Thursday, December 23, 2010

TANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

APA KHABAR SAHABAT-SAHABAT PEMBACA YANG BERILMU SEKALIAN, SIHAT ?
BAGAIMANA PULA KHABAR IMAN ?
SEMOGA SEMUANYA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT . . AMEEN~

TERCETUSNYA IDEA UNTUK MERUNGKAIKAN POST KALI INI ADALAH APABILA TERINGAT SATU CERITA DARI SEORANG USTAZAH ANA KETIKA SEKOLAH RENDAH DULU.

" DULU,TIME USTAZAH TADIKA, ATUK USTAZAH YANG AMBIK USTAZAH BALIK DARI TADIKA. SATU HARI, SEBELUM BALIK RUMAH, ATUK SINGGAH SOLAT ZOHOR DI MASJID, USTAZAH IKUT ATUK. LEPAS HABIS SEMBAHYANG, USTAZAH TENGOK ATUK. PELIK. IBU JARI ATUK BERGERAK-GERAK, BIBIR ATUK TERKUMAT-KAMIT. ATUK BUAT APA NIH ? DALAM PERJALANAN BALIK, USTAZAH TANYA ATUK, ATUK, TADI LEPAS SEMBAHYANG, KENAPA IBU JARI ATUK BERGERAK-GERAK? ATUK BACA APA ? TADI LEPAS SEMBAHYANG, ATUK BERZIKIR, SUBAHANALLAH, ALHADULILLAH, ALLAHU AKBAR. SEMUA TU ATUK ULANG 33 KALI. ATUK LUPA BAWA TASBIH, JADI, SUPAYA KIRAAN 33 TU BETUL, ATUK BILANG DENGAN RUAS JARI ATUK NI, CUBA TENGOK JARI ADIK, ADA JUGAK KAN ?"

KETIKA ITU JUGA, SEMUA MURID DALAM KELAS MELIHAT RUAS JARI MASING-MASING.

"BETUL LAH USTAZAH"



DALAM SURAH AT-TIIN AYAT 4, ALLAW SWT TELAH BERFIRMAN :

لقد خلقنا الا نسان في احسن تقويم

MAKSUDNYA:
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DALAM BENTUK YANG SEBAIK-BAIKNYA
(DAN BERKELENGKAPAN SESUAI DENGAN KEADAANNYA )

TIDAK ALLAH SWT MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU ITU TANPA MEMBERIKAN MANFAAT, FAEDAH SERTA HIKMAHNYA DAN TIDAK DICIPTAKAN DENGAN SIA-SIA.

TANGAN KITA, KALAU DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN, BANYAK MANFAATNYA BUKAN SAJA KEPADA DIRI KITA SENDIRI, BAHKAN KEPADA ORANG DI SEKELILING KITA.

ANTARANYA IALAH :

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN.



DARIPADA ABDULLAH BIN UMAR,RASULULLAH SAW BERSABDA :
إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
APABILA SESEORANG DARI KAMU MAKAN, MAKA HENDAKLAH IA MENGGUNAKAN TANGAN KANANNYA, KERANA SYAITAN ITU MAKAN DAN MINUM MENGGUNAKAN TANGAN KIRINYA.

TAMBAHAN PULA, ENZIM YANG ADA PADA TANGAN KITA MEMBANTU DALAM PROSES PENGHADAMAN.

BERZIKIR,TAHMID,TASBIH.



DARIPADA ABDULLAH BIN AMAR, DIA BERKATA :
..AKU MELIHAT RASULULLAH MENGHITUNG BACAAN TASBIH DENGAN ( JARI-JARI ) TANGAN KANANNYA..


BERBAHASA ISYARAT.



INI ANTARA HIKMAHNYA TANGAN DICIPTAKAN. KITA BOLEH BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG KURANG UPAYA, YANG TIDAK BOLEH BERBICARA ATAU MENDENGAR.

BERSEDEKAH.



DARI HAKIM BIN HIZAM R.A, KATANYA, NABI S.A.W BERSABDA:

”TANGAN YANG DI ATAS (TANGAN YANG MEMBERI) LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH (TANGAN YANG MENERIMA ATAU MEMINTA). MAKA KERANA ITU MULAILAH MEMBERI KEPADA KELUARGAMU. SEBAIK-BAIK SEDEKAH IALAH KETIKA KAYA. SIAPA YANG MEMOHON DIPELIHARA (AGAR DIA TIDAK SAMPAI MEMINTA-MINTA) ALLAH AKAN MEMELIHARANYA DAN SIAPA YANG MEMOHON DICUKUPKAN (AGAR TIDAK ADA KETERGANTUNGAN SELAIN KEPADA ALLAH) ALLAH AKAN MENCUKUPKANNYA.”

TERLALU BANYAK HIKMAH DARIPADA AMALAN SEDEKAH..
SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD: “UBATILAH SAKIT KAMU DENGAN CARA BERSEDEKAH, PELIHARALAH HARTA KAMU DENGAN CARA BERZAKAT DAN HINDARILAH BALA DENGAN CARA BERDOA.”

ABU HANIFAH MERIWAYATKAN DI DALAM MUSNADNYA DARI JABIR BIN ABDULLAH R.A. BAHAWA SEORANG LELAKI PERNAH DATANG KEPADA NABI S.A.W BERTANYA: “YA RASULULLAH! SUDAH LAMA SAYA BERUMAH TANGGA, TAPI BELUM DIANUGERAHKAN SEORANG ANAK PUN.” NABI SAW PUN MENJAWAB DENGAN SABDANYA: “DI MANA (KEADAAN) ENGKAU DENGAN BANYAK ISTIGHFAR DAN BANYAK BERSEDEKAH ? KERANA DUA HAL INI BOLEH MENGANUGERAHI BUAH HATI (ANAK).”


MENGESAKAN ALLAH SWT.



APABILA BERKATA SOAL IMAN, IANYA ADA 3 PERKARA, MEMBENARKAN DENGAN HATI, MENGAKU DENGAN LIDAH, MENGAMALKAN DENGAN ANGGOTA.
KETIKA TAHIYAT, KITA MEMBENARKAN KEESAAN ALLAH SWT DALAM HATI DENGAN YAKIN BAHAWA ALLAH ITU MAHA ESA, TIADA TUHAN SELAINNYA, MELUAHKAN SYAHADAH DENGAN LIDAH, PADA UCAPAN ASYHADUALLAILAHAILLALLAH, LANTAS SAJA KITA MELURUSKAN JARI TELUNJUK SEBAGAI ISYARAT TASYAHUD IAITU SIMBOL KEPADA KEESAAN ALLAH ITU MAHA ESA.
SUBHANALLAH . .

ITU BARU SEDIKIT TENTANG TANGAN DAN JARI, BELUM LAGI ANGGOTA BADAN YANG LAIN, MASIH BANYAK LAGI RAHSIA ILMU ALLAH SWT YANG BELUM KITA TEROKAI LAGI.
SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBUKA SEDIKIT RUANG MINDA KITA SEDIKIT KE HADAPAN DAN MENGGALAKKAN KITA BERTAQARRUB DENGAN ALLAH SWT, TUHAN YANG MAHA PENCIPTA.
ALLAHHU AKBAR 3X!!

Tuesday, December 14, 2010

BLONDE MUSLIMAH ??

ASSALAMUALAIKUM . .

MENJELAJAH SEBENTAR KE LAMAN SOSIAL FACEBOOK, ANA TERJUMPA SATU GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN ANA, KERANA PERKATAAN 'MUSLIM' YANG BESAR TERTERA PADA GAMBAR TERSEBUT.



TERASA SATU PENGHINAAN YANG BESAR TERHADAP ISLAM SEKIRANYA GAMBAR YANG DIGUNAKAN SEBAGAI GAMBAR PROFIL YANG TIDAK SEIRINGAN DENGAN MAKLUMAT PERIBADI YANG DITUNJUKKAN.

ASTAGHFIRULLAHULAZIMMM..

APA SUDAH JADI NI . . .??

ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN DALAM SURAH AT-TIN AYAT 4 YANG BERMAKSUD :

"SESUNGGUHNYA KAMI(ALLAH) TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DALAM BENTUK YANG SEBAIK-BAIKNYA (DAN BERKELENGKAPAN SESUAI DENGAN KEADAANNYA).


APA LAGI YANG KITA X PUAS HATI DENGAN APA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA ?
RAMBUT WARNA HITAM X LAWA ?
JADI KITA PUN PANDAI-PANDAI LA TUKAR WARNA, SEBAB WARNA RAMBUT YANG KITA DAPAT NI X SESUAI DENGAN KITA ?

KITA, KALAU INGINKAN SESUATU, KALAU SUDAH DAPAT, MESTI JAGA ELOK-ELOK KAN ?
KALAU DAPAT KERETA, TIAP HARI CUCI, POLISH LAWA-LAWA.

NI ALLAH SUDAH BAGI RAMBUT, SYUKUR PUN TIDAK, ORANG LAIN YANG ADA MASALAH RAMBUT, BERDOA MINTA SUPAYA DAPAT MACAM APA YANG KITA DAPAT SEKARANG, TAPI KITA NI, SOMBONG, BONGKAK, X BERSYUKUR.

