Showing posts with label jihad. Show all posts
Showing posts with label jihad. Show all posts

Monday, February 4, 2013

Lirik Nasyid | Ghuraba



غرباء و لغير الله لا نحني الجباه


Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah


غرباء و ارتضيناها شعارا في الحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life


ان تسال عنا فإنا لا نبالي بالطغاة

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants


نحن جند الله دوما دربنا درب الاباة

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path


غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


لا نبالي بالقيود بل سنمضي للخلود

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever


فلنجاهد و نناضل و نقاتل من جديد

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start


غرباء هكذا الاحرار في دنيا العبيد

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world


غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy


بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


و لغير الله لا نحني الجباه

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah


غرباء و ارتضيناها شعارا للحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Tonton video lagu ini di SINI

Tuesday, November 6, 2012

Mereka Bagai Isi & Kuku

Bismillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Assalamualaikum rakan pembaca semua,



Para guru dan ulama', mohon tunjuk ajar diri yang jahil ini,
Rakan-rakan, aku perlukan sokongan dan dokongan kalian,
Para sahabat-sahabat hawariyyun, teman-teman dai'e,
Kombinasi qiadah perjuangan dan seluruh jundi yang menjadi tonggak dan nadi perjuangan habibina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..

InsyaAllah, Alhamdulillah, semoga tulisanku pada hari ini sama-sama menjadi peringatan dan renungan kepada diri saya khususnya yang pertama sekali membaca dan menulisnya sendiri, sungguh peringatan ini sememangnya ku tujukan  khas buat diri yang sering pelupa dan alpa, seterusnya buat teman-teman, semoga kalian mengingatkan aku semula, kerana sifatku sebagai manusia sering lalai dan leka, kerana itu aku abadikan peringatan ini di sini, dengan harapan aku dapat memberi peringatan, dan teman-teman semua dapat mengingatkan aku.

Teman,
Jangankan lelah bila melangkah, insyaAllah segala yang kita buat kerana Allah adalah ibadah.

Teman,
Jangankan bosan bila seruanmu tiada balasan dan sambutan, kerana itu saja takat yang kita kerjakan, soal hidayah dan petunjuk itu Allah azza wajalla empunya urusan, buatlah yang terbaik olehmu teman.

Teman,
Jangankan dihitung segala apa yang kau keluarkan, kerana itulah tanda taqwa dan iman, orang yang memiliki kepunyaan diinfaqkan di atas jalan yang diredhoi Tuhan, insyaAllah balasannya kelak tidak sembarangan.

Teman,
Jangankan merasa payah dan mengah jika hidupnya tiada yang indah, kerana ganjaranmu kelak pastinya syurga yang nian indah hasil dari jerih lelah engkau bersusah payah.

Teman,
Jangankan hatimu dibiarkan bertitik noda hitam nan bertambah dan membiak, anggap saja bila mana setiap apa yang kita kerjakan bertemu kegagalan, antara sebabnya mungkin kerana dari diri kita seorang yang berhati kotor dan tiada takutnya pada Tuhan.

Teman,
Jangnkan pernah berifikir untuk berhenti melangkah di atas jalan ini, bila mana engkau temukan kebuntuan dan tribulasi sepanjang berjalan, kerana ia adalah sebahagian dari pelengkap kepada juzuk dan rukun sepanjang kaki engkau langkahkan di atas landasan perjuangan, kerana tanpanya maka gugurlah salah satu pelengkap dalam perjuangan, apalah makna perjuangan ini tanpa ujian dari Tuhan, kerana itulah perlunya jihad dan pengorbanan, kepentingan jiwa dan badan diketepikan, segala kepunyaan didahulukan, kerana tiadalah hasil diperolehi tanpa berlelah-lelahan.

Teman, begitulah segalanya yang kau rasa tiada kesenangan dan kemanisan di atas dunia yang hanya sebagai medan ujian dan kehidupan sampingan, padahal Allah sedia memberikan balasan yang tiada bandingan di masa hadapan yang waktunya kekal tiada batasan.

   
Siiru 'ala barokatillah..






Sunday, September 9, 2012

Jangan pandang enteng pada MOTIVASI !

Bismillahirrahman nirrahim..

Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca yang budiman.

Apa khabar perutnya, sudah diisi atau belum?
Apa khabar ilmunya, sudah ditambah atau masih lagi dengan ilmu semalam?
Apa khabar dengan imannya, sudah diperbaharui atau semakin menurun ?

3 soalan yang dalam maknanya kepada diri saya sendiri khususnya dan juga kepada kita semua amnya.

Sebelum kita mula masuk ke dalam isu perbincangan kita dalam post yang agak bosan ni, saya hendak bertanyakan satu soalan lagi lah. (asyik soalan saja....)

Bila sebut saja perkataan motivasi, apa yang terlintas dalam fikiran kita ??

