Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts
Showing posts with label ustaz azhar idrus. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

Rindukan saat ini !

Bismillah..alhamdulillah..

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ


Hari ini, pemikiran rakyat Malaysia cuba diubah tetapan menjadi sesuatu pemikiran yang bercorak dengan isme-isme yang pelbagai hasil ciptaan manusia sendiri yang nampaknya kurang mendapat sambutan, kerana manusia pada hari ini tidak semuanya suka kepada isme-isme yang sempit seperti itu, kerana masyarakat Malaysia pada hari ini sudah ada ketagihan dan kecanduan kepada satu perkara yang baru !

Seperti kecanduan sesuatu yang baru, corak pemikiran rakyat Malaysia hari ini semakin beralih arah sedikit demi sedikit, semakin kecanduan dengan majlis ilmu dan mendalami ilmu agama.



Sedikit demi sedikit kesedaran akan keperluan menghadapi hidup yang berpanduankan agama ini hadir dalam segenap hati yang merindukan akan siraman ilmu dari para alim untuk membasahi kekeringan dan kekosongan rohani yang gersang sebagai persediaan dan bekalan yang akan dibawa ke akhirat kelak.


Artis bukan lagi kecanduan biasa bagi masyarakat di Malaysia pada hari, tetapi para ulama' dan umara' adalah tarikan utama dan menjadi kerinduan kepada para pencinta ilmu dan yang dahagakan petunjuk menuju ke arah kebenaran dan membawa kita keluar dari kepompong kesempitan fahaman ilmu yang pada hakikatnya sangat luas jika dipelajari. Perkara seperti ini sangat elok kiranya jika dijadikan sebagai budaya yang rutin kepada masyarakat, kerana masyarakat yang cintakan ilmu adalah masyarakat yang insyaAllah tidak berada di dalam jahil dan kebuntuan sekiranya menghadapi kesulitan. Segala permasalahan dikembalikan kepada syariat, bukanlah diselesaikan atas kekasaran dan sebagainya cara yang tidak sepatutnya.


Budaya ilmu ini juga kian disemarakkan dengan seminar-seminar berskala besar dalam suasana yang komersial dan universal. Para ahli seminar tidak kisah untuk bayaran yang tinggi, kerana ilmu tidak berbaloi untuk diberi harga dengan nilai wang ringgit, kerana memiliki ilmu itu lebih utama berbanding memiliki harta yang banyak. Saban hari seminar-seminar dianjurkan baik seminar yang percuma atau berbayar, tentu saja dibanjiri dengan jutaan ummat yang sanggup datang dari segenap pelusuk tempat.


Dikira sesiapa yang mati ketika menuntut ilmu, syahid adalah miliknya !
Wow!
Bukan senang untuk dapat syahid !
Bagaimana pula jika mati di tempat berhimpunnya jutaan manusia, tapi menikmati sesuatu yang melupakan kita kepada syariat dan memuaskan nafsu dan mengenyangkan mata, hati dan sebagainya dengan perkara yang menggelapkan hati, merosakkan pandangan dengan perkara yang sia-sia ?


Na'uzubillahi minzalik..minta dijauhkan..
carilah majlis ilmu, insyaAllah tidak menyesal untuk dihadiri !

jeng..jeng..jengg...
*gambar hiasan


Wednesday, December 21, 2011

Belajar dari selipar Crocs

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh :)

Hari Pertama dalam tahun 1433H, sebuah masjid di Pandan Indah ( Masjid Al-Azim ) menganjurkan sambutan tahun baharu selama 2 hari berturut-turut dengan pelbagai aktiviti.
Antaranya adalah seperti forum, kuliah agama, pertandingan mewarna/melukis, demonstrasi masakan, persembahan artis dan ekspo jualan.

Aku teringat tentang peristiwa yang berlaku pada hari itu.
Aku mendapat maklumat melalui poster di Facebook, bahawa pada jam 10 pagi, Ustaz Azhar Idrus akan datang berkuliah di masjid berkenaan. Jam 9.30 pagi aku mula bertolak dari rumah, takut-takut sampai di masjid itu nanti, hanya dengar suaranya, tidak dapat port yang best untuk melihat beliau secara live.

