Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Saturday, October 26, 2013

STOKIN JEPUNNNNNN......???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi.
Semoga dala keadaan tenang, sihat dan tenteram insyaAllah.



Sebenarnya, segala apa kerja buat yang baik, bermanfaat dan tidak bertentangan dengan syariat adalah ibadah. Ibadah itu merupakan salah satu bentuk pengabdian diri kepada Allah, menjalani kehidupan dengan ketaatan kepada perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

Berpakaian juga merupakan salah satu perkara yang akan menjadi ibadah kepada Allah, jika ada padanya aspek kita mentaati perintah Allah, ikut apa yang digariskan oleh syariat dan meninggalkan apa yang dilarang.

Apa yang namanya ibadah, iaitu pengabdian kepada Allah, sudah tentu niat kita lakukannya adalah kerana Allah, kita mentaati perintah Allah dan kita perlu buat dengan sempurna dan bersungguh-sungguh tanpa meninggalkan satu pun perkara yang boleh menjadikan ibadah itu sia-sia.

Kita mahukan segala yang kita buat tu Allah SWT suka.
Bab berpakaian contohnya, masih belum sempurna selagi ada yang kita tinggalkan.

Dalam Islam, kesempurnaan sesuatu walaupun ianya kecil, apabila ditinggalkan akan menyebabkan keseluruhan perkara tidak akan sempurna.

Contohnya.
Kita solat, tapi tidak rukuk.
Rukuk saja.
Kita tahu ianya salah satu rukun yang wajib.
Tapi kita sengaja tinggalkan.
Sah atau tidak solat kita jika kita tidak buat satu perkara dengan sengaja?

Wudhu.
Kita tahu ada perkara yang sunat dan wajib.
Kita ambil yang wajib, kerana kita sudah tahu.
Muka, tangan-siku, kepala & kaki.
Tapi kita sengaja tidak mahu basuh kaki.
Maka wudhu yang kita buat tidak sah dan semupurna jika tinggal satu perkara yang wajib.

Menutup aurat.
Kita tahu mana yang boleh didedahkan.
Yang selebihnya tidak boleh.
Tapi kita suka ikut mood kita, bukan ikut apa yang ditetapkan oleh Allah.
Jika tidak suka pakai stokin. So, tidak mahu pakai stokin.


Jadi, bagaimana dengan ibadah kita dalam berpakaian jika masih belum sempurna?
Jika ibadah kita dalam menunaikan solat, sengaja meninggalkan satu perkara wajib, solat tidak sah.
Solatlah 100 rakaat sekalipun, jika solat itu tidak sah, bukankan ia sia-sia ?

Jika cantik mana pakaian kita, tapi tidak sempurna, ianya hanya cantik di mata, tapi tidak pada ketaatan kepada perintah yang Maha Esa.


Jangan pandang ringan pada sarung kaki, ia adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah yang tidak ramai ambil perhatian tentangnya.

Jika tidak mampu beli stokin, tidak mengapa, konsepnya ialah 'sarung kaki'. Tidak ada masalah sekiranya tutup kaki dengan plastik. Saja gurau. Seeloknya kita spend sikit duit yang kita ada untuk tunaikan kewajipan dan manifestasi iman dan taat kita kepada perintah Allah.

InsyaAllah.

Support Sarung Kaki Project :





Sunday, July 15, 2012

Henpon aku canggih lagi..


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

" tenettt..tenett..tenettttt.....Assalamualaikum..ha, bro.. Apa khabar..?..."



"uhh..henpon lama kot, bunyi bising, tone monofonik..haha..kelakar, ada lagi yang masih pakai benda alah tu..henpon aku canggih lagi.. orang call ringtone lagu Maher Zain kot..hei..."

Situasi tadi adalah satu situasi rekaan, berlatar belakangkan cerita di sebuah perhentian bas, seorang lelaki biasa yang sedang duduk menunggu kawannya. Seorang lelaki yang tidak dikenali juga duduk di sana.

Kemudian telefon bimbit lelaki pertama tadi berbunyi. Lelaki kedua tadi pula tergelak sambil menutup mulutnya, tidak mahu diketahui oleh lelaki pertama tadi yang dia sedang mentertawakan telefon bimbit lelaki pertama tadi yang tidak secanggih telefon bimbitnya.

So, apa masalahnya di sini ??

Masalahnya, brader yang sorang tu belagak !

Takabbur !

Itu la yang aku duk fikir-fikirkan bila aku mau memiliki henpon yang baru dan canggih seperti yang dimiliki oleh ramai kawan-kawan di sekeliling aku..

