Tuesday, December 29, 2009

KAHWIN SEBELUM NIKAH



KAWIN DAH...NIKAH BELUM.....


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
JOM BERFIKIR LAGI.....
KALI NI ANA NAK KONGSI BAB TREND BARU (YANG SEBENARNYA DAH LAMA BERLAKU) DI KALANGAN SAHABAT-SAHABAT KITA HARI INI..

RAMAI YANG TIDAK MENYEDARI BAHAWA AKTIVITI "KAPEL" TU SEBENARNYA TELAH MENDAHULUI AKTIVITI YANG SEPATUTNYA DILAKSANAKAN SETELAH BERKAHWIN..
TAK FAHAM?

CONTOHNYA..

1)BERSANDING



SEBELUM KAHWIN LAGI DAH BERSANDING..TERUTAMANYA TIME DATING,TAK KIRA LA BAWAH POKOK,ATAS BATU,TEPI TASIK ATAU DALAM TASIK....HAHAHA



2)MENYARUNG CINCIN



KONONNYA TANDA CINTA LA..UNTUK KEKASIH HATI,SANGGUP DIBELIKAN CINCIN BELAH ROTAN SEBAGAI BUKTI CINTA....HAHAHA

3)MERISIK



AWAK..AWAK NI DAH ADA PAKWE/MAKWE KE BELUM..?


4)NAMA PANGGILAN



BIASANYA BUDAK2 SEKOLAH YANG TENGAH KEMARUK BERCINTA NI LA YANG DASYAT..
BABY,SAYANG,HUBBY,CAYANG/CHAYUNK,DEAR,INTAN PAYUNG,CINTA,ABANG...
PADAHAL BELUM KAWIN LAGI...

5)MENGAWAN
NI YANG PALING TERUK SEKALI..
BELUM KAWIN LAGI DAH JADI PARENTS..
ANTA SEMUA FAHAM-FAHAM LA KAN...
JADI BAPAK/EMAK MUDA...



JADI,FIKIR-FIKIRKAN LAH YA,TERUTAMANYA YANG MASIH LAGI SEKOLAH TU,DUIT MAK BAPAK YANG BAGI,JANGAN BUANG KE TEMPAT YANG SALAH..
KALAU NAK SANGAT,KAWIN DULU OK...
SEKADAR RENUNGAN....

Thursday, November 19, 2009

KERBAU PENDEK

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM BLOG KEPADA SEMUA PEMBACA...

HMMM...
BERSEMBANG DENGAN SAHABAT-SAHABAT MEMANG BEST KAN..
LAGI BEST KALAU DAH SIAP BOLEH GELAK BESAR RAMAI-RAMAI,SAMBIL MAKAN NASI+TELUR GORENG KAT KEDAI YAH..HAHAHA..

TAPI YANG KURANG BESTNYA BILA SETIAP AKHIR AYAT TU DISUDAHI DENGAN PERKATAAN "SI*L" ATAU "B*BI" ATAU "KIM*K"..

APA NI SEMUA???

DOA?

KESERONOKAN?

KEBIASAAN?

BUDAYA?

ELOK SANGAT LAH TU CAKAP MACAM TU..

KALAU TAK PERCAYA,NI CONTOH AYAT YANG PERNAH ANA DENGAR..

"SI*L"
"fullamak,baju mamat tu lawa sial.."

"B*BI"
"barang kat kedai tu mahal babi,ko nak beli watpe.."

"KIM*K"
"aduh..MU kalah lagi la..kimak betol.."

KADANG-KADANG KITA TAK SEDAR PUN YANG KITA DAH TERCAKAP BENDA TU,SEBAB DAH TERBIASA..
JADI,APA KATA KITA CUBA KURANGKAN SIKIT..

Tuesday, November 10, 2009

ADAT JUARA BERKALAH MENANG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM UNITI....

MUKTAMAR AGUNG PGPI TELAH BERLANGSUNG PADA TANGGAL 6 NOVEMBER 2009,JAM 1430..
PADA JAM 1530,ANA MENDAPAT SATU PANGGILAN DARI SAHABAT ANA,FAEZ YANG MENYATAKAN EN.SAIFUL(PENSYARAH) INGIN BERJUMPA ANA SELEPAS TAMAT SESI MUKTAMAR TERSEBUT..


