Showing posts with label sedekah. Show all posts
Showing posts with label sedekah. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Tanam pokok hari ini, berbuah tahun depan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rakan-rakan pembaca yang saya hormati sekalian.

Gambar hiasan


Di sini saya ingin berkongsi dua pengalaman yang temanya hampir sama, tapi situasi berlainan.

Mungkin sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada saya sendiri dan juga kesan positif terhadap insan-insan pemurah yang ada di sekeliling kita yang perlu kita contohi sifat tersebut.

Kisah pertama.

Tajuk : RM2.00

Malam itu aku membeli makanan secukupnya untuk dimakan ketika membuat kerja yang biasanya hingga lewat malam, seperti biskut dan juga minuman paket. Duit yang ada juga secukupnya untuk perbelanjaan pada ketika itu. Maka, aku balik dengan dompet yang kosong.

Keesokan harinya, aku baru teringat untuk pergi ke suatu majlis makan tengahari dan berjumpa dengan penulis buku. Aku pun berfikir, majlis sudah bermula, aku masih belum ambil duit dan perlu tiba di sana dalam waktu yang cepat.

Aku ambil keputusan untuk meminjam motorsikal kawan.

Ok, aku sudah ke sana.

Sebelum bertolak pulang, aku rancang dulu perjalanan.

Lepas ni, mau ambil duit dan isi minyak motor kawan.

Aku on motor dan lihat meter minyak.

Jarum meter melepasi bawah huruf E.

Gawat !

Boleh lagi ni sikit.

Aku teruskan perjalanan dan masuk ke sebuah stesen minyak, kerana pada firasat aku, stesen minyak mesti ada ATM, boleh isi minyak dan ambil duit. Malangnya stesen minyak itu tidak ada ATM.

Aku cuba cari di kawasan sekitarnya. juga tidak ada kelibat ATM yang terdekat.

Aku berhenti di sebuah kedai runcit KK.

Aku tanya di mana ATM paling hampir.

Jurujual itu pun menjawab, yang paling hampir, kena jalan sedikit, masuk simpang kiri. Depan tu, ada bangunan baru, tingkat bawah sekali.

Aduh, aku beritahu masalahku. Minyak motor sudah kering dan takut tidak sampai ke sana.

"kalau akak percaya dengan saya, boleh saya pinjam RM2 untuk isi minyak, lepas tu saya ambil duit di ATM, saya bayar semula."

"akak pun baru semalam kena tipu dengan budak (sebut nama sebuah negeri) RM30, konon nak baiki tayar pancit, siap bagi nombor telefon, tapi call tak jawab pun."

Aku tidak juga menunjukkan riak wajah merayu, cuma sedikit simpati melihat nasibnya dan juga mengenangkan nasibku yang tersangkut di situ.

"KK ni tiada ATM?"

Aku bergurau untuk redakan kesedihan antara kami.

"sini penyangak banyak dik, lain lah macam 7E, ada auto-lock, sini kedai buka 24 jam tak ada lock pun. Tak apa lah, ambil ni dulu (RM10), akak tak ada duit kecik."

"banyak sangat ni kak, duit seringgit-seringgit tiada?"

"ambillah dik, ni saja yang akak boleh tolong"

Nanti baki bagi dengan abang ni, akak dah nak balik ni, tadi akak kerja malam, nak balik tidur, mengantuk.

Dengan cepat aku pergi semula ke stesen minyak untuk mengisi minyak motor kawan itu dengan harga RM2.

Baki RM8 aku sempat pulangkan kepada kakak itu kerana dia masih lagi berada di kedai tersebut. Mungkin menunggu aku.

Aku masih berhutang lagi dengannya RM2.

Dengan cepat aku pergi mencari ATM untuk mengambil sejumlah wang untuk perbelanjaan hari yang akan datang.

Alhamdulillah, ada Public Bank. Boleh juga digunakan walaupun aku menggunakan kad BSN.

Aku kembali ke kedai KK itu dan membeli topup RM10 dan air tin.

Kakak itu masih ada di situ.
Mungkin masih menunggu aku.

Aku berlalu dengan meninggalkan sejumlah wang baki kepada kakak itu, melangsaikan baki hutang yang ada tadi, iaitu RM2. Aku sengaja beri sedikit lebih, kerana aku tidak dapat menyangka bahawa akan datang pertolongan ketika aku sedang dalam kesusahan seperti itu. Aku tahu tidak terbalas sebenarnya walaupun aku bayar lebih dari aku berikan dengan aturan yang ditetapkan Allah pada hari itu.