Sebab, sebelum ni, pernah berlaku pada diri aku sendiri, henpon aku ni Nokia biasa saja, tidak secanggih kawan-kawan punya, semua guna skrin sentuh..zupp..zup....

Tapi,

Aku mula risau apabila aku berada di sebelah seseorang yang aku tidak kenali menggunakan telefon bimbitnya, kemudian aku mula menilai dan membandingkan henpon miliknya dan juga milikku.

"oh, henpon aku ccanggih sikit la.."

Ya Allah, maafkan aku takabbur di samping hambaMu yang lain..

Tiada yang boleh aku banggakan dengan apa yang aku ada..

Bila aku mempunyai sesuatu yang lebih baik dari orang lain, lebih ramai lagi yang lebih baik dan tinggi dariku..

Kejap..kejap..kejap..

Aku cakap bukannya tidak boleh memiliki henpon canggih, beli lah, ate mane nak melarangnye...
Tiada yang melarang.

Tapi ingat !

Jaga hatimu teman, jangan mudah sombong, terdetik sekalipun, cepat-cepat istighfar, kita mati nanti, semua itu tiada maknanya..



Tuesday, June 26, 2012

Biadab

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

(istighfar 3x)

Aku terpaku selama 3 saat..

Aku terpandangkan sesuatu..

Dalam satu program yang aku sertai..

Sebagai ajk..

Selepas solat, mesti ada zikrullah..

Istighfar, tasbih, tahmid, takbir..

Aku menegur seorang peserta yang sedang berzikir sambil sebelah kakinya diletakkan di kerusi hadapan..

Duduk santai ala-ala taiko kedai kopi..

Aku minta dia turunkan kakinya dan duduk dengan sopan.

Kemudian aku ke depan sedikit.

Ini lagi hebat !

Menaikkan kedua-dua belah kakinya sambil berzikir !

Ya Allah !

Besarnya kesilapan kami ...

Aku meminta mereka yang ku kira kurang sopan tadi.

Aku bertanya kepada mereka.

Kamu rasa apa kesalahan kamu sampai kamu dipanggil ke depan ni ?

Ntahhh..

Kalau saya cakap kamu biadab dengan Allah kamu setuju kah ?

Mereka senyap.

Ya Allah..

Apa yang aku cakap ni..

Aku mula mengingatkan diriku sendiri..

Aku pun bukannya baik sangat untuk cakap macam tu..

Aku ingat balik waktu sebelum-sebelum ni..

Aku pernah dulu..

Sambil berdoa lepas sembahyang..

Check sms masuk..

Garu-garu kulit tangan mengelupas..

Tengok corak sejadah..ada yang sama..ada yang lain..

Tengok dinding..kenapa situ warna lain, ni lain...

Tengok orang baru masuk surau..

Apa lah lambat..orang sudah siap sembahyang..

Baru lepas solat pun masih lagi takabbur..

Aku yang solat awal ni pun belum tentu sempurna dan diterima..

Kalau sambil berdoa pun sambil buat macam-macam gaya..




Kalau pengemis minta sedekah dengan orang lain, dia minta sungguh-sungguh..

Telapak tangannya ditadah kemas, tinggi, biar mudah orang menghulurkan bantuan..

Sungguh-sungguh minta pertolongan...

Tolong lah....

Kita yang berdoa ni buat apa sebenarnya ?

Itu bukannya termasuk dalam rukun solat..

Bukan juga kewajiban..

Tapi itu antara bukti kita ini lebih hina dari pengemis !

Kita ini tidak lebih dari seorang peminta setia.

Meminta pada yang maha mendengar dan memberi..

Apa yang kita minta itu semuanya untuk kebaikan..

Kita minta supaya dikabulkan oleh Allah..

Aku pasti ada di antara kita pernah bertembung dan menghadapi sendiri kanak-kanak yang menjual kismis, kalendar, tisu dan sebagainya.

Lihat bagaimana cara mereka meminta untuk kita membeli barang dagangan mereka.

Tiada unsur kebiadaban yang mereka tunjukkan.

Apakah kita merasa ingin membeli jualan mereka itu sekiranya mereka menjualnya dengan cara yang tidak sopan.

Hoi ! Beli la tisu ni bodo ! Penat aku jalan jauh tau ! Bangang !

Dalam aspek biadab, memang sah itu salah satu ciri biadab.

Dalam konteks biadab dalam meminta dengan orang yang kita harapkan untuk memberi,

memang kita tidak berhak dan layak jika meminta dengan adab yang seperti itu.



Apa yang kita baca dan aminkan ketika berdoa ?

Kita berharap, meminta, memohon kepada Allah..

Tapi cara kita meminta tu tidak bersungguh-sungguh..

Sekadar berdoa.