DIPENDEKKAN CERITA,ANA TELAH MENJADI "BIDAN TERJUN" UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN PANTUN YANG AKAN BERLANGSUNG PADA KEESOKAN HARINYA...
LATIHAN YANG MENCABAR RETINA SERTA SEREBRUM YANG BERUSAHA GIGIH SEDARI PETANG KE MAGHRIB,MALAM KE AWAL PAGI...

KEESOKAN HARINYA....



KARNIVAL BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN
ANJURAN DBKL DAN DBP
TARIKH : 7 NOVEMBER 2009
TEMPAT : BANGUNAN DBKL.

AKSI YANG SEMPAT DIRAKAM.



KEPETAHAN MENJUAL DAN MEMBELI PANTUN DARI PASUKAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK 1.




PASUKAN PARLIMEN CHERAS (SOPHY-ASYRAF-ASRUL-ADAM)




PASUKAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK 2 (NAJWA-FATIN-AZRIN BAINUN-FARAH LIYANA)
~ NAIB JOHAN BERBALAS PANTUN MENENTANG PASUKAN BANDAR TUN RAZAK 1.
~ MARA KE PERINGKAT SUKU AKHIR SELEPAS MENUNDUKKAN PASUKAN PARLIMEN CHERAS
~ MEMBAWA PULANG HADIAH BERUPA WANG BERJUMLAH RM1500



PEMANTUN TERBAIK-SITI ZUBAIDAH BACHOK (KEDUA DARI KANAN)




WAJAH-WAJAH JUARA-(IRFAN,SITI ZUBAIDAH-DIANA-FAEZ)BERSAMA EN.AMAT TAROP(PENSYARAH)
~JUARA MEMBAWA PULANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM2000




PASUKAN PARLIMEN CHERAS,BANDAR TUN RAZAK 1 DAN 2 BERSAMA EN.SAIFUL DAN EN.AMAT TAROP




PEMENANG BUSANA TERBAIK-PASUKAN PARLIMEN CHERAS




PENSYARAH YANG BAIK,EN.SAIFUL YANG BANYAK MEMBERI DORONGAN SERTA NASIHAT..




SOPHY.BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR SERTA TIPS-TIPS BERGUNA DALAM ILMU PANTUN-MEMANTUN.


CREDITS FOR ALL...

ANA MENGAKU KESILAPAN ANA ADALAH PUNCA KEKALAHAN PASUKAN ANA KERANA LAMBAT UNTUK MENJAWAB PANTUN KETIKA MENENTANG PASUKAN BTR 2.PADA MULANYA ANA RASA SANGAT BERSALAH KEPADA PASUKAN ANA,KERANA MEREKA SANGAT BERKUALITI DALAM PERSEMBAHAN,TETAPI ANA TELAH MEROSAKKAN KECEMERLANGAN SERTA IMPIAN MEREKA DAN PASUKAN ANA UNTUK MARA KE PERINGKAT SETERUSNYA.TETAPI,DENGAN SOKONGAN DARI SOPHY,ADAM,EN.AMAT,EN.SAIFUL SERTA SAHABAT-SAHABAT YANG LAIN,ANA MENERIMA KEKALAHAN PASUKAN ANA DENGAN HATI YANG TERBUKA DAN TERSENYUM KEMBALI.TERIMA KASIH KEPADA SOPHY(ABG SOPHY)YANG BANYAK MENURUNKAN ILMU KEPANTUNAN YANG BANYAK KEPADA ANA..


INI KATA-KATA DARI EN.SAIFUL:
"XPE,YANG PENTING SEKARANG ASRUL DAH ADA PENGALAMAN KAN?TAHUN DEPAN CUBA LAGI,PASTI AWAK BOLEH MENANG DENGAN BAIK.."

INI KATA-KATA DARI EN.AMAT TAROP:
"WALAUPUN KALAH XPE,YANG PENTING PENGALAMAN AWAK TU BOLEH MENGUBAH MASA DEPAN AWAK,DAN CUBA YANG TERBAIK DI MASA AKAN DATANG.AWAK BOLEH..."

Thursday, November 5, 2009

RAMBUT OH RAMBUT....