Alhamdulillah, aku selamat juga sampai di Masjid Al-Azim pada jam 10.10 pagi.

Oh, sudah terlambat 10 minit!

Aku terus mencari pintu masuk ke ruangan masjid, meletakkan selipar di satu tempat. Kemudian terus masuk ke dewan solat, melihat sudah berpusu-pusu muslimin dan muslimat membanjiri ruangan solat untuk melihat sendiri Ustaz Azhar, sama seperti aku.

Terjumpa seorang kenalan dan aku pun bertanya, belum start lagi kuliah ustaz Azhar ?
Jam 11 nanti.

tiktoktiktoktiktok..

Jam 11 pagi.

Seorang ajk masjid membuat pengumuman.

Ustaz Azhar sekarang masih lagi dalam perjalanan, seorang ustaz akan menggantikan beliau sementara menunggu al-fadhil ustaz Azhar Idrus sampai.

Penceramah pengganti tu pun boleh tahan.

Jam 12.30, dia yang dinantikan pun sampai.

Setelah sampai, beliau terus mengambil tempat duduk, dan menekan kamera dari telefon bimbitnya untuk 3 snap, kanan, tengah dan kiri.

Gambar-gambar itu diuploadkan dalam page Jkkk Fanclub.

Ustaz Azhar tidak berkuliah dengan kitab, tapi hanya menjawab persoalan-persoalan yang diajukan oleh para hadirin.

Hujan memang turun renyai-renyai semasa aku sampai tadi, dan ianya berterusan sehingga tamat ceramah dan solat fardhu zuhur. Menjadi semakin lebat.

Aku bercadang untuk meninjau gerai-gerai jualan yang ada apabila hujan mulai merintik.

Eh, mana selipar aku ?



Aku berjalan di persisir tempat letak selipar di kaki lima masjid yang ada sebahagiannya sudah dinaiki air.

Lebih kurang 6 kali aku berulang-alik mencari kelibat selipar crocs yang bertapak haus, yang sejarahnya seakan berulang. Selipar itu tidak kubeli, tapi aku memakainya apabila aku kehilangan selipar selepas solat jumaat beberapa bulan yang lalu.

Bukan aku curi.

Aku tunggu dalam 20 minit selepas semua jemaah sudah beransur balik.

Aku yakin selipar itu tiada pemiliknya.

Dalam cuaca panas terik hari itu, aku lihat bertakung air dan sedikit daun-daun dan ranting kayu kecil turut sama berendam dalam takungan air di selipar itu.

Memang sah selipar ni sudah lama ditinggalkan, mungkin saja pemiliknya lupa tempat dia meletakkan seliparnya.
Itu sejarah tentang selipar itu.

Aku beranggapan baik, mungkin ada yang terpakai, kebetulan sama dengan seliparnya.

Jadi aku redhokan saja.
Innalillahi wainna ilahi roji'un...

Berjalan melangkah dengan slumber di hadapan orang ramai yang berada di sekitar masjid dan gerai. Dengan yakin menaiki motorsikal menuju ke deretan kedai yang terletak dalam 1.5 km dari kawasan masjid.

Berkaki ayam.

Menoleh ke kiri dan kanan, mencari kelibat kedai yang menjual alas kaki yang sesuai dengan taraf ekonomiku sekarang.

99 speedmart.

Aku terus turun, masuk ke dalam kedai, mengendahkan pandangan orang terhadapku yang berkaki ayam.

Alhamdulillah, jumpa pelbagai jenis alas kaki.

Aku beli 1.

Terus memakainya. Tag harga aku cabut, dan aku serahkan di kaunter pembayaran.

Aku beri tag itu kepada cashier.

Nah, selipar.

Saya dah pakai.

Seorang lelaki bertanya, hilang selipar kat masjid ke ?

Ya.

Si cashier itu tersenyum dan aku buat slumber.

Alhamdulillah, selesai membuat pembayaran.

Alhamdulillah, motorsikal yang ku tinggalkan tadi tidak dibawa lari.

Kunci masih ada di motorsikal !

Excited sangat mahu beli selipar, sampai terlupa cabut kunci.

Terima kasih ya Allah, Kau tolong jaga motorsikal ni.

Aku kembali ke masjid tadi, menjengah ke gerai, ingin membeli sesuatu.