Sambil kita menadah tangan, tangan sebelah buat cara berdoa, tangan sebelah lagi sedang menaip sms,

"syg,abg tgh bdoa ni, bru lpas solat..mudah2an doa abg makbul''

bila orang kata amin, kita pun kata amin..

hmmm...

cuba kita ingat balik macamana keadaan kita semasa berdoa kali terakhir kita berdoa..

beradabkah kita ketika berdoa, atau biadabkah kita dalam berdoa..

sekadar renungan  bersama..

peringatan daripada dan kepada diri sendiri ~


Sunday, June 24, 2012

Korban

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

La haulawala quwwata illa billahil 'aliyyul azim..

Allahu akbar, walillahil hamd..

Hampir pukul 3 pagi.

Aku gagahi mata ini untuk menyapa sang keyboard sebentar untuk menukilkan sesuatu..

Semalam, usai ber-Al-Mulk, aku rebahkan lambungku di atas hamparan empuk bercadarkan kain bercorak spongebob :)

Ah...aku perlukan sedikit pengisian rohani dan pencetus semangat sebelum tidur..

Aku teringat akan satu travelog bersama beberapa orang pemuda dalam sebuah buku.

Aku sudah baca kesemuanya.

Kisah-kisah pahit manis sepanjang perjuangan.

Kisah luka, suka dan duka mereka menempuh mehnah dan tribulasi..

Aku singgahkan sebentar mata dan mengumat-kamitkan bibir untuk membaca.

Kisah sang ketua yang jadual hidupnya yang sangat menghimpit masanya.

Dimulakan dengan kisah menaip travellog seperti ini.

Kemudian tertidur di atas meja taip.

Disambung dengan esok pagi, mengisi pengajian kuliah subuh.

Kemudian bergegas pergi ke KL dari Kuantan.

Kereta rosak.

Tapi digagahi juga untuk sampai ke tempat mesyuarat lebih awal dari waktunya.

Menyoroti pengajaran daripada senior dalam kepemimpinan.

Belajar daripada kesilapan dan meneladani ketokohan sang ketua yang lebih tua.

Tidak menyedari bahawi dirinya belum lagi mandi dalam sehari.

Biarlah penat, tapi tidak mengecewakan jemputan umat untuk mengisi pengajian ilmu.

Ketepikan kepentingan diri demi kepentingan umat.

Semuanya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kerana kita sudah faham kerana apa kita perlu melakukan semua itu.

Kerana kita ikhlas, tiada erti kata penat dan lelah untuk bekerja.

Kerana itu, teruskanlah istiqomah dengan kerja-kerja yang baik dan bermanfaat itu.

Kerana itulah juga, perlunya jihad untuk melawan mekanisme penghalang kepada kebaikan itu.

Kerana itu, perlunya pengorbanan yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan, masa, tenaga, wang ringgit..

Kerana kita tahu, kita lakukan semua itu kerana kita taat kepada perintah Allah & Rasulullah.

Kerana itulah kita perlu jelas dengan apa yang kita taatkan itu tidak dicemari dengan yang lainnya.

Kerana itulah perlunya kita untuk mempunyai ikatan yang erat sesama saudara seiman untuk saling memperingati, menghargai, berkasih sayang dan sebagainya.

Kerana itulah juga, perlunya ada dasar kepercayaan antara kita sesama saudara untuk saling memkukuhkan kefahaman, ikhlas beramal, istiqomah dalam membuat kebaikan, berjihad untuk menggagahi diri untuk membiasakan dengan amalan kebaikan dengan melakukan pengorbanan atas kepentingan dan perkara yang tidak penting, hanya kerana kita taat akan perintahNya dan RasulNya, kita perlu jelas akan apa yang kita lakukan itu secara mutlak hanya untuk Allah, bukan dipengaruhi ideologi dan sebagainya. Tapi semua itu tidak akan berlaku jika kita hidup tanpa bantuan saudara kita yang lain untuk kita saling memperkukuhkan, sesuai dengan fitrah kehidupan manusia dari zaman dulu kala lagi, hidup bermasyarakat, hidup secara beramai-ramai dengan organisasi yang teratur dengan ketua serta penduduk yang lain.

Dunia untuk dikongsikan bersama, kenapa perlu memilih untuk hidup sendiri.

Aku tidak layak untuk membandingkan diriku dengan beliau yang aku ceritakan tadi.

Masih terlalu jauh.

Aku hanya mengorbankan masa yang sangat sedikit, harta yang masih boleh dikira, tenaga yang masih banyak tidak digunakan.

InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencontohi ketokohan beliau.

Dengan sokongan rakan-rakan yang lain, aku rasa sedikit ringan.