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA-PEMBACA BLOG ANA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT...
POST ANA KALI INI ADALAH ADAPTASI DARI SINI, YANG ANA GARAP MENGIKUT GAYA ANA SENDIRI..
TAPI SEBELUM ITU,TERLEBIH DAHULU ANA MEMOHON MAAF,KERANA POST ANA KALI INI MELIBATKAN INDIVIDU YANG NAMANYA ANA RAHSIAKAN.


DI PENDEKKAN CERITA...
ANA NAMPAK RAMAI SAHABAT-SAHABAT ANA MAIN BENDA 'TAGGED'.ALA,MACAM FRIENDSTER TU...



DARI SITU ANA DAPAT IDEA...
ANA NAK SKODENG SAHABAT-SAHABAT ANA NI MELALUI TAGGED.
ANA ADA BUAT SATU PROFILE TAU,TAPI LANGSUNG TAK LETAK GAMBAR ANA DALAM TU,SEBAB TAK NAK ORANG TAU SIAPA ANA NI..
ANA SUKA TENGOK DAN MENCARI PROFILE STUDENT KAT TEMPAT ANA BELAJAR,BUKAN NAK MENCARI TEMAN HIDUP ATAU TEMAN UNTUK PEGI TIMES SQUARE,(HEHEHEHE),TAPI HENDAK MENINJAU APA YANG MEREKA BUAT KAT TAGGED TU...

ANA JUMPA MACAM-MACAM KERENAH SAHABAT-SAHABAT.YANG PALING MENARIKNYA,GAMBAR BERSAMA KEKASIH HATI YANG TERCINTA...
ISH..ISH..ISHH....
KALAU BOLEH ANA NAK BUAT TAYANGAN PERDANA GAMBAR-GAMBAR PASANGAN ROMANTIK TU,TAPI ANA TAK MAHU LA MALUKAN ORANG KAN...

MALAM SEMALAM ANA ADA TERJUMPA PROFILE SEORANG HAMBA ALLAH SWT..
LEPAS TU,ANA POST COMMENT KAT DALAM PROFILE DIA...AYAT LEBIH KURANG MACAM NI LA...

"SMEKUMM...LAWA GAMBAR..UPLOD LA BANYAK LAGI..LAGI BANYAK LAGI BAGUS...BAGI ORANG RAMAI TENGOK...KAN BEST..HEHEHE.."

NAK TAU APA YG JADI KEESOKAN HARINYA????



DIA HANTAR MESEJ PROTES KAT ANA...
"ade masalh ke?!"

NAMPAKNYA TEGURAN BERKIAS ANA TELAH DAPAT DIKESAN ISI KANDUNGANNYA...

LAGIIII....




SO,NI ANA NAK PASTE INPUT DARI LAMAN WEB YANG KAT ATAS SEKALI TU..

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".


Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

* Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

* Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

* Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.


BEGITULAH ANTARA PERKARA YANG ANA INGIN KONGSIKAN...
BEGINILAH KITA DI AKHIR ZAMAN..
SEPATUTNYA KITA BERTERIMA KASIHLAH KEPADA ORANG YANG MENEGUR KESILAPAN KITA,SEKIRANYA TERNYATA KITA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN..
TETAPI,DALAM KISAH BENAR INI,ANA TELAH DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG,SEDANGKAN ANA CUMA MENJAGA KEPENTINGAN DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANA SEBAGAI SEORANG SAHABAT DAN SEORANG MUSLIM UNTUK MENEGUR DAN MENGINGATKAN SAHABAT YANG LAIN...
SALAH KAH ANA MENEGUR ???
JAWAPANNYA,ANTUM SEMUA FIKIRKAN.....

Tuesday, October 27, 2009

SENI SANA SINI SUKSESSSS !!!!



~TARIKH SEBENAR PAMERAN INI TELAH DIANJAK KE 21 OKTOBER-23 OKTOBER 2009

~KOLABORASI ANTARA BEBERAPA KELAS MAJOR PENDIDIKAN SENI VISUAL,ANTARANYA PRA-PISM J 3.8(KLAS ANA),KPLI-SR,PIMSK OUM & PISMP SEM 6.

~ACTUALLY, TEMA SENI SANA SINI TU ADALAH IDEA ANA TIME PEMILIHAN NAMA TEMA DALAM PROSES PEMILIHAN KERTAS KERJA KUMPULAN.

