Wednesday, August 8, 2012

My febret muvi eva !

Bismillah ~

"Bertuturlah cinta, mengucap satu nama, seindah goresan sabdaMu dalam kitabku.."



:)

Assalamualaikum, selamat sejahtera semua rakan-rakan pembaca, especially for The 4T (Tung Tang THINK TANKers) ..

Siapa belum pernah nonton filem ni, jangan cakap anda penggemar sinetron lagi !

Ini salah sebuah filem dokumentasi adaptasi dari novel nukilan novelet pembangun jiwa, Chaerul Umam, Habiburahman El-Shirazy yang sangat sinonim dengan cerita Islami yang menerobos ke medan masyarakat lewat panggung filem, tulisan karyanya di novel dan juga tayangan sinetron.

Bermula dengan novel bersiri, iaitu Ketika Cinta Bertasbih (KCB) dan KCB siri 2, ianya dikomersialkan lagi dengan diadaptasikan melalui filem.

Dengan pelakon pendukung yang sangat cocok dengan watak dan karakter karaktornya, pemilihan kandidat dilakukan dengan sangat rapi, yang mana bagi saya sendiri, dalam filem ini, ia begitu menyentuh hati para penontonnya kerana pemilihan pelakonnya sangat memainkan peranan penting dalam efektiviti filem ini kepada masyarakat.





Ruh da'wah terutama yang ada pada Kholidi Asadil ( Mas Azzam ) dan juga Oki Setiana Dewi ( Anna) sangat memberi kesan yang mendalam kepada jiwa dan penghayatan penonton, tidak seperti filem religi yang lain, jika di dalam filem, pelakonnya sungguh warak, tetapi di luar filem, penonton sedia maklum perangainya, maka filem itu bukan saja kurang mendapat sambutan, objektif utama untuk menyebarluaskan da'wah itu tidak tercapai.

Sungguh, bagiku filem ini adalah salah sebuah usaha berterusan untuk membangunkan bukan saja jiwa seorang muslim, malah juga membangunkan umat dan masyarakat, kerana setiap konflik yang berlaku dalam filem ini yang melibatkan konflik individu, suami isteri, keluarga, masyarakat, ekonomi, hukum fiqh, dan segala perkara yang melibatkan permasalahan rutin masyarakat setempat dan yang biasa berlaku dalam masyarakat kita diselesaikan dengan merujuk kembali kepada syariat.

Hal ini jelas membuktikan secara praktikal akan keindahan, kesempurnaan dan begitu tuntasnya agama Islam itu sendiri dalam menyelesaikan setiap permasalahan, dari sekecil-kecil perkara sehingga ke sebesar-besar perkara.

Selain itu, filem ini juga sangat diperlukan oleh umat pada masa kini yang berpaling dari syariat yang sebenarnya mendatangkan kebaikan kepada manusia, khususnya dalam membendung masalah sosial yang semakin membarah dalam kalangan remaja pada masa kini.

Diterangkan kenapa berpacaran sangat dilarang dalam Islam, kesan buruknya kepada diri kita serta kepada masyarakat umumnya. Ditunjukkan juga bahawa jodoh itu tidak akan ke mana kerana ketentuan dari Allah itu adalah ketentuan yang terbaik. Tidak disangka-sangka, rupanya Azzam dapat juga memperisterikan Anna walaupun Anna telah bernikah dengan Furqan sebelum itu !

Setakat ini, aku sudah mengikuti beberapa siri sinetron KCB, lanjutan daripada filem siri 1 dan 2, iaitu KCB Spesial Ramadhan, diikuti pula dengan KCB Mencari Ridho Ilahi dan yang sedang dalam tontonan pada ketika ini ialah KCB Dari Sujud ke Sujud.
Ketika Cinta Bertasbih 2

 Meraih Ridho Ilahi

Dari Sujud ke Sujud

Spesial Ramadan

________________________________________________________

Adapun aku sangat teringin untuk berkongsi tentang KCB ini kerana aku rasa sesuatu yang aku sendiri ingin kongsikan kepada para pembaca dan 4T semua.

Bagi aku, Ketika Cinta Bertasbih tu sendiri ingin menekankan kepada perkataan TASBIH.

Tasbih, biasa kita dengar tentang perbuatan yang merupakan wirid dan zikir kepada Allah, dengan mengucapkan Subhanallah, iaitu Maha Suci Allah.

Apabila kita bertasbih, maka kita sedang mengucapkan pengakuan yang lahir dari hati yang merendah diri memuji kesucian dan keagungan Allah, berulang-ulang kali kita titipkan kalimah subhanallah di bibir kita, mengekspresikan perasaan dan pengakuan yang lahir dari hati, Maha suci Allah !

Ketika Cinta Bertasbih.
Bagi pendapat aku, cinta yang dilampirkan dalam filem ini adalah menterjemahkan fitrah manusia yang berkehendakkan kepada perasaan cinta dan saling mencintai, tetapi atas dasar taqwa dan berlandaskan syariat dan tuntutan agama, sekaligus, penyatuan antara dua jiwa yang saling menyayangi itu disatukan, adalah sebagai salah satu ibadah dan wasilah untuk meraih ridho Allah, untuk melahir, membina dan seterusnya membangunkan ummat melalui asas pembentukan keluarga Muslim.

Melahir, membina dan membangunkan ummat melalui penyatuan cinta yang berpaksikan taqwa dan mengharapkan ridho Allah..

Itulah sedikit persepsi aku. Dan aku tertarik dengan salah satu video yang pernah aku tonton di Youtube,

"marriage is more than just loving, but itz about develop ummah"

lebih kurang macam tu lah..

kita bercinta hari ni sebab apa?

"sebab i cintakan u, u pun cintakan i.."

"sebab u comeyy..i pun hencemmm.."

hahahahahaaaa !

3 comments:

  1. Filem KCB terbaik.. Ni buat saya terharu.. Kerana saya selalu ulangan menonton filem KCB.. haha

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cer2 ni, mcm nk tgok je.. Beka ada x? nk leh? hehehehe.. ok sy dh follow blog awk, jgn lupa follow blog sy.. meeze89.blogspot.com

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...