Alhamdulillah.

Itulah kemanisan hidup bersama makhluk yang Allah ciptakan khas untuk semua manusia yang bernama manusia juga. Untuk saling mengenali dan hidup saling melengkapi.

thabbat qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik fi sabilik....

Saturday, September 10, 2011

KERTAS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warohmatullahibarokatuh . .

Terpanggil untuk menaip di pagi yang sejuk hening dingin ini tatkala melihat selonggok sampah yang mula membukit di sisi pintu. Sampah itulah antara tujuan hidup kita semua dalam mengharungi tsunami ujian yang pelbagai bentuk dari Al-Khaliq, tuhan yang maha pencipta, yang maha esa, yang maha agung, Allah Subhanahu wa Taala..

Di awal permulaan hari, ianya akan menjadi bahan baca yang menjadi bahan bacaan pertama pada hari tersebut. Tidak kisah apa jenamanya, berapa harganya, apa warna kulitnya, berapa helaian mukasuratnya. Rata-rata antara kita cuma ada dua pilihan di waktu pagi.


Yang bangun awal, solat subuh di awal waktu, mengamalkan sunnah Rasulullah untuk berpagi-pagi dengan ibadah sehingga terbitnya sang suria akan meluangkan sedikit masanya untuk membaca kalamullah. Kalaupun masanya suntuk, tidak perlu baca dalam kuantiti yang banyak, yang penting pembacaan itu harusnya berterusan dan tidak bertarikh-tarikh untuk membaca al-quran. Adalah lebih baik amalan yang sedikit, tapi istiqomah daripada amalan yang banyak, tapi jarang-jarang dilakukan. Samalah juga dengan membaca al-quran, lebih baik baca sekurang-kurangnya sebaris ayat setiap kali selepas solat daripada membaca satu juzuk al-quran dalam satu bacaan dalam tempoh 2 bulan atau lebih. Kalau baju yang kita sudah pakai lama dan tidak pula dibasuh, semakin banyaklah kotorannya, semakin banyaklah compang-campingnya, semakin susah untuk kita cuci dengan bersih sepenuhnya. Masakan hilang semua kotoran itu sekaligus jika kita hanya cuci sekali. Cuba kita bandingkan baju yang dicuci setiap hari dengan baju yang dicuci sebulan sekali. Apa bezanya ? itu cuma tamsilan.. Kalau hati kita, perlu cuci kadang-kadang atau cuci selalu ? Bacalah al-quran, fahamilah maksudnya, yakini kandungannya, amalkan apa yang telah kau baca dan faham.




Satu kelebihan bagi mereka yang sudah membaca al-quran sebentar tadi. Siapa yang sudah membaca al-quran, ketika sarapan atau sedang menunggu bas dan sebagainya membaca 'koran' pula di pagi, bacaan untuk akhirat sudah, bacaan untuk dunia pun ada. Cukup. X salah baca akhbar, akhbar itu jendela dan gerbang informasi bagi mereka yang ingin keluar dari kepompong kejahilan, tempurung sang katak yang sedang dalam kepandiran dan kandang bagi lembu yang terperuk di dalam dunia lembunya, asyik makan rumput di dalam kandang dan tiada peluang untuk menjenguk ke ladang ragut yang lebih luas dan terbuka untuk melihat sendiri kebenaran dunia luar yang luas terbentang dan banyak tipu daya. Pilihlah akhbar yang baik kandungannya, baik dari segi penulisannya, paparan gambarnya, nilai-nilai yang disampaikan serta tiada unsur-unsur yang tidak sihat, seperti penyiaran berita-berita yang bertema lucah, gambar-gambar artis yang separuh telanjang, paparan keputusan nombor ekor yang menggalakkan judi, berita yang berunsur fitnah dan sebagainya. Tapi siapa yang lebih beruntung dalam membuat bacaan di awal pagi tadi ?
Mestilah yang bangun awal tadi kan, pahala dapat, iman bertambah, hati tenang dengan membaca al-quran, ditambah pula dengan input serta informasi terkini tentang isu-isu semasa luar dan dalam negara. Dia dapat 2 perkara dalam satu aktiviti yang tidak membebankan. Membaca di waktu pagi.