~KENAPA "SENI SANA SINI"??
(PETIKAN DARI CADANGAN AWAL KERTAS KERJA)
2.1 Tema atau tajuk utama bagi pameran ini ialah ‘Seni Sana Sini’. Tema tersebut dipilih adalah untuk menggambarkan bahawa seni adalah satu konsep yang cukup meluas dari pelbagai sudut perspektif dalam kehidupan seharian kita. Aspek seni boleh kita lihat di sekitar kita seperti papan iklan, ilustrasi dari pelbagai media, serta warna-warna yang terdapat di sekeliling kita.
2.2 Selain itu, konsep ‘Seni Sana Sini’ telah dipilih kerana pameran ini melibatkan seluruh warga IPGMIK dan memerlukan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk melihat pameran karya-karya seni, semudah kata ‘dari sana ke sini’. Di samping itu, pameran ini juga melibatkan pengunjung dari luar IPGMIK yang turut serta menjayakan pameran dan aktiviti yang diadakan.
2.3 Di samping itu, para karyawan yang terlibat dalam pameran ini adalah majoritinya terdiri daripada pelajar PPISMP J 3.8 yang berasal dari negeri yang berbeza di seluruh Malaysia. Walaupun berbeza dari segi tempat kelahiran, agama, bangsa, dan warna kulit, perpaduan yang utuh dan mapan telah menyatukan kami bagi menjayakan pameran ini.
~UNTUK MERINGKASKAN CERITA,ANA MUAT NAIK SAJA GAMBAR-GAMBAR NI.
HARI PERTAMA

UCAPAN PERASMIAN DARI KETUA JABATAN PSV,PUAN AZIZAH

ANA BERSAMA MURID-MURID SK SEGAMBUT YANG MENGUNJUNGI PAMERAN INI,KERANA SALAH SEORANG DARIPADA PELAJAR KPLI ADALAH MERUPAKAN BEKAS GURU PRAKTIKUM DI SEKOLAH MEREKA.

KUIZ SPONTAN TENTANG ADOBE PHOTOSHOP YANG MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT DARI PENGUNJUNG !

BRIEFING TENTANG SOALAN KUIZ DAN "JAWAPAN" UNTUK SOALAN KUIZ..= )

ANA BAWA MURID-MURID UNTUK MENGUNJUNGI GALERI

HARI KEDUA

PERSIAPAN UNTUK AKTIVITI BERSAMA MURID-MURID PRA-SEKOLAH

MEMBIMBING MURID PRA-SEKOLAH MEMBUAT KOLAJ

"ANNAZOFATU MINAL IMAN"..SESI PEMBERSIHAN TEMPAT SELEPAS AKTIVITI KOLAJ BERSAMA MURID-MURID PRA-SEKOLAH
ANTARA SENIOR SEM 2 YANG DATANG MENGIMARAHKAN PAMERAN

KOLAJ BERTEMAKAN 1 MALAYSIA
PERTANDINGAN FOTOGRAFI.TEMA 1 MALAYSIA
PERTANDINGAN GRAFIK MULTIMEDIA-MEREKA CORAK T-SHIRT
BERTEMAKAN JUBLI EMAS IPG ILMU KHAS.

HARI KETIGA
AKAK PENGACARA MAJLIS
DOA DIBACA MEMOHON KEBERKATAN
TIMBALAN PENGARAH,PUAN DARAWISAH MENGUNJUNGI PAMERAN PELAJAR PISMP SEM 6 DI DALAM GALERI
ANTARA TENAGA PENGGERAK DARI KELAS PPISMP J3.8

HANYA ITU GAMBAR YANG DAPAT DISIARKAN SETAKAT INI,TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PAMERAN INI..

Thursday, September 24, 2009

AGAK BUSY ...


Tuesday, September 1, 2009

JANGAN-BUAT-INGAT-MINTA

JANGAN...

WAHAI SAHABAT-SAHABATKU...

JANGAN SESEKALI KAMU BERPUAS HATI DENGAN TAHAP KEIMANAN KAMU..

JANGAN SESEKALI KAMU RIAK DENGAN DAN DALAM IBADAH KAMU...

JANGAN LUPA KITA HANYA HAMBA YANG SANGAT HINA...

JANGAN DAN JANGAN BANGGA DENGAN KEBAHAGIAAN DAN KESENANGAN DI DUNIA...

BUAT...

BUAT APA IKUT BUDAYA MEREKA YANG MEROSAKKAN KITA...??

