Showing posts with label melayu islam. Show all posts
Showing posts with label melayu islam. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

v(",) Aku dan Cina (-.-)v

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Salam ceria untuk para pembaca semua :)



Saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tentang beberapa kisah yang menarik berdasarkan pengalaman peribadi saya.

Pengalaman mempunyai kawan berbangsa Cina bermula pada zaman sekolah menengah.

Pada peringkat menengah rendah, saya ada kenalan Cina, tapi berkawan tu belum ada lagi, cuma kenalan, kerana komuniti rakan sekelas semua Islam dan tidak ada rakan sekelas yang berbangsa Cina sehinggalah naik ke tingkatan empat, kelas telah bercampur dari kelas menengah rendah dulu.

Apa pandangan saya terhadap rakan Cina yang saya kenal dan rapat?

Seperti yang saya tonton dalam filem Gadoh, memang rakan-rakan Cina saya latarbelakang keluarganya adalah keluarga yang berniaga serta rajin belajar dan pandai, terutamanya dalam Matematik dan Sains.

Salah seorang dari kawan Cina saya tidak kisah untuk berkongsi masa dan kegembiraan dengan saya. Di waktu petang selepas waktu persekolahan, dia mesti menghubungi saya untuk keluar online di cyber cafe bersama. "aku belanja" katanya. Dia juga tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada aku dalam subjek yang aku agak jahil, seperti Matematik dan Matematik Tambahan. Untuk melengkapi banyak pemberiannya, aku turut mengajarnya subjek Bahasa Melayu.

Habis sekolah, sekali lagi aku berpeluang untuk berkenalan dengan lebih ramai kawan berbangsa Cina dalam siri Program Latihan Khidmat Negara. Sebahagian besarnya saya masih ingat lagi namanya, baik lelaki dan perempuan. Maksud saya, amoi..hehe..

Kawan sebilik saya, ketika cuti seminggu, dia balik ke KL. Bila pulang semula ke kem, setiap dari kami dibelikannya cenderahati dan banyak makanan ringan untuk dimakan ketika waktu lapang di bilik. Selain itu, dia juga tidak kisah untuk meminjamkan saya telefon miliknya ketika saya berkeperluan untuk menelefon. "awak guna sahaja, tidak perlu risau, bilnya parent saya yang bayar pun". Sahabat di dorm sebelah saya, dia membelikan untuk kawan-kawan cenderahati tidak mengira harga. Saya lihat harganya mahal-mahal, namun harga bukanlah ukuran bagi sebuah persahabatan katanya.

Paling seronok, mereka tidak kekok untuk berkenalan dengan budak-budak kampung seperti kami, rasa ingin tahu tentang masing-masing yang sangat tinggi lebih mengeratkan hubungan kami. Rakan sebilik saya itu, badannya besar berbanding kami, budak-budak luar bandar yang bertubuh kecil. Dia selalu jadi 'bantal peluk' ketika kami sedang berehat dan bergurau senda.

Masuk ke alam kampus, saya turut berpeluang untuk mengenali lebih ramai kenalan dan kawan berbangsa Cina, baik lelaki dan perempuan.

Bukan niat saya untuk membandingkan bangsa siapa lebih baik, cuma saya ingin berkongsi cerita, bahawa saya tidak merasakan sebarang ancaman atau situasi yang tidak selamat apabila bersama dengan rakan yang berbangsa Cina. Jika bertembung atau berselisih dengan mereka, dari jauh lagi mereka sudah melontar senyum, melambai tangan dan menghulur tangan (lelaki) apabila bertemu, bertanya khabar dan sangat ramah menyantuni saya.

Dalam berkongsi isu semasa juga, saya ada mengenali rakan di luar kampus, beliau sangat fasih berbahasa Melayu dan katanya, "saya antara pelajar Cina yang dapat A dalam SPM untuk mata pelajaran Bahasa Melayu". Saya juga turut mengikuti hasil tulisannya di akhbar dan internet yang ditulis dalam Bahasa Melayu, serta buku salah seorang penulis berbangsa Cina yang ditulis dalam Bahasa Melayu, apabila saya bertemu dengan penulisnya, beliau berkata orang yang menyunting bukunya itu adalah rakan saya yang memperolehi A dalam SPM itu. Saya juga berpeluan untuk berbual panjang dengannya dalam satu perjalanan, dia menumpangkan saya menaiki keretanya tanpa meminta bayaran pun, malah berkongsi banyak pengalamannya sepanjang perjalanan itu.