Oh ya, mungkin ada di antara kita membaca akhbar sambil menikmati nasi lemak atau roti canai di kedai mamak kan ? Sebelum beredar, kita sangat memerlukan duit. Ini duit lama, mungkin ada yang belum pernah nampak..hehe. Inilah yang boleh dikatakan sebagai tuhan baru bagi yang mereka mengejar harta di dunia yang suka menipu manusia yang lalai dengan harta kekayaan sehingga lupa untuk mengingati tuhan, menyebut nama tuhan, beribadah kepada tuhan. Tuhan tiada dalam hati, tiada dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Bila ada tuhan dalam hati, setiap apa yang dilakukan mesti dilakukan mengikut syariat. Sebagai contoh, jika apa yang kita lakukan hanya untuk mengejar kekayaan, mengumpul duit yang banyak, akan tiada lagi syariat dalam aktiviti harian kita. Bila hendak menaiki kereta untuk pergi bekerja, tiada lain dalam fikiran, hanya duit, kaya, harta dan kerja semata-mata. Tiada pun ingat Allah. Mengaku diri sebagai orang Islam hanya ketika sambut hari raya, nikah, uruskan mayat ketika mati. Tapi dalam kehidupan seharian, tidak pula mahu hidup secara bersyariat. Tapi mengaku Islam. Bila hidup bertujuankan duit, harta dan kekayaan, tuhan akan tiada dalam fikiran dan hati dengan serta merta. Apakah ini tujuan hidup kita yang sebenarnya ? Jangan lupa, kalau kita mati nanti, semua itu akan kita tinggalkan di sini, tidak akan dapat kita bawa ke sana satu sen pun, walaupun kita selitkan satu sen berkarat dalam kain kafan kita. Memang kita tidak nafikan keperluan duit dalam kehidupan yang mencabar sekarang, tapi cuba elakkan daripada menjadikan duit itu sebagai tujuan dalam setiap apa yang kita buat. Bekerjalah dengan pekerjaan yang baik-baik kerana Allah, dan dapatkanlah habuan dari pekerjaan kita dengan gaji yang diberikan sebagai balasan kepada pekerjaan yang kita buat. Gaji yang Allah janjikan akan diberikan di akhirat nanti. Yakinlah pada janji-janji Allah yang tidak pernah memungkiri janjiNya. Dengan duit yang kita dapat, gunakanlah sebaiknya dengan membelanjakannya untuk keperluan hidup seharian, untuk memberikan manfaat kepada orang lain dengan bersedekah dan yang paling penting menggunakan duit itu dengan dimulai dengan niat kerana Allah. Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu, inilah salah satu contoh yang ingin saya kongsikan bersama, naikilah kenderaan kita bersama tujuan yang baik, niat ikhlas kerana Allah taala. " Ingat, aku naik kenderaan ini hanyalah kerana Allah, untuk mendapat redha Allah dalam pekerjaanku sebagai seorang penjual nasi lemak, insyaAllah dengan rezeki yang halal, dapatlah aku menampung keperluan keluargaku, untuk berzakat dan membuat kebaikan yang lain".. Orang miskin yang pegang duit seminggu sekali pun akan rasa bahagia jika hatinya tenang dan sentiasa mengingati Allah, tidak seperti orang banyak harta dan duitnya, tapi hidup punah-ranah, bergaduh sesama ahli keluarga, hidup tidak tenang, penyakit datang silih berganti, kerana hati tidak tenang. Kalaupun dapat banyak duit dan harta kekayaan, tapi tidak lupa kepada Allah, alangkah bahagia dan beruntungnya dia, kaya dengan harta, kaya juga dengan iman dan sentiasa dekat dengan Allah..