1) Kem Motivasi di sekolah - Ada jalan tutup mata, tidur dalam kelas/khemah, ada sesi nangis-nangis..


2) Pakar Motivasi - Seorang yang berkacamata, petah berbicara, pakai kot, selalu keluar di TV awal pagi.

3) Seminar Motivasi - Kadang-kadang pesertanya pelajar, ibu bapa, guru-guru & remaja bermasalah.
4) Buku Motivasi - Buku yang agak boring, tiada ilustrasi, semuanya tulisan, cover buku pun kurang menarik


5) Kata-kata Motivasi - Lepas kita rasa hampeh dengan diri sendiri, ada orang cakap sesuatu, lepas tu kita kembali bersemangat !


mungkin ada banyak lagi lah benda yang boleh kita fikirkan bila sebut perkataan motivasi ni.

SEBAGAI PERINGATAN AWAL, POST NI BUKANLAH SATU POST PEMBANGUN JIWA YANG HILANG ATAU SEMANGAT YANG RAPUH, TIADA KATA-KATA BERSEMANGAT DALAM POST INI, CUMA BINCANG ISU TENTANG MOTIVASI..HEHEHE..JANGAN MARAH..

Salah satu fakta tentang motivasi yang ada dalam post ni ialah tentang definisi motivasi yang dirujuk daripada persuratan Melayu, Kamus Dewan Edisi ke-4  

1) Keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan 

2) Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.

3) Sesuatu dorongan, galakan, semangat dan sebagainya untuk melakukan sesuatu.

So, dari 3 point utama ni, kita boleh rungkaikan sedikit, motivasi itu berada pada diri sesorang, bukan pada diri orang lain, tapi dalam diri sendiri. Bukannya sesuatu yang boleh dilihat seperti aspek fizikal.

Motivasi itu ialah satu mekanisme yang menjadi pendorong  kepada seseorang untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh mudah, motivasi dalam bentuk ganjaran, 

" adik, tolong ibu kejap, belikan tepung 1kg di kedai rakyat 1 Malaysia, balik nanti ibu bagi upah ok" 

Motivasi yang diberikan oleh si ibu tadi diberikan dalam bentuk insentif wang, supaya si adik tadi rasa seronok dan terdorong untuk pergi ke kedai membeli tepung. 

Dalam situasi lain, contoh yang mudah juga, ialah atlit negara dalam arena sukan. Motivasi yang merka miliki boleh jadi lahir dari kesedaran diri sendiri dan juga dari orang lain, dari penonton yang bersorak memberikan sokongan, dari jurulatihnya yang memberikan kata-kata semangat, dari pihak yang berkenaan yang menjanjikan imbalan seperti wang insentif, kemudahan keperluan hidup, gelaran Dato', Datin dan sebagainya dan sebagainya. 



Jika kita boleh lihat Lee Chong Wei, secara logiknya jika kita berada di pihaknya, motivasi yang paling tinggi mungkin semangat untuk mengharumkan nama negara serta tidak menghampakan harapan rakyat Malaysia. Itu sudah tentu merupakan suntikan yang paling berkesan untuk beliau bermain bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanannya.

Lain pula ceritanya dengan ahli politik, kata-kata motivasinya dilontarkan terus kepada orang ramai untuk memastika sokongan yang tidak berbelah bagi terhadapnya serta dapat memberikan penjelasan, kefaham dan juga merungkaikan persoalan yang timbul demi mencapai dan merealisasikan hasrat dan juga matlamat perjuangan yang dibawa olehnya. Segala isi ceramah, pidato dan kata-kata yang mereka hujahkan adalah untuk meraih dorongan dari para penyokong dan seterusnya dapat menjadi galakan dan mempermudahkan 
misi untuk mencapai kemenangan. 





Semangat dan motivasi yang diberikan oleh golongan politikus ini jugaklah yang menyemarakkan semangat dan sokongan yang tinggi, kerana motivasi yang diberikan oleh pemimpin itu mungkin dalam bentuk kefahaman ilmu terhadap sesuatu situasi, cagaran atau menjanjikan untuk memberikan sesuatu sebagai balasan atas sokongan, meluahkan fakta-fakta bernas akan kebenaran dan juga membangkitkan kesedaran, kemarahan serta rasa solidariti antara para penyokong.



Hal ini juga berlaku seperti Adolf Hitler, yang pada mulanya, beliau bukanlah seorang pemimpin yang tertinggi, permulaan beliau dalam ketenteraan tidak lain hanyalah sebagai tentera biasa. Namun, atas kesedaran dan semangat yang tinggi untuk membangkitkan kesedaran rakyat Jerman untuk terus bersatu, beliau terus memotivasikan orang ramai dengan pidatonya yang menggegargoncangkan semangat rakyat Jerman!



