Thursday, October 20, 2011

Jalan itu luas dan banyak, pilihlah ..

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم

Terpanggil untuk menaip akan post yang tidak seberapa ini tatkala mengenangkan para sahabat seperjuangan yang bersama melangkah masih lagi tercari-cari maksud dan hala tuju destinasi dan mencari apa yang sebenarnya kami perjuangkan.

ISLAM.

Itukah yang kita ingin juangkan ?

Apa yang mendorong kamu untuk mengatakan ya dengan penuh yaqin ?

" dengan semangat untuk berjuang dan berjihad di jalan Allah, aku begitu yaqin untuk mengatakan aku memperjuangkan Islam "

Ahh.. mana buktinya ?

Aku selalu post hadis & terjemahan Quran dalam FB..

Aku selalu ajak orang pegi surau..

Aku pakai tudung labuh..

Aku ada blog Islamik..

Aku jadi ajk surau..

Aku pakai kopiah selalu..

Aku jaga pandangan..

dan macam-macam yang telah kita lakukan, sebagai bukti yang bersifat lahiriah..

Maaf, bukannya kata aku yang menulis ni hebat sangat, kita serupa, cuma ini sedikit cadangan dan seruan..

Tidak salah untuk menzahirkan Islam seperti itu, itu lebih baik, kerana itu salah satu bukti kekuatan dan ketabahan, bagaimana kita menghadapi cemuhan dan persepsi serong orang lain yang menuding jari kepada penzahiran seperti itu, juga bukti kesabaran dan keyaqinan kita untuk tidak takabbur dan bersifat riak.

Baiklah..

Bila kita sebut tentang mujahidin, perkara yang pertama sekali terlintas dalam benak fikiran sempit kita ialah tentera-tentera Hamas yang berjuang di medan peperangan menentang tentera Israel laknatullah..

Bagaimana pula dengan seorang pengusaha restoran ?
Bolehkah beliau dilabel sebagai mujahidin juga ?

Entah...bolehkah ?

hahaha..

Tauke restoran mujahid ?

jangan buat lawak la penulis blog yang jahil, pegi baca buku banyak-banyak !

Ok2...

Aku jahil, masih banyak lagi yang aku perlu belajar..

Sesungguhnya, Allah subhanahu wata'ala telah berfirman ;



Maksudnya :
"wahai orang-orang yang beriman ! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah wasilah
( jalan ) untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah ( berjuanglah ) di jalanNya, agar kamu beroleh kemenangan"
Surah Al-Ma'idah, 5:35.

Sungguh jelas apa yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah di atas.

Seruan kepada semua mu'minin untuk bertaqwa kepada Allah, kerana muttaqin itulah setinggi-tinggi dan sebaik-baik gelaran kepada hambaNya yang paling Dia sayangi.

Orang yang bertaqwa itulah yang akan mendapat ni'mat dan ganjaran jannah yang telah dijanjikan oleh Allah. Maka dengan itu, kita hamba Allah seringkali diingatkan, supaya bertaqwalah kepada Allah, setiap hari jumaat untuk memulakan khutbah, tapi kita hamba yang sombong lagi hina ini hanya mendengar seruan khatib itu sebagai satu seruan yang biasa, dan tiada makna, malah tidur ketika khatib sedang lantang melontarkan firman serta pujian kepada Allah dan berselawat kepada nabi Muhammad Sollollohu 'Alaihi Wasallam.

Kemudian, para muttaqin itu diseru pula untuk mencari wasilah.

Apa yang dimaksudkan dengan wasilah ?

Wasilah itulah jalan yang perlu dilalui untuk sampai kepada Allah, berbekalkan taqwa itu tadi. Jika kita lihat pada hari ini, wasilah untuk jalan menuju Allah itu telah disempitkan dan dihadkan kepada beberapa jenis dan ruang yang sangat terbatas untuk para muttaqin melangkah menuju Allah.

Jalan untuk menuju Allah hanya untuk para ustaz, ustazah, alim ulama',haji, hajah, tok guru, tok imam dan segalanya yang berkaitan dengan individu yang mempunyai tampak Islamis, seperti kopiah, serban, janggut, jubah, tudung labuh dan purdah.

Itulah pandangan yang telah disempitkan berkenaan dengan wasilah atau jalan menuju Allah.

Sebenarnya, wasilah untuk menuju Allah itu terbentang luas, jalannya ada pelbagai, kita tinggal pilih saja yang mana satu sesuai dengan kita, yang mana satu baik untuk kita dan orang lain, yang mana satu tidak bercanggah dengan syari'at agama, yang mana satu memberikan manfaat di dunia dan juga memberikan syafaat di akhirat kelak.

