Friday, September 20, 2013

1 Motor 1 Jantina | Pendapat si Pejalan Kaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca yang budiman.



Pada petang ini, saya mengambil kesempatan dalam sedikit waktu yang ada untuk mengetengahkan isu yang sedang hangat diperkatakan di sekitar kampus, iaitu berkenaan dengan isu Kempen 1 Motorsikal 1 Jantina.

Saya membuat kesimpulan, terdapat 4 (mungkin lebih) kelompok manusia yang akan terlibat dalam kempen ini, iaitu :

1) Penganjur
2) Terasa
3) Menentang
4) Tidak peduli

JPP merupakan badan yang menganjurkan kempen ini. Ia bukanlah dianjurkan untuk mencari kesalahan dalam kalangan rakan-rakan sendiri, tetapi atas kesedaran kepada runtuhnya nilai moral yang dimiliki oleh guru pelatih yang akan menjadi pendidik suatu masa nanti yang ingin diperbaiki.

Mengikut statistik umum yang diperolehi daripada kajian seorang pensyarah JAPIM,  kes salah laku guru pelatih yang telah dibawa kepada kes disiplin atas laporan dan tindakan pihak yang berkenaan semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2012. Antara faktor yang dikenal pasti ialah kurangnya kesedaran dan penghayatan kepada ajaran agama dan nilai moral dalam diri individu.

Oleh yang demikian, kempen ini pertama kali diadakan dalam usaha untuk mencegah lebih banyak tindakan-tindakan yang menunjukkan rendahnya tahap kesedaran dan nilai moral yang baik terutama dalam kalangan bakal pendidik. 

Sebagai maklumat tambahan, kes percintaan antara suami/isteri orang dengan pasangan suami/isteri orang dalam kalangan guru juga merupakan kes yang serius pernah berlaku dalam realiti dunia guru. 

Oleh yang demikian, saya mengulang semula point yang pernah saya nyatakan sebelum ini, untuk membentuk guru yang benar-benar berakauntabiliti dan nilai intergriti yang tinggi, ianya perlu diamalkan dalam fasa pembentukan, iaitu ketika berada di dalam fasa kursus di IPG.

Jadi, secara peribadi, berdasarkan objektif kempen ini, saya bersetuju kerana ini merupakan satu langkah awal yang dilakukan, dan sekiranya terdapat sebarang kekurangan, ia perlu ditambah baik, kerana setiap perkara yang dilakukan pasti berlaku kekurangan pada awalnya untuk refleksi dan penambahbaikan pada peringkat yang akan datang.

Pada hemah saya, kelompok yang terasa adalah individu yang melakukan perkara yang sebaliknya dalam kempen ini. Hari pertama selepas penggantungan bunting di sekitar kampus, beberapa status dalam facebook sudah dikeluarkan yang menyatakan tentang kempen ini. Ada yang mengakhirinya dengan 'hahahaha' dan pelbagai cara, malah ada yang seakan bergurau dengan kempen tersebut. Itu pendapat masing-masing, dan tulisan saya ini juga adalah pendapat saya sendiri.

Bagi golongan yang terasa ini pula boleh saya pecahkan kepada dua bahagian pula, iaitu :
a) Terasa dan ambil tindakan
b) Terasa tapi tiada tindakan

Golongan yang terasa dan ambil tindakan bagi saya adalah terdiri daripada individu yang masih mempunyai kesedaran terhadap diri sendiri untuk mengubah tindakan yang lepas.
Masih sedar 'saya seorang bakal pendidik' dan perlu menjadi contoh teladan yang baik.
Faham dan jelas kepada falsafah pendidikan kebangsaan, untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI, terlebih dahulu guru perlu mantap dengan JERI itu sendiri.
Masih mempunyai kesedaran akan batas-batas yang telah diajarkan oleh agama dan menyedari akan keperluan kepada kepada melakukan perintah dan menghindari larangan Tuhan.