Dalam peperangan pula, motivasi adalah pelengkap kepada kekuatan ketenteraan. 
Dalam konteks motivasi merupakan pelengkap kepada kekuatan ketenteraan telah disebutkan dalam ayat Al-Quran, Surah Al-Anfal, surah ke 8 ayat 65-66.

"Wahai Nabi, kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." - 8:65 -

"Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar." - 8:66 -

Dalam suatu riwayat oleh Ishaq bin Rawahih dalam musnadnya dari Ibnu Abbas, dikemukakan bahawa ayat ke-65 itu adalah diturunkan untuk mewajibkan seorang tenteran melawan 10 orang tentera, memandangkan bilangan tentera Islam pada ketika itu sedikit berbanding jumlah tentera lawan. 

Oleh kerana dengan faktor jumlah bilangan tentera yang sedikit itulah tentera-tentera ini merasa lemah dan keberatan untuk melawan musuh yang ramai. Oleh kerana itu semangat mereka perlu ditingkatkan dengan memberikan keyakinan bahawa mereka mampu menewaskan sejumlah tentera musuh yang ramai sekalipun hanya dengan bersabar serta meyakini akan janji Allah, kerana Allah akan sentiasa di sisi orang-orang yang sabar.

Dengan berbekalkan keyakinan, kesabaran dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, tentera Islam yang sedikit bilangannya mampu mengalahkan tentera musuh yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada mereka.

Begitu hebatnya kesan motivasi !


Sunday, June 24, 2012

Korban

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

La haulawala quwwata illa billahil 'aliyyul azim..

Allahu akbar, walillahil hamd..

Hampir pukul 3 pagi.

Aku gagahi mata ini untuk menyapa sang keyboard sebentar untuk menukilkan sesuatu..

Semalam, usai ber-Al-Mulk, aku rebahkan lambungku di atas hamparan empuk bercadarkan kain bercorak spongebob :)

Ah...aku perlukan sedikit pengisian rohani dan pencetus semangat sebelum tidur..

Aku teringat akan satu travelog bersama beberapa orang pemuda dalam sebuah buku.

Aku sudah baca kesemuanya.

Kisah-kisah pahit manis sepanjang perjuangan.

Kisah luka, suka dan duka mereka menempuh mehnah dan tribulasi..

Aku singgahkan sebentar mata dan mengumat-kamitkan bibir untuk membaca.

Kisah sang ketua yang jadual hidupnya yang sangat menghimpit masanya.

Dimulakan dengan kisah menaip travellog seperti ini.

Kemudian tertidur di atas meja taip.

Disambung dengan esok pagi, mengisi pengajian kuliah subuh.

Kemudian bergegas pergi ke KL dari Kuantan.

Kereta rosak.

Tapi digagahi juga untuk sampai ke tempat mesyuarat lebih awal dari waktunya.

Menyoroti pengajaran daripada senior dalam kepemimpinan.

Belajar daripada kesilapan dan meneladani ketokohan sang ketua yang lebih tua.

Tidak menyedari bahawi dirinya belum lagi mandi dalam sehari.

Biarlah penat, tapi tidak mengecewakan jemputan umat untuk mengisi pengajian ilmu.

Ketepikan kepentingan diri demi kepentingan umat.

Semuanya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kerana kita sudah faham kerana apa kita perlu melakukan semua itu.

Kerana kita ikhlas, tiada erti kata penat dan lelah untuk bekerja.

Kerana itu, teruskanlah istiqomah dengan kerja-kerja yang baik dan bermanfaat itu.

Kerana itulah juga, perlunya jihad untuk melawan mekanisme penghalang kepada kebaikan itu.

Kerana itu, perlunya pengorbanan yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan, masa, tenaga, wang ringgit..

Kerana kita tahu, kita lakukan semua itu kerana kita taat kepada perintah Allah & Rasulullah.

Kerana itulah kita perlu jelas dengan apa yang kita taatkan itu tidak dicemari dengan yang lainnya.

Kerana itulah perlunya kita untuk mempunyai ikatan yang erat sesama saudara seiman untuk saling memperingati, menghargai, berkasih sayang dan sebagainya.

Kerana itulah juga, perlunya ada dasar kepercayaan antara kita sesama saudara untuk saling memkukuhkan kefahaman, ikhlas beramal, istiqomah dalam membuat kebaikan, berjihad untuk menggagahi diri untuk membiasakan dengan amalan kebaikan dengan melakukan pengorbanan atas kepentingan dan perkara yang tidak penting, hanya kerana kita taat akan perintahNya dan RasulNya, kita perlu jelas akan apa yang kita lakukan itu secara mutlak hanya untuk Allah, bukan dipengaruhi ideologi dan sebagainya. Tapi semua itu tidak akan berlaku jika kita hidup tanpa bantuan saudara kita yang lain untuk kita saling memperkukuhkan, sesuai dengan fitrah kehidupan manusia dari zaman dulu kala lagi, hidup bermasyarakat, hidup secara beramai-ramai dengan organisasi yang teratur dengan ketua serta penduduk yang lain.

