Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Monday, September 23, 2013

Tanam pokok hari ini, berbuah tahun depan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rakan-rakan pembaca yang saya hormati sekalian.

Gambar hiasan


Di sini saya ingin berkongsi dua pengalaman yang temanya hampir sama, tapi situasi berlainan.

Mungkin sedikit sebanyak memberi kesan positif kepada saya sendiri dan juga kesan positif terhadap insan-insan pemurah yang ada di sekeliling kita yang perlu kita contohi sifat tersebut.

Kisah pertama.

Tajuk : RM2.00

Malam itu aku membeli makanan secukupnya untuk dimakan ketika membuat kerja yang biasanya hingga lewat malam, seperti biskut dan juga minuman paket. Duit yang ada juga secukupnya untuk perbelanjaan pada ketika itu. Maka, aku balik dengan dompet yang kosong.

Keesokan harinya, aku baru teringat untuk pergi ke suatu majlis makan tengahari dan berjumpa dengan penulis buku. Aku pun berfikir, majlis sudah bermula, aku masih belum ambil duit dan perlu tiba di sana dalam waktu yang cepat.

Aku ambil keputusan untuk meminjam motorsikal kawan.

Ok, aku sudah ke sana.

Sebelum bertolak pulang, aku rancang dulu perjalanan.

Lepas ni, mau ambil duit dan isi minyak motor kawan.

Aku on motor dan lihat meter minyak.

Jarum meter melepasi bawah huruf E.

Gawat !

Boleh lagi ni sikit.

Aku teruskan perjalanan dan masuk ke sebuah stesen minyak, kerana pada firasat aku, stesen minyak mesti ada ATM, boleh isi minyak dan ambil duit. Malangnya stesen minyak itu tidak ada ATM.

Aku cuba cari di kawasan sekitarnya. juga tidak ada kelibat ATM yang terdekat.

Aku berhenti di sebuah kedai runcit KK.

Aku tanya di mana ATM paling hampir.

Jurujual itu pun menjawab, yang paling hampir, kena jalan sedikit, masuk simpang kiri. Depan tu, ada bangunan baru, tingkat bawah sekali.

Aduh, aku beritahu masalahku. Minyak motor sudah kering dan takut tidak sampai ke sana.

"kalau akak percaya dengan saya, boleh saya pinjam RM2 untuk isi minyak, lepas tu saya ambil duit di ATM, saya bayar semula."

"akak pun baru semalam kena tipu dengan budak (sebut nama sebuah negeri) RM30, konon nak baiki tayar pancit, siap bagi nombor telefon, tapi call tak jawab pun."

Aku tidak juga menunjukkan riak wajah merayu, cuma sedikit simpati melihat nasibnya dan juga mengenangkan nasibku yang tersangkut di situ.

"KK ni tiada ATM?"

Aku bergurau untuk redakan kesedihan antara kami.

"sini penyangak banyak dik, lain lah macam 7E, ada auto-lock, sini kedai buka 24 jam tak ada lock pun. Tak apa lah, ambil ni dulu (RM10), akak tak ada duit kecik."

"banyak sangat ni kak, duit seringgit-seringgit tiada?"

"ambillah dik, ni saja yang akak boleh tolong"

Nanti baki bagi dengan abang ni, akak dah nak balik ni, tadi akak kerja malam, nak balik tidur, mengantuk.

Dengan cepat aku pergi semula ke stesen minyak untuk mengisi minyak motor kawan itu dengan harga RM2.

Baki RM8 aku sempat pulangkan kepada kakak itu kerana dia masih lagi berada di kedai tersebut. Mungkin menunggu aku.

Aku masih berhutang lagi dengannya RM2.

Dengan cepat aku pergi mencari ATM untuk mengambil sejumlah wang untuk perbelanjaan hari yang akan datang.

Alhamdulillah, ada Public Bank. Boleh juga digunakan walaupun aku menggunakan kad BSN.

