, kerana nanti, dia tidak akan kekok apabila sudah tiba pada masanya.

Kembali kepada isu menegur orang yang lebih tinggi, aku cuba jelaskan bahawa tahap pemikiran matang dan simbahan darah muda yang penuh dengan kesedaran untuk menyatakan kebenaran tanpa rasa takut itu adalah wajar diambil perhatian, kerana pada usia 20-an, saya yakin, kita bukanlah seorang kanak-kanak lagi, kitaran usia matang itu sedikit demi sedikit sudah mula melewati putaran usia kita, melainkan jika kita berusia 20 tahun ke atas, tapi masih memegang prinsip seperti budak sekolah !

Sudahlah, aku tidak ingin ketika aku berada di dalam acuan pembentukan hidup aku pada saat ini, aku ditambahkan dengan ramuan-ramuan dan serbuk perisa yang tidak sesuai dan sepatutnya, kerana aku mahu menjadi produk yang baik nanti  apabila selesai dibentuk pada ketika ini.

Aku tidak mahu jadi seorang penakut pada masa akan datang, biarlah jadi seorang yang berani dan gila pada hari ini, asalkan tidak termakan diri sendiri, jangan sampai beribu orang lain pada  akan datang terus dibajai dengan rasa dan sifat penakut yang tinggi !




  

Saturday, September 22, 2012

Perkataan BAH : Apa yang anda perlu tahu?


Penggunaan "BAH" yang betul
(sebab "bah" merupakan satu
perkataan yang paling istimewa buat
sabahan)
" Salah satu penggunaan kata yang
membezakan Bahasa Melayu Sabah
dengan Bahasa Melayu piawai, ialah
kata tambah "-bah" yang sering
diguna dalam percakapan. Kata
tambah "-bah"
mempunyai fungsi seperti berikut:
1) Kata penyudah untuk menguatkan
ekspresi kata
Contoh ayat: Iya bah. - Iyalah.
2) Kata tambah pemula untuk
memulakan percakapan. Selalunya
digunakan pada permulaan kata.

Contoh ayat:
Bah, kamu pigi lah dulu - (Saya
menjawab -Kamu pergilah dulu).
3)Memberi maksud sudah, atau
penghabis kata. Pengganti dalam
bahasa Melayu
ialah "Baiklah", atau "Begitulah".
Contoh ayat:
BM Sabah: "Boy, nanti ko pigi beli
beras di kadai sana." Boy menjawab,
"Bah."
BM piawai: "Boy, nanti pergi beli beras
di kedai."Boy menjawab, "Baiklah"
4)Untuk menegur atau menyapa
orang. Lazimnya org sabah akan
menyebut "Bah" bila berselisih dengan
orang yang dikenali untuk tujuan
menyapa orang tersebut.

Contoh-contoh ayat:
1."ko orang KL bah kan?"
2."sejuk bah ni air"
3."awal lagi bah ni"
PENYALAHGUNAAN "BAH"
Masyarakat sabah memang sinonim
dgn perkataan "BAH" yang begitu
unik. Tetapi perkataan "BAH" ini sering
disalah ertikan oleh masyarakat selain
Sabah.







Mari kita menghayati dan renungi
penyalahgunaan "BAH" dalam ayat-
ayat ini:

1. "apa kabar bah?"-kononnya mau
bertanyakan khabar. (Ini salah)
2. "suda makan ka bah?" (Aneh….)
3. "bila balik bah?" ( Orang tahu bukan orang Sabah yang cakap)




kopi pes dari status fb kawan saya bah ni..hehehee

Tuesday, September 11, 2012

Siapa kita untuk tidak memaafkan ?

Bismillah..
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Pertama sekali, maaf jika aku membuang masa anda yang sedang membaca ini, sekiranya anda ada keperluan lain yang lebih penting, kerana entri ini bersifat peribadi. Tidak perlu ambil tahu pun rasanya tiada masalah, cuma jika ingin teruskan membaca, harapnya cukuplah sekadar di sini saja, kerana aku tidak ingin menjadikan perkara ini sebagai bahan bualan yang lebih lanjut, biarlah dengan apa yang tertulis ini wujud seadanya tanpa ada tokok tambah daripada cerita dan kisah menerusi sumber yang lain.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Soalan saya yang pertama sekali sebagai pembuka kata entri yang sangat membosankan ini ialah :

Adakah kita pernah melakukan kesilapan sepanjang hidup, secara sengaja, tidak sedar atau terbuat ??

Soalan ini agak dangkal pada pemikiran akal waras manusia normal, kerana rata-rata antara kita acapkali saja melakukan kesilapan, bahkan yang membawa kepada sesuatu perkara yang lebih besar dan rumit.

Ini bukan cerita agama.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Cuma aku sendiri ingin para pembaca turut mengetahui naluri perasaan yang sedar barai dan berkecai dek kesilapan lalu atas kelemahan dan kedhaifan aku sendiri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Pernah sekali dulu aku buat entri bertajuk " Salah aku ".

Cuba cari sendiri lah, malas letak link.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Aku akui, aku adalah antara jutaan manusia yang sentiasa tidak dapat melarikan diri, merangkak atau mengengsot daripada dosa, melakukan kesilapan dan tidak lepas daripada kelemahan diri sendiri yang sememangnya bersifat cetek dengan ilmu, kesedaran yang ada kalanya tidak dapat dipandu dengan berhemat dengan kurangnya akhlak dan bimbingan yang sebenar, kerana itu adalah sebahagian dari kekurangan aku.
Itu aku sangat akui.

Aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Oleh kerana itu, aku kira kesilapan yang telah aku lakukan itu adalah titik tolak permulaan sang maha pengatur kehidupan hambanya dan pengatur segala kejadian yang sudah diketahui olehNya baik buruk sesuatu perkara itu menjadikannya sebagai satu pengajaran yang sangat berguna untukku.

Telah diciptakan olehNya alam semesta yang sangat luas ini dengan pelbagai isi makhluk yang bermacam bentuk, warna dan sifat, wujudnya sekalian ciptaan ini, tidak lain antara fungsinya ialah menjadikan pengajaran dan mengajar hidup manusia.

Begitu juga dengan perkara yang terjadi terhadap kita juga merupakan pengajaran yang cukup berguna untuk kita.

Untuk aku khususnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Sebagai contoh, peristiwa kematian.

Kenapa berlakunya peristiwa itu, antara sebabnya ialah supaya kita yang masih hidup ini bersedia untuk mati, beringat bahawa kita juga akan mati.

Tidak ada perkara yang telah diaturkan oleh sang maha pengatur kejadian itu tidak membawa apa-apa makna dan manfaat kepada kita, manusia yang sangat hina dan berdosa ini, hatta kejadian yang berlaku itu merupakan musibah atau perkara yang tidak baik.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Sekali lagi, aku mengakui, aku telah melakukan satu kesilapan dan kesalahan terhadap satu pihak.

Dan.

Aku sudahpun meminta maaf kepada pihak itu.

Aku sedar, perkara ini mengakibatkan berlakunya satu pergolakan yang sangat besar, hanya kerana kesilapan aku itu sebagai salah satu punca utama.

Adakah tiada langsung peluang untuk permintaan maaf aku diterima?

Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjadikan ini sebagai pengajaran, malah terus dihempapkan dengan lebih banyak hentakan?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Layukallifullahu nafsan illa wus'aha.....

Aku cuba adukan perkara ini kepada yang maha mendengar aduanku.

Aku sedar hal ini sangat besar impaknya kepada pihak yang telah aku lakukan kesilapan itu.

Mereka seadanya menerima kemaafan dariku.

Cuma ada lagi yang menafikan tindakan aku untuk memohon maaf.

Memang aku tidak dibenarkan, dilarang atau pintu kemaafan untukku sudah tertutup?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Adakah perkara ini sedang bermula, sedang meniti kemuncak, atau akan berakhir tidak lama lagi, itu persoalan yang tiada jawapan.

Apakah tohmahan fitnah dan penyebarannya dari mulut ke mulut dengan cerita yang tidak benar itu adalah kemuncaknya atau itu baru permulaannya?

SABAR.

Itulah perkara yang paling utama pada ketika ini.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, 3:130 yang bermaksud :

" dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu, sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan "

Aku harap, segala fitnah dan kata-kata yang tidak benar, janganlah disebarkan.

Janganlah memecah-belahkan masyarakat atas kepentingan diri sendiri dengan memperburukkan orang lain.
Lalu apa yang mereka perolehi ??

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Aku akui aku silap, maafkanlah aku!

"..orang-orang yang sabar dan memaafkan, sesungguhnya perbuatan yang demikian itu adalah termasuk urusan yang diutamakan.." - Asy-Syura:43

Angkuhnya kita dihadapan pencipta kita yang menjadikan diri kita, tidak boleh memaafkan dan memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesilapan dan kesalahan untuk memberinya peluang menginsafi segalanya dan tidak mengulanginya lagi, sedangkan sifat Allah itu maha sempurna dari segala aspek, tiada kekurangan dan kelemahan, dosa hambanya yang bertimbun-timbun tinggi menggunung sekalipun, apabila si pendosa itu bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah akan ampunkan!

Allahuakbar.

Kita manusia yang serba kekurangan ini, orang lain minta maaf saja masih berfikir dua kali untuk memaafkan dan berkira-kira lagi. Tiada lagi untaian kata mengikut akhlak peribadi Nabi Muhammad walaupun sudah pernah dilagukan dalam filem Pendekar Bujang Lapok dengan bait lirik "sedangkan Nabi ampunkan umat".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Itu satu pengajaran yang sangat baik pada zaman itu!

Nabi yang konfem masuk syurga itu pun sedia untuk memaafkan orang lain.

Kita?

Buat baik pun boleh dikira berapa kali sehari, pun masih lagi ada rasa tidak patut untuk memberikan kemaafan kepada orang lain.

Biar hari ini aku dicerca atas kesilapanku.
Biar hari ini aku dikeji kerana perbuatanku.
Biar hari ini aku dibenci kerana dosaku.

Aku sangat menginsafi perbuatanku itu, lafaz maaf sudah aku pinta, ada yang menerima, tapi yang tidak menerima aku pohon dengan seadanya selafaz doa kudus memohon keluhuran hati budi dari Allah agar aku diberi kemaafan, kerana hanya Allah yang membolak-balikkan hati manusia.

Aku sudah menundukkan diriku untuk mengaku kesalahan dan dosaku. 
Yang sangat banyak.

Aku serahkan segalanya kepadaMu wahai tuhan yang maha besar...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...