BUAT LAH PERKARA YANG BAIK, KERANA IANYA SANGAT MUDAH DAN INDAH..

BUAT PERKARA YANG TIDAK ELOK, ALLAH TAHU...

BUAT APA TANGGUH2 LAGI,BUAT LAH AMAL SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT !!

INGAT...

INGAT,JANGAN LUPA PESAN MAK & BAPA...

INGAT,MEREKA PESAN,SEMBAHYANG,BELAJAR,BERIMAN,BERILMU...

INGAT SIAPA PENCIPTA KITA..

INGAT SENTIASA...

INGAT DIA SELALU,DIA AKAN SELALU INGAT DENGAN KITA...

INGAT AKAN KEMATIAN AKAN DATANG..ESOK,KEJAP LAGI ATAU....SEKARANG..!

INGAT AR-RAHMAN..AR-RAHIM..

MINTA...

MINTA TUNJUK AJAR DARI MEREKA YANG ARIF...

MINTA ILMU,KAMU AKAN DAPAT ILMU..

MINTA YANG BAIK,KAMU AKAN DAPAT YANG BAIK...

MINTA LAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN DENGAN AR-RAHIM....

MINTA LAH DENGAN NYA YANG MAHA PEMURAH...

MINTA...JANGAN SEGAN....

MINTA UNTUK MENJADI YANG BENAR ANTARA YANG BENAR...

MINTA UNTUK MENJADI BAIK ANTARA YANG TERBAIK...

MINTA UNTUK DIMATIKAN DALAM KEADAAN BERIMAN..

MINTA AGAR ROH KITA DITEMPATKAN DI KALANGAN PARA SOLIHIN.

DENGAN KUDRAT DAN IZIN MU, HAMBA MU YANG HINA LAGI DAIF INI MENGHARAPKAN HUJAN RAHMATMU MEMBASAHI TUBUHKU.DAN SESUNGGUHNYA AKU MEMANJATKAN KESYUKURAN YANG TIDAK TERHINGGA WALAU AKU DIBASAHI DENGAN TEMPIAS TITISAN HUJAN RAHMAT MU... 

Monday, August 31, 2009

MERDEKAKAH KITA?



APA MAKNA MERDEKA DALAM HIDUP ANTUM??

ASKAR : NIPPON DAH KALAH !! MERDEKA !!

ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN : XSEMPAT NAK TANYA...

STUDENT SEKOLAH MENENGAH : EXAM DAH HABIS !! MERDEKA !!

ISTERI YANG CURANG DENGAN SUAMI : ABANG DAH G KERJA !! MERDEKA !! BLEH AJAK ABANG A, ABANG B, ABANG BLA..BLA..BLA.. DATANG RUMAH....

POLIS : AKU DAH BERKAS GENG MAMAK SAMSENG TU. SEKARANG AREA NI DAH MERDEKA !!

BUDAK KECIK : AKU DAH XDOK DALAM BUAIAN LAGI !! MERDEKA !!

BANDUAN : AKU DAH KELUAR PENJARA SELEPAS ...TAHUN !! MERDEKA !! JOM MEROMPAK LAGI !!

PEMANDU TEKSI : YEAH! SEWA TEKSI BULAN NI DAH BAYAR ! UNTUNG BANYAK !! MERDEKA !!

ARTIS : HUH..MAJALAH MANGGA,URTV,MEDIA HIBURAN ETC DAH TIADA !! MERDEKA !! XDE GOSIP LAGI !!

ARTIS LAGI : YESS !! NO MORE DOWNLOAD SITE FOR THE STUFF !! BLEH JUAL CD KAT KEDAI !! MERDEKA !!

GURU : STUDENT SEKARANG DAH SEMAKIN MAJU ! MAHIR DALAM SEGALA BIDANG YANG BERTERASKAN LANDASAN POSITIF ! MERDEKA !!  SENANG AKU NAK MENGAJAR

BIBIK : ESOK GUE PULANG JAKARTA,JUMPA KELUARGA,TETANGGA,KAKE,TANTER GUE..MEREKA PASTI SENANG GUE PULANG BAWA ONGKOS BANYAK SIH !! YANG PENTINGNYA, NGGAK PERLU LAGI JADI BIBIK !! MERDEKA !!