Selain itu, saya juga pernah menghadiri suatu sesi diskusi yang dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Cina, kerana saya ingin bertemu dengan penulis Cina yang menulis buku dalam Bahasa Melayu yang saya telah sebutkan tadi. Saya seorang yang bukan berbangsa Cina dalam kelompok bangsa Cina yang sangat ramai ketika itu. Namun, saya rasa senang berada di sana, lebih-lebih lagi saya berpeluang berjumpa dengan rakan saya dalam program tersebut.

Saya tidak begitu pasti, kenapa banyak di media arus perdana ketika ini seperti tidak mesra dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, sedangkan gagasan perpaduan dan 1 Malaysia sangat megah dicanangkan. Saya sangat tidak begitu faham, kenapa masih banyak kempen seperti boikot barangan  Cina, ada wacana yang berlatarbelakangkan pendidikan, kemudian dibawa kepada memperkasakan Melayu dan menghapuskan sekolah jenis kebangsaan. Kenapa masih ada lagi laungan "kita lah tuan" dan sebagainya.

Kenapa perlu semua ini berlaku, sedangkan kita boleh hidup mesra sebumbung langit yang sama, selantai bumi yang dikongsi bersama. Jangan perbezaan jadi modal sengketa.


Firman Allah dalam surah Al-Hujurat, ayat ke 13 yang bermaksud :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)


Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dalam bukunya Tafsir Surah Al-Hujurat menjelaskan konteks mendepani hidup dalam kepelbagaian kaum dengan menyatakan bahawa penyelesaian yang baik adalah secara berukhuwah dan akan menyebabkan manusia terus hidup dalam rahmat Allah SWT serta berada dalam kesejahteraan.

Sunday, August 29, 2010

MELAYU NAN SEMAKIN LAYU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

POST KALI INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK BERPOLITIK, TETAPI SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

JIKA DIZAHIRKAN POST KALI INI DALAM BENTUK VISUAL, SEMEMANGNYA MENGAIBKAN PIHAK YANG TERLIBAT, KERANA IANYA MELIBATKAN SATU REALITI YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI KESAHIHANNYA.

AHAD LEPAS ANA BERSIAR-SIAR DI SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK MEMBELI BARANG KEPERLUAN. TERSANGAT SAKIT HATI DAN MATA MELIHAT SAUDARA SEISLAM YANG BERBANGSA MELAYU SEPERTI TIDAK MEMPUNYAI IDENTITI YANG MENYENANGKAN MATA YANG MELIHAT, MALAHAN SECARA TERUS MENJATUHKAN NILAI SERTA KEMULIAAN AGAMA.
ASTAGHFIRULLAH......

ANA MELIHAT RAMAI REMAJA-REMAJA TIDAK MENGHIRAUKAN ASPEK PEMAKAIAN DAN IMEJ MEREKA. MEREKA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENIRU BULAT-BULAT APA YANG MEREKA LIHAT TANPA MENGKAJI IMPAK DARI SUDUT PRO DAN KONTRANYA..

PEDIH HATI INI, TIDAK DIHIRAUKAN LANGSUNG KEMULIAAN BULAN RAMADHAN, KERANA ANA MELIHAT BUKAN SATU, BUKAN SEORANG, TETAPI RAMAI JUMLAHNYA YANG BERDUA-DUAAN SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI DI BEBERAPA KEDAI MAKANAN SEGERA ( McD, KFC, DLL ), PAKAIAN, TIDAK PERLU DIPERKATAKAN LAGI, SMEMANGNYA GADIS MELAYU SUKA MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG MENGIKUT BENTUK PAHA HINGGA KE BUKU LALI, BAJU SEPARUH DAN PALING ANA BENCI PAKAI TUDUNG DAN MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG LANGSUNG TIDAK MENAMPAKKAN KECANTIKAN !!!! BENCI !!!

YANG LELAKI APA KURANGNYA..
SELUAR PENDEK..
BAJU MACAM BAJU PEREMPUAN..

BULAN PUASA TU !!

KALAUPUN ADA AWEK SEKSI YANG MENEGUR PEMAKAIAN ANA ( CUKUP LAH BILA ANA PAKAI BAJU LONG SLEEVE & SELUAR PANJANG ),

" bang, x panas ke pakai baju long sleeve tengahari bute ni ??"

KALAU DIBERI PELUANG UNTUK ANA MENJAWABNYA, " DIK, PANAS LAGI DUK DALAM NERAKA NANTI.."

TU BARU MUQADDIMAH...

OK..

