Tuesday, December 20, 2016

Zaman Maktab Perguruan sudah berlalu, sekarang zaman IPG



Saya tidak pernah sebut saya belajar di maktab, tapi IPG atau kampus.

Maktab ialah satu kata nama am, yang merujuk kepada pusat latihan, tempat belajar dan seumpanyanya.

Ini jelas ia tidak mewakili secara mutlak bahawa perkataan maktab itu adalah membawa maksud untuk institusi perguruan sahaja, kerana ia juga turut digunakan oleh institusi lain, seperti Maktab Rendah Sains Mara, Maktab Mahmud, Maktab Tentera Diraja, Maktab Adabi Gaya Pos atau institusi lain yang seumpama dengannya.




Beberapa peringkat penaiktarafan bermula dengan Teacher Training College, yang pada ketika itu institusi ini lebih dikenali dengan Maktab Perguruan, kemudian diikuti dengan Institut Perguruan, selepas itu bertukar kepada Institut Pendidikan Guru dan yang terkini Institut Pendidikan Guru Malaysia, sesuai dan selaras dengan begitu banyak perubahan dari pelbagai aspek, seperti kepelbagai kursus, kemudahan fasiliti dan perkembangan teknologi serta bidang-bidang baru yang memerlukan kemahiran guru yang terlatih.

Saya faham, orang lama masih lagi sinonim dengan nama maktab sebagai mewakili institusi perguruan pada zaman semasa ia digunakan dan turut terbawa-bawa hingga ke hari ini, tapi bagi saya, saya lebih selesa menggunakan terma semasa.

Saya menuntut di institusi ini dalam masa 3 nama yang berbeza digunakan, Institut Perguruan, Institut Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Guru Malaysia, kerana seingat saya ada 3 kali lirik lagu kampus kami diubah liriknya, dari " IPIK, institut berbudi", kemudian "IPG Kampus Ilmu Khas" dan seterusnya yang masih kekal saya rasa ke hari ini, " IPGM, Kampus Ilmu Khas".





Saya masih ingat beberapa kali sewaktu saya menaiki teksi untuk pulang ke kampus, saya akan beritahu pemandu bahawa destinasi saya ialah ke IPG Ilmu Khas.

Biasanya pemandu akan rasa pelik dengan nama IPG, satu nama tempat yang baru pernah disebut kepadanya.

Saya tiada masalah dengan situasi sebegitu, sebab orang lama, lebih selesa dan sinonim dengan nama maktab perguruan.

Maka saya terangkan semula, "dulu maktab, sekarang sudah dinaiktaraf jadi IPG, Institut Pendidikan Guru".

Atau berlaku juga pada situasi lain, saya akan sebut kampus, atau asrama sahaja. Misalnya jika ada bertanya hendak ke mana atau dari mana, saya akan jawab samada dari/hendak ke kampus/asrama/kuliah/kelas. 

Kerana zaman maktab sudah berlalu dan berakhir, tiada lagi digunakan istilah maktab perguruan pada saat ini, ianya sudah berlalu.

Pada hari ini, tiada kedengaran baik dari orang lama sendiri menyebut akan nama bandaraya Kota Kinabalu sebagai Api-Api, Jesselton atau Singgah Mata pada hari ini, sungguhpun pada zaman mereka nama Kota Kinabalu masih belum digunapakai. Hari ini, tiada pun kedengaran disebut nama Jesselton yang bermaksud untuk mengatakan ianya ialah Kota Kinabalu, walaupun nama-nama lama itu masih ada digunakan untuk sub-lokasi di dalam Kota Kinabalu seperti Jesselton Point, Api-Api Centre dan Lorong Singgah Mata.

Nama-nama lama ini tidak lagi digunakan oleh orang lama walaupun pada zaman mereka, tempat ini (Kota Kinabalu) ada beberapa nama lain sebelumnya pada hari ini.


Oleh kerana itulah, dengan tujuan supaya penjenamaan semula nama institut perguruan ini perlu dikenali mengikut nama semasanya, saya tuliskan perkara ini, kerana perubahan pada nama itu adalah salah satu penanda aras kepada peningkatan dalam pelbagai aspek.

Generasi IPG yang baharu juga masih selesa menggunakan terma maktab walaupun zaman penggunaannya sudah lebih 10 tahun berlalu. Masih lagi kedengaran/kelihatan, "tidak sabar nak balik maktab..", "jumpa kat maktab nanti" dan macam-macam lagi lah.


Adapun perubahan yang sangat jelas pada terma nama ini adalah hakikat perubahan yang menggambarkan bahawa insititusi perguruan ini telah beranjak ke peringkat yang lebih tinggi, maka harus dibuktikan kualiti semasa dan yang terkini produk keluaran IPG adalah sebagus dan setaraf dengan namanya, bukan hanya berbangga dengan nama institut, tetapi kualiti pada zaman nama maktab digunakan adalah jauh lebih baik.

Akan bersambung..

4 comments:

  1. Saudara..memang benar, tetapi tempat "kelahiran Semula" dan penjenamaan sebagai makhluk yang bergelar pendidik..mana kan bisa lupa nama sedemikian?..benar sinonim dengan "pembuatan" tahun "kelahiran" dari instiusi tersebut..saya sendiri masih menggunakan Maktab..MPIK..saya keluaran 1983-85..apa pun terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara kerana sudi bertandang ke blog saya. :)

      Delete
  2. Saya produk MPIK tahun 1995-2001...bwh twinning program B.Ed TESL (UK)...menggunakan nama maktab hampir 6 thn di sana dari zmn matriks ke degree :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...