Thursday, August 18, 2011

Hidup macam Solat ?

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

Apa khabar semua ?

Alhamdulillah sihat semuanya...

Maaf kalau apa yang saya taip ni banyak kesilapan dan kesalahan.
Harap diberi tunjuk ajar dan tegurlah kesalahan saya ok..

Memang, input post ni datang dari fikiran saya yang alhamdulillah masih lagi waras.
Idea dan konsep asal dari salah seorang senior dulu.

" Kalau mau hidup ni betul-betul bersyariat, buat apa yang kita buat dalam solat tu, di luar waktu solat. "

Apa contohnya ?

Suci dan bersih.
Sebelum solat,kita ambil wudhuk dulu kan?
Tempat solat tu, pastikan bersih, pakaian bersih. Kalau boleh pakai la wangian sikit.




Dalam hidup, pun kena apply bab kebersihan ni.
Rajin-rajin mandi. Kita boleh dikategorikan zalim kalau x rajin mandi. Aroma badan orang yang malas mandi ni boleh membuatkan orang lain rasa kurang selesa dengan kita.
Jagalah kebersihan rumah, bilik dan sebagainya. Barang-barang tu jangan bersepah-sepah, rumah tu jangan biarkan kotor. Syaitan suka lepak di tempat yang x bersih. Sebab tu kita mesti bersihkan tandas selalu. Syaitan suka melepak dalam tandas.
Kebersihan itu sebahagian dari iman...betul x ?

Pakaian.
Dalam solat, lelaki dan perempuan mesti menutup aurat dengan sempurna untuk memastikan solat kita sah. Kalau solat pakai seluar atas paras lutut, sah x solat kita ?



Dalam hidup, pakai la pakaian yang menutup aurat dengan sempurna seperti yang telah disyariatkan oleh Allah. Kalau perempuan, bukannya kena pakai telekung pegi kerja, tapi kita adapt konsep pakaian tu dalam pemakaian. X lawa pun pakai sendat-sendat ni, macam susah untuk bergerak, berlari, dalam kecemasan untuk melepaskan hajat ke tandas pun susah, untuk buka seluar pun ambil masa. Fesyen ntah apa-apa..



Niat.
Kita berniat sebelum solat. Niat kerana Allah.

Hidup ni.
Perlu hidup bermatlamatkan Allah. Hidup kerana Allah. Hidup untuk memperhambakan diri kepada Allah. Allah ciptakan kita hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya.

Al-Fatihah.
Kalau terlupa, tertinggal, tersilap bacaan surah Al-Fatihah, x sah solat.
Dalam Al-Fatihah tu, kalau kita fahami maksudnya, memang kita boleh adapt dalam hidup seharian.

Kita memohon petunjuk daripada Allah, Dialah disembah dan tempat kita memohon segala pertolongan. Hanya Allah. Kita memohon supaya ditunjukkan ke jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang diberi petunjuk dan dilimpahkan barokah, bukan jalan orang yang tidak diberikan barokah.

Jalan tu apa sebenarnya ?



Jalan yang membawa kita kepada kesejahteraan hidup di dunia dan juga akhirat la. Jalan yang lurus, tiada simpang-simpang yang mengganggu. Kalau kita tahu jalan, kita x akan sesat.

Dalam hidup pula, adapt maksud surah Al-Fatihah tadi.
Mintalah tunjuk ajar dari mereka yang lebih mengetahui.
Orang cakap, malu bertanya, sesat jalan..
Minta tunjuk ajar untuk perkara-perkara kebaikan.
Kita berkehendakkan kebaikan, teruskan, abaikan simpang-simpang yang membawa kepada perkara yang tiada kaitan dengan kebaikan.

Patuh.
Dalam solat berjemaah, kena ikut imam. Imam sujud, baru kita susuli. Jangan pandai-pandai mendahului imam. Ikut perintah imam. Tapi kalau imam tersilap, kita berhak tegur. Tegur untuk kebaikan dan melancarkan solat kita. Contoh la imam terlebih rakaat, kita tegur untuk ingatkan imam, kalau imam silap, kita semua akan silap. Sebab solat x sah. Kalau kita tegur, imam pun sedar kesilapannya dan cepat-cepat perbetulkan kesilapan. So, solat kita pun selamat..