Aku kembali ke kedai KK itu dan membeli topup RM10 dan air tin.

Kakak itu masih ada di situ.
Mungkin masih menunggu aku.

Aku berlalu dengan meninggalkan sejumlah wang baki kepada kakak itu, melangsaikan baki hutang yang ada tadi, iaitu RM2. Aku sengaja beri sedikit lebih, kerana aku tidak dapat menyangka bahawa akan datang pertolongan ketika aku sedang dalam kesusahan seperti itu. Aku tahu tidak terbalas sebenarnya walaupun aku bayar lebih dari aku berikan dengan aturan yang ditetapkan Allah pada hari itu.

Kakak itu memanggil aku untuk berikan semula wang baki, tapi aku terus meninggalkannya. Aku tidak mahu ambil baki itu, kerana mungkin itu cara terbaik aku untuk berterima kasih kepadanya dan bersyukur kepadaNya dengan memberi sedikit lebih daripada jumlah yang aku pinjam darinya.

Selesai.


Kisah II.

Tajuk: RM1.

 Kali ini, aku ada duit.

Aku merancang untuk balik menggunakan LRT dan kemudian disambung dengan menaiki bas Rapid.
Bas Rapid hanya menerima bayaran tepat. Tidak menerima wang RM10 kecuali jika memang jumlah harga tiket RM10, iaitu dengan 10 orang dan memerlukan 10 tiket, sedangkan aku cuma perlu membeli tiket yang berharga RM1.

Aku ada duit syiling yang mencukupi untuk menaiki LRT. Dalam hati aku, di hujung stesen ini nanti ada 7/11, aku akan beli minuman di situ untuk pecahkan duit RM10 ni.

Bila tiba di penghujung stesen, 7/11 tutup.
Jam pula menunjukkan pukul 11.10pm.

Semua kedai juga tutup.

Oh, ada sebuah warung di situ, juga sudah tutup, tapi pekerjanya masih galak menonton drama.

"assalamualaikum kak, ada tukar RM10?" RM5 atau RM1 pun boleh."

"tak ada lah dik, duit akak ni ada RM2 saja, yang lain sudah kira (duit jualan harian agaknya)."

Ha, di sana ada kios minuman tin dan pembayaran parking kereta.

Aku pergi ke sana untuk beli minuman, sekaligus untuk pecahkan duit RM10 itu.

Aku masukkan duit itu ke mesin tersebut.

Ia keluar semula. Mungkin ia cuma menerima wang kertas RM1 dan syiling sahaja.

Kebetulan ada seorang kakak juga sedang membayar parking di kios sebelahnya.

Aku tunggu dia selesai membayar.

"boleh tukar RM10? RM5x2 atau RM1x10"

"untuk apa dik?"

"tambang bas.."

"kedai depan tu tutup ea.."

"ya tutup kak.."

"berapa ringgit tambang tu?"

"seringgit saja kak. Bas Rapid ni payah sikit, kena bayar tepat, susah dapat baki"

"nah, ambik la seringgit, malam-malam macam ni susah sikit.."

"terima kasih kak.."

Selesai.

Pengajaran dari pengalaman ini, perlu bijak membina kepercayaan walaupun tidak perlu meyakinkan dengan percakapan. Saya cuma cakap apa masalah saya dan apa yang saya perlukan.

Mungkin, apa yang meyakinkan mereka ialah dari aspek 1st impression terhadap imej saya.
Saya tidak memakai jeans atau seluar yang kelihatan selekeh, kecil di bawah atau koyak.
Baju saya tidak menunjukkan unsur yang negatif.
Rambut sikat belah tepi yang kelihatan sedikit poyo dan skema.

Kedua, ialah cara percakapan yang bersifat persuasif dengan perkataan tolong.

Agak susah sebenarnya untuk dapatkan walau 50sen daripada orang yang tidak dikenali, tetapi, jika kena caranya, kita boleh dapat lebih banyak daripada harga seketul ayam goreng berempah.