Kita ke sekolah dulu, inilah yang membuatkan beg jadi berat di samping membawa bekal nasi goreng untuk dimakan bila waktu rehat tiba bersama sebotol sirap berperisa ros botol besar sebagai bekalan dari pagi ke tengahari. Katanya buku teks ni sumber ilmu dan rujukan di sekolah. Guru mengajar berdasarkan buku teks. Guru diberikan buku teks untuk rujukan guru. Murid diberikan (pinjam) buku teks untuk membuat ulangkaji & latihan. Mungkin ada orang tua kita ( penjaga/waris/parent ) pesan, simpan buku teks tu baik-baik, letak sembarangan atas lantai, simpan atas meja, nanti terlangkah pula. Ilmu tu. Bukankah ilmu tu ada dalam kepala otak ? ahhaha..jangan marah ya, gurau saja. Mungkin ada juga betulnya, siapa tahu. Tapi sejauh mana ilmu dalam buku teks tu boleh berkekalan dan memberi kesan kepada murid, khususnya yang bijak pandai sehinggakan tidak cukup dengan buku teks, ditambah pula dengan buku rujukan dari pelbagai terbitan, Sasbadi,Longman,Cerdik dan macam-macam lagi. Tebal buku rujukannya. Habis dibaca dari muka surat pertama ( muka surat pertama kan x penting, cuma ada tahun terbitan,alamat,nama pengarang dan sebagainya, kerana terlalu rajin, itu pun baca juga lah )sampai ke muka surat terakhir ( index pun baca juga ). Kerana terlalu banyak dan rajin membaca buku teks dan rujukan, kesannya, semakin ramai murid dan pelajar bijak dan cemerlang dalam peperiksaan hari ini. Berpuluh-puluh A. Dalam bilangan cemerlang yang beratus ribu itu, berapa kerat saja yang ilmu dari buku itu ditransferkan ke dalam badan dan jiwanya. Maksudnya di sini, berapa ramai yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh subjek BM. Ramai yang cemerlang dalam subjek yang mudah ini, tapi ramai yang gagal dalam mempraktikkannya. Bukan salah buku teks, bukan salah buku rujukan, tapi salah kita sendiri yang tidak mahu beramal dengan ilmu. Kita lihat saja trend bahasa generasi sekarang, ( walaupun penulisan dalam blog ni pun kurang mempraktikkan aspek bahasa, tapi masih dalam keadaan terkawal kan? ) " hey derr lu ushar awek gua ke ? Sengal gile lu, kerek nak mampos, kang gua tibai sekali, habis barai muka lu.." Dari segi kosa kata, memang banyak perkataan baru, tapi bukan dalam bahasa yang kita ketahui,hahaha.. Dari segi kesantunan dalam berbahasa, memang x boleh pakai, dari aspek nilai reject, dari segi moraliti masyarakat timur pun x padan langsung. Macaman pula dengan ilmu kerohanian yang diajar di sekolah ? Aku masih ingat lagi beberapa ujian ketika di sekolah. Ujian praktikal ibadah. Wudhuk, solat,azan, mengaji dan sebagainya. Seingat aku, semua mesti lulus. Dan alhamdulillah semuanya lulus ! Tapi lulus sekadar untuk lulus ujian. Tiada praktikal dalam rutin harian. Ilmu tu tidak ke mana-mana. Kekal bersemadi kaku dan diam di dalam buku teks. Apalah sangat nilai buku teks tu, sekadar kertas biasa. Aku berani mencabar diri sendiri dan para readers digest semua, ( haha ) untuk mengatakan bahawa, kita x ubah seperti bangkai yang bernyawa, wujudnya tiada guna, hanya menimbulkan aroma mayat busuk yang tidak menyenangkan. Diibaratkan seperti pepatah Arab, ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah. Baik tebang saja, buat jambatan atau hantar ke kilang buat kerusi. Tinggi mana pun ilmu, banyak mana pun kita khatam buku teks dan rujukan, tapi kalau ilmu itu tidak diamalkan, merugikan diri sendiri saja. Kita ada ilmu, tapi buat-buat bodoh. Macam kita naik motorsikal, tapi x mahu pakai helmet sedangkan kita tahu undang-undang tidak membenarkan kita berbuat sedemikian atas aspek-aspek keselamatan. Bila kemalangan, sendiri yang menyesal. Kenapa, sebab tahu benda tu x betul, tapi buat juga. Contoh lain, berdua-duaan. Bukannya kita x tahu benda tu dlarang dalam agama, tapi saja buat-buat x tahu, berani sangat melawan tuhan. Tahu benda tu akan membawa banyak masalah, seperti kes kawin sebelum nikah, penyesalan yang teramat bagi tuan punya badan yang sarat membawa perut yang berisi insan yang tidak berdosa ( tu pun bagi yang tahu erti penyesalan ). Siapa yang susah ? Itulah yang berlaku buka kita ada ilmu, tapi x beramal dengan ilmu yang kita punya. Pandai, tapi buat-buat kurang pandai.

Begitulah sedikit sebanyak kupasan aku mengenai nilai objek yang bernama KERTAS.
Memang banyak kesilapan dan kekurangan, tambah dan kurangkanlah mana yang patut dengan teguran, komenlah supaya aku tau kelemahan aku. Aku cuma mau kita semua tau, kewujudan sesuatu benda tu x sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Kembalilah kepada tujuan sebenar hidup kita, bukannya kerana kertas yang berupa duit, sijil,ujian yang cemerlang,slip keputusan yang berbaris huruf A, tapi tanpa memperbetulkan niat serta perilaku kita dalam rutin seharian, kertas-kertas tersebut x ubah seperti kertas kosong, lunyai, berhabuk dan hanya layak ke pusat pelupusan sampah yang busuk..

Semoga dapat memberi manfaat kepada diriku sendiri dan saudara-saudari yang lainnya..
Amin ya rabbal 'alamin..

Friday, April 22, 2011

1

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




NOMBOR 1.
TOPIK KALI INI BUKANLAH BERKENAAN DENGAN 1 MALAYSIA.
TAPI BERKENAAN DENGAN TUHAN.
TUHAN YANG 1.
ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.