Dalam hidup, kena patuh kepada pemimpin yang memimpin. Dalam keluarga, kena patuh kepada ketua keluarga. Tapi ikut perkara yang baik saja la. Kalau ada yang tidak kena, kita berhak untuk perbetulkan dengan menegur secara berhemah, supaya kesilapan itu tidak menyebabkan orang lain susah, diri kita sendiri susah. Jangan pula kita mendahului pemimpin atau ketua, maksudnya jangan lebih-lebih, orang kata, pijak kepala. ahhaaha..lebih kurang macam tu la..

Bertimbang rasa.
Sebagai imam, dalam solat tarawih contohnya, imam akan membacakan surah lazim yang pendek saja. Supaya ma'mum tidak lenguh berdiri lama untuk meneruskan solat pada rakaat yang setersunya. Kalau ma'mum tu majoritinya golongan yang berusia emas, macam tu juga konsepnya. Kesian kalau orang tua berdiri lama-lama. Kalau duduk tahiyat akhir pula, kalau ruang tu sempit, duduklah sama seperti duduk tahiyat awal saja. Kesian orang di sebelah kita. Mungkin dalam poket kita tu ada kunci, pistol dan macam-macam lagi. Kalau kita tetap paksa punggung kita untuk duduk macam biasa walaupun tempat sempit, kesian orang di sebelah kita, terkena kunci, tajam kunci tu kalau kena himpit.




Dalam hidup, bertimbang rasa la sikit, kalau kita naik bas, bagi orang yang lebih memerlukan, kalau rasa sempit, x selesa, baik berdiri saja. Serendah-rendah akhlak tu, kita tidak menyusahkan orang lain. Itu saja.

Mungkin ada sambungan lagi lepas ni..

Ada hal lain pula..

Assalamualaikum.. :)

Sunday, August 14, 2011

Selamatkah ?



Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Kejap..

Tiba-tiba terfikir..

Ermm..

Ntah la..

Tapi macam mengarut pula..

Layan la..

Ok..

Biasanya orang akan ucapkan



" Selamat berpuasa .. "

'Selamat' tu biasanya memang la kita guna untuk greet atau ucap sesuatu kepada kawan atau sesiapa pun..

Selamat pagi

Selamat petang

Selamat jalan

Selamat datang

Ok..

Kalau ucapan selamat untuk yang lainnya tu untuk mendoakan kita selamat dalam sesuatu tugas yang ingin dilakukan.

Contoh:

Selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun

Selamat pengantin baru

Selamat bertugas di tempat baru

Selamat berpuasa ?

Maksudnya supaya ibadah puasa kita selamat.

Selamat dari godaan dan tuntutan hawa nafsu.

Selamat dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

Selamat dari awal subuh hingga menjelang waktu berbuka.

Selamat di dunia, selamat di akhirat.

Oh puasa..

Hargailah setiap ucapan selamat berpuasa orang lain yang ditujukan kepada kita, tidak kira dalam bentuk tulisan banner yang digantung di tepi traffic light, kawan facebook kita tag dalam gambar ucapan Ramadhan, SMS dan sebagainya.

Ucapan itu ditujukan untuk kita, kerana perkataan 'selamat' itu ditujukan khas untuk kita, bukan kepada perkataan puasa.

Puasa tu memang sentiasa selamat.

Tapi kita, manusia yang susah untuk menundukkan nafsu, selamatkah kita dalam mengharungi ujian-ujian ketika menjalankan ibadah puasa ?



Fikir-fikirkan....

Saturday, August 13, 2011

POO-LITIK


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua..

Tolong la jangan kenakan aku akta 174/AUKU/I.S.A atau yang lainnya kerana post ini.

Tiada kaitan dengan sesiapa pun..