Atau memang sebenarnya mereka adalah jenis yang tidak kisah untuk menolong orang.

Atau, ini adalah suatu kenyataan atas kesaksian kepada hari ini kamu tolong orang, esok orang tolong kamu..

Oh, jika itu benar, aku perlu lebih banyak menolong orang selepas ini!

Wednesday, April 11, 2012

Wajib Bayar = Hampeh (sometimes better )


Assalamualaikum

Sori bukan post ceramah agama kali ni

Bukan post budak bajet pandai sangat bab fekah/tauhid/akhlak & tasawwur bla3

Bukan post firman ataupun sabda nabi.

Sekian muqaddimah.


***************************

Kamu semua mesti pernah mengalami situasi seperti ini, kalau x sama pun, sipi-sipi laa...

Situasi A.
Baiklah, kamu semua dikehendaki membayar yuran sejumlah RMXX untuk program ni.
WAJIB BAYAR TAU.
Yuran ni termasuk makanan dan cenderahati.

Selepas program.
Penganjur, mana cenderahati program semalam ?
Kami bagi kemudian ok, haritu punya x cukup la, kena dahulukan tetamu yang datang.
Ok.... (mula timbul sedikit rasa hampeh...sabar la, dia kata nanti. Nanti ada la tu)

Penganjur, ada kawan saya mengadu sakit perut.
Kenapa?
Makanan program semalam tu basi la, saya pun rasa agak masam sikit ayam tu, ada bau yang x best & kalau kita ambik ayam tu, dah berlendir....makan roti ja la semalam..
Oh, tu kena tanya semula dengan AJK makananan ok.
Kalau saya tau jadi macam ni, better x perlu wajibkan bayar.
Saya sendiri pun x jangka ni boleh berlaku.
Baiklah penganjur, saya bukannya cuba menyalahkan mana-mana pihak, cuma bila mewajibkan sesuatu tu, biarlah bertepatan dengan tahap kewajipan tu. Macam kita janji dengan orang la, kena buat betul-betul.
Ok2, nanti saya beritahu kepada pihak yang sepatutnya tahu.
Cantek!
Saya pun x makan nasi semalam, saya rasa macam apa yang kamu rasa.
*BAGI SAYA 5!*


Situasi 2.
Siapa yang belum menjelaskan lagi yuran Astro bulan ni, sila jelaskan selewat-lewatnya esok.
Kalau saya x pernah langsung pun tengok tv sepanjang saya tinggal di asrama ni, saya tinggal di level atas, tv nun di basement, perlukah saya bayar jugak?
PERLU!
(terasa sedikit hampeh la pulak dengan kepoyoan mamat tukang kutip yuran tu)
yalah, junior, semua benda wajib. Senior tiap malam tengok bola, x semua yang bayar yuran.
Junior wajib.

Eh, yang aku tulis post macam ni, sebab dulu aku pernah juga jadi junior, aku x la berani buat macam ni. Aku x la berani tunjuk yang aku ni berani tunjuk belang depan senior. Berani pijak kepala senior.

Oh,
situasi ni panjang berjela pula x macam situasi ayam basi tadi kan.

biarlah aku cuba jelaskan benda yang nampaknya jelas, tapi orang buat-buat x jelas, buat-buat bodoh, dan tidak kurang juga orang yang cuba lalu di lereng-lereng jalan yang membahayakan diri sendiri, sedangkan jalan yang terbentang tu luas, boleh jalan senang-senang di tengah.

Aku cakap macam ni, sebab aku rasa aku x terbeban pun dengan bayar duit yang diwajibkan, bayar yuran yang diwajibkan. Aku x kisah pun, duit tu memang nampak keluar dari akaun BSN atas nama aku, keluar dari dalam dompet buruk berlipat kepunyaan aku, memang itu duit aku pada zahirnya, hakikatnya duit tu orang yang bagi.