KALAU KITA PANDAI & EXPERT MASAK, KITA BAGI MASAKAN KITA TU DENGAN KAWAN KITA.
MASAKAN TU MEMANG SEMPURNA, CUKUP SEGALA SERBA-SERBI PERENCAH DAN REMPAHNYA, TIADA YANG KURANG, TIADA YANG LEBIH.

TIBA-TIBA KAWAN KITA NI SENGAJA TAMBAH GARAM & GULA PULA..

MESTI KITA X SEDAP HATI KAN..

KENAPA ?

PEMBERIAN KITA TU MEMANG YANG TERBAIK KITA BUAT, TAPI KAWAN TADI TU MODIFIED PULAK..
SEPATUTNYA DIA UCAPKAN TERIMA KASIH & TERIMA SEADANYA PEMBERIAN DARI KITA TU..

PERUMPAMAAN NI, SUPAYA KITA SENANG FAHAM, MACAMANA MURKA ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN SEGALA PEMBERIAN YANG ALLAH TELAH CURAHKAN KEPADA KITA. TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA, SAMA ADA IANYA KITA SUKA ATAU TIDAK.

SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 216, YANG BERMAKSUD :

"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI PADA SESUATU PERKARA, PADAHAL IANYA BAIK BAGI KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU SUKA KEPADA SESUATU PERKARA, PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU. DAN (INGATLAH), ALLAH JUALAH YANG MENGETAHUI ( SEMUA ITU ) SEDANGKAN KAMU TIDAK.


JADI, BERSYUKURLAH DENGAN PEMBERIAN YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.
TERIMAH LAH SAMA ADA BAIK ATAU TIDAK, SESUNGGUHNYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK SEMUA KEJADIA DAN KETENTUAN ALLAH..


MARI KITA SAKSIKAN APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS . .

Wednesday, November 24, 2010

SEMBANG MAT KETAYAP

ALHAMDULILLAH, POST KALI NI X CERITA PASAL AWEK HOT LAGI DAH . .
HEHE
CERIA PASAL LELAKI PULAK . .

JANGAN CAKAP MACAM TU SAHABATKU . .

APA YANG KAMU FAHAM DI SEBALIK MEMAKAI KOPIAH NI ?





HMMMM. . . .

KALAU ORANG PAKAI KOPIAH NI, BIASANYA, NAK TUNJUK DIA TU KUAT PEGANGAN AGAMANYA. TAPI NTAH LA KUAT KE TIDAK. LAGI SATU, ORANG PAKAI KOPIAH NI BIASANYA BUDAK-BUDAK SEKOLAH TAHFIZ, -GENG 'TUAN-TUAN YANG MULIA', HAJI, PAK CIK-PAKCIK TUA, LEBAI, USTAZ DAN . .

ERRR . .

KADANG-KADANG PENGEMIS YANG BUKAN ISLAM PUN PAKAI KOPIAH . .



TAPI BAGI GUA LA, MEMANG AKU TIDAK NAFIKAN LA ORANG-ORANG YANG PAKAI KOPIAH, ORANG-ORANG YANG BAIK, NTAH KENAPA. MUNGKIN SEBAB DIA PATUH AJARAN AGAMA KOT.

NAMPAK BAIK SAJA.

KALAU LA GUA JADI BOS, NAK CARI PEKERJA YANG BAIK, TIME INTERBIU NANTI, KEBETULAN KEKOSONGAN CUMA ADA 1, YANG DATANG INTERBIU 2 ORANG,SORANG PAKAI KOPIAH,SORANG LAGI TIDAK. MASING-MASING ADA KELULUSAN YANG SAMA, SEMUA SAMA.

KALAU X TAU LAGI MACAMANA UNTUK BUAT PILIHAN, GUA TENGOK LA PENAMPILAN MAMAT YANG 2 ORANG TADI TU.

KALAU LA GUA NI BOS YANG PENTINGKAN STAFF YANG JUJUR,AMANAH, GUA PILIH SAJA YANG PAKAI KOPIAH TU. FIRST IMPRESSION GUA TERHADAP MAMAT KOPIAH TU BETTER DARI MAMAT YANG SORANG LAGI . .

SEBAB MAMAT KOPIAH TU BERANI PAKAI KOPIAH, DIA NI MESTI KUAT AGAMA.

HAA . .

TU PENDAPAT GUA LA . .



YANG LU TANYA GUA NI PESAL ?

CUBA LU STORY SAMA GUA APA YANG BEST SANGAT PAKAI KOPIAH NI ?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . .

FIRST SKALI SAYA NAK BAGITAU, KOPIAH NI ADA AURA TAU.

X KISAH LA KOPIAH MAHAL KE, MURAH KE, WARNA COKLAT KE,HITAM KE, KUNING LANGSAT KE, SAWO MATANG KE . .



AURA ??

MENARIKKK . .

TERUSKAN..TERUSKAN . .



OK, SAYA TANYA DIRECT KE AWAK OK, KALAU AWAK PAKAI KOPIAH, BERANI X PEGI TEMPAT-TEMPAT MACAM KALABUL MALAMI/SNOOKER/KEDAI NOMBOR EKOR ?



EHHH...

MANA LA GUA BERANI KALAU GUa PAKAI KOPIAH . .

MALU LA GUA . .

APA ORANG LAIN CAKAP NANTI . .

BUAT MALU GUA, BAPAK GUA . .



TU SAJA ?

AGAMA X MALU ?



EHHH...

KONFEM-KONFEM LA BIKIN MALU AGAMA KALAU MACAM TU . .!



LAIN LA KALAU GUA PAKAI TOPI BASEBALL NY TU . .

HEHE . .

PEGI MANA-MANA PUN SLAMBER JE DERR . .



HAAA..

TU LA PASAL . .

LAGI 1, KALAU PAKAI KOPIAH NI, DAPAT MELATIH & MENTARBIYAH DIRI SI PEMAKAI TU SENDIRI.

OK, SAYA BAGI CONTOH, SORANG BEKAS BANDUAN YANG SUDAH INSAF, LEPAS DIBEBASKAN, DIA BERJANJI X AKAN JADI JAHAT LAGI WALAU APA CARA SEKALIPUN.

SALAH SATU CARA YANG DIA BUAT, SANGAT SENANG.

PAKAI KOPIAH ??





EK ELLEH?

PAKAI KOPIAH PUN BOLEH 'MENTARBIYAH' EA ?

X TAU PULAK AKU . .



KALAU X CAYA, NANTI KAMU CUBA LA PAKAI KOPIAH, KABO KE AKU APA YANG KAMU RASA.

OK, SAMBUNG BALIK KISAH SI BEKAS BANDUAN TADI.

TADI KAMU CAKAP ORANG YANG PAKAI KOPIAH NI BAIK-BAIK KAN ?



A'AH . .



SI BEKAS BANDUAN NI KAN MAHU BERUBAH JADI BAIK.

DIA PUN ISTIQOMAH UNTUK PAKAI KOPIAH SEPANJANG MASA, UNTUK MELATIH DIRI DIA SENDIRI SUPAYA TERTANAM SIFAT-SIFAT 'ORANG YANG PAKAI KOPIAH' TU DALAM DIRI DIA SENDIRI.

BOLEH FAHAM X ?



BOLEH LA SIKIT-SIKIT . .



OK GOOD.

LAGI 1, PAKAI KOPIAH NI PUN BOLEH DIKATEGORIKAN DAKWAH JUGAK TAU.



ERKKK!

MACAMANA PULAK TU ??



OK, KITA RINGKASKAN CERITA,

DAKWAH TU ADA BEBERAPA KATEGORI, DAKWAH DENGAN PERBUATAN, DENGAN LISAN DAN MACAM-MACAM CARA LAGI.

ZAMAN NABI DULU, RAMAI ORANG-ORANG KAFIR CONVERT JADI ISLAM, SEBAB TENGOK KEPERIBADIAN & CARA HIDUP RASULULLAH SAJA. JUST TENGOK . ADA SATU KISAH, SEORANG YAHUDI NI CONVERT JADI ISLAM HANYA DISEBABKAN MELIHAT GERAK LANGKAH NABI KETIKA MENURUNI UNTA, LANGKAH YANG TERATUR DAN KEMAS. ORANG YAHUDI TU SEKADAR MELIHAT.

HA, SAMPAI MACAM TU SEKALI DAKWAH BIL HAL YANG NABI BUAT.

KALAU DALAM KONTEKS HIDUP KITA ZAMAN SEKARANG NI, DAKWAH DENGAN PERBUATAN TU X PERLU PUN BUAT YANG SUSAH-SUSAH, PAKAI PAKAIAN YANG BERSIH, KEMAS, X SERABUT KALAU ORANG TENGOK. JUMPA DENGAN KAWAN, SENYUM, CAKAP LA 'ASSALAMUALAIKUM,SIHAT KA ?' CUKUP LA . .

