Showing posts with label najib razak. Show all posts
Showing posts with label najib razak. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

KISAH BENAR | Penunjuk jalan


Bismillah..
Allohumma solli 'ala sayyidina Muhammad

Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca.

Gambar Hiasan

Menyempatkan jari-jemari ligat dengan tugas lain untuk menyambar halaman ini, meninggalkan sesuatu yang ingin dikongsi bersama.



Dimulakan cerita, 17 Februari 2013 bersamaan 6 Rabiulakhir 1434H, diadakan majlis mawlid dan qasidah di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Aku berazam untuk pergi.

Masanya tiba juga.

Alhamdulillah, tiada halangan untuk pergi.

Aku cuba google map dulu tempat tu. Ok, boleh jalan.

Bila sampai saja di kawasan Alam Damai, aku ternampak dua orang brader naik motor, pakai kain pelikat & baju Melayu.

"ni mesti pegi sana juga, follow dorang lah."

Kerana aku lupa jalan yang aku tengok dalam google map tadi. Maklum lah, hari sudah gelap & tiada signboard tunjuk arah masjid. Sebab biasanya ada kan?

Aku follow dorang dari belakang.

Sampai satu simpang, aku berselisih dengan dorang.

"pergi mawlid ke?"

"a'ah".

Aku sudah nampak signboard masjid. Tapi kecil.

"mungkin depan lagi."

Aku laju ke depan sikit lagi.

"eh, ini keluar ke jalan besar tadi. Mana masjidnya?"

Tiba-tiba brader 2 orang tadi menyusul.

" dah terlajak bang. Masjid tu ha kat belakang, tak nampak, gelap je tempat tu."

"ok, terima kasih bang :) "

Aku u-turn. Kejar dorang balik. Sempat kejar, dorang bawa slow, mungkin memang tunggu aku.

Sampai di masjid tu, lepas parking, aku jumpa dorang.

"terima kasih bang tunjukkan jalan."

"haha, terlajak, tu lah kami pegi bagitau tu. Tak nampak sangat masjid ni."

Lepas habis majlis, ada jamuan. Seorang pakcik panggil aku untuk cukupkan 4 orang, sebab makan dalam talam. Aku pun apa lagi, terus duduk. Nasi beriyani+ayam goreng+sayur campur+gulai kambing.

Allahuakbar..

Begitulah ceritanya.

Beginilah muslim yang diimpikan dan beginilah muslim yang sebenar.



Tidak kira kau siapa, kenal ataupun tidak, tetap membantu dan saling melengkapi.

Sanggup brader 2 orang tu kejar aku balik semata-mata untuk bagitahu aku sudah terlajak dan bagitahu lokasi masjid tu.

Pakcik tu pun sama. Dia tidak kisah aku siapa. Aku tidak mengenali mereka dan mereka juga tidak kenal padaku. Kami makan setalam bersama, berkongsi lauk yang ada. Teringat suapan untuk sahabat bila mula makan. Tapi, ini bukannya dengan kawan-kawan..hehee..

Sunday, September 9, 2012

Jangan pandang enteng pada MOTIVASI !

Bismillahirrahman nirrahim..

Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca yang budiman.

Apa khabar perutnya, sudah diisi atau belum?
Apa khabar ilmunya, sudah ditambah atau masih lagi dengan ilmu semalam?
Apa khabar dengan imannya, sudah diperbaharui atau semakin menurun ?

3 soalan yang dalam maknanya kepada diri saya sendiri khususnya dan juga kepada kita semua amnya.

Sebelum kita mula masuk ke dalam isu perbincangan kita dalam post yang agak bosan ni, saya hendak bertanyakan satu soalan lagi lah. (asyik soalan saja....)

Bila sebut saja perkataan motivasi, apa yang terlintas dalam fikiran kita ??

1) Kem Motivasi di sekolah - Ada jalan tutup mata, tidur dalam kelas/khemah, ada sesi nangis-nangis..


2) Pakar Motivasi - Seorang yang berkacamata, petah berbicara, pakai kot, selalu keluar di TV awal pagi.

3) Seminar Motivasi - Kadang-kadang pesertanya pelajar, ibu bapa, guru-guru & remaja bermasalah.
4) Buku Motivasi - Buku yang agak boring, tiada ilustrasi, semuanya tulisan, cover buku pun kurang menarik


5) Kata-kata Motivasi - Lepas kita rasa hampeh dengan diri sendiri, ada orang cakap sesuatu, lepas tu kita kembali bersemangat !


mungkin ada banyak lagi lah benda yang boleh kita fikirkan bila sebut perkataan motivasi ni.

SEBAGAI PERINGATAN AWAL, POST NI BUKANLAH SATU POST PEMBANGUN JIWA YANG HILANG ATAU SEMANGAT YANG RAPUH, TIADA KATA-KATA BERSEMANGAT DALAM POST INI, CUMA BINCANG ISU TENTANG MOTIVASI..HEHEHE..JANGAN MARAH..

Salah satu fakta tentang motivasi yang ada dalam post ni ialah tentang definisi motivasi yang dirujuk daripada persuratan Melayu, Kamus Dewan Edisi ke-4  

1) Keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan 

2) Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.