X kisah la kalau duit tu memang diberi untuk diberi.
Cuma bila diberi, tapi kita beri tidak kena pada tempatnya, bila ada yang minta, mula lah duit x cukup, cekik darah, sedangkan orang lain makan benda yang sama dengan kita, mungkin jauh lebih susah hidupnya dari kita, boleh beri/bayar duit tu tanpa berkata apa pun.

Malah boleh buat simpanan pula !

Orang yang biasa kasi alasan ni biasanya yang suka spend duit untuk benda-benda yang hampeh,yang kemudiannya membuatkan dorang rasa hampeh balik bila peruntukan duit yang kena bagi tu diminta untuk tujuan asalnya.

Contoh, beli buku, lec suruh.

Duit x cukup la encik..

Eh, orang sekarang x bodoh la..

Orang boleh tengok kamu makan mahal-mahal dalam facebook..

**** has create new album photo titled 'Makan2 @ Pavilion'

status update :
huhhh..letihnya shoping..

bosan. McD jom

Money ! Why no enough !

Bangang pihak pengurusan makan duit student, patut la bayar duit lambat, rupanya ambil duit student buat jamban baru !


Duit punya pasal orang jadi kurang ajar, orang jadi papa kedana sebab makan sedap, orang jadi boros gila, orang suka pandang kolot orang yang berjimat-cermat;ko tengok budak kampung tu, xde life langsung kan, x macam kita. kau tinguk tu budak bandar, kena suru bayar duit buku bising2, tapi bila ada duit enjoy ja kerja..

Duit tu tiada apa sangat pun, kertas biasa yang nilainya cuma pada angka.
Kertas biasa tiada nilai sangat sebab kosong.

Budak kampung pun orang biasa, cuma dia lebih baik dari orang yang ada life tadi sebab otaknya berisi, orang yang ada life tu tadi pun orang biasa, cuma isi otaknya tu terlebih sampai melimpah-limpah.

Sory la kalau aku menyentuh kekampungan atau kebandaran sesiapa yang baca post buang masa ni.

babai, assalamualaikum.

Saturday, September 10, 2011

KERTAS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warohmatullahibarokatuh . .

Terpanggil untuk menaip di pagi yang sejuk hening dingin ini tatkala melihat selonggok sampah yang mula membukit di sisi pintu. Sampah itulah antara tujuan hidup kita semua dalam mengharungi tsunami ujian yang pelbagai bentuk dari Al-Khaliq, tuhan yang maha pencipta, yang maha esa, yang maha agung, Allah Subhanahu wa Taala..

Di awal permulaan hari, ianya akan menjadi bahan baca yang menjadi bahan bacaan pertama pada hari tersebut. Tidak kisah apa jenamanya, berapa harganya, apa warna kulitnya, berapa helaian mukasuratnya. Rata-rata antara kita cuma ada dua pilihan di waktu pagi.


Yang bangun awal, solat subuh di awal waktu, mengamalkan sunnah Rasulullah untuk berpagi-pagi dengan ibadah sehingga terbitnya sang suria akan meluangkan sedikit masanya untuk membaca kalamullah. Kalaupun masanya suntuk, tidak perlu baca dalam kuantiti yang banyak, yang penting pembacaan itu harusnya berterusan dan tidak bertarikh-tarikh untuk membaca al-quran. Adalah lebih baik amalan yang sedikit, tapi istiqomah daripada amalan yang banyak, tapi jarang-jarang dilakukan. Samalah juga dengan membaca al-quran, lebih baik baca sekurang-kurangnya sebaris ayat setiap kali selepas solat daripada membaca satu juzuk al-quran dalam satu bacaan dalam tempoh 2 bulan atau lebih. Kalau baju yang kita sudah pakai lama dan tidak pula dibasuh, semakin banyaklah kotorannya, semakin banyaklah compang-campingnya, semakin susah untuk kita cuci dengan bersih sepenuhnya. Masakan hilang semua kotoran itu sekaligus jika kita hanya cuci sekali. Cuba kita bandingkan baju yang dicuci setiap hari dengan baju yang dicuci sebulan sekali. Apa bezanya ? itu cuma tamsilan.. Kalau hati kita, perlu cuci kadang-kadang atau cuci selalu ? Bacalah al-quran, fahamilah maksudnya, yakini kandungannya, amalkan apa yang telah kau baca dan faham.