Sebagai contoh yang telah ana berikan tadi, pengusaha restoran.
Berniaga itu dijadikan wasilah untuk menegakkan syari'at Islam.
Siapa kata tidak boleh ?
Sebagai seorang pengusaha restoran yang berniat dan berhajat untuk menuju dan mendapatkan keredhaan Allah dengan melalui wasilah perusahaan restoran itu sangaat mudah untuk menegakkan syariat Islam.


:SUMBER:


Apa yang dia boleh buat dengan melalui wasilah perusahaan restoran ?

- Menjalankan urusniaga berlandaskan syariat, dengan akad jual beli dan sebagainya
- Menyediakan makanan yang halal dan bermutu, di samping berkhasiat dan lazat
- Mengutamakan kebersihan, sesuai dengan anjuran agama yang mengutamakan kebersihan
- Menunaikan zakat dengan hasil perniagaan
- Menjalinkan hubungan baik dengan pelanggan dengan senyuman, ucapan salam dan sapaan
- Mengerjakan kewajipan agama ( solat ) bila tiba waktunya
- Memberikan sedekah kepada orang yang memerlukan

itu baru sedikit contoh yang boleh diberikan. Mungin antum boleh bagi lebih dari 100 contoh, apa yang kita boleh buat sebagai seorang pengusaha restoran untuk menegakkan syari'at Islam.

Nah, selesai bab wasilah. Rasanya boleh faham kan apa maksudnya.
Kemudian, apabila kita sudah jumpa wasilah atau jalan yang boleh membawa kepada keredhaan Allah, maka, berjihadlah ketika melangkah di atas jalan itu sehingga sampai ke destinasi yang kita hajatkan. Kenapa perlu berjihad pula ? bukankah wasilah yang telah diterangkan tadi sudah cukup baik untuk sampai ke tempat yang kita ingin pergi ?

Jalan itu memang jalan yang terbaik, tapi bekalan yang kita bawa sepanjang perjalanan itu ( taqwa ) sangat berharga dan ada pihak yang akan cuba merampasnya dan kemudian tidak akan mengembalikannya kepada kita, melainkan kita mencari semula taqwa itu. Itulah dia syaitan yang durjana, datang dalam pelbagai bentuk untuk mengganggu kita sepanjang melangkah di atas wasilah untuk menuju kepada keredhaan Allah.

Baiklah, kita tetap kepada contoh restoran tadi.

Pengusaha restoran itu memang sudah berjaya dan perniagaannya semakin hari semakin baik. Syaitan telah bersumpah untuk sentiasa menyesatkan manusia. Manusia yang hatinya sentiasa dekat dengan Allah, walaupun dalam susah atau senang, sentiasa meyaqini bahawa apa yang telah terjadi itu berlaku atas kehendak Allah, untung dan rugi dalam perniagaan itu adalah ujian dari Allah, untuk menguji sejauh mana manusia bersyukur dan bersabar atas ujian yang telah diturunkan oleh Allah kepadanya.

Tapi ingat !
Sekejap saja kita lupa pada Allah, syaitan tidak akan membuang masanya untuk menyelinap masuk dalam keterlupaan kita kepada Allah itu untuk meracuni fikiran kita.

Sebagai contoh, pengusaha restoran yang semakin hari semakin mendapat keuntungan itu semakin hari sedikit demi sedikit terlupa untuk bersyukur, sedekah semakin berkurangan dan cinta terhadap keuntungan dan wang ringgit semakin tinggi, maka dengan itu, si iblis yang dilaknat mula masuk ke dalam fikirannya..

Kau semakin kaya, apa salahnya kau simpan saja duit tu, x perlu sedekah sangat.

Kau semakin kaya, apa salahnya kau beli kereta Ferrari 3 buah, barulah orang lain suka.

Perniagaan kau semakin baik, jangan tinggalkan kedai walaupun sekejap, nanti rugi..

Maka dengan itu, musuh yang ada di dalam hati dengan membisikkan seruan-seruan memalingkan diri dari Allah itu perlu dihentikan.

Bagaimana ?

Bermujahadahlah.

Bagaimana ?

Berjuanglah.

Bagaimana ?

Bekalanmu sepanjang perjalanan tadi mungkin sudah dicuri oleh si pencuri yang jahat dan dilaknat itu. Maka bekalan itulah yang perlu kita cari untuk mengelakkan diri dari si pencuri itu, serta membolehkan kita mematahkan seruan-seruan jahat si pencuri yang terlaknat itu daripada terus mengganggu.

Dengan bekalan itulah kita akan jadi kuat.

Dengan bekalan itulah yang membantu kita dalam berjuang dan berjihad ketika melangkah di atas wasilah yang telah kita pilih untuk menuju kepada redha Allah.

Jadi, pandai-pandailah memilih wasilah untuk menegakkan syari'at serta memperbetulkan apa yang selama ini telah menjadi kebiasaan orang.