Kakak itu memanggil aku untuk berikan semula wang baki, tapi aku terus meninggalkannya. Aku tidak mahu ambil baki itu, kerana mungkin itu cara terbaik aku untuk berterima kasih kepadanya dan bersyukur kepadaNya dengan memberi sedikit lebih daripada jumlah yang aku pinjam darinya.

Selesai.


Kisah II.

Tajuk: RM1.

 Kali ini, aku ada duit.

Aku merancang untuk balik menggunakan LRT dan kemudian disambung dengan menaiki bas Rapid.
Bas Rapid hanya menerima bayaran tepat. Tidak menerima wang RM10 kecuali jika memang jumlah harga tiket RM10, iaitu dengan 10 orang dan memerlukan 10 tiket, sedangkan aku cuma perlu membeli tiket yang berharga RM1.

Aku ada duit syiling yang mencukupi untuk menaiki LRT. Dalam hati aku, di hujung stesen ini nanti ada 7/11, aku akan beli minuman di situ untuk pecahkan duit RM10 ni.

Bila tiba di penghujung stesen, 7/11 tutup.
Jam pula menunjukkan pukul 11.10pm.

Semua kedai juga tutup.

Oh, ada sebuah warung di situ, juga sudah tutup, tapi pekerjanya masih galak menonton drama.

"assalamualaikum kak, ada tukar RM10?" RM5 atau RM1 pun boleh."

"tak ada lah dik, duit akak ni ada RM2 saja, yang lain sudah kira (duit jualan harian agaknya)."

Ha, di sana ada kios minuman tin dan pembayaran parking kereta.

Aku pergi ke sana untuk beli minuman, sekaligus untuk pecahkan duit RM10 itu.

Aku masukkan duit itu ke mesin tersebut.

Ia keluar semula. Mungkin ia cuma menerima wang kertas RM1 dan syiling sahaja.

Kebetulan ada seorang kakak juga sedang membayar parking di kios sebelahnya.

Aku tunggu dia selesai membayar.

"boleh tukar RM10? RM5x2 atau RM1x10"

"untuk apa dik?"

"tambang bas.."

"kedai depan tu tutup ea.."

"ya tutup kak.."

"berapa ringgit tambang tu?"

"seringgit saja kak. Bas Rapid ni payah sikit, kena bayar tepat, susah dapat baki"

"nah, ambik la seringgit, malam-malam macam ni susah sikit.."

"terima kasih kak.."

Selesai.

Pengajaran dari pengalaman ini, perlu bijak membina kepercayaan walaupun tidak perlu meyakinkan dengan percakapan. Saya cuma cakap apa masalah saya dan apa yang saya perlukan.

Mungkin, apa yang meyakinkan mereka ialah dari aspek 1st impression terhadap imej saya.
Saya tidak memakai jeans atau seluar yang kelihatan selekeh, kecil di bawah atau koyak.
Baju saya tidak menunjukkan unsur yang negatif.
Rambut sikat belah tepi yang kelihatan sedikit poyo dan skema.

Kedua, ialah cara percakapan yang bersifat persuasif dengan perkataan tolong.

Agak susah sebenarnya untuk dapatkan walau 50sen daripada orang yang tidak dikenali, tetapi, jika kena caranya, kita boleh dapat lebih banyak daripada harga seketul ayam goreng berempah.

Atau memang sebenarnya mereka adalah jenis yang tidak kisah untuk menolong orang.

Atau, ini adalah suatu kenyataan atas kesaksian kepada hari ini kamu tolong orang, esok orang tolong kamu..

Oh, jika itu benar, aku perlu lebih banyak menolong orang selepas ini!

Tuesday, November 6, 2012

Mereka Bagai Isi & Kuku

Bismillah..
Allahumma solli 'ala Muhammad.

Assalamualaikum rakan pembaca semua,



Para guru dan ulama', mohon tunjuk ajar diri yang jahil ini,
Rakan-rakan, aku perlukan sokongan dan dokongan kalian,
Para sahabat-sahabat hawariyyun, teman-teman dai'e,
Kombinasi qiadah perjuangan dan seluruh jundi yang menjadi tonggak dan nadi perjuangan habibina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..

InsyaAllah, Alhamdulillah, semoga tulisanku pada hari ini sama-sama menjadi peringatan dan renungan kepada diri saya khususnya yang pertama sekali membaca dan menulisnya sendiri, sungguh peringatan ini sememangnya ku tujukan  khas buat diri yang sering pelupa dan alpa, seterusnya buat teman-teman, semoga kalian mengingatkan aku semula, kerana sifatku sebagai manusia sering lalai dan leka, kerana itu aku abadikan peringatan ini di sini, dengan harapan aku dapat memberi peringatan, dan teman-teman semua dapat mengingatkan aku.