Dunia untuk dikongsikan bersama, kenapa perlu memilih untuk hidup sendiri.

Aku tidak layak untuk membandingkan diriku dengan beliau yang aku ceritakan tadi.

Masih terlalu jauh.

Aku hanya mengorbankan masa yang sangat sedikit, harta yang masih boleh dikira, tenaga yang masih banyak tidak digunakan.

InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencontohi ketokohan beliau.

Dengan sokongan rakan-rakan yang lain, aku rasa sedikit ringan.

Alhamdulillah.

Itulah kemanisan hidup bersama makhluk yang Allah ciptakan khas untuk semua manusia yang bernama manusia juga. Untuk saling mengenali dan hidup saling melengkapi.

thabbat qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik fi sabilik....

Wednesday, November 2, 2011

Lagu blog lu best la !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !

Sebentar tadi, seorang akhowat bertanya kepada ana,

"kamu tukar lagu dalam blog ke? best lagu tu.."

Lagu apa ek ?

"Alah, lagu tu, yang ....... "


Dia tidak berkata apa-apa selain menunjukkan genggaman tangan yang mengekspressikan mood & tone lagu yang membangkitkan semangat dan adrenalin perjuangan para mujahid, kerana dia tidak tahu apa tajuk lagu itu..

Itulah lagu yang antum semua sedang dengar, lagu yang bertajuk :

GELOMBANG KEADILAN - SHOUTUL HAROKAH



Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga

Sungguh, dari ana sendiri, lagu ini secara tidak langsung menaikkan semula semangat, iltizam dan keazaman untuk terus melangkah di atas jalan & landasan jihad untuk menegakkan keadilan di bumi milik Allah yang pada hari ini, sudah banyak berlaku penindasan, kezaliman serta ketidakadilan oleh pihak-pihak yang tidak memiliki sifat humaniti walaupun pada hakikatnya mereka adalah manusia biasa.

Lagu ini ditujukan khas untuk para mujahidin yang sedia untuk mengabdikan dirinya untuk Allah. Rela dicaci, sedia menerima segala tomahan dari orang lain, sedia menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang bakal dihadapi sepanjang menelusuri jalan da'wah dan jihad.

Dalam menghadapi segala ujian dan rintangan sepanjang perjalanan, berbekalkan semangat serta keikhlasan untuk menegakkan syari'at Allah, segala kepayahan itu diredhakan, segala kesusahan dan kepentingan diri sendiri diabaikan demi kesejahteraan Islam. Melangkah di atas jalan perjuangan dalam keadaan susah ataupun senang, berkorban dengan harta,masa, jiwa dan raga kerana meyakini bahawa janji Allah itu benar.

Ujian itu akan datang dalam pelabagai bentuk, dalam bentuk keperitan dan juga dalam bentuk kesenangan dan kemewahan.

Dipetik dari tamsilan dalam filem sang murabbi, seekor semut yang berjalan untuk menaiki sebatang pokok, tetap tegar menghadapi halangan yang bermacam-macam, ribut taufan dan angin yang kencang tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjalan dan seterusnya sampai di atas pokok tersebut. Namun, apabila datangnya angin yang bertiup dengan lembut menyapa tubuhnya, semut itu terleka, semut itu rasa lega dan kemudiannya terlena... dan seterusnya terjatuh dari atas pokok yang tinggi itu kerana tertidur dengan sangat lena, lantaran tiupan angin yang lembut tadi..

Tiada apa yang boleh dirasakan daripada satu kepalan atau genggaman tangan melainkan satu aura dan semangat untuk terus berdiri, untuk terus melangkah, untuk terus berjuang dan untuk terus menuju matlamat perjuangan, mencapai keredhaan Allah, memburu syahid dan meni'mati ganjaran syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !

Tuesday, November 1, 2011

Aku cermin diri aku kejap boleh ?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ?

Tidak sakit hendaknya...

Tidak tension hendaknya...

Tidak bermasalah hendaknya...

Tidak lokek masa hendaknya untuk membaca entry konyol ini..

Gua minta sikit masa lu semua boleh ka ?

Boleh la kannn...

Nah...

Kalau sudah baca sampai ayat ni, mesti baca sampai habis !

Kalau boleh, sambil-sambil baca tu, ambik cermin, cermin muka kita, cermin satu badan kita, cermin akhlak kita, cermin segalanya yang ada dalam diri kita, biar nampak semuanya.

Kalau tiada cermin, panggil sorang member.

Bro, ko tolong tengok aku.

Apa yang ko rasa huduh & x kena dengan aku?

Aku berat hati la untuk cakap..

Takut la..

Ko tu member aku..

Takut2 ko terasa hati dengan aku..

Susah la nanti...

Terus terang gua cerita, zaman sekarang, ramai student yang kita boleh kata terjerumus dalam lembah hitam yang menakutkan di penghujung zaman yang sangat genting dan merisaukan ini..