TUKANG POTONG RUMPUT : HAHAHA..SEKARANG RUMPUT TADA..SIMEN ADA BANYAK BIKIN PUNYA..SAYA KARIJA SENANG,SAPU2 SAJA DEY ! MERDEKA !!

P/S: SEKADAR UNTUK BACAAN SAHAJA.TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK DAN SEMUA YANG DI ATAS ADALAH CERITA REKAAN SEMATA-MATA.

WALAU APA PUN TANGGAPAN ATAU PENDAPAT ORANG LAIN TENTANG MERDEKA,KITA SEMEMANGNYA ADA PENDAPAT SENDIRI TENTANG MERDEKA,BETUL TAK?TAPI CUBA KITA FIKIRKAN SEMULA ERTI MERDEKA YANG ANDA PEGANG SEKARANG?ADAKAH IANYA BERKESAN DALAM HIDUP ANDA DARI SEGI PERILAKU,PEMIKIRAN,CARA PERCAKAPAN DAN SEGALA ASPEK YANG LAIN?ANAK BANGSA MASA KINI SABAN HARI SEMAKIN DIBELENGGU DENGAN BERMACAM-MACAM ASBAB YANG MEREKA TIDAK SEDARI ATAUPUN YANG MEREKA SEDARI,TERMASUK SAYA SENDIRI TIDAK TERKECUALI.MUNGKIN ANDA TIDAK PERASAN,BAGAIMANA STRATEGI PERANG SARAF YANG TELAH DILANCARKAN OLEH PIHAK2 LAKNATULLAH UNTUK MENUMPASKAN MUSUH MEREKA DENGAN APA CARA SEKALIPUN,CONTOHNYA MELALUI PEMAKAIAN,GAYA HIDUP,PERGAULAN,MEDIA MASSA DAN BERMACAM-MACAM.SEMEMANGNYA ARTIKEL ATAU PERNYATAAN SEPERTI INI MEMBOSANKAN,KERANA ACAP KALI DIWARTAKAN DI MANA2 SALURAN,TETAPI MASIH TIADA PERUBAHAN ATAU SEBARANG KESAN TERHADAP ANAK2 HARAPAN BANGSA KITA.DENGAN LANTANG DILAUNGKAN LAFAZ "BOIKOT YAHUDI!",TETAPI SI PELAUNG ITULAH ANTARA YANG MENYOKONG DAN MENJANA EKONOMI YAHUDI.TETAP JUGA MEMBUAT URUSNIAGA DENGAN BARANGAN YANG PATUT DIBOIKOT."FREE PALESTINE!","SAVE GAZA!"BERMACAM-MACAM CARA DILAKUKAN UNTUK MENGUTIP DANA BAGI MEMBANTU MEREKA YANG DITINDAS DI SANA,TETAPI ADAKAH CARA YANG MEREKA GUNAKAN ITU BETUL?CONTOH,KONSERT AMAL YANG DIADAKAN DENGAN MEMPERSEMBAHKAN PENYANYI WANITA YANG TIDAK MENUTUP AURAT,MENINGGIKAN SUARA SERTA MEMPAMERKAN AKSI2 YANG..ERMM...NIAT ITU MEMANG BAIK,TETAPI BIARLAH KENA DENGAN CARANYA..ANA TERDENGAR SATU AYAT YANG DILAFAZKAN OLEH SEORANG HAMBA ALLAH DI SEBUAH KOMPLEKS BELI-BELAH TIMES SQUARE(BUKAN NAMA SEBENAR)."YA ALLAH..PENATNYA AKU...".TETAPI BILA ANA PALING KE BELAKANG,KATA-KATA ITU DILAFAZKAN OLEH SEORANG WANITA.SYUKUR BELIAU MASIH MENYEBUT NAMA ALLAH DAN MENGINGATI ALLAH,TETAPI TIDAK DALAM TATACARA PEMAKAIAN DAN PERILAKU...ANA TENGOK..MASYA'ALLAH...TUHAN SAJA YANG TAHU..SINOPSISNYA,PAKAIAN YANG RINGKAS,PADAT,TEPAT DAN MENYEGARKAN..OPPS...TU PERUMPAMAAN SAJA...

NAMPAKNYA ANA SUDAH KESUNTUKAN MAS,KERANA WAKTU BERBUKA SEMAKIN HAMPIR,INSYA'ALLAH ESOK JIKA DIIZINKAN ALLAH SWT,ANA SAMBUNG CERITA LAGI OK...