Terjunlah ke lautan ummat dan berbaktilah dengan mereka dengan 'ilmu yang telah kita miliki. Islam itu syumul, lengkap dari setiap sudut kehidupan, jadi wasilahmu untuk berjuang dan berjihad itu juga ada dari setiap aspek kehidupan. Tinggal kau pilih saja yang mana satu.


:SUMBER:

Kalau kau punya 'ilmu, ajarkanlah 'ilmu yang membawa muridmu mengenal tuhanmu.


:SUMBER:

Kalau kau punya bakat, tunjukkanlah bakatmu untuk membawa manusia mengagumi tuhanmu.


:SUMBER:

Kalau kau punya kepakaran, gunakanlah ia untuk membantu manusia ke arah kebaikan.


Kita yang sedang membaca, apa wasilah yang kita pilih dalam berda'wah dan melangkah untuk mencapai keredhaan Allah ?

Carilah, pilih yang sesuai dengan kita, pilih yang mudah untuk kita terjun ke dalam lautan ummat dan yang paling penting sekali, pilih wasilah yang tidak bercanggah dengan syar'at, tapi pilihlah wasilah yang mampu menegakkan syari'at dan memperbetulkan kebiasaan yang tidak sesuai dengan syari'at..

Segalanya bermula dari diri sendiri.

Ingat, jalangan main jalan saja bro, bekal kena ada ok.. :)

Friday, October 14, 2011

Kuasa Media Kuasai Minda

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya mulakan dengan nama Allah, tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani, kerana bagi saya, post ini menceritakan kepada sahabat-sahabat tentang perkara yang saya akui, memang betul selepas ditegur oleh seorang sahabat ketika sedang menunggu nasi putih+paprik daging di sebuah kedai makan.

Ayat ni yang membuatkan aku sedar.

"lepas hang layan lagu band tu hang mula berubah.."

apa benda yang berubah ni bro ?

cuba lu kasi cerita sikit..

Sekian muqaddimah~

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuhhh....

Huhhh...lama juga menunggu nasi putih+paprik tu..

Sampai la sahabat tadi termention pasal lagu band yang buat saya berubah tu...
hahahaha..

Yala,,

saya ni orang kampung..

Ayat pun ayat orang kampung..

Ayat TV3, ayat berita harian, ayat Utusan..

X perlu bagitahu lebih-lebih..

hehehe

Bahaya..

Teringat satu malam time balik dari makan malam..

Lalu satu tapak pembinaan.

" Ini adalah projek B....."

"Berjasa untuk Rakyat"

Saya berkata.

Ko tengok tu, berapa banyak projek yang B....... buat..?

haa... tu la namanya menunjuk...
orang buat baik x perlu bagitau..
cukup la orang lain merasa, x payah bagitau...

hmmmm...
yala....


Sabtu..x ingat tanggal yang ke berapa..
tahun 2009 rasanya..

Aku singgah sebentar melihat suasana gigs di One Cafe ( time tu port one cafe bersebelahan dengan Mydin Puduraya lagi )



Actually gigs tu ada band Oi! & ska perform, so aku pun berminat la g tengok.

Dalam banyak-banyak band, ada satu band bidan terjun yang dijemput last minute..
Lagu pelik2..

Lagu pasal menteri la..petrol la..

band apa ek ??

Lagu tu macam pernah dengar...




Oh ya ! Mat Noor ( Ricecooker )pernah pasang kat kedai ( time tu kedai dia kat cm lagi )

Next sabtu, member2 Shah Alam ajak lepak di dataran Shah Alam.

Petang sebelum bertolak ke sana, aku singgah di kedai Ricecooker kejap, aku berminat untuk beli CD lagu serabut tu.. lagu menteri2 & petrol yang aku dengar dalam gigs aritu..



Balik dari Shah Alam, aku pasang CD tu dalam bilik.



Sound better la dari sound gigs..

Ada lirik, tapi kecil, boleh baca juga, aku x rabun lagi..

Setiap lirik lagi ada disertakan dengan maksud & objektif lagu.. dalam bahasa inggeris..
Nasib baik boleh faham sikit2..

Track 1
Pasal apa ntah.. bunyi ada macam kutuk individu..
Dasat sungguh lagu tu..
Korus saja pelik.. anggota badan manusia..
Haha !

Next track, pasal Akta keselamatan Dalam Negeri.
Time tu kecoh pasal himpunan mansuh I.S.A di K.L.
(dalam seminggu tu aku buat research sikit pasal apa benda la yang kecoh sangat pasal I.S.A tu... )




next track, tajuk Petrol,petrol,petrol.
Boleh tengok video lagu ni kat Youtube.
Petol, Petrol, Petrol
Dengar lagu tu, aku check video dalam youtbe..
macam-macam la..
Pasal usul ahli parlimen tentang ta'rif harga minyak..
Aku mula buka & baca blog-blog yang panas seperti tukar tiub, milo suam & macam2 lagi la..