Satu kelebihan bagi mereka yang sudah membaca al-quran sebentar tadi. Siapa yang sudah membaca al-quran, ketika sarapan atau sedang menunggu bas dan sebagainya membaca 'koran' pula di pagi, bacaan untuk akhirat sudah, bacaan untuk dunia pun ada. Cukup. X salah baca akhbar, akhbar itu jendela dan gerbang informasi bagi mereka yang ingin keluar dari kepompong kejahilan, tempurung sang katak yang sedang dalam kepandiran dan kandang bagi lembu yang terperuk di dalam dunia lembunya, asyik makan rumput di dalam kandang dan tiada peluang untuk menjenguk ke ladang ragut yang lebih luas dan terbuka untuk melihat sendiri kebenaran dunia luar yang luas terbentang dan banyak tipu daya. Pilihlah akhbar yang baik kandungannya, baik dari segi penulisannya, paparan gambarnya, nilai-nilai yang disampaikan serta tiada unsur-unsur yang tidak sihat, seperti penyiaran berita-berita yang bertema lucah, gambar-gambar artis yang separuh telanjang, paparan keputusan nombor ekor yang menggalakkan judi, berita yang berunsur fitnah dan sebagainya. Tapi siapa yang lebih beruntung dalam membuat bacaan di awal pagi tadi ?
Mestilah yang bangun awal tadi kan, pahala dapat, iman bertambah, hati tenang dengan membaca al-quran, ditambah pula dengan input serta informasi terkini tentang isu-isu semasa luar dan dalam negara. Dia dapat 2 perkara dalam satu aktiviti yang tidak membebankan. Membaca di waktu pagi.


