Showing posts with label malaikat. Show all posts
Showing posts with label malaikat. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Terjah !!

Bismillah ~

Assalamualaikum semua.. selamat sejahtera :)

Pengalaman dari praktikum hari ini ada lah sedikit yang bisa dikongsikan.

Lecturer akan datang observe secara terjah atau dia akan bagitau dulu..

Hari ni lec hendak datang. Dia bagitau siap-siap untuk datang observe.

Fuh.

Nasib baik sudah bersedia !

Steady lah...

______________________________

Malaikat maut datang mencabut nyawa kita, kalau dia bagitau awal-awal, sempat la kita bersedia kan.

Tapi, kalau duk merewang-rewang, tiada buat persiapan, duk sedap buat benda maksiat,
malaikat maut datang jemput kita, sudah tiba masa untuk ruh kita berpisah dari jasad, pintu taubat sudahpun tertutup.

Sudah bersedia dengan persiapan masing-masing atau belum ??

Tuesday, July 31, 2012

Pengalaman Praktikum yang...


Hadoi…bila aku tengok fail aku macam tu, aku fikir sekejap…apa…




Bismillah ..
Assalamualaikum semua ~
Tiada kaitan pun dengan fail..hehe
Sebenarnya tiada yang best pun post aku pasal praktikum ni,
Cuma kalau sudah terlanjur terbaca ni, teruskanlah sampai habis hendaknya J

Biasa hujung minggu atau tengah-tengah malam sepanjang praktikum ni,
Member-member sangat runsing dan merungut tentang RPH dan ABM/BBM.
Sebab ?
Mesti siap sebelum esok.
Sebagai persediaan.
Mana tahu pensyarah pemantau pegi OBSERVE guru pelatih mengajar dalam kelas.
Get the point !
-          Merungut
-          Mesti siap
-          Persediaan
-          Observe
Orait..
Dari sudut pandangan aku, aku bukan la kata aku bagus,
Cuma setakat ni RPH aku belum pernah tidak siap lagi.
ABM/BBM pun sama, subjek PSV kan.
Alhamdulillah, masa semua orang sama, 24 jam, terpulang untuk kita guna macamana.

Di sekolah.
“bila lah pensyarah mau observe aku ni, buat penat buat RPH.”
Astaghfirullah..
Bukan RPH tu mesti buat tiap hari kah?
Ya, tidak perlu merungut, mesti siap sebelum esok, mesti bersedia untuk diobserve.
Nah, ini pelajaran buat aku. Mungkin untuk kita semua pun boleh la kot.
Jeng..jeng..jenggg..

Waktu interview dulu bukan main kau hangguk jawab sanggup itu dan ini mahu jadi pendidik.
Bila sudah masuk institusi pengajian, mana hilang kau punya hangguk dan jawapan ya tu ?
Ikhlas atau tidak mahu jadi pendidik ?
Walaupun pensyarah belum observe lagi, siapkan RPH dan ajar murid sungguh-sungguh tu tanggungjawab kita.
Walaupun pensyarah belum observe lagi, tidak bermaksud kita boleh buat sambil lewa mengajar.
Bila pensyarah datang observe, tidak bermaksud hanya pada hari itu PnP kita perfect dan meletop!
Perlu setiap hari !
Kita manusia ni pun akan diobserve juga nanti, akan ada penilaian markah pencapaian sepanjang hidup di dunia nanti.
Ikhlas kita dalam berpraktikum mengajar kita untuk menghayati jerih payah sebenar menjadi pendidik. Bukannya rilek bila tiada pensyarah datang, berhempas-pulas bila pensyarah tiba-tiba datang  terjah !
Biarpun pensyarah tidak datang observe kita hari-hari, Allah dan para malaikat tidak pernah lupa dan lalai dalam mengobserve kita.
Ikhlas atau tidak budak ni pergi praktikum.
So, sekian perkongsian dari aku, kalau apa yang aku post ni ok, Alhamdulillah. Kalau mengarut, tegur aku ya J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...