JIKA KITA BERTANYA DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN MENGENAI TUHAN, BAGAIMANA RESPON MEREKA ?

MUNGKIN ADA YANG RASA KURANG SENANG.

TAPI ADA JUGA YANG SELESA UNTUK BERKONGSI.

ADA JUGA YANG MEMBERI PENERANGAN DENGAN RUNUT DAN DALAM.
JELAS DAN SANGAT PANJANG.

TAPI LAIN ORANG, LAIN JAWAPAN YANG DIBERIKAN.

ADA YANG BERKATA, KAMI PERCAYA TUHAN KAMI 1, TAPI IA BOLEH MENJELMA MENJADI BEBERAPA JELLMAAN,ERMMM KALAU TAK SILAP 68 ATAU LEBIH..

ADA YANG BERKATA, TUHAN KAMI 1, TAPI DALAM 3 RUPA.

ADA YANG BERKATA MACAM-MACAM LAGI.

DAN SEKALI LAGI SAYA ULANG, WALAUPUN RESPONDEN DARI AGAMA YANG SAMA, JAWAPAN MEREKA TIDAK SAMA.

ORANG MUSLIM SUDAH TETAP AKAN MENJAWAB DENGAN JAWAPAN YANG SAMA, TIDAK AKAN BERUBAH DARI DULU SEHINGGA BILA-BILA PUN.

BERAPA TUHAN KAMU ?

SATU.
DIALAH ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA.

TIADA YANG LAIN.

ALLAH SUBHANAU WATA'ALA TELAH MENURUNKAN SURAH AL-IKHLAS UNTUK MENERANGKAN TENTANG KEESAANNYA KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DAN SETERUSNYA UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA, YANG BERMAKSUD :



AYAT YANG PERTAMA :

KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) ALLAH ITU MAHA ESA.

KATA-KATA "AHAD" LEBIH HALUS DARIPADA KATA-KATA "WAHID", KERANA KATAKATA
AHAD MENAMBAHKAN KEPADA KATA-KATA WAHID PENGERTIAN TIADA SUATU
YANG LAIN BERSAMA ALLAH DAN TIADA SUATU YANG SETANDING DENGAN ALLAH.

MAKSUDNYA, ALLAH ITU MAHA ESA. TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH.
SEGALA MAUJUD YANG WUJUD DI MUKA BUMI SERTA DI SELURUH ALAM SEMESTA INI MENGAMBIL HAKIKAT KEWUJUDAN DARIPADA HAKIKAT KEWUJUDAN ALLAH.
APA YANG KITA LIHAT DI SEKELILING KITA, HAIWAN YANG BERKELIARAN, PEPOHON YANG MERENDANG, OMBAK YANG BERGELORA SERTA MANUSIA YANG BERTEBARAN DI MUKA BUMI INI WUJUD DARI CIPTAAN ALLAH SEMATA-MATA.

TIADA SEBARANG CIPTAAN ALLAH YANG MEMILIKI KEISTIMEWAAN SETANDING DENGAN KEKUASAAN TUHAN, SEPERTI HAIWAN DAN TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI KUASA SAKTI DAN SEBAGAINYA SEHINGGAKAN BOLEH DISEMBAH, SEPERTINYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG DICIPTA OLEH ALLAH, MENGETEPIKAN KUASA ALLAH YANG MENCIPTAKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN. SEPATUTNYA, SEMBAH DAN TAATLAH KEPADA TUHAN YANG MENCIPTA, BUKANNYA 'TUHAN' YANG TELAH DICIPTA, SEPERTI BATU, HAIWAN, TUMBUHAN DAN PATUNG-PATUNG YANG DIBUAT OLEH MANUSIA SENDIRI.

TIADALAH TUHAN YANG LAIN SELAIN ALLAH, YANG MAHA SEMPURNA DENGAN SEGALA SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI, TIDAK ADA BAGINYA SEBARANG KEKURANGAN DAN KELEMAHAN.

ITULAH YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM,

KATAKANLAH BAHAWA ALLAH ITU MAHA ESA.

DAN NABI MUHAMMAD ITULAH PESURUH ALLAH YANG AKAN MENYAMPAIKAN SEGALA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA'ALA KEPADA KITA SEMUA, MELALUI AL-QURAN SERTA SUNNAHNYA.