NAHH.. KALAU ORANG LAIN TENGOK MACAM TU, KAN NAMPAK ISLAM TU BEST . .

WAA, NI OLANG ISLAM MANYAK BAIK OO, JUMPA GUA PUN ITU MUKA ALA SINYUM MA . .

ITU WORANG MUSLIM SANA, BANYAK BAGOS ADEY, KALAU SILISIH SAMA DIA WORANG, DIA MISTI TUGUR PUNYA..



KALAU BUAT RAMAI-RAMAI LAGI BEST.

PAKAI KOPIAH RAMAI-RAMAI, LEPAS TU BUAT MACAM TADI.

WUII..

GANAS WO KALAU ORANG LAIN TENGOK . .

LAGI-LAGI KALAU MAT-MAT KOPIAH NI YANG KONGKER SATU TEMPAT TU.

SUASANA ISLAM TU MEMANG HIDUP LA. .

SEMUA BAEK SAJA.

BAYANGKAN KALAU SATU TEMPAT TU, SEMUA MAT-MAT GIAN YANG KONGKER, MAT KOPIAH,MAT SURAU,MAT MASJID & MAT-MAT YANG LAIN TU SORANG DUA SAJA YANG ADA.DIBUATNYA YANG SORANG DUA NI PUN BARU-BARU BELAJAR IQRA', MASIH BELUM DAPAT MEMBAWA DIRI LAGI, SURE X LAMA LEPAS TU TUKAR TITLE, DARI MAT-MAT YANG BAIK JADI MAT-MAT YANG X BAIK . .



BERAPA BANYAK MAT DAAA . . .

HEHEHEHE . .

TAPI MEMANG BETUL LA BRO, SUASANA TU BOLEH MEMPENGARUHI SESEORANG.

DULU UNCLE GUA PENAH STORY TELLING SAMA GUA TAU.

DIA CERITA LA SORANG MAMAT NI MAU TOBAT KAN, DIA PUN TANYA LA, KALAU X SILAP DIA TANYA DENGAN NABI KOT, AKU PUN X PASTI LAH.

LEPAS TU, NABI TU PUN BAGITAU LA, KALAU BETUL KAMU NAK BERTOBAT, JANGAN LA DUK SINI LAGI, PINDAH PEGI KAMPUNG HUJUNG TU. SANA ORANG BAIK-BAIK, X MACAM SINI.



ERMMM..

SAYA PERNAH DENGAR CERITA TU.

BEST..BEST..

LAGI 1, DENGAN KOPIAH NI LA ORANG AKAN KENAL YANG KITA NI MUSLIM. SEBAB, SEKARANG NI, ORANG ISLAM & ORANG BUKA ISLAM BUKANNYA BANYAK BEZA SANGAT PUN. RAMAI YANG MENGAKU ISLAM, TAPI HIDUP X SERUPA ORANG ISLAM.

MENGAKU ISLAM HANYA PADA MASA-MASA TERTENTU SAJA, NIKAH, URUSKAN JENAZAH,SOLAT JUMAAT (BAGI YANG INGAT LA).

KITA PERLU BUKTIKAN YANG ORANG ISLAM SENTIASA TEGUH BERPENGANG DENGAN ISLAM YANG SEBENAR DAN KITA NI MESTI TUNJUKKAN YANG ISLAM SENTIASA HIDUP DAN X PERNAH BERUNDUR. DENGAN ADANYA KITA SEBAGAI PEMUDA, PANDULAH MASYARAKAT KITA BERMULA DARI USIA SEKARANG, SEBELUM TERLAMBAT.MASYARAKAT SEKARANG ADALAH CERMIN KEPADA MASYARAKAT YANG ADA PADA MASA AKAN DATANG.

USTAZ SAYA PERNAH BERITAHU, ANTARA 7 GOLONGAN YANG MENDAPAT LINDUNGAN ALLAH DI PADANG MASYAR NANTI IALAH ORANG-ORANG MUDA YANG MENGHABISKAN USIA MUDANYA DI JALAN ALLAH.

SEMOGA KITA YANG LEMAH NI TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA YANG MENDAPAT LINDUNGAN DARI ALLAH.
APA-APA PUN, SAYA SERONOK DAPAT JUMPA DENGAN KAMU HARI NI. X LA KITA BERBUAL KOSONG KAN, CERITA SIKIT BAB AGAMA. INSYALLAH, SAMA-SAMA KITA AMALKAN YANG BAIK-BAIK SECARA ISTIQOMAH OK.

ILALLIQO SAHABATKU~

Friday, November 19, 2010

BERDAMPING DENGAN SYAITAN ?

السلام عليكم



OHHH..
KALAU BETUL IBLIS LAKNATULLAH BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR, MESTI RAMAI AWEK-AWEK HOT & MINAH-MINAH TUDUNG PAKAI SELUAR KETAT BERKAWAN RAPAT DENGAN MEREKA . .

KENAPA ?

SEBAB,



IBLIS MENJADI PAKAR PERUNDING IMEJ KEPADA MEREKA !
X PERCAYA TENGOK VIDEO NI.

video

NAHHHH. . .
JOM KITA TANYA DIRI KITA SENDIRI;
" BETUL ATAU X CARA PEMAKAIAN AKU NIH..?"

AWEK-AWEK HOT & MINAH-MINAH TUDUNG SELUAR KETAT TU, TERUSKANLAH MENJADIKAN IBLIS SEBAGAI PAKAI PERUNDING IMEJ ANDA.
KALAU DALAM KAD PENGENALAN TU 'ISLAM', JANGAN X MENGAKU ISLAM PULA.
JADILAH MUSLIM YANG SEBENAR-BENAR MUSLIM, BUKANNYA SEPERTI MUSANG YANG BERBULU AYAM,
NAMPAK BAIK, TAPI SEBENARNYA X BAIK.
BIARLAH IMEJ ITU MELAMBANGKAN NILAI DALAMAN KITA, BUKAN MACAM GAMBAR NI,


ISH..ISH..ISH...


SYARIAT UNTUK MENUTUP AURAT TU ADALAH KETETAPAN DARI ALLAH,
GALAKAN UNTUK MENDEDAHKAN AURAT TU ADALAH HASUTAN DARI IBLIS LAKNATULLAH.


JADI, MANA SATU YANG KITA PERLU PATUHI ?
ALLAH ATAU IBLIS ?

WAHAI ANAK-ANAK ADAM!
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADA KAMU
(BAHAN-BAHAN UNTUK) PAKAIAN MENUTUP AURAT KAMU DAN PAKAIAN PERHIASAN DAN PAKAIAN YANG BERUPA TAKWA ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH DARI TANDA-TANDA (LIMPAH KURNIA) ALLAH (DAN RAHMATNYA KEPADA HAMBA-HAMBANYA)
SUPAYA MEREKA MENGENANGNYA (DAN BERSYUKUR).
SURAH AL-A’RAAF : AYAT 26


SYAITAN TIDAK AKAN BORING UNTUK MENYESATKAN KITA, BERMULA DARI NABI ADAM HINGGALAH HARI KIAMAT NANTI. SYAITAN TELAH BERJANJI KEPADA ALLAH;

‘KERANA ENGKAU TELAH PUN MENGHUKUM AKU SEBAGAI MAKHLUK YANG SESAT, MAKA AKU BERSUMPAH AKAN SENTIASA MENGHALANG MEREKA (BANI ADAM) DARIPADA JALAN ENGKAU YANG LURUS.’ (SURAH AL-ARAF: 14-16).

SAUDARI,
DAH TAU X TUTUP AURAT TU KAN BERDOSA. DULU MASA SEKOLAH KAN USTAZAH/USTAZ SUDAH AJAR.



X PERCAYA ORANG YANG BANYAK DOSA AKAN MENDAPAT BALASAN SIKSAAN DI NERAKA NANTI ?
X PERCAYA ?
BERMAKNA ANDA TIDAK PERCAYA DENGAN KETETAPAN ALLAH SWT. . .

SEMOGA MENJADI PERINGATAN KEPADA ANA SENDIRI DAN ANTUM SEMUA . .

Wednesday, November 10, 2010

WELCOME TO KL !!



السلام عليكم




PE CER NI BRO ?



RILEK..RILEK..RILEK..



NI BIASA LAH, MEMBER2 GUA SEMUA RAJIN BUAT BLOG, SHARE DENGAN MEMBER2 DORANG..

GUA PUN RASA MACAM TERINGIN LA BUAT NOTA MACAM MEMBER2 GUA BUAT TU..

BUKAN APA, SAJA KONGSI STORY DENGAN MEMBER2 GUA..

X SALAH KAN KONGSI STORY..?

GUA SIMPAN SORANG2 BUAT APA, BAIK STORY DENGAN ORANG, MANA LA TAU GUA PUNYA STORY NI BOLEH BUAT READERS TERANGKATTT !!

HEHE

GURAU OK..



DI PERMULAAN KISAH..

