Showing posts with label naqib. Show all posts
Showing posts with label naqib. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Buat USRAH jangan terus lajak gear 4 bos..

Bismillahirrahman nirrahim..



Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca yang masih lagi sudi untuk membaca entri yang tidak best ini. Menyesal baca. Hehehe..

Sebelum nasi menjadi nasi himpit atau keropok lekor, ada baiknya saya kongsikan sedikit simbahan pendapat daripada saya yang tidak begitu banyak ilmu ini dalam usaha untuk cuba mendepani pahit manis untuk menuju ke arah kegemilangan dan izzah Islam itu sendiri. Wah, tinggi nih!

Ok, kita rendahkan.

Seperti yang rakan-rakan sedia maklum, untuk membaca sahaja memerlukan beberapa tempoh yang lama untuk memastikan kita boleh membaca dengan lancar. Dari mengenal huruf satu-persatu, kemudian mengetahui bunyinya, selepas itu digabungkan beberapa huruf itu kepada suku kata ringkas, kemudian membatangkan suku kata itu menjadi satu perkataan yang lengkap dan pengakhirannya, kita boleh membaca perkataan demi perkataan baik dalam satu ayat pendek, satu perenggan yang terdiri daripada beberapa baris ayat dan kemudian mampu mengkhatamkan keseluruhan bahan bacaan yang mempunyai beratus helaian muka surat.

Kemudian dalam aspek perkembangan fizikal seorang manusia pula, tidak ada bayi yang dilahirkan boleh langsung membuat aksi back-flip atau berlari pecut seperti Usain Bolt. Sudah pasti dan konfem ia akan merengek sepuasnya, kemudian belajar mengimbang diri untuk duduk di atas punggunggnya sebelum boleh merangkak dan kemudian dibelikan pula oleh bapanya selepas gaji hujung bulan kerusi beroda untuknya belajar berjalan sehingga ia mampu mengejar kucing di dapur, ayam di sekitar halaman rumah dan memanjat peti ais untuk menunjukkan kehebatannya.

Ah.

Itu antara contoh yang dilihat mengarut kan. Tapi cukup kukuh untuk membuktikan setiap perkara itu melalui beberapa peringkat sebelum ianya benar-benar 'masak'.

Mustahil abang-abang naqib atau kakak-kakak naqibah tidak pernah dengar atau buat-buat lupa tentang maratibul 'amal dan untuk beranjak ke peringkat seterusnya, harus diselesaikan terlebih dahulu pelaksanaan untuk membentuk individu Muslim, iaitu melalui usrah yang dikatakan osem, mantop, meletop dan sebagainya.




Dan dalam pelaksanaan usrah itu juga hakikatnya harus melalui lebih banyak lagi peringkat untuk mencapai kualiti individu Muslim yang benar-benar boleh diklasifikasikan sebagai mumtaz atau excellent. Ada beberapa kualifikasi yang perlu beri perhatian bagi memastikan hasil daripada usrah yang dilaksanakan itu berkualiti dan sudah tentu ianya juga mempunyai peringkatnya masing-masing, seperti 11 marhalah Da'wah Fardiyyah,  3 marhalah Tarbiyyah iaitu Ta'rif, Takwin dan Tanfiz, 10 Rukun Perjanjian dan 20 Usul Faham daripada Rukun Perjanjian.

Pening aku baca banyak-banyak.

Oleh yang demikian, pada peringkat permulaan, sudah tentu masih banyak yang perlu dilakukan dan memerlukan usaha yang lebih serta pendekatan dan teknik yang sesuai bagi mengaplikasikan kemahiran sedia ada serta teori yang dimiliki oleh sang nuqaba' itu dapat dipraktikkan secara fleksibel berlandaskan beberapa terma yang mempunyai banyak peringkat seperti yang telah dinyatakan.