Aku melangkah dengan yakin.

Maklumlah selipar baru.

Sudah.

Cukup.

Itu saja ceritanya.

So, ibrah dari cerpen yang tidak seberapa ini :

-Ada niat untuk aku ambil saja mana-mana selipar yang ada, tapi itu untuk keperluanku, bagaimana pula perasaan tuan punya selipar yang aku ambil itu ?

Aku takut akan doa yang akan dipanjatkan olehnya.

Kalau orangnya baik, akan didoakan olehnya "semoga dikembalikan oleh insan yang mengambil seliparku ke tempat asalnya"

kalau macam tu ok la.

Tapi kalau macam ni :
" siapa la yang ambil selipar aku ni?! berkudis kaki orang tu"

aku x tahu siapa punya selipar yang aku pakai sekiranya betul aku ambil selipar orang.

Aku ingat, antara 7 doa yang dimakbulkan oleh Allah.

1) Doa orang yang dizalimi,
2) Orang yang sedang bermusafir,
3) Orang Tua kepada anaknya,
4) orang yang berpuasa,
5) Pemimpin yang adil,
6) Seorang Muslim kepada saudaranya,
7) Anak kepada orang tuanya.

Amacam ?

Berani ambil selipar tu ?

Aku mengambil keputusan untuk pergi ke kedai yang berdekatan untuk membeli selipar baru.

-Aku bayangkan, kalau ada wartawan datang, tanya perasaan aku, aku akan diam.
Kalau aku cakap, nanti kecoh 1 Malaysia yang tengok TV3 atau baca Utusan, lelaki kehilangan selipar crocs tunjuk warak dengan kenyataannya dengan media.

rasanya cukuplah aku tulis di sini saja.

Aku teringat sesuatu,

Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda ;

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajalla (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". (AL-FUSSILAT, 23:41).
H.R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

aku cuma mampu berkata dalam hati,

"ini semua dari Allah, rileks la... :) "

hanya itu yang aku fikirkan.

"ok, sekarang Allah sedang uji aku, so terpulang macamana cara untuk lulus ujian ni"

ok, aku terima ni semua sebagai ketentuan dari Allah, qada' dan qadar yang sudah dirancang oleh Allah. Then face it !

Ketika memilih selipar yang mana satu hendak dibeli, yang mahal, tahan lama atau yang murah, tidak tahan lama.

Aku fikir juga soal tu.


Kalau beli yang mahal, tahan lama, boleh pakai lama sikit, ada style sikit. Asadi.
Duit memang cukup, tapi ada benda yang aku mahu beli di gerai tu.



Kalau beli yang murah, tapi tapak cepat haus, cepat putus, pakai kejap saja, stendet la selipar jepun.

Apa masalahnya sekarang ?

Aku sedang berkaki ayam !!

Apa yang penting, aku tidak berkaki ayam, aku dapat beli barang yang aku hajatkan tadi & boleh makan untuk masa akan datang dengan baki duit lebih kalau beli selipar yang murah!

Ok, masalah selesai.
Fikir, bezakan keperluan dengan kehendak based on situasi yang aku hadapi sekarang.
Boleh bergaya, tapi biarlah kena dengan masa dan status ekonomi aku.

Bila aku selesai buat pembayaran tadi, aku dapati kunci masih lagi tergantung di motorsikal.

Syukur, Allah masih bersama aku.
Allah membantu aku.

Sirah nabawiyyah telah menceritakan kepada kita bahawa nabi Yunus A.s telah diselamatkan dari dalam perut ikan yu apabila doanya dimakbulkan oleh Allah, kerana dalam waktu lapangnya, beliau tidak jemu untuk bertasbih kepada Allah. Maka dengan itu, sirah mengajar kita supaya sentiasa mengingati Allah tanpa mengira waktu, ketika senang ataupun susah, jika kita ingat Allah ketika waktu senang, Allah tidak akan lupa kepada kita apabila kita mengingatinya ketika kita susah...

Semoga apa yang aku kongsikan, dapat menjadi iktibar kepada diriku sendiri untuk masa akan datang, serta ucapan terima kasih kepada sahabat yang membaca, semoga beroleh sesuatu dari post yang panjang dan membosankan ini.. :)

Tuesday, December 14, 2010

BLONDE MUSLIMAH ??