INGIN ANA INGATKAN KEPADA DIRI ANA TERLEBIH DAHULU, BAHAWA INI BUKANLAH KISAH BENAR, TETAPI REKAAN SEMATA2, KALAU ADA YANG TERASA, ITU SATU SURATAN ATAU KEBETULAN, CERITA ANA NI SAMA DENGAN SITUASI ANTUM. SEMUA NAMA/KARAKTER/TEMPAT ADALAH REKAAN SEMATA2. JADI ANA DAHULUI DENGAN UCAPAN MAAF OK..



SEKALI LAGI INGIN ANA INGATKAN KEPADA DIRI ANA LAGI SEKALI..

SEMOGA KISAH INI MENJADI PANDUAN/TELADAN/SEMPADAN KEPADA DIRI ANA SENDIRI SERTA ANTUM SEMUA..



" WAALAIKUMSALAM...IJLIS..."

USTAZAH MASUK KE KELAS DENGAN MEMBAWA AURA KETENANGAN YANG SANGAT KUAT..

PELAJAR LELAKI SEMUA TELAH BERSIAP SEDIA DENGAN BUKU TEKS DAN LATIHAN DI ATAS MEJA MASING2 DAN TIDAK KETINGGALAN JUGA PELAJAR PEREMPUAN, YANG SIBUK MEMBELEK KAMUS DWI-BAHASA ARAB-MELAYU..



INILAH ANTARA SUASANA DI DALAM KELAS TINGKATAN 5 IBNU SINA SETIAP KALI USTAZAH FATHIMA MASUK KE KELASNYA UNTUK MENGAJAR SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI.



DIPENDEKKAN CERITA, AISYA, SEORANG PELAJAR PEREMPUAN YANG PANDAI DI DALAM KELAS INI SANGATLAH BERMINAT DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN. AISYA BELAJAR BERSUNGGUH2 DEMI KECEMERLANGANNYA DALAM PEPERIKSAAN SPM YANG TIDAK LAMA LAGI..



AISYA, SEORANG YANG BERBUDI PEKERTI MULIA, BAIK..( ALAH, MACAM WATAK ANA DALAM FILEM KCB TU LA..)



DIPENDEKKAN CERITA LAGI..



AISYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG, DAN MENDAPAT TAWARAN BELAJAR DI KUALA LUMPUR DALAM BIDANG YANG DIMINATINYA, KEUSAHAWANAN.



"USTAZAH FATHIMA, SYUKRAN SEBAB BANYAK BAGI TUNJUK AJAR YA..

SAYA DAPAT TAWARAN BELAJAR DI KL, SABTU NI AYAH HANTAR SAYA KE SANA. SAYA AKAN CUBA BAWA IMEJ MUSLIMAH SEPERTI YANG USTAZAH SELALU INGATKAN..ASSALAMUALAIKUM USTAZAH.. :-) "



"KEJAP2, AISYA TENGAH SMS USTAZAH NI, KEJAP LAGI AISYA DATANG YA MAK.."



AISYA MEMINTA EMAKNYA UNTUK MENJAHIT TUDUNG LABUH UNTUK DIPAKAINYA KE KULIAH NANTI..



"JANGAN TINGGAL SOLAT, MENGAJI QURAN, YE NAK..NANTI KALAU ADA MASA LAPANG MAK PEGI LAWAT KAU DENGAN AYAH YA.."



SUDAH TIGA MINGGU AISYA MENJALANI HIDUP DI ALAM KAMPUS..

NAMUN, DIA MASIH BELUM MEMPUNYAI KAWAN YANG RAPAT UNTUK PERGI MAKAN BERSAMA, MEMBUAT STUDY GROUP ATAU KELUAR MEMBELI BARANG KEPERLUAN.



" AISYA, AWAK OK ? DARI TADI ZETY TENGOK AWAK TERMENUNG JE.. IF AWAK ADE MASALAH, STORY LA NGAN KITEORANG, MANE TAU KITEORANG BLEH BANTU.."



AISYA DIAM.



"HMM..OK, XPE..MUNGKIN MINAH TU INGAT MAK DIE KOT KAT KAMPUNG..BIASE LAH...

MINAH KAMPUNG!...HAHAHA"



AISYA SEBENARNYA DENGAR OMELAN ZETY DAN RAKAN2 DI BELAKANG KELAS, TAPI AISYA SAJA BUAT2 X DENGAR..



AISYA SEPI.

PERGERAKANNYA TERBATAS.

SEPERTINYA DIA HIDUP DI DUNIA YANG LAIN.

TIADA KOMUNIKASI YANG BERKESAN.

TIADA INTERAKSI YANG BERLAKU.



"MUNGKIN AKU PERLU BERUBAH"



GETUS AISYA DALAM HATINYA YANG SEDANG BERGOLAK.



"FULLAMAK LU... LEVI'S TU SYA..

NGKO BELI KAT CHOW KIT KAN ?

NGKO LA AWEK MUSLIMAH RUGGED YANG PENAH AKU JUMPE SETAKAT NI !"



"X APA, YANG PENTING AKU MASIH LAGI X DEDAH AURAT AKU. KORANG NAK CAKAP APA PUN, CAKAP LAH.."



AISYA X SELESA DUDUK DENGAN JEANS BARU YANG DIPAKAINYA ITU.DI BERPINDAH KE MEJA BELAKANG KERANA DIA TIDAK MAHU KETIDAKSELESAANNYA ITU DISEDARI OLEH RAKAN SEKULIAHNYA. DARI BELAKANG, AISYA CUMA MAMPU MELIHAT ZETY BERTENTANGAN MATA DENGAN KEKASIHNYA AMIRUDIN, SEMENTARA YANG LAIN SIBUK DENGAN MEMPERBETULKAN MASKARA, IKATAN RAMBUT DAN X KURANG JUGA ADA YANG SEDANG MEMICIT JERAWAT KAWAN SEMENTARA MENUNGGU PENSYARAH MASUK. HANYA AISYA YANG MULA MEMBELEK BUKU DAN MENEKAN KALKULATOR SAINTIFIKNYA PADA PAGI ITU.



" AISYA, MALAM NI ENCIK AHMADI AJAK KITE SATU KELAS PEGI DINNER, DIE CAKAP SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN PENSYARAH BARU DARI SINGAPORE. KO JOIN KAMI OK, NAIK KETE SALLY "



MALAM ITU, AISYA MEMAKAI JUBAH HIJAU YANG DIBELIKAN OLEH MAK SU NYA DI JORDAN, DIPADANKAN DENGAN SELENDANG YANG DIBERIKAN OLEH IBUNYA.



" ALAMAK AISYA, DRESS KO X KENE LAH..

KITEORANG SMUE PAKAI RUGGED, BUKAN NAK PEGI KENDURI.. XPE LAH, NAIK JE..DAH LEWAT NI, NANTI HABIS PULA NASI BERIYANI EN.AHMADI TU.."



SEKALI LAGI, AISYA RASA SEPERTI DISISIHKAN PADA MALAM ITU.

HANYA KERANA PAKAIAN YANG TIDAK SAMA DENGAN KAWAN2 NYA.



"AKU PERLU BERUBAH ! KALAU X, SAMPAI BILA AKU JADI MACAM NI, SEPI MEMANJANG. AKU PERLUKAN BUDDIES UNTUK BERINTERAKSI. "



" HAAA...MACAM NI LAH KAWAN AKU.. KO TENGOK SALLY, BAJU AISYA LAGI LAWA DARI BAJU KO. ROXY TU.."



AISYA MULA MERASA 'BERTEMAN' BILA ZETI SELALU MENDAMPINGINYA BERSAMA KAWAN2 NYA.

DIA MULA MERASA LEGA DAN BERNAFAS KEMBALI.



" X SIA-SIA AKU BELI BAJU ROXY TU, DAPAT JUGAK KAWAN YANG AKU CARI-CARI UNTUK HILANGKAN KESEPIAN NI.."



" EH, AISYA, AKU ADE BELI SELUAR TAU SEMALAM KAT PAVI, CUN SANGAT, TAPI SAYANG AKU X TEST DULU, BILA AKU TRY PAGI TADI, X MUAT LA BEB...AKU RASE AKU NAK BAGI KO JE LA, EKK. PETANG NANTI AKU BAGI"




" ALAMAK..X KAN AKU NAK PAKAI SELUAR MACAM FESYEN ZETY TU..ADUI.."



"ERR..ZETI..AKU BUKAN X NAK TERIMA, TAPI...



" ALAH, X ADE APENYE YANG KO NAK RISAUKAN, FIT SIKIT JE LA.. LAGIPUN TU SELUAR PANJANG LA, BUKAN MACAM SELUAR YANG AKU PAKAI SEKARANG NI, KALAU MACAM NI, X KAN LA AKU NAK BAGI KAU PAKAI.."



DEMI MENJAGA HATI ZETY, AISYA MENERIMA PEMBERIANNYA ITU, DAN MEMAKAI SELUAR ITU APABILA MEREKA PERGI MENONTONG WAYANG ATAU BERJALAN-JALAN DI HUJUNG MINGGU.