Kalau ada pun, mungkin yang terasa tu buat-buat terasa, walaupun aku x tujukan kepada sesiapa pun post ini..

Sekian, muqaddimah..



Ada orang kata politik tu kotor, jijik dan sebagainya..

Ada orang kata politik tu bersih ( bukan perhimpunan Bersih ok ), x ada pun unsur yang disebutkan di atas ( kotor & jijik ).

Ada orang kata, yang kotorkan politik tu orang yang berpolitik, macam :
- Wakil rakyat
- Menteri
- Ahli cawangan
- Dan lain-lain

Tu orang kata la, bukan aku ok..

Ada orang kata, yang kotorkan politik tu bukan orang yang berpolitik, tapi media.
Kalau media, masih ada kaitan dengan orang juga kan ?
Tapi tu orang kata..
Aku cuma taip semula.

Orang kata, media merosakkan fikiran & pandangan politik rakyat.

Orang kata rakyat ditipu.

Sekarang, tiada siapa yang x betul.

Yang ni cakap " kami cuma sampaikan apa yang betul ".

Yang tu cakap " kami cuma sampaikan berdasarkan fakta ".

Ada yang cakap kami berpolitik kerana ingin meneruskan perjuangan..

Ada yang cakap, kami berpolitik kerana kami ada visi..

Ada yang cakap, kami berpolitik untuk perubahan..

Macam-macam lagi la..

Tapi, yang pastinya..

Begitulah politik..

Apa yang salah, dibolehkan..

Apa yang sepatutnya dilakukan, dilarang..

Kebenaran, diselindungkan..

Kepentingan sendiri dikedepankan..

Kepentingan orang lain, dikemudiankan..

Entahh...

Apa lagi cerita lepas ni..

Kadang-kadang, perkara di luar fikiran logik manusia boleh berlaku..

Korupsi..

Mungkin sudah berlaku tanpa kita sedari..

Autokrasi..

Mungkin sudah berlaku tanpa kita sedari..

Demokrasi..

Entah laa...

Hipokrasi..

Entah laa..

Reformasi...

Hmmm....sensitif..

Islamic Country...

Ermmm... itu paling ditakuti...


Rasanya negara kita masih dalam status selamat lagi..

Tidak seperti Turki pada suatu masa dulu..

Apa pun x boleh !

Licin.

Semua ciri-ciri yang berkaitan dihapuskan.

Ciri apa ?

Entahh..

Cukup la sekadar aku bagi contoh..

Azan telah dilaungkan bukan dalam bahasa Arab.

Perempuan dilarang bertudung.

Macam-macam lagi la..

Tapi di sini..tanah tumpahnya darahku rasanya, benih-benih tu MUNGKIN sudah ada yang bercambah....

Hati-hati sikit...

Pluralisme..

Mungkin sudah ada...

Hedonisme...

Macam buih dilautan....

Feminisme...

Semua tempat jual legging/tudung bonggol sekarang..

Cari seluar track pun susah..

Cari tudung labuh pun susah..

Semua iklan pakai gambar perempuan..

Adakah isme-isme ni ada kaitan dengan Poo-litik yang kita bincangkan tadi ?

Mungkin ada.....siapa tahu...

Sudah la..

Siapalah aku untuk menyembang pasal poo-litik ni..

Bukannya arif pun pasal poo-litik..

Cuma semalam.. ada satu cerita yang membuatkan aku taip perkataan politik tu jadi poo-litik..

Ni semua pasal sorang member tu..

Obses sangat dengan satu pihak tu..

Kadang-kadang, buka la minda sikit..

Jangan la kolot sangat sampai semua benda pun dipoo-litikkan..

Orang buat majlis buka puasa pun dia hentam..

"ooohhh.. ni politik ni..."

Dia cakap macam tu sambil tengok muka aku. Tengok aku ni macam looser pun ada juga.

Macam..ermm.. kalau aku pergi majlis buka puasa tu, aku turut serta dalam politik pihak penganjur..