Tidak dinafikan juga ada juga dari kalangan student yang tampil ke depan dengan tampak perwira..

Tampil segak dengan sosok figur seorang mujahid pembela agama..

Tampil berani di khalayak dengan suara lantang menegakkan kebenaran..

Mereka lah para pewaris dan penerus perjuangan Rasulullah, para anbia' dan sahabat untuk terus memperjuangkan dan menegakkan syi'ar agama yang kian melayu ( bukan bangsa melayu ).

Itu yang kita nampak..

Tapi cuba kita tengok dari sudut pandangan yang lain pula, adakah kita sendiri sebagai pemuda-pemudi pewaris dan penerus perjuangan para pejuang Islam itu sedia untuk menterjemahkan tema dan wadah perjuangan itu di setiap aspek kehidupan kita..

Kita tidak perlu cari slogan yang berat dan panjang seperti "tegakkan syi'ar Islam di bumi Allah" atau "jihad fi sabilillah menghancurkan yahudi laknatullah".

Huuuu...

Kita cuba ambil slogan yang ringan sikit..

"Islam itu indah"

Kita cuba menerangkan yang Islam itu indah macamana ?

Kita dengan penuh yakin dan bersemangat, dengan kreatif dan penuh inovatif, membentang dan mebicarakan pengisian untuk cuba menterjemahkan frasa "islam itu indah"..

Macam-macam telah kita buat, berbincang, berdialog, berLDK dan sebagainya..

Ok.

Tadi aku cerita pasal cermin kan?

Ok lagi sekali.

Yang kita sungguh-sungguh cakap dengan orang ni, kita sendiri sudah buat atau belum ?

Kita suruh orang ikut sunnah nabi, sudahkah kita buat apa yang kita suruh tu ?

Kalau pun belum, paling tidak kita ada usaha untuk cuba buat, sedikit demi sedikit..

Kalau dalam konteks atau contoh topik "Islam itu indah" tadi..

Apa contoh point yang boleh dikupas supaya orang lain jelas dengan frasa itu ?

Islam itu indah dari segi apa ?

Gaya hidup kot..

Gaya hidup yang macamana ?

Sesuai dengan kehidupan seharian.

Berikan satu contoh .

Erm...

Toharoh...

Bersuci ?

Ya ?

Boleh definekan perkataan bersuci tu ?

Menjaga kebersihan la, contohnya kita bersuci sebelum solat dengan berwudhu'..

Selain tu ?

Ermmm....

kalau kebersihan itu sebahagian daripada iman pula bagaimana ?

Betul juga tu ..

Ok..

Dalam konteks seorang penyampai atau perantara antara ilmu dengan mad'u, apakah kita sendiri sudahpun melaksanakan sesuatu perkara atau isu yang kita cuba sampaikan dalam sesi perkongsian itu ?

Contohnya tadi kita ambil isu tentang kebersihan, yang boleh menterjemahkan frasa "Islam itu indah" dengan mudah..

Mungkin ada yang cuma cakap saja lebih, tapi kebersihan dan suasana tempat tinggal sendiri tidak seperti yang disampaikan dalam perkongsian.

Sebagai tamsilan,

Seorang penjual krim muka yang boleh menjadikan kulit bertambah lembut dan halus, tapi pada hakikatnya, penjual itu sendiri tidak menggunakan krim tersebut dan kulit muka penjual itu sendiri tidak meyakinkan pelanggan untuk membeli krim itu...

Nahhh...

Jadi...

Kalau kita sendiri tidak terurus..

Kita sendiri serabut...

Kalau orang kata "baiti jannati", tapi bagi kita, "baiti, reban ayami"

Lantang berkata, petah berbicara..

Islam itu indah..

Islam itu menitikberatkan soal kebersihan..

Tapi, yang berkata itu lupa untuk menatap dirinya di hadapan cermin..

Apa yang aku cakap ni, aku sudah buat atau belum...??





Maksud ayat:
(itu) sangat dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan
-Surah As-Saff, surah ke-61, ayat 3.

Thursday, October 20, 2011

Jalan itu luas dan banyak, pilihlah ..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Terpanggil untuk menaip akan post yang tidak seberapa ini tatkala mengenangkan para sahabat seperjuangan yang bersama melangkah masih lagi tercari-cari maksud dan hala tuju destinasi dan mencari apa yang sebenarnya kami perjuangkan.

ISLAM.

Itukah yang kita ingin juangkan ?

Apa yang mendorong kamu untuk mengatakan ya dengan penuh yaqin ?

" dengan semangat untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah, aku begitu yaqin untuk mengatakan aku memperjuangkan Islam "

Ahh.. mana buktinya ?

Aku selalu post hadis & terjemahan Quran dalam FB..

Aku selalu ajak orang pegi surau..

Aku pakai tudung labuh..

Aku ada blog Islamik..

