Pakai tudung pun salah ???
Opp..
Assalamualaikum, maaf kepada rakan-rakan pembaca wanita.
Post kali ni khas untuk anda.
Pakai tudung tidak salah. Bagus.
Cuma tudung tu cuma pakaian biasa.
Tutup aurat tidak semestinya tutup rambut guna tudung.
Karung guni/cadar/selimut/tuala pun boleh.
Cuma nanti orang pelik lah.
Alhamdulillah, tahniah kepada semua yang bertudung, kerana sedar ia adalah perintah Allah SWT yang perlu dipatuhi dalam perintah menutup aurat.
Tapi masih tidak cukup sempurna lagi.
Tahniah lagi kepada yang sudah mula bertudung.
Memang diakui susah sebenarnya untuk konsisten bertudung.
Tapi sangat besar ganjarannya daripada tidak ada usaha langsung untuk ikut perintah Allah SWT.
Beberapa kesilapan yang boleh mengurangkan pahala bertudung, malah boleh menghilangkan terus pahala bertudung. Wallahu a'lam, soal dosa pahala ni Allah SWT lebih mengetahui.
Di sini ada beberapa kesilapan yang biasa berlaku, tapi luar biasa impaknya kepada diri sendiri dan orang lain. Aku tidak mahu sertakan gambar, kerana nampak tidak senonoh & boleh dilihat di mana-mana !
1) Bertudung, tapi pakai tudung adik umur 5 tahun.
Maksudnya, pakai tudung kecil. Cukup sekadar bertudung.
Sedangkan dalam Al-Quran sebut, hendaklah melabuhkan tudung menutupi dada. Itu dalam Al-Quran, kalau ada yang kata mengarut, baik mengucap dua kalimah syahadah semula.
2) Bertudung, tapi pakai baju lengan pendek.
Tiada maksud tersirat. Semuanya tersurat. Actually, apa yang wanita boleh dedahkan cuma muka dan tangan, dari hujung jari tangan hingga ke pergelangan tangan. Dari pergelangan tangan ke siku sudah dikira sebagai mendedahkan aurat. Allah SWT suka atau tidak orang yang dedahkan aurat? Jawapannya, jawab sendiri.
3) Bertudung, tapi pakai baju adik.
Sama macam yang pertama tadi. Bertudung, tapi pakai baju kecil. Walaupun tidak mendedahkan lengan hingga ke siku, tapi melekat habis wa cakap lu ! Ini salah ! Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya yang bermaksud, antara golongan yang masuk neraka ialah mereka yang berpakaian tapi telanjang. Maksudnya, pakai baju, tapi sama macam tidak pakai baju, dalam konteks menampakkan bentuk tubuh.
4) Bertudung, tapi pakai sut renang.
Sama macam di atas. Tapi ini bab seluar. Apa punya stail lah, mungkin terpengaruh dengan seluar Saloma dalam filem Ahmad Albab, dalam babak dia tidak mahu kahwin, tapi adik-adiknya terlompat-lompat bila mahu dikahwinkan. Namanya seluar legging. Ada satu lagi, jenis denim, jegging. Ada macam-macam gaya, ada corak harimau bintang, corak macam sarung bantal, corak kain langsir dan macam-macam lagi. Pemakaian begini salah ! Sama macam penegasan di atas, tidak boleh memakai pakaian yang menampakkan bentuk tubuh !
5) Bertudung, tapi nampak kaki.
Sama macam no.2 tadi. Kaki juga sebahagian daripada aurat yang perlu ditutup. Guna apa?
Pakai lah apa pun, yang penting orang lain tidak nampak. Boleh pakai selotep hitam, bungkus dengan plastik gelap, bungkus guna surat khabar atau paling susah sekali, pakai stokin! Susah kan pakai stokin, sebab tu tidak ramai yang pakai, walaupun benda ni sangat penting !
Cukup lah 5.
Yang lain boleh tambah sendiri.
Kenapa aku sengaja tulis macam ni.
Kita mahukan segala yang kita buat tu Allah SWT suka.
Bab menutup aurat masih belum sempurna selagi ada yang kita tinggalkan.
Dalam Islam, kesempurnaan sesuatu walaupun ianya kecil, apabila ditinggalkan akan menyebabkan keseluruhan perkara tidak akan sempurna.
Contohnya.
Kita solat, tapi tidak rukuk.
Rukuk saja pun.
Kita tahu ianya salah satu rukun yang wajib.
Tapi kita sengaja tinggalkan.
Sah atau tidak solat kita jika kita tidak buat satu perkara dengan sengaja?
Wudhu.
Kita tahu ada perkara yang sunat dan wajib.
Kita ambil yang wajib, kerana kita sudah tahu.
Muka, tangan-siku, kepala & kaki.
Tapi kita sengaja tidak mahu basuh kaki.
Maka wudhu yang kita buat tidak sah dan semupurna jika tinggal satu perkara yang wajib.
Menutup aurat.
Kita tahu mana yang boleh didedahkan.
Yang selebihnya tidak boleh.
Tapi kita suka ikut mood kita, bukan ikut apa yang agama minta.
Aku tidak suka pakai stokin. So aku tidak mahu pakai stokin.
Aku lelaki tidak mengapa, tapi yang perempuan perlu pakai stokin & baju lengan panjang.
Dalam berpakaian juga adalah ibadah kepada Allah SWT.
Bagaimana sesuatu itu boleh jadi ibadah?
Apabila segala yang kita buat tidak melepasi batas yang agama telah tetapkan.
Kenapa dalam solat, dalam masjid, dalam surau, kita rasa bersalah jika tidak tutup aurat?
Boleh nampak kalau ada majlis-majlis di masjid atau surau, kalau ada wanita yang biasanya tidak bertudung, bila masuk masjid, dia pakai tudung yang tidak berapa nampak macam tudung.
Tapi bila keluar masjid, buka balik tudung.
Allah SWT dan para malaikat ada di mana-mana. Bukannya ada di dalam masjid saja.
Di luar masjid pun ada.
Kenapa kita rasa bersalah bila tidak tutup apa yang patut ketika kita solat, tapi tidak rasa bersalah bila kita dedah apa yang tidak sepatutnya di luar daripada solat?
Muhasabah bersama ~
Showing posts with label awek cun. Show all posts
Showing posts with label awek cun. Show all posts
Sunday, March 17, 2013
Thursday, July 26, 2012
Dedikasi di 7 Ramadhan 1433H
*maksudnya, berpuasalah & hayati pengertian berpuasa di
bulan Ramadhan, ada 3 benda aku mau kongsi,
1- Puasa tu cuma untuk orang yang beriman
2 - Bila mana seseorang itu beriman, hendaklah dia
beribadah & beramal soleh
3 - Kerana dengan ibadah & amal soleh itulah lahirnya
insan yang bertaqwa
# bila member tanya, ko mau masuk syurga/neraka ?
MESTILAH SYURGA!
masuk syurga bukannya senang-senang masuk macam
masuk lif, pintu buka sendiri,
kena ada TAQWA dulu !!
so, puasa betul-betul, jangan siang puasa,
petang buka puasa dengan awek.
SIA-SIA BERLAPAR + TIADA PAHALA PUASA!
Labels:
awek cun,
awek melayu bertudung,
beramal soleh,
beriman,
ibadah,
iman,
pahala,
puasa,
ramadhan,
syurga neraka,
taqwa
Friday, November 19, 2010
BERDAMPING DENGAN SYAITAN ?
السلام عليكم
OHHH..
KALAU BETUL IBLIS LAKNATULLAH BOLEH DILIHAT DENGAN MATA KASAR, MESTI RAMAI AWEK-AWEK HOT & MINAH-MINAH TUDUNG PAKAI SELUAR KETAT BERKAWAN RAPAT DENGAN MEREKA . .
KENAPA ?
SEBAB,