Politik, politik la..

Buka puasa, buka puasa la..

Kalau buka puasa, apa kaitan dengan politik bila perut sudah lapar..

Buka puasa tu ibadah..

Apa salahnya kalau makan pun..

Yang ngko obsess sangat apa hal.. ??

Orang macam ni la yang kadang-kadang boleh menjadikan poo-litik tu satu benda yang boleh diukur, dinilai, dipotretkan dengan istilah-istilah yang bermacam jenis.

Maaf kalau peminat cerita politik x puas hati dengan kandungan post ni, sebab tiada cerita tentang parti-parti kegemaran anda..

sekian, terima kasih..

Semoga selamat dalam menjalankan ibadah puasa.

Thursday, August 11, 2011

The Story Of Taiko



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Semoga post kali ini dapat menjadi cermin kepada diri gua sendiri dan seterusnya boleh (kot) dijadikan sebagai sesuatu yang boleh difikir-fikirkan sejenak kepada diri kita sendiri. Tiada niat untuk memperburukkan mana-mana pihak, individu ataupun mana-mana pertubuhan, cuma sekadar bersembang dan berbual seperti di warung mamak tepi jalan yang meriah..


Ok..

Kali ni gua mau cerita sikit pasal taiko.

Siapa itu taiko ?



-GAMBAR HIASAN-

Olang paling tinggi dalam persatuan ka ?

boleh kira macam tu la..

dia ketua..

dia kepala..

dia pemimpin..

dia yang buat keputusan..

dia yang tertinggi..

Kenapa itu taiko boleh jadi taiko haa ??

Sudah tiada lagi yang lebih layak maa..

Dia pimpin organisasi pun bagus..

Idea banyak..

Banyak pengetahuan..

Berkaliber la kononnya pun..



Wah..

Sungguh hebat la taiko ini rupanya !

Memang hebat..

Taiko la katakan..

Tapi kan abang..

Taiko ini sebenarnya tidak semuanya hebat pun adoi..

Lu tengok memang manyak Taiko hebat-hebat lo..

Yang lu nampak hebat itu cuma untuk perkara yang olang boleh tengok..

Ada banyak benda lagi yang lu belum tau..

Tapi itu benda tidak perlu gua kasi tau sama lu la..

Itu urusan itu taiko sendili la..

Kalau betul dia betul-betul taiko..

Kalau dia betul-betul role model ah, dia bagus la.

Taiko konon..

Taiko sama dili sendili pun x boleh..

Jadi taiko sama olang lain macamana ?

Kalau olang lain tau, olang lain nampak, buat malu sama taiko wooo..

Konon lu taiko..

Suka ati lu la suruh olang buat tu, buat ni bila lu ada hal..

Benda lu boleh setel sendili pun mau suluh olang buat ka ??

Eh, lu suap nasi g mulut gua, gua mau taip sms ni..

Eh, lu cuci gua punya tangan, gua malas la..

Ehhhh...

Taiko la sangat luuu.... !

Taiko la sangat luuu... !

Rumah macam port penagih dadah..

Rumah taiko apa kalau sedemikian rupa ?

Kalau olang lain tengok ahh, buat malu woo...

Eh, itu macam ka lumah taiko ?

Tidak begitu menunjukkan yang beliau ini merupakan seorang taiko yang sebetulnye adoi pun...

Sangat memalukan lah kamu ini taiko...

Berjuang konon..

Serabut la wei...

Jaga la sikit nama baik taiko..

Jaga la sikit first impression lu taiko..

Kasi lawa-lawa sikit, biar olang lain tengok pun lu memang boleh panggil taiko la..

Taiko apa lu selekehhh....

Taiko kononnnnn...



So, are we the true leader ?

So, are we the great leader ?

So, are we the good role model as a leader ?

So, as a leader, are we concern about every simple things that other people can judge you ?

Try to be a good leader. Don't forget, there're thousand eyes keep watching you, in everything you do. They can judge you anything they want. So, the best thing to do is, learn to practice and understand the concept of IHSAN, then do some effort to be a MUHSININ....

to be continue..