Oh ya, mungkin ada di antara kita membaca akhbar sambil menikmati nasi lemak atau roti canai di kedai mamak kan ? Sebelum beredar, kita sangat memerlukan duit. Ini duit lama, mungkin ada yang belum pernah nampak..hehe. Inilah yang boleh dikatakan sebagai tuhan baru bagi yang mereka mengejar harta di dunia yang suka menipu manusia yang lalai dengan harta kekayaan sehingga lupa untuk mengingati tuhan, menyebut nama tuhan, beribadah kepada tuhan. Tuhan tiada dalam hati, tiada dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Bila ada tuhan dalam hati, setiap apa yang dilakukan mesti dilakukan mengikut syariat. Sebagai contoh, jika apa yang kita lakukan hanya untuk mengejar kekayaan, mengumpul duit yang banyak, akan tiada lagi syariat dalam aktiviti harian kita. Bila hendak menaiki kereta untuk pergi bekerja, tiada lain dalam fikiran, hanya duit, kaya, harta dan kerja semata-mata. Tiada pun ingat Allah. Mengaku diri sebagai orang Islam hanya ketika sambut hari raya, nikah, uruskan mayat ketika mati. Tapi dalam kehidupan seharian, tidak pula mahu hidup secara bersyariat. Tapi mengaku Islam. Bila hidup bertujuankan duit, harta dan kekayaan, tuhan akan tiada dalam fikiran dan hati dengan serta merta. Apakah ini tujuan hidup kita yang sebenarnya ? Jangan lupa, kalau kita mati nanti, semua itu akan kita tinggalkan di sini, tidak akan dapat kita bawa ke sana satu sen pun, walaupun kita selitkan satu sen berkarat dalam kain kafan kita. Memang kita tidak nafikan keperluan duit dalam kehidupan yang mencabar sekarang, tapi cuba elakkan daripada menjadikan duit itu sebagai tujuan dalam setiap apa yang kita buat. Bekerjalah dengan pekerjaan yang baik-baik kerana Allah, dan dapatkanlah habuan dari pekerjaan kita dengan gaji yang diberikan sebagai balasan kepada pekerjaan yang kita buat. Gaji yang Allah janjikan akan diberikan di akhirat nanti. Yakinlah pada janji-janji Allah yang tidak pernah memungkiri janjiNya. Dengan duit yang kita dapat, gunakanlah sebaiknya dengan membelanjakannya untuk keperluan hidup seharian, untuk memberikan manfaat kepada orang lain dengan bersedekah dan yang paling penting menggunakan duit itu dengan dimulai dengan niat kerana Allah. Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu, inilah salah satu contoh yang ingin saya kongsikan bersama, naikilah kenderaan kita bersama tujuan yang baik, niat ikhlas kerana Allah taala. " Ingat, aku naik kenderaan ini hanyalah kerana Allah, untuk mendapat redha Allah dalam pekerjaanku sebagai seorang penjual nasi lemak, insyaAllah dengan rezeki yang halal, dapatlah aku menampung keperluan keluargaku, untuk berzakat dan membuat kebaikan yang lain".. Orang miskin yang pegang duit seminggu sekali pun akan rasa bahagia jika hatinya tenang dan sentiasa mengingati Allah, tidak seperti orang banyak harta dan duitnya, tapi hidup punah-ranah, bergaduh sesama ahli keluarga, hidup tidak tenang, penyakit datang silih berganti, kerana hati tidak tenang. Kalaupun dapat banyak duit dan harta kekayaan, tapi tidak lupa kepada Allah, alangkah bahagia dan beruntungnya dia, kaya dengan harta, kaya juga dengan iman dan sentiasa dekat dengan Allah..