" X APA KALAU KO PAKAI MACAM NI AISYA, LAGIPUN BUKAN NAMPAK KULIT KO PUN, TERTUTUP LA..YANG PENTING, KO PAKAI TUDUNG, X NAMPAK RAMBUT. KAMI X KESAH KELUAR DENGAN KO WALAUPUN KAMI X PAKAI TUDUNG, KAMI SUKA LA KAWAN DENGAN KAU, SPORTING.."



AISYA TERASA DIRINYA SEMAKIN DIHARGAI DAN TERHARU DENGAN KAWAN2 NYA YANG SUDI MENOLONGNYA MENAIKKAN SEMULA SEMANGATNYA UNTUK KEMBALI AKTIF DAN CERIA, TIDAK SEPERTI SEBELUMNYA..



HARI DEMI HARI, AISYA SEMAKIN KERAP BERSOSIAL DENGAN ZETY DAN KAWAN2 NYA, SEHINGGA LUPA DENGAN JANJINYA KEPADA USTAZAH FATHIMA SEBELUM DIA BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR.



JADI, KESIMPULAN CERITA YANG X BEST NI, IALAH :

1) PERSEKITARAN/ SUASANA MAMPU MEMPENGARUHI KEHIDUPAN SESEORANG, TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN



2) BERHATI-HATILAH MEMILIH KAWAN, DAN TIDAK PERLU MENURUT KEHENDAK KAWAN, MELEBIHI DARI KEHENDAK AGAMA.



3) HATI YANG TIDAK TENANG, SUNYI SANGAT MUDAH UNTUK DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH SYAITAN, MAKA SENTIASALAH MENGINGATI ﷲ DALAM SETIAP KEADAAN UNTUK MEREDAKAN KESUNYIAN.



4) HIDUP DI TEMPAT ORANG, HARIS PANDAI MEMBAWA DIRI, JANGAN SAMPAI HANYUT DI BAWA ARUS.



5) CARILAH KAWAN YANG MEMBAWA KITA KEPADA KEBAIKAN, KERANA ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA.



6) TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN, MENUTUP AURAT ITU ADALAH PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ﷲ , KENAPA TIDAK SEDIKIT PUN KITA RASA MERASA TAKUT APABILA MELANGGARNYA?

JOM ISTIGHFAR..

Sunday, August 29, 2010

MELAYU NAN SEMAKIN LAYU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

POST KALI INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK BERPOLITIK, TETAPI SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

JIKA DIZAHIRKAN POST KALI INI DALAM BENTUK VISUAL, SEMEMANGNYA MENGAIBKAN PIHAK YANG TERLIBAT, KERANA IANYA MELIBATKAN SATU REALITI YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI KESAHIHANNYA.

AHAD LEPAS ANA BERSIAR-SIAR DI SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK MEMBELI BARANG KEPERLUAN. TERSANGAT SAKIT HATI DAN MATA MELIHAT SAUDARA SEISLAM YANG BERBANGSA MELAYU SEPERTI TIDAK MEMPUNYAI IDENTITI YANG MENYENANGKAN MATA YANG MELIHAT, MALAHAN SECARA TERUS MENJATUHKAN NILAI SERTA KEMULIAAN AGAMA.
ASTAGHFIRULLAH......

ANA MELIHAT RAMAI REMAJA-REMAJA TIDAK MENGHIRAUKAN ASPEK PEMAKAIAN DAN IMEJ MEREKA. MEREKA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENIRU BULAT-BULAT APA YANG MEREKA LIHAT TANPA MENGKAJI IMPAK DARI SUDUT PRO DAN KONTRANYA..

PEDIH HATI INI, TIDAK DIHIRAUKAN LANGSUNG KEMULIAAN BULAN RAMADHAN, KERANA ANA MELIHAT BUKAN SATU, BUKAN SEORANG, TETAPI RAMAI JUMLAHNYA YANG BERDUA-DUAAN SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI DI BEBERAPA KEDAI MAKANAN SEGERA ( McD, KFC, DLL ), PAKAIAN, TIDAK PERLU DIPERKATAKAN LAGI, SMEMANGNYA GADIS MELAYU SUKA MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG MENGIKUT BENTUK PAHA HINGGA KE BUKU LALI, BAJU SEPARUH DAN PALING ANA BENCI PAKAI TUDUNG DAN MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG LANGSUNG TIDAK MENAMPAKKAN KECANTIKAN !!!! BENCI !!!

YANG LELAKI APA KURANGNYA..
SELUAR PENDEK..
BAJU MACAM BAJU PEREMPUAN..

BULAN PUASA TU !!

KALAUPUN ADA AWEK SEKSI YANG MENEGUR PEMAKAIAN ANA ( CUKUP LAH BILA ANA PAKAI BAJU LONG SLEEVE & SELUAR PANJANG ),

" bang, x panas ke pakai baju long sleeve tengahari bute ni ??"

KALAU DIBERI PELUANG UNTUK ANA MENJAWABNYA, " DIK, PANAS LAGI DUK DALAM NERAKA NANTI.."

TU BARU MUQADDIMAH...

OK..

NANTI KITA SAMBUNG LAGI...
ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, August 24, 2010

KEMBARA DUA SHOUTER !



PERJALANAN DARI CHERAS DIMULAKAN DENGAN MENDENGAR LAGU-LAGU SHOUHAR BERULANG KALI BEBERAPA MALAM SEBELUM KONSERT INI BERMULA.
TANGGAL 17 JULAI 2010 TELAH DATANG, MAKA ANA DAN TEMAN SEBILIK ANA U.D.B BERSETUJU UNTUK BERJUMPA DI STESEN KTM NILAI, KERANA BELIAU BERTOLAK DARI SHAH ALAM PETANG ITU.



SELESAI SOLAT MAGHRIB DI SALAH SEBUAH MASJID DI PEKAN NILAI, ANA MENDAPAT MESEJ DARI U.D.B, BELIAU TELAH SELAMAT SAMPAI DI STESEN KTM NILAI.



KAMI SINGGAH MENYANTAP SEBENTAR DI SEBUAH KEDAI MAKAN BERSEBELAHAN MYDIN. MENU KAMI : NASI + SUP DAGING. MEMANG LAZEEZZZ...



SELEPAS SELESAI MENYANTAP,KAMI TERUS BERLEGAR-LEGAR DI PERHENTIAN BAS NILAI UNTUK MENCARI TEKSI YANG AKAN MEMBAWA KAMI KE STADIUM TERTUTUP N


INI ANTARA PERSEMBAHAN SHOUTER YANG ANA DAPAT PERTONTONKAN KEPADA ANTUM, KAMI TIADA DALAM VIDEO INI, KERANA POSISI KAMI BETUL-BETUL DI HADAPAN PENTAS KETIKA ITU.




SELEPAS PERSEMBAHAN SHOUHAR TAMAT, ANA DAN U.D.B TERUS BEREDAR DARI STADIUM.
DI LUAR STADIUM, KAMI SEMPAT MENGAMBIL FOTO BERSAMA AKHI RADEN CANDRA SUKMA KELANA.

SANGAT PUAS HATI DAPAT MERASAKAN GEGARAN SHOUHAR DI HADAPAN MATA.
SEMOGA DAPAT BERJUMPA LAGI !!

TITPAN KATA AKHI HILMAN ROSYAD SIHAB ( VOKALIS SHOUHAR )

1 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD !
2 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD FI SABILILLAH !
3 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD FI SABILILLAH WALLAHU AKBAR !

NADA SPEAKER BERISI

ASSALAMUALAIKUM IKHWAN AKHWAT SEMUA..
DI KEBOSANAN INI..
ANA MENYALURKAN BEBERAPA LINK TERUS UNTUK MEMUAT TURUN LAGU-LAGU SANTAPAN ROHANI UNTUK ANTUM SEMUA. SEKURANG-KURANGNYA, SAMBIL KITA BERHIBUR, SAMBIL KITA MENGISI KEKOSONGAN ROHANI KITA, SECARA TIDAK LANGSUNG, MENDEKATKAN DIRI DENGAN RABB MELALUI HIBURAN,BUKANNYA MENJAUHKAN DIRI DARINYA MELALUI HIBURAN..

