Thursday, July 19, 2012

Enjoy your MUSIBAH !



 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Aku masih teringat lagi, tanggal 9 Januari 2012, hari itu sejuk tenang damai saja hening paginya.
Mungkin itu alamat awal sesuatu akan berlaku. 
Pagi itu aku rasa inilah hari terakhirnya dia bersama aku.

Baktinya hari itu adalah baktinya yang terakhir. 
Mendaftarkan data-data guru-guru baru yang mendaftar untuk program DPLI.

Sehingga tiba waktu zohor, seperti biasa, aku dan juga orang lain meletakkan beg di tempat biasa untuk pergi mengambil wudu' dan seterusnya solat.

Usai solat, aku menuju ke meja tempat meletakkan beg tadi. 
Seorang member sedang kecoh begnya hilang. Aku cuba membantu untuk melihat sekeliling dalam kawasan surau. Dalam masa yang sama, mataku singgah di meja tadi, beg aku juga tiada !!

Komputer ribaku, dompet, kamera digital dan buku catatan ada di dalam beg itu !

Aku bersama-sama kawan tadi gelabah sekejap.

Ramai kawan yang prihatin, membantu mencari di sekeliling luar dan dalam surau, bertanya dengan orang lain dan juga menghubungi pihak pengawal keselamatan untuk melihat di CCTV.

Allah..

Aku cuba menenangkan diriku. 
Mengadu sebentar kepada sang pengatur takdir.
Mohon diriku diberi kekuatan dan kesabaran.
Meluahkan akan penerimaan perkara ini sebagai sebahagian dari ujian, dan aku sedia untuk menerimanya.
Mohon diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan.

Petang itu aku ke balai polis berdekatan untuk buat laporan.
Ini usahaku untuk cuba menyelesaikan masalah. 
Bukan sekadar menadah tangan doa mengharap tanpa sebarang usaha.
(walaupun sehingga ke hari ini tiada tindakan atau makluman susulan)

Tapi aku tidak mahu perkara ini dihebohkan.
Ramai yang mengetahui hal ini beberapa hari selepas itu.

Syukur, ramai yang berjiwa besar, bersama merasai kesusahanku menghulurkan sumbangan ikhlas.

Dalam sehari, aku melaksanakan urusan membuat i/c dan kad atm baru.

Maaf ya rabbi,

aku tidak istiqomah dalam meminta dan memohon kekuatan .

hari ini aku sudah lupa akan perkara ini.

doa dan munajat ku untuk meminta tidaklah segiat dulu.

mungkin bantuan itu bukan hari ini.

Namun aku tetap akan terus mendoakan yang terbaik.

Biarlah kehilangan ini merupakan satu pengajaran yang terbaik.

Sang pencipta dan pengasih itu sangat teliti dan tidak terfikirkan oleh manusia cara mendidik jiwa hambaNya

sungguh kehilangan itu mengajar dan menganjurkan si penerima ujian itu untuk sedia meneria qada' qadar

Sabar dalam menghadapi ujian dariNya..


إن أشد الناس بلاء الانبياء ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

“Sesungguhnya, manusia yang menerima ujian yang paling berat adalah para Nabi, kemudian orang yang mengikuti mereka, kemudian orang yang mengikuti mereka, dan kemudian orang yang mengikuti mereka.”
 [al-Silsilah al-Sahihah, al-Albani] 

Apalah sangat ujian yang aku terima ini untuk dibandingkan dengan ujian yang diterima oleh para nabi dulu.
Mereka lagi dahsyat ujian dan dugaannya dariku.

Sungguh Allah mengaturkan ini untuk mendidik dan mengajar, dan mungkin juga ini merupakan teguran dariNya.

Banyak sudah dosa nodaku terhadap Allah, apakah aku kembali kepadaNya apabila menerima kesulitan, atau mencari alternatif lain untuk menghuraikan keresahan. 

Dia menciptakan kita, dia tahu sejauh mana kemampuan kita untuk menghadapi sesuatu perkara.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.
 [Al-Baqarah: 286]

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan
Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut;

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. 
[al-Ankabut: 2-3]
Senyumlah dalam kesulitan, kerana Allah sedang berbicara denganmu teman.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...