3) Sesuatu dorongan, galakan, semangat dan sebagainya untuk melakukan sesuatu.

So, dari 3 point utama ni, kita boleh rungkaikan sedikit, motivasi itu berada pada diri sesorang, bukan pada diri orang lain, tapi dalam diri sendiri. Bukannya sesuatu yang boleh dilihat seperti aspek fizikal.

Motivasi itu ialah satu mekanisme yang menjadi pendorong  kepada seseorang untuk melakukan sesuatu. Sebagai contoh mudah, motivasi dalam bentuk ganjaran, 

" adik, tolong ibu kejap, belikan tepung 1kg di kedai rakyat 1 Malaysia, balik nanti ibu bagi upah ok" 

Motivasi yang diberikan oleh si ibu tadi diberikan dalam bentuk insentif wang, supaya si adik tadi rasa seronok dan terdorong untuk pergi ke kedai membeli tepung. 

Dalam situasi lain, contoh yang mudah juga, ialah atlit negara dalam arena sukan. Motivasi yang merka miliki boleh jadi lahir dari kesedaran diri sendiri dan juga dari orang lain, dari penonton yang bersorak memberikan sokongan, dari jurulatihnya yang memberikan kata-kata semangat, dari pihak yang berkenaan yang menjanjikan imbalan seperti wang insentif, kemudahan keperluan hidup, gelaran Dato', Datin dan sebagainya dan sebagainya. 



Jika kita boleh lihat Lee Chong Wei, secara logiknya jika kita berada di pihaknya, motivasi yang paling tinggi mungkin semangat untuk mengharumkan nama negara serta tidak menghampakan harapan rakyat Malaysia. Itu sudah tentu merupakan suntikan yang paling berkesan untuk beliau bermain bersungguh-sungguh dalam setiap perlawanannya.

Lain pula ceritanya dengan ahli politik, kata-kata motivasinya dilontarkan terus kepada orang ramai untuk memastika sokongan yang tidak berbelah bagi terhadapnya serta dapat memberikan penjelasan, kefaham dan juga merungkaikan persoalan yang timbul demi mencapai dan merealisasikan hasrat dan juga matlamat perjuangan yang dibawa olehnya. Segala isi ceramah, pidato dan kata-kata yang mereka hujahkan adalah untuk meraih dorongan dari para penyokong dan seterusnya dapat menjadi galakan dan mempermudahkan 
misi untuk mencapai kemenangan. 





Semangat dan motivasi yang diberikan oleh golongan politikus ini jugaklah yang menyemarakkan semangat dan sokongan yang tinggi, kerana motivasi yang diberikan oleh pemimpin itu mungkin dalam bentuk kefahaman ilmu terhadap sesuatu situasi, cagaran atau menjanjikan untuk memberikan sesuatu sebagai balasan atas sokongan, meluahkan fakta-fakta bernas akan kebenaran dan juga membangkitkan kesedaran, kemarahan serta rasa solidariti antara para penyokong.



Hal ini juga berlaku seperti Adolf Hitler, yang pada mulanya, beliau bukanlah seorang pemimpin yang tertinggi, permulaan beliau dalam ketenteraan tidak lain hanyalah sebagai tentera biasa. Namun, atas kesedaran dan semangat yang tinggi untuk membangkitkan kesedaran rakyat Jerman untuk terus bersatu, beliau terus memotivasikan orang ramai dengan pidatonya yang menggegargoncangkan semangat rakyat Jerman!



Dalam peperangan pula, motivasi adalah pelengkap kepada kekuatan ketenteraan. 
Dalam konteks motivasi merupakan pelengkap kepada kekuatan ketenteraan telah disebutkan dalam ayat Al-Quran, Surah Al-Anfal, surah ke 8 ayat 65-66.

"Wahai Nabi, kobarkanlah semangat orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu 20 yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu 100 orang, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti." - 8:65 -

"Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar." - 8:66 -

Dalam suatu riwayat oleh Ishaq bin Rawahih dalam musnadnya dari Ibnu Abbas, dikemukakan bahawa ayat ke-65 itu adalah diturunkan untuk mewajibkan seorang tenteran melawan 10 orang tentera, memandangkan bilangan tentera Islam pada ketika itu sedikit berbanding jumlah tentera lawan. 

Oleh kerana dengan faktor jumlah bilangan tentera yang sedikit itulah tentera-tentera ini merasa lemah dan keberatan untuk melawan musuh yang ramai. Oleh kerana itu semangat mereka perlu ditingkatkan dengan memberikan keyakinan bahawa mereka mampu menewaskan sejumlah tentera musuh yang ramai sekalipun hanya dengan bersabar serta meyakini akan janji Allah, kerana Allah akan sentiasa di sisi orang-orang yang sabar.

Dengan berbekalkan keyakinan, kesabaran dan ketaqwaan yang tinggi kepada Allah, tentera Islam yang sedikit bilangannya mampu mengalahkan tentera musuh yang jumlahnya jauh lebih ramai daripada mereka.

Begitu hebatnya kesan motivasi !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...