NANTI KITA SAMBUNG LAGI...
ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday, February 3, 2010

KITA DI AMBANG KEHANCURAN

ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT PEMBACA SEKALIAN...
PERTAMA SEKALI ANA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT SENSITIVITI YANG TERSENTUH DALAM PENULISAN BLOG ANA YANG TIDAK SEBERAPA INI...
BUKAN NIAT UNTUK MEMALUKAN MANA-MANA PIHAK,TETAPI BERUSAHA UNTUK MEMBENDUNG MASALAH YANG KECIL,SEBELUM MEREBAK MENJADI SATU MASALAH YANG KRONIK...

APA MASALAH HARI INI??
ISU PEMAKAIAN SELUAR KETAT + TUDUNG..
RILEKS LA,FESYEN ZAMAN SEKARANG...
RILEKS ???!!!
NO WAYYY...!!
KALAU RILEKS TU KECIL MACAM NYAMUK,DAH LAMA ANA BAGI BUKU LIMA MACAM DALAM IKLAN TV "TAK BERI PELUANG !"

SAMPAI BILA KITA HARUS BIARKAN ANAK-ANAK GADIS DI LUAR SANA TERUS HANYUT DALAM GELORA FESYEN YANG TIDAK BERPAKSIKAN TATACARA PEMAKAIAN MENGIKUT ISLAM ??

TUNGGU ORANG PAKAI MINI SKIRT+TUDUNG?

SAMPAI BILA ???

SAAT TIUPAN SENGKAKALA BARU NAK INGATKAN??

DULU KECOH PASAL WAYANG 2012 KONONNYA PASAL HARI KIAMAT.TIKET SOLD OUT,RAMAI REMAJA YANG TENGOK..

DAPAT APA?

MASUK PANGGUNG,DUDUK SEBELAH AWEK,MAKAN BERTIH JAGUNG,PEGANG TANGAN AWEK,WAYANG 2012 HABIS, KELUAR PANGGUNG..

ZERO...

TIADA DAPAT APA-APA PUN...

NAK KATA INSAF LEPAS TENGOK 2012, TAK JUGA..

MAKIN MENJADI-JADI ADA...

KALAU ANA TAK SILAP,SILIBUS TINGKATAN 4 ADA MENGGARISKAN TENTANG AURAT MUSLIMAH..

MUNGKIN YANG PAKAI TIDAK MENGIKUT APA YANG TERTULIS NI BELUM BELAJAR LAGI KOT,ATAU BELUM SAMPAI LAGI SILIBUS TU..

ATAUPUN,HARI TAJUK AURAT TU DIAJAR,PELAJAR BERKENAAN TIDAK KE SEKOLAH...

KENAPA SUKA IKUT CARA ORANG LAIN???

NAMPAK ORANG RAMAI YANG PAKAI MACAM NI,NAK IKUT LAH.....








SELUAR KETAT,PAKAI TUDUNG...??
TUDUNG TU SUDAH JELAS MELAMBANGKAN IMEJ ISLAM ITU SENDIRI..
APA ORANG LAIN AKAN CAKAP NANTI..??

"..ish..itu macam olang Islam punya seluar ka??aiya.."

"..mana satu betul ni?pakai labuh atau ketat?.."

"..wow..cuba kau usha body minah tu,perghh..pakai tudung pun tetap seksi.."

"..eh,boleh ke pakai macam tu ek?.."

"..masyallah.."

"..alim konon pakai tudung,seluar ketat,baju ketat.."

SAHABAT-SAHABAT PARA PEMBACA YANG DIHORMATI SEKALIAN..
KITA SEPATUTNYA MENANAMKAN SIFAT MALU JIKA BERPAKAIAN SEPERTI INI...
BERPAKAIAN KETAT DAN MENAMPAKKAN BENTUK TUBUH SAMA LAH JUGA SEPERTI SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W...


صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيلاَتٌ، رُؤُسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu;
(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya,

(2) Wanita-wanita yang BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.

2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).

3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.

:SUMBER:

JADI,CUBA KITA ALIHKAN SEBENTAR IMIGINASI KITA,BANDINGKAN DENGAN AMAL IBADAH KITA DENGAN MATLAMAT KITA UNTUK MENJADI AHLI AL-JANNAH DI ALAM AKHIRAT NANTI...

SETINGGI MANAKAH SUDAH ISTANA YANG KITA BINA DI SANA,ADAKAH BARU MEMBUAT LAKARAN PELAN ATAU SUDAH PUN MENDIRIKAN TIANG-TIANG EMAS NAN BERTATAHKAN BERLIAN ATAUPUN HANYA MENUNGGU MASA UNTUK MASUK KE DALAMNYA SAHAJA..???

FIKIR-FIKIRKAN LAH...
ISTIGHFAR....
ASSALAMUALAIKUM....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...