SHOUTUL HAROKAH - BANGKITLAH NEGERIKU



1. Opening Album
2. Bangkitlah Negeriku
3. Harapan Itu Masih Ada
4. Bingkai Kehidupan
5. Ini Langkahku
6. Gelombang Keadilan
7. Indonesia Memanggil
8. Lirih Pembebas
9. Merah Saga
10. Mujahid Setia
11. Cita Pemuda
12. Tekad Perjuangan
13. Palestina Tercinta

MUAT TURUN SHOUTUL HAROKAH : TEKAN DI SINI


MAHER ZAIN - THANK YOU ALLAH



1. Always Be There
2. Ya Nabi Salam Alayka
3. Insha Allah
4. Palestine Will Be Free
5. Thank You Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7. The Chosen One
8. Baraka Allahu Lakuma
9. For the Rest of My Life
10. Hold My Hand
11. Awaken
12. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
13. Open Your Eyes

MUAT TURUN MAHER ZAIN : TEKAN DI SINI


OPICK



THE BEST OF OPICK

01 Takdir ft. Melly Goeslaw
02 Satu Rindu ft. Amanda
03 Ya Rasul ft. Wafig Azizah
04 Teranglah Hati ft. Pandawa Lima
05 Ya Rabbana ft. Ust. Jefri
06 Cukup Bagiku ft. Gito Rollies
07 Alhamdulillah ft. Amanda
08 Taqwa
09 25 Nabi
10 Irhamna
11 Tombo Ati
12 Bismillah
13 Astaghfirullah (Istighfar)
14 Buka Mata Buka Hati
15 Kembali Pada Tuhan

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI

ISTIGHFAR

01. Opick - Astagfirullah (Istighfar)
02. Opick - Alhamdulillah (Ft. Amanda)
03. Opick - Kesaksian Diri
04. Opick - Ya Robbana (Ft. Ustad Jefri)
05. Opick - Allah Maha Besar
06. Opick - Shalawat Nabi
07. Opick - Kembali Pada Allah
08. Opick - Cukup Bagiku (Ft. Gito Rollies)
09. Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir
10. Opick - Tombo Ati ( Obat Hati )

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI

SEMESTA BERTASBIH

01 Taqwa
02 Irhamma
03 Takdir
04 Teranglah Hati
05 25 Nabi
06 Semesta Bertasbih
07 Bismillah
08 Satu Rindu
09 Buka Mata Buka Hati
10 Ya Rasul

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI


INI ADALAH BEBERAPA ALBUM YANG MENJADI 'FAVOURITE' ANA. BUKA SPEAKER, MESTI ANA MAINKAN MANA-MANA LAGU DARI 3 ALBUM DI ATAS. SERONOK !

INSYALLAH, SEMOGA PERKONGSIAN ANA MENJADI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA, DAN JANGAN LUPA SAHABAT-SAHABAT SEMUA, DI SEBUT DI DALAM SURAH AL-QASAS AYAT 55, " DAN APABILA MEREKA MENDENGAR PERKATAAN YANG SIA-SIA ( LAGHA ), MEREKA BREPALING DARIPADANYA"

SELAMAT BERHIBUR..

Monday, August 9, 2010

SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK




ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT PEMBACA SEKALIAN..
JOM KITA NYANYI SIKIT...

"..KITA 1 BANGSA KITA 1 NEGARA.."

1 MALAYSIA ??
PASTI SATU ??

TAPI, SELALU ANA DENGAR PERNYATAAN ATAU STATEMENT YANG SAMA MAKSUD DENGAN PENEKANAN UNTUK MEMISAHKAN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG PENAFIAN DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA.

INILAH AYATNYA..

"...kita akan adakan promosi secara besar-besaran di SELURUH Malaysia TERMASUK Sabah dan Sarawak..."

PERKATAAN YANG DIBERI PENEKANAN DI SINI IALAH PADA PERKATAAN 'SELURUH'

JOM KITA TENGOK DEFINISI DUA PERKATAAN ITU.

SELURUH

OK.

KALAU SUDAH FAHAM MAKSUD PERKATAAN SELURUH, KENAPA PERLU DIGUNAKAN PERKATAAN TERMASUK ?

SEPERTINYA SABAH DAN SARAWAK ADALAH NEGERI YANG DI LUAR MALAYSIA.

BUKANNYA MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK, CUMA MEMPERBETULKAN KESILAPAN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM KEBIASAAN SEHARIAN KITA.

DALAM MASA YANG SAMA, APA YANG DIKELUARKAN DARI PERNYATAAN KITA, SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MEMBAWA PEMAHAMAN ORANG LAIN KEPADA MAKSUD YANG LAIN. BAGI ORANG NEGARA LAIN, SEKIRANYA TERDENGAR PERNYATAAN TADI.



"..eh, Sabah & Sarawak tu kan negeri dalam Malaysia, kenapa mereka gunakan perkataan termasuk, sedangkan tadi mereka cakap seluruh Malaysia..?"

SERIBU KEMAAFAN SEKIRANYA POST KALI INI MEMBUANG MASA ANTUM SEMUA, CUMA ANA INGIN MEMBAWA SEJENAK MINDA KITA KE RUANGAN PEMIKIRAN YANG LAIN WALAUPUN SEKECIL-KECIL PERKARA, BOLEH KITA PERBESARKAN SEKIRANYA IA BERPOTENSI UNTUK MENJADI PERKARA YANG BESAR SATU HARI NANTI.

SEBELUM IANYA JADI KENYATAAN, LEBIH BAIK KITA CEGAH DAHULU DARI SEKARANG..

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT BERFIKIR...

Monday, August 2, 2010

ASYIK-ASYIK CAKAP PASAL PALESTIN !!



Acapkali diperkatakan serta menjadi topik hiwar utama yang bertemakan “Free Palestine”, “Bebaskan Palestin” yang terpampang di media massa. Masing-masing meledakkan pendapat yang berjela-jela mengenainya dengan penuh semangat yang jitu bergantung kepada medium yang digunakan, ada yang menjerit dengan penuh rasa dan nada protes, menulis dengan bahasa yang penuh dengan ekspressi kebencian kepada sang penindas yang tidak kenal maksud perikemanusiaan serta berjiwa zalim, dialah yang dikenali dengan nama Zionis, Israel dan Yahudi.
Tapi kenapa harus bumi Palestin yang menjadi landasan untuk mereka meledakkan bom, peluru serta menjadi arena pembunuhan dan menumpahkan darah-darah suci mereka yang tidak berdosa?
Israel cuba untuk menakluk Palestin sejak sekitar tahun 1946, dan kini ruang untuk saudara kita di Palestin untuk terus bernafas semakin minima ditemani dengan suara mesin-mesin pemusnah yang bersahutan siang dan malam yang lebih lantang dan kencang jika dibandingkan dengan warga Palestin yang cuba untuk bangun dan melawan hanya dengan melempar serpihan-serpihan kelikir yang dahulunya adalah rumah dan bangunan di tempat mereka.


Palestin akan sentiasa menjadi rebutan kerana ada padanya tanah suci Baitul Muqaddis,sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Salahuddin Al-Ayubi, “barangsiapa yang menguasai Palestin, maka mereka akan menguasai dunia”.
Bukan setakat itu sahaja, Rasulullah dan para sahabat pernah bersolat menghadap kearah masjid Al-Aqsa selama 16 bulan sebelum Allah SWT mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Bumi Palestin inilah tempat di mana turunnya wahyu kepada para anbia serta tempat yang penuh keberkatan dengan nilai-nilai spiritual dan di sinilah juga Rasulullah melakukan Isra’. Amatlah dekat kedudukan Palestin di hati umat Islam di seluruh dunia
Subahanallah. Sesungguhnya mereka yang tertindas itu adalah saudara kita! Sudahkah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka? Adakah kita peduli tentang mereka? Ingatlah, sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka”.
Tidakkah terdetik di hati kita walaupun sekelumit rasa kasihan kepada warga Palestin yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, makanan, keluarga dan kebebasan yang mereka tidak pernah kecapi?
Kita tidak mampu untuk berperang bersama membantu mereka di sana, namun begitu masih ada jalan lain untuk kita berjuang menafikan kekangan Yahudi laknatullah untuk terus mencengkam dengan pelabagai cara mengikut kemampuan serta kelebihan yang kita ada. Gunakanlah seberapa banyak medium yang boleh seperti laman sosial, blog, risalah, gambar dan sebagainya agar dapat kita sebarkan hasrat suci untuk membantu saudara kita yang semakin ramai dipijak dan dijadikan santapan mesin pemusnah Zionis.
Meskipun kita tidak hebat dari aspek jasmani, tetapi kita tetap akan bangkit menentang dengan kekuatan rohani yang teguh bersenjatakan doa yang diledakkan tanpa henti serta bertahan dengan perisai iman yang tidak gentar menerima tentangan.
Kini, seramai 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sudah dikepung sejak 2006 dengan seksaan yang tidak pernah kita bayangkan daripada pelampau Israel sehingga tanah kelahiran mereka menjadi penjara yang paling besar buat mereka dan angka tersebut akan terus bertambah setiap hari jika kita terus lalai dalam memperjuangkan hak saudara seagama.

Jangan pernah berhenti melepaskan tembakan peluru-peluru doa, jangan pernah takut untuk terus menggertak Yahudi laknatullah, bangkitlah umat Islam!
Alhamdulillah.Masih belum terlambat untuk kita menegakkan panji-panji Islam yang kian layu berkibar, dan yakinlah bahawa umat Islam di seluruh dunia melangkah bersama untuk membantu saudara kita yang tertindas di bumi jihad Palestin.
Allahuakbar! Sesungguhnya sebesar-besar tarbiyah Allah kepada kita adalah melalui ujian yang pelbagai bentuk. Cengkaman ke atas Palestin adalah ujian kepada umat Islam di seluruh dunia untuk kembali bersatu untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dari terus dikecam dan seharusnya kita mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi kepada sebilangan besar saudara kita yang tertindas, begitu tabah dan kentalnya iman mereka dalam mempertahankan Islam, tidak seperti kita yang sentiasa bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan yang sebenarnya hanya mengaburi hati kita dalam menempuhi kehidupan dunia yang serba sementara ini. Allahuakbar!!

