Sunday, June 24, 2012

Korban

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

La haulawala quwwata illa billahil 'aliyyul azim..

Allahu akbar, walillahil hamd..

Hampir pukul 3 pagi.

Aku gagahi mata ini untuk menyapa sang keyboard sebentar untuk menukilkan sesuatu..

Semalam, usai ber-Al-Mulk, aku rebahkan lambungku di atas hamparan empuk bercadarkan kain bercorak spongebob :)

Ah...aku perlukan sedikit pengisian rohani dan pencetus semangat sebelum tidur..

Aku teringat akan satu travelog bersama beberapa orang pemuda dalam sebuah buku.

Aku sudah baca kesemuanya.

Kisah-kisah pahit manis sepanjang perjuangan.

Kisah luka, suka dan duka mereka menempuh mehnah dan tribulasi..

Aku singgahkan sebentar mata dan mengumat-kamitkan bibir untuk membaca.

Kisah sang ketua yang jadual hidupnya yang sangat menghimpit masanya.

Dimulakan dengan kisah menaip travellog seperti ini.

Kemudian tertidur di atas meja taip.

Disambung dengan esok pagi, mengisi pengajian kuliah subuh.

Kemudian bergegas pergi ke KL dari Kuantan.

Kereta rosak.

Tapi digagahi juga untuk sampai ke tempat mesyuarat lebih awal dari waktunya.

Menyoroti pengajaran daripada senior dalam kepemimpinan.

Belajar daripada kesilapan dan meneladani ketokohan sang ketua yang lebih tua.

Tidak menyedari bahawi dirinya belum lagi mandi dalam sehari.

Biarlah penat, tapi tidak mengecewakan jemputan umat untuk mengisi pengajian ilmu.

Ketepikan kepentingan diri demi kepentingan umat.

Semuanya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kerana kita sudah faham kerana apa kita perlu melakukan semua itu.

Kerana kita ikhlas, tiada erti kata penat dan lelah untuk bekerja.

Kerana itu, teruskanlah istiqomah dengan kerja-kerja yang baik dan bermanfaat itu.

Kerana itulah juga, perlunya jihad untuk melawan mekanisme penghalang kepada kebaikan itu.

Kerana itu, perlunya pengorbanan yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan, masa, tenaga, wang ringgit..

Kerana kita tahu, kita lakukan semua itu kerana kita taat kepada perintah Allah & Rasulullah.

Kerana itulah kita perlu jelas dengan apa yang kita taatkan itu tidak dicemari dengan yang lainnya.

Kerana itulah perlunya kita untuk mempunyai ikatan yang erat sesama saudara seiman untuk saling memperingati, menghargai, berkasih sayang dan sebagainya.

Kerana itulah juga, perlunya ada dasar kepercayaan antara kita sesama saudara untuk saling memkukuhkan kefahaman, ikhlas beramal, istiqomah dalam membuat kebaikan, berjihad untuk menggagahi diri untuk membiasakan dengan amalan kebaikan dengan melakukan pengorbanan atas kepentingan dan perkara yang tidak penting, hanya kerana kita taat akan perintahNya dan RasulNya, kita perlu jelas akan apa yang kita lakukan itu secara mutlak hanya untuk Allah, bukan dipengaruhi ideologi dan sebagainya. Tapi semua itu tidak akan berlaku jika kita hidup tanpa bantuan saudara kita yang lain untuk kita saling memperkukuhkan, sesuai dengan fitrah kehidupan manusia dari zaman dulu kala lagi, hidup bermasyarakat, hidup secara beramai-ramai dengan organisasi yang teratur dengan ketua serta penduduk yang lain.

Dunia untuk dikongsikan bersama, kenapa perlu memilih untuk hidup sendiri.

Aku tidak layak untuk membandingkan diriku dengan beliau yang aku ceritakan tadi.

Masih terlalu jauh.

Aku hanya mengorbankan masa yang sangat sedikit, harta yang masih boleh dikira, tenaga yang masih banyak tidak digunakan.

InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencontohi ketokohan beliau.

Dengan sokongan rakan-rakan yang lain, aku rasa sedikit ringan.

Alhamdulillah.

Itulah kemanisan hidup bersama makhluk yang Allah ciptakan khas untuk semua manusia yang bernama manusia juga. Untuk saling mengenali dan hidup saling melengkapi.

thabbat qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik fi sabilik....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...