Teman,
Jangankan lelah bila melangkah, insyaAllah segala yang kita buat kerana Allah adalah ibadah.

Teman,
Jangankan bosan bila seruanmu tiada balasan dan sambutan, kerana itu saja takat yang kita kerjakan, soal hidayah dan petunjuk itu Allah azza wajalla empunya urusan, buatlah yang terbaik olehmu teman.

Teman,
Jangankan dihitung segala apa yang kau keluarkan, kerana itulah tanda taqwa dan iman, orang yang memiliki kepunyaan diinfaqkan di atas jalan yang diredhoi Tuhan, insyaAllah balasannya kelak tidak sembarangan.

Teman,
Jangankan merasa payah dan mengah jika hidupnya tiada yang indah, kerana ganjaranmu kelak pastinya syurga yang nian indah hasil dari jerih lelah engkau bersusah payah.

Teman,
Jangankan hatimu dibiarkan bertitik noda hitam nan bertambah dan membiak, anggap saja bila mana setiap apa yang kita kerjakan bertemu kegagalan, antara sebabnya mungkin kerana dari diri kita seorang yang berhati kotor dan tiada takutnya pada Tuhan.

Teman,
Jangnkan pernah berifikir untuk berhenti melangkah di atas jalan ini, bila mana engkau temukan kebuntuan dan tribulasi sepanjang berjalan, kerana ia adalah sebahagian dari pelengkap kepada juzuk dan rukun sepanjang kaki engkau langkahkan di atas landasan perjuangan, kerana tanpanya maka gugurlah salah satu pelengkap dalam perjuangan, apalah makna perjuangan ini tanpa ujian dari Tuhan, kerana itulah perlunya jihad dan pengorbanan, kepentingan jiwa dan badan diketepikan, segala kepunyaan didahulukan, kerana tiadalah hasil diperolehi tanpa berlelah-lelahan.

Teman, begitulah segalanya yang kau rasa tiada kesenangan dan kemanisan di atas dunia yang hanya sebagai medan ujian dan kehidupan sampingan, padahal Allah sedia memberikan balasan yang tiada bandingan di masa hadapan yang waktunya kekal tiada batasan.

   
Siiru 'ala barokatillah..






Friday, October 14, 2011

Senyum Ikhlas & Senyum E-Class

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum warohmatullahi baraokatuh..

Apa khabar semua ?

Agak busy sejak kebelakangan ini, maaf, blog ini sepi semenjak dua menjak..

X apa lah, sudah update maa..

Rilek sudah..

Senyum skettt...

Ha....

Cerita pasal senyum, terlintas dalam fikiran ana..

Berkenaan dengan cara kita melontarkan dan mengukirkan senyuman kepada orang.

Menimbulkan beberapa persoalan di sini :

-Kita senyum dengan orang tu, kita ikhlas atau tidak ?

-Macamana kita boleh tau senyum seseorang tu ikhlas atau tidak ?

-Macamana kita boleh rasa yang senyum kita tu ikhlas atau tidak ?

Oraitt...

Bagi ana, ada dua jenis senyum yang kita sendiri boleh rasa bila kita senyum dengan orang lain..

1) Senyum Ikhlas
2) Senyum E-Class

Ok, senyum ikhlas ni, senyum yang memang kita zahirkan dari hati, dengan niat yang baik, untuk memberikan sedekah senyuman dan niat untuk bermanis muka & dalam masa yang sama ingin menyebar & mengerat tautan ukhuwwah melalui senyuman.



Kemudian, senyum itu disusuli dengan ucapan salam mesra dan sapaan ringkas untuk menjadikan perselisihan atau perjumpaan ringkas itu bermakna dan mampu diterapkan nilai-nilai serta menaut & mengeratkan tali silaturrahim.

Bila kita Senyum dengan ikhlas, tidak sempat untuk bertanya khabar kerana masing-masing ada kerja untuk disempurnakan, kita hanya sempat memberikan satu senyuman ringkas yang membekas dalam hati si penerima senyum kita tadi.