Wednesday, August 10, 2011

RAHSIA BAHAGIA


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi barokatuh..

Entah kenapa, aku teringin sangat untuk berkongsi lagu ni dengan kamu semua..




Tonton video ini di Youtube !

Bahagia itu ma'nawi, juga bersifat rohaniah

Rasa senang bukan bahagia, sekalipun ia berharta

Kerana semua itu, bersifat lahiriah

Ia bukanlah hakikat bahagia.



Tenang itulah tanda bahagia

Tiada tenang, akan keluh-kesah

Bila tiada kebahagiaan

Hidup Penuh kepuraan


Mazmumah punca tiada bahagia

Kerana terus mengekalkannya

Hasad dengki, gila dunia

Sombong bongkak merosakkan segala


Carilah tenang, dapatkan bahagia

Cintakan Allah setiap masa

Bila zikrullah dihayati

Barulah bahagia diperolehi





Pertama kali aku dengar lagu ni rasanya zaman-zaman kegelapan dulu..

Zaman sekolah rendah..

Aku x ingat bila aku download video lagu ni & layan terus lagu ni tiap malam sebelum tidur, convert ke 3gp format supaya boleh tengok dalam telefon bimbit selalu..

Kalau cakap kumpulan ni punya populariti, x la setanding dengan kumpulan nasyid yang legend macam Raihan & Rabbani, tapi kumpulan Qatrunnada ni adalah batch pertama ledakan produksi kumpulan nasyid di era kegemilangan industri nasyid yang terus kekal sehingga sekarang ( x pasti aktif lagi atau x sekarang ).

Kenapa saya kata batch pertama ?

Tu kena tanya cikgu sejarah la ok..

Bukan sejarah rundingan Baling atau sejarah kemasukan Jepun ke Tanah Melayu, tapi sejarah industri nasyid di Malaysia..

Insyallah nanti aku akan kongsi sikit-sikit cerita tentang batch-batch kumpulan nasyid tu ok.. :)

Bagi aku, lagu ni cukup berhantu dari segi lirik & penghayatannya.

Lagi 1, aku terasa ada ruh yang menyelinap masuk ke dalam ruangan kosong dalam hati aku.

Itulah ruh keikhlasan yang telah disampaikan oleh kumpulan Qatrunnada melalui lagu ini.

Jelas, mereka menyampaikan wadah Islam melalui medium nasyid ini bukanlah untuk mengharapkan pujaan, pujian, populariti, wang ringgit, peminat yang ramai, liputan yang meluas dan sebagainya.

Apa yang mereka harapkan ialah pendengar dapat menghayati, memahami & mengamalkan mesej yang mereka sampaikan melalui nasyid.

Aku harap, akan terbit semula sinar cahaya kebangkitan lagu-lagu nasyid yang seperti ini untuk menerangi kegelapan dunia di akhir zaman ini, sebagai sebagai satu cahaya yang menyuluh jalan-jalan kegelapan, biar manusia tahu di mana jalan yang betul untuk mereka melangkah.

Monday, August 8, 2011

Susah mereka, susah kita juga, senang kita, senang mereka juga.



Bismillahirrahmanirrahim . .



Rasa terkoling untuk menaip post ini tatkala mata masih lagi mengantuk, memandangkan malam tadi teman belum tidur lagi, tersengguk-sengguk menyiapkan slide show ucapan Ketua Jabatan untuk ucapan dalam perhimpunan yang baru sahaja selesai sebentar tadi.

Perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan bulanan institut.

Namun, rasa tersentuh hari dan hati ini apabila mendengar suara anak-anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin yang dijemput dan diraikan oleh pihak institut untuk menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan dan Eidulfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Video pendokumentasian suasana kehidupan di penginapan mereka dipertontonkan.

Ermm..

Teman sudah biasa nengok tu dalam televisyen.