AYAT YANG KEDUA :


ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK


HANYA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA SAJALAH SEKALIAN MAKHLUK BERTUMPU. SETIAP MAKHLUK YANG BERHAJAT AKAN SESUATU, MAKA BERHAJATLAH KEPADA ALLAH, BUKANLAH KEPADA YANG LAIN, KERANA TIDAK ADA KUASA YANG LEBIH TINGGI SELAIN ALLAH, DAN BERHARAP DAN BERHAJAT KEPADA SELAIN ALLAH ITU, SAMALAH JUGA DENGAN MENYEKUTUKAN ALLAH. SUNGGUH DOSA MENYEKUTUKAN ALLAH ITU SANGATLAH BESAR. DITAMSILKAN BAHAWA, ALLAH ITULAH YANG MAHA BERKUASA, YANG PATUT DISEMBAH, YANG SEHARUSNYA KITA INGATI SELALU,TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG, BERSERAH DAN BERTAWAKKAL, NAMUN APABILA KITA MENGETEPIKANNYA,LUPA KEPADANYA,BERHAJAT KEPADA SELAIN DARINYA, MAKA SUDAH PASTILAH KEMURKAAN DARI ALLAH ITU AKAN TIMBUL. SETIAP KEJADIAN ALAM CIPTAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ITU AKAN BERLAKU DENGAN IZINNYA. JIKA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MEMUTUSKAN BAHAWA MATAHARI TIDAK AKAN TERBIT PADA WAKTU PAGI, MAKA MALAM AKAN TERUS BERPANJANGAN. SETIAP APA YANG ALLAH KATAKAN, IANYA PASTI AKAN BERLAKU.

MAKSUD AYAT DALAM SURAH YASIN, SURAH KE-36, AYAT KE-82:

SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA APABILA IA MENGHENDAKI ADANYA SESUATU, HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU: ” JADILAH ENGKAU! “. MAKA IA TERUS MENJADI.

AYAT YANG KETIGA:

TIADA BERANAK, DAN TIDAK DIPERANAKKAN

MAKSUDNYA IALAH HAKIKAT ALLAH ITU ADALAH HAKIKAT YANG WUJUD ABADI DAN AZALI LAGI. HAKIKAT ALLAH TIDAK DIPENGARUHI OLEH KEADAAN DEMI KEADAAN. DIA MEMPUNYAI SIFAT YANG SEMPURNA DALAM SEGALA KEADAAN. MAKNA PERANAKAN IALAH KELAHIRAN DAN LANJUTAN KETURUNAN. PERANAKAN MERUPAKAN SATU KEWUJUDAN YANG LEBIH SELEPAS KURANG ATAU SELEPAS TIDAK ADA DAN SEMUANYA INI MUSTAHIL PADA ALLAH. PERANAKAN JUGA MEMERLUKAN ISTERI YANG SAMA KEJADIAN. INI JUGA MUSTAHIL PADA ALLAH KERANA ITU SIFAT MAHA ESA ATAU "AHADUN" ITU SENDIRI MENGANDUNGI PENOLAKAN ADANYA IBU BAPA DAN ANAK-ANAK.
JELASLAH BAHAWA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ITU TUHAN YANG MAHA ESA. TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN DARINYA.

KALAU KITA FAHAMI BETUL-BETUL PADA AL-KITAB,
ULANGAN :5 AYAT 1-10,
MENJELASKAN BAHAWA ALLAH ITULAH TUHAN YANG SEBENAR-BENARNYA, TAPI KENAPA MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN TENTANG HAL ITU ?

AYAT YANG KEEMPAT:

DAN TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGAN-NYA

MAKSUDNYA IALAH TIADA SIAPA YANG SERUPA DAN SETANDING DENGAN-NYA SAMA ADA DARI SEGI HAKIKAT WUJUD ATAU DARI SEGI HAKIKAT KUASA PENCIPTAAN ATAU DARI SEGI MANA-MANA SIFAT DARIPADA SIFAT-SIFAT ZATIYAH-NYA. PENGERTIAN AYAT INI JUGA MENEGAKKAN KONSEP "AHADU", MALAH MENGUAT DAN MENTAFSIRKANNYA DENGAN TERPERINCI, IAITU KONSEP KEESAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MENOLAK KEPERCAYAAN WUJUDNYA TUHAN YANG LAIN SELAIN DARI-NYA.


MAKSUD AYAT SURAH KEDUA DALAM AL-QURAN, SURAH AL-BAQARAH, AYAT KE-132.
"DAN IBRAHIM MEWASIATKAN UCAPAN ITU KEPADA ANAK-ANAKNYA, DEMIKIAN PULA YAAKUB,"WAHAI ANAK-ANAKKU! SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMILIH AGAMA INI UNTUKMU, MAKA JANGANLAH KAMU MATI KECUALI DALAM KEADAAN MUSLIM".

KLIK PADA GAMBAR INI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...