Ok, kita boleh rasa senyum kita tu ikhlas atau tidak, kalau kita senyum dengan seseorang tu, senyuman kita masih lagi terukir walaupun kita telah berselisih 3 atau 4 langkah dari si penerima senyum kita itu. Maksudnya di sini, apabila kita bertembung atau berselisih dengan seorang kawan, kita akan senyum kepadanya, walaupun kawan kita tu sudah berlalu, kita masih lagi tersenyum dan senyuman kita itu akan terhenti selepas 3-4 langkah kita meninggalkan kawan itu.

Kalau x percaya, cuba buat sendiri..

Selesai bab senyum ikhlas.

Ni senyum E-Class pula.



E-Class ni maksudnya, Economy Class. Harga rendah.

Dalam konteks senyum pula, senyum E-class itu tawar, x manis.

Kalau kita berselisih dengan kawan, kemudian kita senyum kepada beliau.
Selepas saja kawan kita itu berlalu membelakangi kita, cepat-cepat kita matikan senyuman dan bibir kita terus kembali kepada posisi asal.

Itulah namanya senyuman E-class. Bagi pendapat ana la..
Senyum sekadar untuk senyum semata-mata. Gigi yang putih tu pun x nampak.

Aduh..

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Ingat semula bagaimana cara kita senyum bila kita berselisih dengan kawan atau kenalan kita..

Ikhlas atau E-class ?

Jawapan ada pada antum sendiri..

Thursday, December 23, 2010

TANGAN

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

APA KHABAR SAHABAT-SAHABAT PEMBACA YANG BERILMU SEKALIAN, SIHAT ?
BAGAIMANA PULA KHABAR IMAN ?
SEMOGA SEMUANYA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT . . AMEEN~

TERCETUSNYA IDEA UNTUK MERUNGKAIKAN POST KALI INI ADALAH APABILA TERINGAT SATU CERITA DARI SEORANG USTAZAH ANA KETIKA SEKOLAH RENDAH DULU.

" DULU,TIME USTAZAH TADIKA, ATUK USTAZAH YANG AMBIK USTAZAH BALIK DARI TADIKA. SATU HARI, SEBELUM BALIK RUMAH, ATUK SINGGAH SOLAT ZOHOR DI MASJID, USTAZAH IKUT ATUK. LEPAS HABIS SEMBAHYANG, USTAZAH TENGOK ATUK. PELIK. IBU JARI ATUK BERGERAK-GERAK, BIBIR ATUK TERKUMAT-KAMIT. ATUK BUAT APA NIH ? DALAM PERJALANAN BALIK, USTAZAH TANYA ATUK, ATUK, TADI LEPAS SEMBAHYANG, KENAPA IBU JARI ATUK BERGERAK-GERAK? ATUK BACA APA ? TADI LEPAS SEMBAHYANG, ATUK BERZIKIR, SUBAHANALLAH, ALHADULILLAH, ALLAHU AKBAR. SEMUA TU ATUK ULANG 33 KALI. ATUK LUPA BAWA TASBIH, JADI, SUPAYA KIRAAN 33 TU BETUL, ATUK BILANG DENGAN RUAS JARI ATUK NI, CUBA TENGOK JARI ADIK, ADA JUGAK KAN ?"

KETIKA ITU JUGA, SEMUA MURID DALAM KELAS MELIHAT RUAS JARI MASING-MASING.

"BETUL LAH USTAZAH"



DALAM SURAH AT-TIIN AYAT 4, ALLAW SWT TELAH BERFIRMAN :

لقد خلقنا الا نسان في احسن تقويم

MAKSUDNYA:
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DALAM BENTUK YANG SEBAIK-BAIKNYA
(DAN BERKELENGKAPAN SESUAI DENGAN KEADAANNYA )

TIDAK ALLAH SWT MENCIPTAKAN SEGALA SESUATU ITU TANPA MEMBERIKAN MANFAAT, FAEDAH SERTA HIKMAHNYA DAN TIDAK DICIPTAKAN DENGAN SIA-SIA.

TANGAN KITA, KALAU DIGUNAKAN UNTUK KEBAIKAN, BANYAK MANFAATNYA BUKAN SAJA KEPADA DIRI KITA SENDIRI, BAHKAN KEPADA ORANG DI SEKELILING KITA.

ANTARANYA IALAH :

MAKAN MENGGUNAKAN TANGAN.



DARIPADA ABDULLAH BIN UMAR,RASULULLAH SAW BERSABDA :
إذا كان أحدكم فليأكل بيمينه ، فإن الشيطان يأكل بشماله ويشرب بشماله
APABILA SESEORANG DARI KAMU MAKAN, MAKA HENDAKLAH IA MENGGUNAKAN TANGAN KANANNYA, KERANA SYAITAN ITU MAKAN DAN MINUM MENGGUNAKAN TANGAN KIRINYA.