Friday, August 28, 2009

TERIMA KASIH SAMA-SAMA

HARI KHAMIS HARITU KAWAN ANA (CLASSMATE KAT SEKOLAH MENENGAH DULU,SEKARANG STUDY KAT SHAH ALAM)AJAK KELUAR NAK BAGI BARANG YANG ANA KIRIM DARI SABAH,SEBAB DIA BALIK KAMPUNG HARITU...JADI KIAORANG JANJI JUMPA HARI JUMAAT PETANG,KAT TIMES SQUARE...ANA GERAK JAM 1530 NAIK BAS....
KAWAN ANA AJAK BUKA PUASA KAT 10TH AVENUE TINGKAT 10 BTS...ANA BUKA PUASA MAKAN NASI+TELUR GORENG JE..HAHA...


NI LA BARANG YANG ANA KIRIM DENGAN KAWAN ANA TU....KUIH CINCIN....NAK RASA??DATANG LA KE SABAH TIME CUTI NANTI NAIK KAPAL TERBANG....


DUIT??HAHAHA...NI CERITA PERIBADI ANA..XLEH CERITA...TENGOK BOLEH..NI DUIT RM50 DESIGN BARU...ANA RASA MACAM XNAK PAKAI DUIT NI...BAU BANK LAGI...



HAHAHA....TIKET BAS RAPID ! RM2 UNTUK 1 HARI...



THANX A LOT FRIEND FOR THE KUIH CINCIN!! SEE YOU NEXT TIME YA...

Tuesday, August 25, 2009

DI KALA MUDA DULU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
ANA INGIN BERKONGSI PENGALAMAN HIDUP ANA DENGAN ANTUM SEMUA,ENTAH LA,MUNGKIN NI PENGALAMAN MANIS ATAU PAHIT,ANA PUN KURANG PASTI LAGI...MACAM2 PERKARA YANG ANA HADAPI TIME ANA AKTIFKAN DIRI DALAM SCENE BEBERAPA BULAN YANG LEPAS..SECARA TAMATTUKNYA,ANA AKAN TERANGKAN LAH SEDIKIT SEBANYAK TENTANG PENGALAMAN ANA DALAM SCENE SKINHEAD.....
GAMBAR ATAS NI TIME GIGS 2 MAY 2009KAT NOISY HALL,AMPANG..ACTUALLY ANA MASUK GIGS NI TAK BAYAR..SEBAB DUIT DAH PAKAI UNTUK GIGS SEMALAM 1 MAY KAT ONE CAFE.ADA CERITA SIKIT TENTANG TENTATIF ANA PEGI GIGS NI.PETANG JAM 2 ANA GERAK DARI CHERAS NAIK BAS B114.ANA TURUN KAT AMPANG PARK(DEKAT KLCC).ANA SAMBUNG NAIK BAS SAMPAI KAT AMPANG POINT.KEYWORDS PENTING,ANA XTAU DI MANA NOISY HALL TU..!!ANA PUN PUSING2 SEKITAR AREA AMPANG POINT TU,TANYA2 ORANG DI MANA TEMPAT TU..PUNYA LAH JAUH ANA JALAN,XJUMPA2 JUGAK..ANA TRY CALL MEMBER SURUH DATANG AMBIK KAT AMPANG POINT,TAPI XDPT..LEPAS TU ANA DAPAT IDEA,CARI MAP KAT INTERNET.JUMPA MAP TU,TAPI ANA MASIH KRANG FAHAM LAGI,KEYWORDS YANG ANA DAPAT DARI INTERNET TU,NOISY HALL DEKAT DENGAN BALAI POLIS TRAFIK,TRANSPORT PALING SENANG IS LRT.OK..AKU BAS PEGI STESEN LRT AMPANG.DEKAT SANA ADA SIGNBOARD PDRM,SO ANA PEGI LA BALAI POLIS DEKAT DENGAN GALAXY TU DARI JALAN BESAR,JALAN KAKI..FUH...ANA BLUM TA'AM LAGI...LAPAR......PUSING2 XJUMPA JUGAK..LEPAS TU ANA PEGI STESEN LRT...THEN...ANA NAMPAK BALAI POLIS TRAFIK.....JENG..JENG...JENG.....DAH JUMPA.....DUIT ANA XCUKUP NAK MASUK...MASUK FREE??BUKAN SENANG BEB,ORANG JAGA KAUNTER TU BADAN MACAM BONZER KELAB DANGDUT JE...ANA DAPAT IDEA,BUAT COP KAT TANGAN PAKAI PEN...HAHA
ANA PEGI 7-11 DEPAN TU,BELI PEN MERAH..BUDAK APIS YANG TOLONG ANA,ANA TENGOK COP KAT TANGAN DIA,ANA LUKIS...ALHAMDULILLAH,COP PALSU TU ACCEPTABLE,WALAUPUN ABANG YANG JAGA KAUNTER TU AGAK RAGU2 DENGAN COP TU..
GAMBAR ATAS DAN BAWAH NI TIME KAT DATARAN SHAH ALAM,11 APRIL..TSBP (TIMES SQUARE BOOT PARTY)BUAT TOUR G SHAH ALAM NAEK MOTO...