ASSALAMUALAIKUM . .

MENJELAJAH SEBENTAR KE LAMAN SOSIAL FACEBOOK, ANA TERJUMPA SATU GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN ANA, KERANA PERKATAAN 'MUSLIM' YANG BESAR TERTERA PADA GAMBAR TERSEBUT.



TERASA SATU PENGHINAAN YANG BESAR TERHADAP ISLAM SEKIRANYA GAMBAR YANG DIGUNAKAN SEBAGAI GAMBAR PROFIL YANG TIDAK SEIRINGAN DENGAN MAKLUMAT PERIBADI YANG DITUNJUKKAN.

ASTAGHFIRULLAHULAZIMMM..

APA SUDAH JADI NI . . .??

ALLAH SWT TELAH BERFIRMAN DALAM SURAH AT-TIN AYAT 4 YANG BERMAKSUD :

"SESUNGGUHNYA KAMI(ALLAH) TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DALAM BENTUK YANG SEBAIK-BAIKNYA (DAN BERKELENGKAPAN SESUAI DENGAN KEADAANNYA).


APA LAGI YANG KITA X PUAS HATI DENGAN APA YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA ?
RAMBUT WARNA HITAM X LAWA ?
JADI KITA PUN PANDAI-PANDAI LA TUKAR WARNA, SEBAB WARNA RAMBUT YANG KITA DAPAT NI X SESUAI DENGAN KITA ?

KITA, KALAU INGINKAN SESUATU, KALAU SUDAH DAPAT, MESTI JAGA ELOK-ELOK KAN ?
KALAU DAPAT KERETA, TIAP HARI CUCI, POLISH LAWA-LAWA.

NI ALLAH SUDAH BAGI RAMBUT, SYUKUR PUN TIDAK, ORANG LAIN YANG ADA MASALAH RAMBUT, BERDOA MINTA SUPAYA DAPAT MACAM APA YANG KITA DAPAT SEKARANG, TAPI KITA NI, SOMBONG, BONGKAK, X BERSYUKUR.

KALAU KITA PANDAI & EXPERT MASAK, KITA BAGI MASAKAN KITA TU DENGAN KAWAN KITA.
MASAKAN TU MEMANG SEMPURNA, CUKUP SEGALA SERBA-SERBI PERENCAH DAN REMPAHNYA, TIADA YANG KURANG, TIADA YANG LEBIH.

TIBA-TIBA KAWAN KITA NI SENGAJA TAMBAH GARAM & GULA PULA..

MESTI KITA X SEDAP HATI KAN..

KENAPA ?

PEMBERIAN KITA TU MEMANG YANG TERBAIK KITA BUAT, TAPI KAWAN TADI TU MODIFIED PULAK..
SEPATUTNYA DIA UCAPKAN TERIMA KASIH & TERIMA SEADANYA PEMBERIAN DARI KITA TU..

PERUMPAMAAN NI, SUPAYA KITA SENANG FAHAM, MACAMANA MURKA ALLAH TERHADAP HAMBANYA YANG TIDAK BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN SEGALA PEMBERIAN YANG ALLAH TELAH CURAHKAN KEPADA KITA. TERIMALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA, SAMA ADA IANYA KITA SUKA ATAU TIDAK.

SEBAGAIMANA FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 216, YANG BERMAKSUD :

"BOLEH JADI KAMU MEMBENCI PADA SESUATU PERKARA, PADAHAL IANYA BAIK BAGI KAMU, DAN BOLEH JADI KAMU SUKA KEPADA SESUATU PERKARA, PADAHAL IA BURUK BAGI KAMU. DAN (INGATLAH), ALLAH JUALAH YANG MENGETAHUI ( SEMUA ITU ) SEDANGKAN KAMU TIDAK.


JADI, BERSYUKURLAH DENGAN PEMBERIAN YANG TELAH ALLAH BERIKAN KEPADA KITA.
TERIMAH LAH SAMA ADA BAIK ATAU TIDAK, SESUNGGUHNYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK SEMUA KEJADIA DAN KETENTUAN ALLAH..


MARI KITA SAKSIKAN APA KATA USTAZ AZHAR IDRUS . .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...