TAMBAHAN PULA, ENZIM YANG ADA PADA TANGAN KITA MEMBANTU DALAM PROSES PENGHADAMAN.

BERZIKIR,TAHMID,TASBIH.



DARIPADA ABDULLAH BIN AMAR, DIA BERKATA :
..AKU MELIHAT RASULULLAH MENGHITUNG BACAAN TASBIH DENGAN ( JARI-JARI ) TANGAN KANANNYA..


BERBAHASA ISYARAT.



INI ANTARA HIKMAHNYA TANGAN DICIPTAKAN. KITA BOLEH BERKOMUNIKASI DENGAN ORANG KURANG UPAYA, YANG TIDAK BOLEH BERBICARA ATAU MENDENGAR.

BERSEDEKAH.



DARI HAKIM BIN HIZAM R.A, KATANYA, NABI S.A.W BERSABDA:

”TANGAN YANG DI ATAS (TANGAN YANG MEMBERI) LEBIH BAIK DARI TANGAN YANG DI BAWAH (TANGAN YANG MENERIMA ATAU MEMINTA). MAKA KERANA ITU MULAILAH MEMBERI KEPADA KELUARGAMU. SEBAIK-BAIK SEDEKAH IALAH KETIKA KAYA. SIAPA YANG MEMOHON DIPELIHARA (AGAR DIA TIDAK SAMPAI MEMINTA-MINTA) ALLAH AKAN MEMELIHARANYA DAN SIAPA YANG MEMOHON DICUKUPKAN (AGAR TIDAK ADA KETERGANTUNGAN SELAIN KEPADA ALLAH) ALLAH AKAN MENCUKUPKANNYA.”

TERLALU BANYAK HIKMAH DARIPADA AMALAN SEDEKAH..
SABDA RASULULLAH SAW YANG BERMAKSUD: “UBATILAH SAKIT KAMU DENGAN CARA BERSEDEKAH, PELIHARALAH HARTA KAMU DENGAN CARA BERZAKAT DAN HINDARILAH BALA DENGAN CARA BERDOA.”

ABU HANIFAH MERIWAYATKAN DI DALAM MUSNADNYA DARI JABIR BIN ABDULLAH R.A. BAHAWA SEORANG LELAKI PERNAH DATANG KEPADA NABI S.A.W BERTANYA: “YA RASULULLAH! SUDAH LAMA SAYA BERUMAH TANGGA, TAPI BELUM DIANUGERAHKAN SEORANG ANAK PUN.” NABI SAW PUN MENJAWAB DENGAN SABDANYA: “DI MANA (KEADAAN) ENGKAU DENGAN BANYAK ISTIGHFAR DAN BANYAK BERSEDEKAH ? KERANA DUA HAL INI BOLEH MENGANUGERAHI BUAH HATI (ANAK).”


MENGESAKAN ALLAH SWT.



APABILA BERKATA SOAL IMAN, IANYA ADA 3 PERKARA, MEMBENARKAN DENGAN HATI, MENGAKU DENGAN LIDAH, MENGAMALKAN DENGAN ANGGOTA.
KETIKA TAHIYAT, KITA MEMBENARKAN KEESAAN ALLAH SWT DALAM HATI DENGAN YAKIN BAHAWA ALLAH ITU MAHA ESA, TIADA TUHAN SELAINNYA, MELUAHKAN SYAHADAH DENGAN LIDAH, PADA UCAPAN ASYHADUALLAILAHAILLALLAH, LANTAS SAJA KITA MELURUSKAN JARI TELUNJUK SEBAGAI ISYARAT TASYAHUD IAITU SIMBOL KEPADA KEESAAN ALLAH ITU MAHA ESA.
SUBHANALLAH . .

ITU BARU SEDIKIT TENTANG TANGAN DAN JARI, BELUM LAGI ANGGOTA BADAN YANG LAIN, MASIH BANYAK LAGI RAHSIA ILMU ALLAH SWT YANG BELUM KITA TEROKAI LAGI.
SEMOGA DENGAN SEDIKIT PERKONGSIAN INI DAPAT MEMBUKA SEDIKIT RUANG MINDA KITA SEDIKIT KE HADAPAN DAN MENGGALAKKAN KITA BERTAQARRUB DENGAN ALLAH SWT, TUHAN YANG MAHA PENCIPTA.
ALLAHHU AKBAR 3X!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...