Jadi, ekspetasi nuqaba' terhadap mad'unya harus berpijak pada kenyataan dan realiti semasa, bukannya mengikut pena'kulan aqal sendiri. Maksud saya ialah, apabila mad'u itu tetap konsisten dalam usrahnya atau masih baru lagi berjinak-jinak dengan usrah, usah disetkan dalam benak fikiran kita yang mad'u itu akan terus menjadi seorang yang warak, tawadhu', solehah dan berjiwa mujahid.

Ini kerana, minta dijauhkan dari hati saya sendiri dan rakan-rakan nuqaba' sekalian untuk mengharapkan perubahan yang mendadak daripada sang mad'u. Perkara ini perlu difahami dengan jelas, kerana jika tidak, maka akan berlakulah fenomena usrah penyapu baru. Selepas seminggu dua buat usrah, minggu ketiga malas buat usrah.

Mad'u berkurang dan tidak ramai satu hal. Kecenderungan mad'u untuk berubah itu tidak kelihatan juga satu hal. Mungkin perkara seperti inilah yang menjadikan dunia usrah itu memerlukan juga post mortem dan audit semula pelaksanaannya. Apakah kekurangan dari aspek pelaksanaannya, pendekatan naqib/ah itu pula bagaimana, follow-up naqib/ah kepada mad'u pula bagaimana. Punca masalah tidak seharusnya dihempukkan secara total kepada kekurangan mad'u.

Dikaitkan dengan bebelan tentang peringkat-peringkat itu tadi, kita renung kembali ketika adik-adik kita atau sesiapa pun bayi yang pernah kita lihat kehidupannya di hadapan mata kita, dalam usahanya untuk berdiri dengan tegak, pasti akan terjatuh dan tersungkur apabila cuba untuk melangkah.

Kita belajar mengecam huruf juga pasti akan tersilap antara huruf 'b' dan juga huruf 'd'.

Tiada yang akan sempurnya dengan sekelip mata.

Maka begitu juga dengan individu yang masih berada di peringkat ta'rif, jangan dianggap dirinya sudah mula menjadi faqih dan soleh kerana telah menyertai usrah bersama kita beberapa kali. Audit semula usrah kita, kerana sudah tentu masih banyak kekurangan dan kelemahan dari diri nuqaba' itu sendiri yang menjadikan usrah itu suram atau kian layu.

Akhir kata daripada saya yang banyak membebel dan bajet banyak pengalaman ini, peringatan ini sebenarnya ditujukan untuk diri saya sendiri, semoga dengan peringatan ini saya akan berusaha untuk walk my talk dan bukan dari kalangan orang yang disebutkan sebagai orang yang menerima kebencian dari Allah hanya kerana mengatakan sesuatu yang tidak dilakukan.

Tuesday, November 1, 2011

Aku cermin diri aku kejap boleh ?

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum semua..

Apa khabar ?

Tidak sakit hendaknya...

Tidak tension hendaknya...

Tidak bermasalah hendaknya...

Tidak lokek masa hendaknya untuk membaca entry konyol ini..

Gua minta sikit masa lu semua boleh ka ?

Boleh la kannn...

Nah...

Kalau sudah baca sampai ayat ni, mesti baca sampai habis !

Kalau boleh, sambil-sambil baca tu, ambik cermin, cermin muka kita, cermin satu badan kita, cermin akhlak kita, cermin segalanya yang ada dalam diri kita, biar nampak semuanya.

Kalau tiada cermin, panggil sorang member.

Bro, ko tolong tengok aku.

Apa yang ko rasa huduh & x kena dengan aku?

Aku berat hati la untuk cakap..

Takut la..

Ko tu member aku..

Takut2 ko terasa hati dengan aku..

Susah la nanti...

Terus terang gua cerita, zaman sekarang, ramai student yang kita boleh kata terjerumus dalam lembah hitam yang menakutkan di penghujung zaman yang sangat genting dan merisaukan ini..

Tidak dinafikan juga ada juga dari kalangan student yang tampil ke depan dengan tampak perwira..