Maaf la, bukannya menunjuk yang aku ni bencikan mana-mana pihak, cuma kawan aku yang teman aku makan tu kata, kau mula berfikiran lebih terbuka & access maklumat dulu untuk sesuatu benda yang perlu dipertahankan..

Dalam masa yang sama, para senior2 sekolah menengah dulu ada juga yang menegur, jangan tunjuk sangat, rilek2 sudah..

Aku pun mula mendiamkan diri dan meneruskan pembacaan secara senyap.

Di kampus, aku mula membelek dan meminjam beberapa buku berkenaan dengan hak asasi manusia dan yang sepertinya untuk dibaca dan difahami.

Jadi, apa yang berubah sebenarnya di sini ?

Tiada apa perubahan yang besar sebenarnya..
Hanyalah cara dan bentuk pemikiran serta sedikit hujah berkenaan sesuatu perkara tu perlu dilihat dari beberapa sudut dan aspek yang berbeza, tidak hanya menilai sesuatu dari satu sudut sahaja..




Kalau bercakap mengenai sesuatu, tidak seperti tin yang kosong, bunyinya kuat melenting, tapi isi tiada setitis pun di dalamnya..

Hambarrr...

Semoga dengan sedikit perkongsian cerita ini, dapat memberi sesuatu yang boleh kita fikir-fikirkan..

Sekian perkongsian..

Assalamualaikum...

Senyum Ikhlas & Senyum E-Class

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum warohmatullahi baraokatuh..

Apa khabar semua ?

Agak busy sejak kebelakangan ini, maaf, blog ini sepi semenjak dua menjak..

X apa lah, sudah update maa..

Rilek sudah..

Senyum skettt...

Ha....

Cerita pasal senyum, terlintas dalam fikiran ana..

Berkenaan dengan cara kita melontarkan dan mengukirkan senyuman kepada orang.

Menimbulkan beberapa persoalan di sini :

-Kita senyum dengan orang tu, kita ikhlas atau tidak ?

-Macamana kita boleh tau senyum seseorang tu ikhlas atau tidak ?

-Macamana kita boleh rasa yang senyum kita tu ikhlas atau tidak ?

Oraitt...

Bagi ana, ada dua jenis senyum yang kita sendiri boleh rasa bila kita senyum dengan orang lain..

1) Senyum Ikhlas
2) Senyum E-Class

Ok, senyum ikhlas ni, senyum yang memang kita zahirkan dari hati, dengan niat yang baik, untuk memberikan sedekah senyuman dan niat untuk bermanis muka & dalam masa yang sama ingin menyebar & mengerat tautan ukhuwwah melalui senyuman.



Kemudian, senyum itu disusuli dengan ucapan salam mesra dan sapaan ringkas untuk menjadikan perselisihan atau perjumpaan ringkas itu bermakna dan mampu diterapkan nilai-nilai serta menaut & mengeratkan tali silaturrahim.

Bila kita Senyum dengan ikhlas, tidak sempat untuk bertanya khabar kerana masing-masing ada kerja untuk disempurnakan, kita hanya sempat memberikan satu senyuman ringkas yang membekas dalam hati si penerima senyum kita tadi.

Ok, kita boleh rasa senyum kita tu ikhlas atau tidak, kalau kita senyum dengan seseorang tu, senyuman kita masih lagi terukir walaupun kita telah berselisih 3 atau 4 langkah dari si penerima senyum kita itu. Maksudnya di sini, apabila kita bertembung atau berselisih dengan seorang kawan, kita akan senyum kepadanya, walaupun kawan kita tu sudah berlalu, kita masih lagi tersenyum dan senyuman kita itu akan terhenti selepas 3-4 langkah kita meninggalkan kawan itu.

Kalau x percaya, cuba buat sendiri..

Selesai bab senyum ikhlas.

Ni senyum E-Class pula.



E-Class ni maksudnya, Economy Class. Harga rendah.

Dalam konteks senyum pula, senyum E-class itu tawar, x manis.

Kalau kita berselisih dengan kawan, kemudian kita senyum kepada beliau.
Selepas saja kawan kita itu berlalu membelakangi kita, cepat-cepat kita matikan senyuman dan bibir kita terus kembali kepada posisi asal.

Itulah namanya senyuman E-class. Bagi pendapat ana la..
Senyum sekadar untuk senyum semata-mata. Gigi yang putih tu pun x nampak.

Aduh..

Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?”

Rasulullah SAW bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,“Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi)

Ingat semula bagaimana cara kita senyum bila kita berselisih dengan kawan atau kenalan kita..

Ikhlas atau E-class ?

Jawapan ada pada antum sendiri..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...