GAMBAR RAMAI2 KAT ATAS NI,KAT TIMES SQUARE..ANA ORANG KEDUA DARI KANAN

 
BRADER BAJU HIJAU NI ABANG ANGKAT ANA.NAMA DIA LAN,TAPI MEMBER PANGGIL USTAZ...ANA KENAL DIA TIME GIG KL MUSICA PART 2.KAMI DAH SHARE MACAM2..


NI LA SUASANA DLM NOISY HALL TU..SUSAH NAK BERNAFAS,SEMUA UMAT ISAP ROKOK...ANA RASA MACAM NAK MAMPOSSS..MALAM TU,LEPAS SAJA BAND COMBAT CROWD HABIS PERFORM,ANA TERUS CABUT,TAKUT TERTINGGAL BAS.JAM DAH PUKUL 11PM.NASIB BAIK ADA LAGI 1 BAS.SAMPAI KAT AREA PUDU,ANA NAIK BAS B111.TU SAJA BAS YANG STILL AVAILABLE MALAM TU.UNFORTUNATELY,BAS TU SAMPAI MALURI SAJA..DARI MALURI ANA JALAN KAKI BALIK....SUDA LA BELUM MAKAN,DUIT ABIS...ESOKNYA ANA PEGI POW BISKUT MEMBER UNTUK MAKAN TENGAHARI...MAKAN MALAM,ANA LOAN RM MEMBER...NASIB BAIK ADA DINIE....
ABOVE:MEMBER2 ANA KAT TIMES SQUARE A.K.A TSBP...
BELOW AND ABOVE:POSE AT DATARAN MERDEKA




ABOVE:MEMBER KAT TIMES SQUARE (TIMES SQUARE BOOT PARTY A.K.A TSBP)
JAMMING SESSION AT SHAH ALAM WITH MOMMUCKS(PLAYING GUITAR) N SEMBOT..
I TAKE A PHOTO ON SEMBOT'S VESPA AT DATARAN SHAH ALAM...

ANA PUN XTAU LA APA PRO DAN KONTRANYA UNTUK SEMUA NI...DI MANA KEBAIKANNYA DAN DI MANA KEBURUKANNA..ANA PASTI ANTUM SEMUA ADA SYUR ATAU PENDAPAT MASING2 KAN..??TAPI,SEJUJURNYA ANA RASA LAGI BANYAK KESAN NEGATIF LA BERBANDING KESAN YANG POSITIF..DUIT BANYAK ABIS,MASA TERBUANG MACAM TU SAJA,SOLAT TINGGAL,MATA TENGOK MACAM2,PEREMPUAN XTUTUP AURAT BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI..MINUM AIR KENCING SETAN...MASYA'ALLAH...ANA YANG SERBA KURANG ILMU NI PUN IKUT SAJA...SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI ANA PETUNJUK UNTUK KEMBALI KE JALAN YANG BENAR..HINDARKANLAH HAMBAMU YANG LEMAH INI DARI SEGALA GODA DUNIA YANG MELALAIKAN...SESUNGGUHNYA SEMUA YANG TELAH BERLAKU DAN YANG AKAN BERLAKU ADALAH ATAS KUDRAT,IZIN DAN DALAM PENGETAHUANMU..ANA MENGHARAPKAN OMBAK SYAFAAT DARIMU DAPAT ANA RASAKAN WALAU HANYA SETITIS TEMPIASNYA......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...