IBLIS MENJADI PAKAR PERUNDING IMEJ KEPADA MEREKA !
X PERCAYA TENGOK VIDEO NI.
NAHHHH. . .
JOM KITA TANYA DIRI KITA SENDIRI;
" BETUL ATAU X CARA PEMAKAIAN AKU NIH..?"
AWEK-AWEK HOT & MINAH-MINAH TUDUNG SELUAR KETAT TU, TERUSKANLAH MENJADIKAN IBLIS SEBAGAI PAKAI PERUNDING IMEJ ANDA.
KALAU DALAM KAD PENGENALAN TU 'ISLAM', JANGAN X MENGAKU ISLAM PULA.
JADILAH MUSLIM YANG SEBENAR-BENAR MUSLIM, BUKANNYA SEPERTI MUSANG YANG BERBULU AYAM,
NAMPAK BAIK, TAPI SEBENARNYA X BAIK.
BIARLAH IMEJ ITU MELAMBANGKAN NILAI DALAMAN KITA, BUKAN MACAM GAMBAR NI,

ISH..ISH..ISH...
SYARIAT UNTUK MENUTUP AURAT TU ADALAH KETETAPAN DARI ALLAH,
GALAKAN UNTUK MENDEDAHKAN AURAT TU ADALAH HASUTAN DARI IBLIS LAKNATULLAH.
JADI, MANA SATU YANG KITA PERLU PATUHI ?
ALLAH ATAU IBLIS ?
WAHAI ANAK-ANAK ADAM!
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENURUNKAN KEPADA KAMU
(BAHAN-BAHAN UNTUK) PAKAIAN MENUTUP AURAT KAMU DAN PAKAIAN PERHIASAN DAN PAKAIAN YANG BERUPA TAKWA ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA. YANG DEMIKIAN ITU ADALAH DARI TANDA-TANDA (LIMPAH KURNIA) ALLAH (DAN RAHMATNYA KEPADA HAMBA-HAMBANYA)
SUPAYA MEREKA MENGENANGNYA (DAN BERSYUKUR).
SURAH AL-A’RAAF : AYAT 26
SYAITAN TIDAK AKAN BORING UNTUK MENYESATKAN KITA, BERMULA DARI NABI ADAM HINGGALAH HARI KIAMAT NANTI. SYAITAN TELAH BERJANJI KEPADA ALLAH;
‘KERANA ENGKAU TELAH PUN MENGHUKUM AKU SEBAGAI MAKHLUK YANG SESAT, MAKA AKU BERSUMPAH AKAN SENTIASA MENGHALANG MEREKA (BANI ADAM) DARIPADA JALAN ENGKAU YANG LURUS.’ (SURAH AL-ARAF: 14-16).
SAUDARI,
DAH TAU X TUTUP AURAT TU KAN BERDOSA. DULU MASA SEKOLAH KAN USTAZAH/USTAZ SUDAH AJAR.

X PERCAYA ORANG YANG BANYAK DOSA AKAN MENDAPAT BALASAN SIKSAAN DI NERAKA NANTI ?
X PERCAYA ?
BERMAKNA ANDA TIDAK PERCAYA DENGAN KETETAPAN ALLAH SWT. . .
SEMOGA MENJADI PERINGATAN KEPADA ANA SENDIRI DAN ANTUM SEMUA . .

aurat wanita,
awek cun,
awek hot,
hasutan iblis,
minah tudung,
muslimah
Subscribe to:
Posts (Atom)