Manakala golongan yang terasa, tapi tiada tindakan pula adalah yang sebaliknya dengan individu yang terasa, tetapi ambil tindakan.


Kelompok ini tidak setuju sama sekali dengan penganjuran kempen ini boleh dikatakan menentang, atas faktor-faktor tertentu. Boleh jadi individu yang terlibat ialah golongan yang terasa tapi tiada tindakan atau yang sememangnya merasakan kempen ini tidak perlu dianjurkan.

Saya tidak menafikan, di dalam kampus, ada staff, pensyarah dan guru pelatih yang sudah berkahwin dan berkeluarga, kemudian membonceng adik, kakak, ibu, isteri dan lain-lain individu yang dibolehkan untuk duduk bersama di atas sebuah motorsikal berdasarkan hukum syarak. 

Namun, kempen ini dikhususkan kepada yang belum berkahwin dan tidak mempunyai ikatan atau hubungan yang sah, kerana majoritinya kelompok ini adalah yang paling ramai, manakala kelompok yang muhrim adalah kelompok yang tidak begitu ramai.

Secara peribadi, saya ingin mengingatkan bahawa, sekiranya ada pihak yang ingin membuat sebarang kenyataan tentang individu yang terlibat dengan tindakan membonceng motorsikal lelaki dan perempuan kepada pihak yang berkenaan, harap dikaji selidik terlebih dahulu, atas faktor yang telah disebutkan, iaitu ada yang telah berkahwin dan berkeluarga.

Sekiranya ada dari kalangan rakan-rakan yang sudah berkahwin dan dipandang sinis oleh orang lain, implikasi daripada kempen ini, anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, sekalipun dipandang sedemikian, kerana anda faham bahawa anda memang dibolehkan untuk melakukan hal yang seperti itu, ianya lebih baik daripada bersekedudukan, tetapi dalam kerangka larangan dan ingkar kepada Tuhan, dan itu lebih merisaukan. 


Sebilangan besar yang tidak ambil peduli sememangnya yang tidak mempunyai motorsikal, menaiki kereta dan hanya berjalan kaki sahaja.

Namun, bagi yang berjalan kaki, menaiki kereta/lori/bas/jentolak atau traktor sekalipun , saya ingin ingatkan bahawa, kalian perlu menjaga batas pergaulan juga. Berdua dengan kawan bukan sejantina mungkin boleh menimbulkan gosip negatif antara rakan-rakan yang lain. Ingat tu.

Apa pun, perlu diingatkan kepada yang sedang hangat bercinta, sedar diri anda siapa pada hari ini dan hari esok, dan esok bukan setakat 5-10 tahun, tetapi esok juga adalah hari perhitungan kepada setiap apa yang telah kita lakukan, yakni di hari pembalasan kelak.



2 comments:

  1. pelaksanaan yang bagus, tapi tidak dinilai dari segi aspek 'perkahwinan' dimana membawa imej buruk kepada pasangan suami isteri.

    2. Zina tidak semestinya diatas MOTOR?? apa kaitannya dengan motor?

    3. Cuba berfikiran positif dari segi praktikal berbanding dari segi aspek agama, bersifat terbuka, mungkin hanya persahabatan. Ada hadnya, tapi tidaklah salah semata-mata, sebelum laksanakan atau war-warkan kempen...fikir dahulu segala aspek...bukan semua orang buat salah kan... pendapat saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. that's the problem now. The author is writing from his religion pov including his own. Those who doesnt understand Islam wont understand the message of his writing.

      2. definisi zina dari pandangan Islam bukan SEKS semata-mata, malah lebih dari itu. and i dont think i am in the right decision to give lecture on it.

      3. whatever it is, religion MUST come first. AGAMA itu adalah garis panduan yang utama. selepas itu, barulah yang lain-lain.

      am only giving my 2 cents on this. kalau salah, harap maaf tapi macam awak cakap juga, sebelum buat kempen, patut perhalusi dulu consequencesnya. :\

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...