Aku jadi ajk surau..

Aku pakai kopiah selalu..

Aku jaga pandangan..

dan macam-macam yang telah kita lakukan, sebagai bukti yang bersifat lahiriah..

Maaf, bukannya kata aku yang menulis ni hebat sangat, kita serupa, cuma ini sedikit cadangan dan seruan..

Tidak salah untuk menzahirkan Islam seperti itu, itu lebih baik, kerana itu salah satu bukti kekuatan dan ketabahan, bagaimana kita menghadapi cemuhan dan persepsi serong orang lain yang menuding jari kepada penzahiran seperti itu, juga bukti kesabaran dan keyaqinan kita untuk tidak takabbur dan bersifat riak.

Baiklah..

Bila kita sebut tentang mujahidin, perkara yang pertama sekali terlintas dalam benak fikiran sempit kita ialah tentera-tentera Hamas yang berjuang di medan peperangan menentang tentera Israel laknatullah..

Bagaimana pula dengan seorang pengusaha restoran ?
Bolehkah beliau dilabel sebagai mujahidin juga ?

Entah...bolehkah ?

hahaha..

Tauke restoran mujahid ?

jangan buat lawak la penulis blog yang jahil, pegi baca buku banyak-banyak !

Ok2...

Aku jahil, masih banyak lagi yang aku perlu belajar..

Sesungguhnya, Allah subhanahu wata'ala telah berfirman ;



Maksudnya :
"wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah wasilah
( jalan ) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah ( berjuanglah ) di jalanNya, agar kamu beroleh kemenangan"
Surah Al-Ma'idah, 5:35.

Sungguh jelas apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah di atas.

Seruan kepada semua mu'minin untuk bertaqwa kepada Allah, kerana muttaqin itulah setinggi-tinggi dan sebaik-baik gelaran kepada hambaNya yang paling Dia sayangi.

Orang yang bertaqwa itulah yang akan mendapat ni'mat dan ganjaran jannah yang telah dijanjikan oleh Allah. Maka dengan itu, kita hamba Allah seringkali diingatkan, supaya bertaqwalah kepada Allah, setiap hari jumaat untuk memulakan khutbah, tapi kita hamba yang sombong lagi hina ini hanya mendengar seruan khatib itu sebagai satu seruan yang biasa, dan tiada makna, malah tidur ketika khatib sedang lantang melontarkan firman serta pujian kepada Allah dan berselawat kepada nabi Muhammad Sollollohu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian, para muttaqin itu diseru pula untuk mencari wasilah.

Apa yang dimaksudkan dengan wasilah ?

Wasilah itulah jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, berbekalkan taqwa itu tadi. Jika kita lihat pada hari ini, wasilah untuk jalan menuju Allah itu telah disempitkan dan dihadkan kepada beberapa jenis dan ruang yang sangat terbatas untuk para muttaqin melangkah menuju Allah.

Jalan untuk menuju Allah hanya untuk para ustaz, ustazah, alim ulama',haji, hajah, tok guru, tok imam dan segalanya yang berkaitan dengan individu yang mempunyai tampak Islamis, seperti kopiah, serban, janggut, jubah, tudung labuh dan purdah.

Itulah pandangan yang telah disempitkan berkenaan dengan wasilah atau jalan menuju Allah.

Sebenarnya, wasilah untuk menuju Allah itu terbentang luas, jalannya ada pelbagai, kita tinggal pilih saja yang mana satu sesuai dengan kita, yang mana satu baik untuk kita dan orang lain, yang mana satu tidak bercanggah dengan syari'at agama, yang mana satu memberikan manfaat di dunia dan juga memberikan syafaat di akhirat kelak.

Sebagai contoh yang telah ana berikan tadi, pengusaha restoran.
Berniaga itu dijadikan wasilah untuk menegakkan syari'at Islam.
Siapa kata tidak boleh ?
Sebagai seorang pengusaha restoran yang berniat dan berhajat untuk menuju dan mendapatkan keredhaan Allah dengan melalui wasilah perusahaan restoran itu sangaat mudah untuk menegakkan syariat Islam.


:SUMBER:


Apa yang dia boleh buat dengan melalui wasilah perusahaan restoran ?

- Menjalankan urusniaga berlandaskan syariat, dengan akad jual beli dan sebagainya
- Menyediakan makanan yang halal dan bermutu, di samping berkhasiat dan lazat
- Mengutamakan kebersihan, sesuai dengan anjuran agama yang mengutamakan kebersihan
- Menunaikan zakat dengan hasil perniagaan
- Menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan dengan senyuman, ucapan salam dan sapaan
- Mengerjakan kewajipan agama ( solat ) bila tiba waktunya
- Memberikan sedekah kepada orang yang memerlukan

itu baru sedikit contoh yang boleh diberikan. Mungin antum boleh bagi lebih dari 100 contoh, apa yang kita boleh buat sebagai seorang pengusaha restoran untuk menegakkan syari'at Islam.