Kita ke sekolah dulu, inilah yang membuatkan beg jadi berat di samping membawa bekal nasi goreng untuk dimakan bila waktu rehat tiba bersama sebotol sirap berperisa ros botol besar sebagai bekalan dari pagi ke tengahari. Katanya buku teks ni sumber ilmu dan rujukan di sekolah. Guru mengajar berdasarkan buku teks. Guru diberikan buku teks untuk rujukan guru. Murid diberikan (pinjam) buku teks untuk membuat ulangkaji & latihan. Mungkin ada orang tua kita ( penjaga/waris/parent ) pesan, simpan buku teks tu baik-baik, letak sembarangan atas lantai, simpan atas meja, nanti terlangkah pula. Ilmu tu. Bukankah ilmu tu ada dalam kepala otak ? ahhaha..jangan marah ya, gurau saja. Mungkin ada juga betulnya, siapa tahu. Tapi sejauh mana ilmu dalam buku teks tu boleh berkekalan dan memberi kesan kepada murid, khususnya yang bijak pandai sehinggakan tidak cukup dengan buku teks, ditambah pula dengan buku rujukan dari pelbagai terbitan, Sasbadi,Longman,Cerdik dan macam-macam lagi. Tebal buku rujukannya. Habis dibaca dari muka surat pertama ( muka surat pertama kan x penting, cuma ada tahun terbitan,alamat,nama pengarang dan sebagainya, kerana terlalu rajin, itu pun baca juga lah )sampai ke muka surat terakhir ( index pun baca juga ). Kerana terlalu banyak dan rajin membaca buku teks dan rujukan, kesannya, semakin ramai murid dan pelajar bijak dan cemerlang dalam peperiksaan hari ini. Berpuluh-puluh A. Dalam bilangan cemerlang yang beratus ribu itu, berapa kerat saja yang ilmu dari buku itu ditransferkan ke dalam badan dan jiwanya. Maksudnya di sini, berapa ramai yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh subjek BM. Ramai yang cemerlang dalam subjek yang mudah ini, tapi ramai yang gagal dalam mempraktikkannya. Bukan salah buku teks, bukan salah buku rujukan, tapi salah kita sendiri yang tidak mahu beramal dengan ilmu. Kita lihat saja trend bahasa generasi sekarang, ( walaupun penulisan dalam blog ni pun kurang mempraktikkan aspek bahasa, tapi masih dalam keadaan terkawal kan? ) " hey derr lu ushar awek gua ke ? Sengal gile lu, kerek nak mampos, kang gua tibai sekali, habis barai muka lu.." Dari segi kosa kata, memang banyak perkataan baru, tapi bukan dalam bahasa yang kita ketahui,hahaha.. Dari segi kesantunan dalam berbahasa, memang x boleh pakai, dari aspek nilai reject, dari segi moraliti masyarakat timur pun x padan langsung. Macaman pula dengan ilmu kerohanian yang diajar di sekolah ? Aku masih ingat lagi beberapa ujian ketika di sekolah. Ujian praktikal ibadah. Wudhuk, solat,azan, mengaji dan sebagainya. Seingat aku, semua mesti lulus. Dan alhamdulillah semuanya lulus ! Tapi lulus sekadar untuk lulus ujian. Tiada praktikal dalam rutin harian. Ilmu tu tidak ke mana-mana. Kekal bersemadi kaku dan diam di dalam buku teks. Apalah sangat nilai buku teks tu, sekadar kertas biasa. Aku berani mencabar diri sendiri dan para readers digest semua, ( haha ) untuk mengatakan bahawa, kita x ubah seperti bangkai yang bernyawa, wujudnya tiada guna, hanya menimbulkan aroma mayat busuk yang tidak menyenangkan. Diibaratkan seperti pepatah Arab, ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah. Baik tebang saja, buat jambatan atau hantar ke kilang buat kerusi. Tinggi mana pun ilmu, banyak mana pun kita khatam buku teks dan rujukan, tapi kalau ilmu itu tidak diamalkan, merugikan diri sendiri saja. Kita ada ilmu, tapi buat-buat bodoh. Macam kita naik motorsikal, tapi x mahu pakai helmet sedangkan kita tahu undang-undang tidak membenarkan kita berbuat sedemikian atas aspek-aspek keselamatan. Bila kemalangan, sendiri yang menyesal. Kenapa, sebab tahu benda tu x betul, tapi buat juga. Contoh lain, berdua-duaan. Bukannya kita x tahu benda tu dlarang dalam agama, tapi saja buat-buat x tahu, berani sangat melawan tuhan. Tahu benda tu akan membawa banyak masalah, seperti kes kawin sebelum nikah, penyesalan yang teramat bagi tuan punya badan yang sarat membawa perut yang berisi insan yang tidak berdosa ( tu pun bagi yang tahu erti penyesalan ). Siapa yang susah ? Itulah yang berlaku buka kita ada ilmu, tapi x beramal dengan ilmu yang kita punya. Pandai, tapi buat-buat kurang pandai.

Begitulah sedikit sebanyak kupasan aku mengenai nilai objek yang bernama KERTAS.
Memang banyak kesilapan dan kekurangan, tambah dan kurangkanlah mana yang patut dengan teguran, komenlah supaya aku tau kelemahan aku. Aku cuma mau kita semua tau, kewujudan sesuatu benda tu x sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Kembalilah kepada tujuan sebenar hidup kita, bukannya kerana kertas yang berupa duit, sijil,ujian yang cemerlang,slip keputusan yang berbaris huruf A, tapi tanpa memperbetulkan niat serta perilaku kita dalam rutin seharian, kertas-kertas tersebut x ubah seperti kertas kosong, lunyai, berhabuk dan hanya layak ke pusat pelupusan sampah yang busuk..

Semoga dapat memberi manfaat kepada diriku sendiri dan saudara-saudari yang lainnya..
Amin ya rabbal 'alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...