Saturday, July 24, 2010

JAWAPAN SELANJUTNYA..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

AGAK TERSENTUH KALBU ANA BILA SESUATU YANG ANA LAKUKAN SEPERTI DIBENCI OLEH SAHABAT YANG LAIN. MUNGKIN ITU DARI KELEMAHAN ANA SENDIRI KERANA TERLALU MENGIKUT PERASAAN YANG RADIKAL DAN MEMBUAT SESUATU PERKARA SECARA TERBURU-BURU.

SEBELUM TERUS MENAIP, ANA INGIN MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SESIAPA SAJA. BUKAN TUJUAN ANA UNTUK MENGAIBKAN SESIAPA, TAPI CUMA UNTUK RENUNGAN DAN APA YANG POSITIF BOLEH DITERUSKAN DAN YANG SEBALIKNYA BOLEH SAMA-SAMA KITA JADIKAN SEMPADAN.

TAJUK BAGI POST KALI INI IALAH : JAWAPAN SELANJUTNYA.

APA YANG SEPATUTNYA KITA JAWAB/LAKUKAN SEKIRANYA KAWAN KITA MENGAJAK PERGI MENONTON WAYANG ?

JAWAPAN BIASA / SELALU KITA DENGAR.

- JOM !
- AJAK XXXXX SEKALI ! LAGI RAMAI LAGI BEST !
- X BOLEH, GUA PEGI DENGAN AWEK GUA !

JAWAPAN YANG LUAR BIASA / PELIK.

- X MAU LA, LAGHO..


APA PULA YANG TERJADI BILA KITA AJAK KAWAN KITA TUTUP AURAT ?

- EH, DEPENDS LA DENGAN INDIVIDU TU NAK PAKAI PAKAIAN MACAMANE..
- NGKO SENDIRI X !
- NI FESYEN SEKARANG LA, KO PEHAL PAKAI MACAM NI, X UP TO DATE LANGSUNG !
- BIASE LAH K.L....

ISH...

XTAU LA NAK CAKAP APA..
SAMA-SAMA LA BERDOA SUPAYA DEPA SEMUA SELAMAT YAA..

APA YANG MEREKA CUBA PERTAHANKAN ITU SEBENARNYA SAMA SITUASINYA DENGAN MEMBIDAS ATAU MELANGKAUI GARIS PANDUAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ISLAM.
JADI ADAKAH PERLU ADA PERTIKAIAN BAGI SETIAP PERKARA YANG BENAR ?

FIKIR-FIKIRKAN..

Thursday, June 3, 2010

CUBA FIKIR KENAPA MEREKA.....

ASSALAMUALAIKUM...
SETELAH LAMA TIDAK MENGEMASKINI BLOG YANG TIDAK SEBERAPA INI,KINI ANA KEMBALI UNTUK MEMBAWA KALIAN SEMUA BERFIKIR SEJENAK TENTANG ISU SEMASA.<---MACAM BORING,TAPI ITULAH HAKIKATNYA,MEMANG BORING SEBAB RAMAI YANG MEMBICARAKAN ISU SEMASA UNTUK MENCEGAH DAN BERUSAHA UNTUK MEMBANGUNKAN SEMULA UMMAH YANG SEMAKIN BERADA DI AMBANG KEHANCURAN.
CUMA MEREKA YANG TIDAK AMBIL KISAH TENTANG USAHA-USAHA INDIVIDU ATAU PERTUBUHAN YANG INGIN MEMBANTU MEREKA,MALAH DILABEL SEBAGAI PENYIBUK,BUSY BODY,SUKA JAGA TEPI KAIN,SKIRT,SELUAR TIGHT,SELUAR PENDEK ORANG LAIN.
KALAU TIADA YANG AMBIL KISAH TENTANG MEREKA,SIAPA LAGI?
JANGAN DI AKHIRAT NANTI, BILA ADA YANG KURANG BERNASIB BAIK TIDAK DAPAT MENIKMATI KEHIDUPAN JANNATUL FIRDAUS, PASTI ADA YANG MARAH DENGAN KAWAN SENDIRI.KENAPA?

"APA PUNYA KAWAN KO NI,SANGGUP KO TENGOK AKU TERSIKSA DI NERAKA MACAM NI,DULU DI DUNIA KO X TEGUR PUN CARA AKU BERPAKAIAN,KO X INGATKAN AKU PUN TENTANG AGAMA !"

TENGOK.
INILAH YANG AKAN TERJADI NANTI.
DAN YANG SUDAH TERJADI SEKARANG,
BILA ORANG TEGUR,INGATKAN,KENA LABEL,KENA KUTUK..

"ALAH,KO PUN LEBIH KURANG JUGAK.."
"EH,SUKA HATI ORANG LAH NAK PAKAI APA ! YANG KO SIBUK PESAL? "
"DER,DOSA DALAM KUBUR MASING-MASING PUNYA HAL LA.."

KALAU TERINGIN SANGAT MENGUTUK,KUTUK LA DEPAN-DEPAN,NI KUTUK BELAKANG APA BARANG..

TU BARU MUQADDIMAH..
HEHEHE

ANA PASTI SEMUA DI ANTARA ANTUM SEMUA SUDAH PUN MENDUDUKI SPM,MUNGKIN ADA YANG PHD,MASTER,IJAZAH,ATAU DIPLOMA.TAHNIAH ANA UACAPKAN.
SYUKUR SEBAB KITA DAPAT MENGAMALKAN ILMU YANG KITA PEROLEHI DARI SEKOLAH DULU SAMPAI SEKARANG.CONTOHNYA,ADAB-ADAB BERPAKAIAN,INGAT LAGI BILA?
SECARA FORMALNYA TINGKATAN 4.

DARI SANA ANA MULA TERFIKIR,JIKA SEMUA PERNAH MEMPELAJARI TAJUK ITU,MAKA SEMUA TAHU APA YANG BOLEH,APA YANG TIDAK BOLEH..

SEKARANG SEMUA ORANG INGIN MENJADI BINTANG.
GAYA MACAM ARTIS BARAT.
RAMBUT KALAU BOLEH X NAMPAK LANGSUNG WARNA HITAM.
MESTI WARNAKAN.
BARU LA ADA GAYA ARTIS KAN?

BAJU?
EH..MESTI LA MACAM PARIS HILTON,BRITNEY..
ALAH,BUKA SIKIT X APA,NAMPAK LURAH SIKIT X APA..
SAMPAIKAN FESYEN BAJU KURUNG MELAYU PUN DIUBAHSUAI MENGIKUT TREND ITU.
DEDAHKAN LURAH..
SUBHANALLAH...

NAMPAK PAHA SIKIT X APA,KALAU WARTAWAN AMBIL GAMBAR,AMBIL BAHAGIAN ATAS SAJA..
LEPAS TU,SEMUA JADI ISU..

EH,KENAPA ANA SIBUK-SIBUK PASAL ARTIS NI ?

KENAPA?

SEBAB, MEREKA SEMUA NI JADI TUMPUAN,IKUTAN ORANG..
SEMUA ORANG TENGOK..
SEBAB..

MEREKA JUGA ORANG ISLAM..
KALAU SEORANG ARTIS YANG SEKSI BOLEH MEMPENGARUHI CARA PEMAKAIAN 100 REMAJA WANITA UNTUK BERPAKAIAN SEPERTINYA,BAGAIMANA PULA DENGAN BERPULUH ORANG ARTIS??
HASILNYA?
+x/%=
BERAPA ORANG AKAN MENJADI MANGSA?

MALU RASANYA WALAUPUN ANA SEORANG LELAKI..
MENJADI ARTIS,BAJU YANG MENAMPAKKAN BAHAGIAN EHEMMM..
NAMA YANG SEDAP DIBERIKAN OLEH IBU BAPA, DITUKAR..
KAHWIN CARA ISLAM,BUAT SECARA BESAR-BESARAN..
XLAMA,CERAI..

BILA ADA YANG MENINGGAL DUNIA,BARU INGAT AGAMA..
"SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT"..
BILA MATI,URUSKAN MAYAT CARA ISLAM,TAPI HIDUP,URUSKAN HIDUP CARA SIAPA?


RASANYA BERAT UNTUK KLIK "PUBLISH POST"..
KERANA TERASA MASIH BANYAK UNTUK DIOMELKAN DI SINI..
CUKUP SAJA SETAKAT INI..
NANTI KITA FIKIRKAN LAGI HAL YANG LAIN OK..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Monday, March 15, 2010

EKONOMI VS EKONOMONEY

ASSALAMUALAIKUM..
SAYA FAHAM MASALAH ANTUM SEMUA.
KEKURANGAN ONGKOS KAN..??
BIASALAH HIDUP DI TEMPAT ORANG MEMANG BEGITU..
JADI ANA INGIN BERKONGSI CARA BAGAIMANA UNTUK KEKAL BERNAFAS DI KALA KEGAWATAN EKONOMI SERTA TARAF HIDUP DI BANDAR YANG SEMAKIN MEMINTA UNTUK ANDA SENTIASA BERSAMA KALKULATOR DAN SAMPOA SEBELUM BERTINDAK.