Tampil segak dengan sosok figur seorang mujahid pembela agama..

Tampil berani di khalayak dengan suara lantang menegakkan kebenaran..

Mereka lah para pewaris dan penerus perjuangan Rasulullah, para anbia' dan sahabat untuk terus memperjuangkan dan menegakkan syi'ar agama yang kian melayu ( bukan bangsa melayu ).

Itu yang kita nampak..

Tapi cuba kita tengok dari sudut pandangan yang lain pula, adakah kita sendiri sebagai pemuda-pemudi pewaris dan penerus perjuangan para pejuang Islam itu sedia untuk menterjemahkan tema dan wadah perjuangan itu di setiap aspek kehidupan kita..

Kita tidak perlu cari slogan yang berat dan panjang seperti "tegakkan syi'ar Islam di bumi Allah" atau "jihad fi sabilillah menghancurkan yahudi laknatullah".

Huuuu...

Kita cuba ambil slogan yang ringan sikit..

"Islam itu indah"

Kita cuba menerangkan yang Islam itu indah macamana ?

Kita dengan penuh yakin dan bersemangat, dengan kreatif dan penuh inovatif, membentang dan mebicarakan pengisian untuk cuba menterjemahkan frasa "islam itu indah"..

Macam-macam telah kita buat, berbincang, berdialog, berLDK dan sebagainya..

Ok.

Tadi aku cerita pasal cermin kan?

Ok lagi sekali.

Yang kita sungguh-sungguh cakap dengan orang ni, kita sendiri sudah buat atau belum ?

Kita suruh orang ikut sunnah nabi, sudahkah kita buat apa yang kita suruh tu ?

Kalau pun belum, paling tidak kita ada usaha untuk cuba buat, sedikit demi sedikit..

Kalau dalam konteks atau contoh topik "Islam itu indah" tadi..

Apa contoh point yang boleh dikupas supaya orang lain jelas dengan frasa itu ?

Islam itu indah dari segi apa ?

Gaya hidup kot..

Gaya hidup yang macamana ?

Sesuai dengan kehidupan seharian.

Berikan satu contoh .

Erm...

Toharoh...

Bersuci ?

Ya ?

Boleh definekan perkataan bersuci tu ?

Menjaga kebersihan la, contohnya kita bersuci sebelum solat dengan berwudhu'..

Selain tu ?

Ermmm....

kalau kebersihan itu sebahagian daripada iman pula bagaimana ?

Betul juga tu ..

Ok..

Dalam konteks seorang penyampai atau perantara antara ilmu dengan mad'u, apakah kita sendiri sudahpun melaksanakan sesuatu perkara atau isu yang kita cuba sampaikan dalam sesi perkongsian itu ?

Contohnya tadi kita ambil isu tentang kebersihan, yang boleh menterjemahkan frasa "Islam itu indah" dengan mudah..

Mungkin ada yang cuma cakap saja lebih, tapi kebersihan dan suasana tempat tinggal sendiri tidak seperti yang disampaikan dalam perkongsian.

Sebagai tamsilan,

Seorang penjual krim muka yang boleh menjadikan kulit bertambah lembut dan halus, tapi pada hakikatnya, penjual itu sendiri tidak menggunakan krim tersebut dan kulit muka penjual itu sendiri tidak meyakinkan pelanggan untuk membeli krim itu...

Nahhh...

Jadi...

Kalau kita sendiri tidak terurus..

Kita sendiri serabut...

Kalau orang kata "baiti jannati", tapi bagi kita, "baiti, reban ayami"

Lantang berkata, petah berbicara..

Islam itu indah..

Islam itu menitikberatkan soal kebersihan..

Tapi, yang berkata itu lupa untuk menatap dirinya di hadapan cermin..

Apa yang aku cakap ni, aku sudah buat atau belum...??





Maksud ayat:
(itu) sangat dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa yang kamu tidak kerjakan
-Surah As-Saff, surah ke-61, ayat 3.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...