Nah, selesai bab wasilah. Rasanya boleh faham kan apa maksudnya.
Kemudian, apabila kita sudah jumpa wasilah atau jalan yang boleh membawa kepada keredhaan Allah, maka, berjihadlah ketika melangkah di atas jalan itu sehingga sampai ke destinasi yang kita hajatkan. Kenapa perlu berjihad pula ? bukankah wasilah yang telah diterangkan tadi sudah cukup baik untuk sampai ke tempat yang kita ingin pergi ?

Jalan itu memang jalan yang terbaik, tapi bekalan yang kita bawa sepanjang perjalanan itu ( taqwa ) sangat berharga dan ada pihak yang akan cuba merampasnya dan kemudian tidak akan mengembalikannya kepada kita, melainkan kita mencari semula taqwa itu. Itulah dia syaitan yang durjana, datang dalam pelbagai bentuk untuk mengganggu kita sepanjang melangkah di atas wasilah untuk menuju kepada keredhaan Allah.

Baiklah, kita tetap kepada contoh restoran tadi.

Pengusaha restoran itu memang sudah berjaya dan perniagaannya semakin hari semakin baik. Syaitan telah bersumpah untuk sentiasa menyesatkan manusia. Manusia yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah, walaupun dalam susah atau senang, sentiasa meyaqini bahawa apa yang telah terjadi itu berlaku atas kehendak Allah, untung dan rugi dalam perniagaan itu adalah ujian dari Allah, untuk menguji sejauh mana manusia bersyukur dan bersabar atas ujian yang telah diturunkan oleh Allah kepadanya.

Tapi ingat !
Sekejap saja kita lupa pada Allah, syaitan tidak akan membuang masanya untuk menyelinap masuk dalam keterlupaan kita kepada Allah itu untuk meracuni fikiran kita.

Sebagai contoh, pengusaha restoran yang semakin hari semakin mendapat keuntungan itu semakin hari sedikit demi sedikit terlupa untuk bersyukur, sedekah semakin berkurangan dan cinta terhadap keuntungan dan wang ringgit semakin tinggi, maka dengan itu, si iblis yang dilaknat mula masuk ke dalam fikirannya..

Kau semakin kaya, apa salahnya kau simpan saja duit tu, x perlu sedekah sangat.

Kau semakin kaya, apa salahnya kau beli kereta Ferrari 3 buah, barulah orang lain suka.

Perniagaan kau semakin baik, jangan tinggalkan kedai walaupun sekejap, nanti rugi..

Maka dengan itu, musuh yang ada di dalam hati dengan membisikkan seruan-seruan memalingkan diri dari Allah itu perlu dihentikan.

Bagaimana ?

Bermujahadahlah.

Bagaimana ?

Berjuanglah.

Bagaimana ?

Bekalanmu sepanjang perjalanan tadi mungkin sudah dicuri oleh si pencuri yang jahat dan dilaknat itu. Maka bekalan itulah yang perlu kita cari untuk mengelakkan diri dari si pencuri itu, serta membolehkan kita mematahkan seruan-seruan jahat si pencuri yang terlaknat itu daripada terus mengganggu.

Dengan bekalan itulah kita akan jadi kuat.

Dengan bekalan itulah yang membantu kita dalam berjuang dan berjihad ketika melangkah di atas wasilah yang telah kita pilih untuk menuju kepada redha Allah.

Jadi, pandai-pandailah memilih wasilah untuk menegakkan syari'at serta memperbetulkan apa yang selama ini telah menjadi kebiasaan orang.

Terjunlah ke lautan ummat dan berbaktilah dengan mereka dengan 'ilmu yang telah kita miliki. Islam itu syumul, lengkap dari setiap sudut kehidupan, jadi wasilahmu untuk berjuang dan berjihad itu juga ada dari setiap aspek kehidupan. Tinggal kau pilih saja yang mana satu.


:SUMBER:

Kalau kau punya 'ilmu, ajarkanlah 'ilmu yang membawa muridmu mengenal tuhanmu.


:SUMBER:

Kalau kau punya bakat, tunjukkanlah bakatmu untuk membawa manusia mengagumi tuhanmu.


:SUMBER:

Kalau kau punya kepakaran, gunakanlah ia untuk membantu manusia ke arah kebaikan.


Kita yang sedang membaca, apa wasilah yang kita pilih dalam berda'wah dan melangkah untuk mencapai keredhaan Allah ?

Carilah, pilih yang sesuai dengan kita, pilih yang mudah untuk kita terjun ke dalam lautan ummat dan yang paling penting sekali, pilih wasilah yang tidak bercanggah dengan syar'at, tapi pilihlah wasilah yang mampu menegakkan syari'at dan memperbetulkan kebiasaan yang tidak sesuai dengan syari'at..

Segalanya bermula dari diri sendiri.