YANG PALING PENTING IALAH BERSEDERHANA.
DAPATKAN SESUATU YANG MEMPUNYAI MANFAAT YANG SAMA WALAUPUN HARGA YANG BERBEZA.

1)GANTIKAN KFC DENGAN AYAM GORENG REMPAH.




2)FIKIRKAN SEMULA KENAPA PERLU MAKAN.UNTUK KENYANG ATAU PUAS?
JADI,KITA PILIH MAKAN UNTUK KENYANG, DENGAN HIDANGAN YANG SEDERHANA TAPI MENGENYANGKAN.





3)MINUM UNTUK MENGHILANGKAN DAHAGA ATAU UNTUK KEPUASAN MAKSIMUM? ANDA PILIH.



4)BERPUASA

BERPUASA KAN BANYAK KELEBIHANNYA.

JADI,BUKAN SUSAH UNTUK HIDUP DI ZAMAN YANG SERBA MEWAH INI,YANG PENTING TAHU CARANYA.
SELALU DICANANGKAN BAHAWA BERJIMAT CERMAT ITU AMALAN MULIA,BERTEPATAN DENGAN SEPOTONG AYAT DALAM SURAH AL-ISRA AYAT 27, SESUNGGUHNYA ORANG YANG MEMBAZIR ITU ADALAH SAUDARA SYAITAN,SEDANG SYAITAN ITU SANGAT KUFUR KEPADA TUHANNYA.BERJIMATLAH SEMAMPU YANG MUNGKIN DAN BUATLAH PERANCANGAN SEBELUM MEMBUAT PERBELANJAAN,DAHULUKAN YANG PENTING DAN TAHU MEMBEZAKAN KEPERLUAN DAN KEHENDAK.
SEKIAN,ASSALAMUALAIKUM..

Wednesday, February 3, 2010

KITA DI AMBANG KEHANCURAN

ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT PEMBACA SEKALIAN...
PERTAMA SEKALI ANA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SENSITIVITI YANG TERSENTUH DALAM PENULISAN BLOG ANA YANG TIDAK SEBERAPA INI...
BUKAN NIAT UNTUK MEMALUKAN MANA-MANA PIHAK,TETAPI BERUSAHA UNTUK MEMBENDUNG MASALAH YANG KECIL,SEBELUM MEREBAK MENJADI SATU MASALAH YANG KRONIK...

APA MASALAH HARI INI??
ISU PEMAKAIAN SELUAR KETAT + TUDUNG..
RILEKS LA,FESYEN ZAMAN SEKARANG...
RILEKS ???!!!
NO WAYYY...!!
KALAU RILEKS TU KECIL MACAM NYAMUK,DAH LAMA ANA BAGI BUKU LIMA MACAM DALAM IKLAN TV "TAK BERI PELUANG !"

SAMPAI BILA KITA HARUS BIARKAN ANAK-ANAK GADIS DI LUAR SANA TERUS HANYUT DALAM GELORA FESYEN YANG TIDAK BERPAKSIKAN TATACARA PEMAKAIAN MENGIKUT ISLAM ??

TUNGGU ORANG PAKAI MINI SKIRT+TUDUNG?

SAMPAI BILA ???

SAAT TIUPAN SENGKAKALA BARU NAK INGATKAN??

DULU KECOH PASAL WAYANG 2012 KONONNYA PASAL HARI KIAMAT.TIKET SOLD OUT,RAMAI REMAJA YANG TENGOK..

DAPAT APA?

MASUK PANGGUNG,DUDUK SEBELAH AWEK,MAKAN BERTIH JAGUNG,PEGANG TANGAN AWEK,WAYANG 2012 HABIS, KELUAR PANGGUNG..

ZERO...

TIADA DAPAT APA-APA PUN...

NAK KATA INSAF LEPAS TENGOK 2012, TAK JUGA..

MAKIN MENJADI-JADI ADA...

KALAU ANA TAK SILAP,SILIBUS TINGKATAN 4 ADA MENGGARISKAN TENTANG AURAT MUSLIMAH..

MUNGKIN YANG PAKAI TIDAK MENGIKUT APA YANG TERTULIS NI BELUM BELAJAR LAGI KOT,ATAU BELUM SAMPAI LAGI SILIBUS TU..

ATAUPUN,HARI TAJUK AURAT TU DIAJAR,PELAJAR BERKENAAN TIDAK KE SEKOLAH...

KENAPA SUKA IKUT CARA ORANG LAIN???

NAMPAK ORANG RAMAI YANG PAKAI MACAM NI,NAK IKUT LAH.....








SELUAR KETAT,PAKAI TUDUNG...??
TUDUNG TU SUDAH JELAS MELAMBANGKAN IMEJ ISLAM ITU SENDIRI..
APA ORANG LAIN AKAN CAKAP NANTI..??

"..ish..itu macam olang Islam punya seluar ka??aiya.."

"..mana satu betul ni?pakai labuh atau ketat?.."

"..wow..cuba kau usha body minah tu,perghh..pakai tudung pun tetap seksi.."

"..eh,boleh ke pakai macam tu ek?.."

"..masyallah.."

"..alim konon pakai tudung,seluar ketat,baju ketat.."

SAHABAT-SAHABAT PARA PEMBACA YANG DIHORMATI SEKALIAN..
KITA SEPATUTNYA MENANAMKAN SIFAT MALU JIKA BERPAKAIAN SEPERTI INI...
BERPAKAIAN KETAT DAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH SAMA LAH JUGA SEPERTI SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W...


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيلاَتٌ، رُؤُسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya,

(2) Wanita-wanita yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

:SUMBER:

JADI,CUBA KITA ALIHKAN SEBENTAR IMIGINASI KITA,BANDINGKAN DENGAN AMAL IBADAH KITA DENGAN MATLAMAT KITA UNTUK MENJADI AHLI AL-JANNAH DI ALAM AKHIRAT NANTI...

SETINGGI MANAKAH SUDAH ISTANA YANG KITA BINA DI SANA,ADAKAH BARU MEMBUAT LAKARAN PELAN ATAU SUDAH PUN MENDIRIKAN TIANG-TIANG EMAS NAN BERTATAHKAN BERLIAN ATAUPUN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MASUK KE DALAMNYA SAHAJA..???

FIKIR-FIKIRKAN LAH...
ISTIGHFAR....
ASSALAMUALAIKUM....

Monday, January 4, 2010

CAKAP DAN SLANGA MANUSIA

HMMMMMM....
ASSALAMUALAIKUM SEMUAA...!!

XTAU KENAPA BOLEH TIMBUL SEKELUMIT RASA NAK KASI PELEMPANG DENGAN ORANG YANG SUKA MENGEJEK SLANG ORANG BORNEO...SEDIH DAN AGAK MARAH DALAM HATI ANA CUMA q_l_l l SAJA YANG TAHU.....

ANA SEDAR HIDUP DI TEMPAT ORANG SEBAGAI GOLONGAN MINORITI SEMESTINYA AKAN DIPANDANG,DIDENGAR,DIPERHATIKAN 'PELIK' PADA GOLONGAN MAJORITI...

ANA JUGA BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU.
DENGAN SEBUTAN YANG BETUL.
DAN PRAKTIKKAN SELALU.

TAPI BILA KITA BERCAKAP DENGAN BAHASA MELAYU YANG BETUL (SEBUTAN BAKU),ADA YANG MENGANGGAPNYA SEBAGAI PELIK.SABAH.LOGHAT KAMPUNG.XMAJU.XIKUT PEREDARAN ZAMAN.KUNO.

XPUAS HATI LA...!!!

BIAR LA AKU CAKAP MACAM NI...!!
SALAH KAH...???
KENAPA SETIAP KALI AKU BERCAKAP,DORANG MESTI BALAS DENGAN MENDAHULUKAN AYAT SEPERTI INI..:

...pekatnye slang sabah..

...hahaha..aku xfaham apa yang ko cakap...

...ha?ape..??

XKURANG JUGAK YANG MENGAJUK LANTAS MEMODIFIEDKAN IKUT SEDAP MULUT..
LEPAS TU GELAK..
DI BELAKANG CAKAP YANG MACAM2 PASAL SLANG ORANG..

APA MASALAH KORANG..???

CAKAP SENDIRI X BETUL...

KENAPA=KENAPE
KITA =KITE
MANA =MANE

APA NI SEMUA...

BUKAN NAK CONDEMN ORANG LAIN,CUMA RASA LEGA SIKIT BILA DAPAT MELUAHKAN PERASAAN DI SINI...

MAAF SANGAT2....

SEBAB TU LA SAYA MALU UNTUK BERCAKAP...

SEBAB TAKUT ADA YANG XFAHAM..
SEBAB TAKUT ADA YANG GELI HATI..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...