Tapi, ini bukan kali pertama teman bersemuka dengan anak-anak yatim dan adik-adik yang berasal dari keluarga susah dan kurang upaya.

Ini kali ketiga rasanya..
Kalau x silap..

Semester lepas, sudah pernah beraktiviti di salah sebuah rumah anak yatim.

Selepas selesai program, teman pun men'transfer' gambar-gambar yang telah diambil ketika aktiviti yang kami jalankan bersama penghuni anak-anak yatim.

Kami menyanyi bersama, bermain bersama, membuat mural bersama.

Ermmm..

Rasanya masih belum ada apa-apa perasaan yang menyedihkan lagi.

Tiba-tiba sedang menekan butan 'next' dalam preview folder gambar yang rasanya sedang dalam perasaan boring, teman terhenti di satu gambar.

Melihat dan meneliti gambar tersebut.






Tiba-tiba:

-Timbul perasaan puas hati.
-Timbul perasaan gembira.
-Timbul perasaan simpati.
-Timbul perasaan ingin menemui mereka sekali lagi.
-Timbul perasaan ingin mengeluarkan walaupun seringgit yang ada di dalam poket berhabuk ini untuk dihulurkan ke tangan mereka.

Gambar itu cukup menyedarkan.

Senyuman mereka tanda kegembiraan kerana mereka seronok dengan aktiviti yang kami lakukan, iaitu sukaneka dan beberapa permainan kecil cukup menggembirakan hati yang terkadang rasa simpati kepada nasib mereka.

Memang puas hati melihat mereka dapat mengukirkan senyuman.

Walaupun masih ada yang masih lagi suka untuk menyendiri. Bersedih.

Walaupun penat pada hari itu, ianya hilang tiba-tiba tatkala teman menghayati maksud yang tersirat di dalam gambar tersebut.

Tadi, teman bertugas untuk mengambil gambar ketika majlis perhimpunan bulanan institut berlangsung.

Para penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terdiri dari adik-adik yang berusia 5- 18 tahun, lelaki dan perempuan diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis perhimpunan tadi. Mereka mempersembahkan pukulan kompang, selawat, silat dan nasyid.

Mereka menyampaikan 2 buah lagu nasyid, lagu Barakallah yang dipopularkan oleh Maher Zain dan lagu yang kedua yang teman kurang ingat lirik dan tajuknya.

Cuma..

Liriknya cukup menyentuh qalbu..

Luahan ekspressi suara mereka cukup sayu, walaupun tone/ mood lagu tersebut agak tinggi.




Pertanyaan "Why?" yang mereka laungkan menambahkan lagi sentuhan hati para hadirin yang ada tadi.

Kali ini, teman cukup terkesan apabila mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.



Kali kedua perasaan seperti ini timbul apabila menghadiri sebuah konsert amal yang dianjurkan oleh Munsyid Malaysia bagi mengumpulkan dana untuk kemalangan yang menimpa Rumah Anak-Anak yatim At-Taqwa di Hulu Langat.

Konsert yang mengumpulkan lebih 30 orang penasyid menyanyikan lagu-lagu yang menyedarkan orang ramai tentang kebersamaan kita dalam membantu sesama muslim terutamanya anak-anak yatim, yang juga diselangi dengan deklamasi sajak dan puisi yang cukup sayu.

Kali ini, tiada lagi hijab antara perasaan malu dan para hadirin tadi.

Biarlah air mata yang menjadi saksi akan perasaan yang tidak tertahan menahan sebak mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.

Pedulikah kita dengan mereka ?

Kita perlu pedulikan mereka.

Di sini, teman sertakan link untuk cuba membantu.

http://rumahanakyatim.com/

Basah skrin kamera tadi.

Tapi nasib baik dapat tahan.

Malu jugak rasanya.

Tapi, rasa lain macam pula post cerita macam ni.

Puas, gembira, simpati dan rasa ingin menyeru kalian semua untuk sama-sama menyemaikan rasa kebersamaan kita terhadap mereka yang memerlukan.

Marilah,marilah kita sama-sama membantu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...