Ingat, jalangan main jalan saja bro, bekal kena ada ok.. :)

Monday, August 2, 2010

ASYIK-ASYIK CAKAP PASAL PALESTIN !!



Acapkali diperkatakan serta menjadi topik hiwar utama yang bertemakan “Free Palestine”, “Bebaskan Palestin” yang terpampang di media massa. Masing-masing meledakkan pendapat yang berjela-jela mengenainya dengan penuh semangat yang jitu bergantung kepada medium yang digunakan, ada yang menjerit dengan penuh rasa dan nada protes, menulis dengan bahasa yang penuh dengan ekspressi kebencian kepada sang penindas yang tidak kenal maksud perikemanusiaan serta berjiwa zalim, dialah yang dikenali dengan nama Zionis, Israel dan Yahudi.
Tapi kenapa harus bumi Palestin yang menjadi landasan untuk mereka meledakkan bom, peluru serta menjadi arena pembunuhan dan menumpahkan darah-darah suci mereka yang tidak berdosa?
Israel cuba untuk menakluk Palestin sejak sekitar tahun 1946, dan kini ruang untuk saudara kita di Palestin untuk terus bernafas semakin minima ditemani dengan suara mesin-mesin pemusnah yang bersahutan siang dan malam yang lebih lantang dan kencang jika dibandingkan dengan warga Palestin yang cuba untuk bangun dan melawan hanya dengan melempar serpihan-serpihan kelikir yang dahulunya adalah rumah dan bangunan di tempat mereka.


Palestin akan sentiasa menjadi rebutan kerana ada padanya tanah suci Baitul Muqaddis,sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Salahuddin Al-Ayubi, “barangsiapa yang menguasai Palestin, maka mereka akan menguasai dunia”.
Bukan setakat itu sahaja, Rasulullah dan para sahabat pernah bersolat menghadap kearah masjid Al-Aqsa selama 16 bulan sebelum Allah SWT mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Bumi Palestin inilah tempat di mana turunnya wahyu kepada para anbia serta tempat yang penuh keberkatan dengan nilai-nilai spiritual dan di sinilah juga Rasulullah melakukan Isra’. Amatlah dekat kedudukan Palestin di hati umat Islam di seluruh dunia
Subahanallah. Sesungguhnya mereka yang tertindas itu adalah saudara kita! Sudahkah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka? Adakah kita peduli tentang mereka? Ingatlah, sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka”.
Tidakkah terdetik di hati kita walaupun sekelumit rasa kasihan kepada warga Palestin yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, makanan, keluarga dan kebebasan yang mereka tidak pernah kecapi?
Kita tidak mampu untuk berperang bersama membantu mereka di sana, namun begitu masih ada jalan lain untuk kita berjuang menafikan kekangan Yahudi laknatullah untuk terus mencengkam dengan pelabagai cara mengikut kemampuan serta kelebihan yang kita ada. Gunakanlah seberapa banyak medium yang boleh seperti laman sosial, blog, risalah, gambar dan sebagainya agar dapat kita sebarkan hasrat suci untuk membantu saudara kita yang semakin ramai dipijak dan dijadikan santapan mesin pemusnah Zionis.
Meskipun kita tidak hebat dari aspek jasmani, tetapi kita tetap akan bangkit menentang dengan kekuatan rohani yang teguh bersenjatakan doa yang diledakkan tanpa henti serta bertahan dengan perisai iman yang tidak gentar menerima tentangan.
Kini, seramai 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sudah dikepung sejak 2006 dengan seksaan yang tidak pernah kita bayangkan daripada pelampau Israel sehingga tanah kelahiran mereka menjadi penjara yang paling besar buat mereka dan angka tersebut akan terus bertambah setiap hari jika kita terus lalai dalam memperjuangkan hak saudara seagama.

Jangan pernah berhenti melepaskan tembakan peluru-peluru doa, jangan pernah takut untuk terus menggertak Yahudi laknatullah, bangkitlah umat Islam!
Alhamdulillah.Masih belum terlambat untuk kita menegakkan panji-panji Islam yang kian layu berkibar, dan yakinlah bahawa umat Islam di seluruh dunia melangkah bersama untuk membantu saudara kita yang tertindas di bumi jihad Palestin.
Allahuakbar! Sesungguhnya sebesar-besar tarbiyah Allah kepada kita adalah melalui ujian yang pelbagai bentuk. Cengkaman ke atas Palestin adalah ujian kepada umat Islam di seluruh dunia untuk kembali bersatu untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dari terus dikecam dan seharusnya kita mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi kepada sebilangan besar saudara kita yang tertindas, begitu tabah dan kentalnya iman mereka dalam mempertahankan Islam, tidak seperti kita yang sentiasa bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan yang sebenarnya hanya mengaburi hati kita dalam menempuhi kehidupan dunia yang serba sementara ini. Allahuakbar!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...