Sunday, October 20, 2013

Budaya PANDAI yang MEMBODOHKAN !

 Assalamualaikum & salam sejahtera rakan-rakan pembaca semua :)

Harap semua rakan pembaca pada saat ini sedang berada dalam keaadan sihat sejahtera, riang gembira dan tenteram hati hendaknya.



Tajuk post agak kurang ajar sedikit bahasanya.
Tapi mungkin itulah kerangka bahasa yang mungkin sesuai untuk saat ini.
Kerana pada masa akan mungkin term itu sudah tidak relevan lagi.

Apa yang dimaksudkan dengan budaya PANDAI ?

Ok, sebelum buat persepsi buruk terhadap aku untuk memandai dan membodohkan orang, let me explain it first.

Biasanya, nukilan kata hikmah orang Melayu lama yang kita dengar ialah "malu bertanya sesat jalan".

Ada benarnya juga analogi tersebut dengan sang penuntut ilmu.

Memang ada signboard jika kita hendak ke mana-mana, tapi ada kalanya signboard tersebut tidak begitu membantu, namun, dengan menerima maklumat dan tunjuk arah dari orang awam/tempatan yang lebih arif tentang kawasan berkenaan, lebih mudah untuk kita meneruskan perjalanan.

Malu?

Kenapa malu?

Apabila dilihat dari konteks menuntut ilmu, suka untuk saya kongsikan cerita berkenaan situasi yang acapkali berlaku apabila berlangsungnya sesi soal jawab dalam forum, seminar atau sesi kuliah diadakan.

Jika kita ada persoalan yang benar-benar memerlukan jawapan, tapi malu untuk bertanya kepada yang lebih berpengetahuan, baginya ada beberapa faktor yang mendorong untuk tidak bangun dan bertanya soalan tersebut :

- Malu untuk bercakap di khalayak ramai
- Apabila orang ramai, rasa gemuruh akan timbul dan keyakinan untuk bercakap kurang
- Dalam hati, ada sedikit rasa 'jika aku tanya, nampak sangat aku ni 'tidak pandai'
- Ingin bertanya, tapi nanti orang akan persoalkan kenapa tanya soalan itu
- Tunggu orang lain tanya dulu, sehingga ruang soal jawab ditutup
- Tiada kesungguhan untuk tahu dengan lebih lanjut

Mungkin ada lebih banyak lagi, tapi saya cuma kongsikan sedikit.

Sebenarnya, malu dalam situasi berkenaan adalah malu tidak bertempat.

Siapa yang akan cakap yang bertanya itu 'tidak pandai'?
itu cuma persepsi dari dalam diri sendiri, sedangkan orang lain yang kita fikirkan itu sebenarnya tidak pun menyimpan persepsi berkenaan. Mungkin ada, tapi apa kesan buruknya kepada kita, sedangkan soalan yang kita akan tanyakan itu malah akan menambahkan pula ilmu orang lain sekiranya ada maklumat tambahan daripada soalan yang kita ajukan itu.

Apabila persoalan yang ingin ditanta tidak diajukan, kemudian pengetahuan kita tidak akan bertambah, kebuntuan kita akan terus bersambung dan kemudian boleh jadi kita tidak tahu tentang kemusykilan berkenaan untuk selamanya.

Apa maksudnya?

Harap anda faham :)

Buat masa ini, mungkin itu sedikit pendapat yang boleh saya kongsikan.
Sebelum beredar, suka untuk saya kongsikan satu analogi yang cantik.

" dalam satu cawan penuh teh o yang masih tidak bergula dan krimer, jika dimasukkan dengan krimer pekat manis, rasanya mesti lebih power. Syaratnya, kena kurangkan sedikit teh o tawar tu untuk masukkan krimer pekat manis, sama ada dituang keluar atau minum sahaja teh o tawar itu bagi memberi ruang kepada krimer untuk dimasukkan"

Maksudnya, teh o tawar itu ialah kepala otak kita yang zero, tiada apa benda pun. Lalu, kita ingin tambahkan sesuatu ilmu baru untuk mengisi kekosongan tersebut supaya otak kita lebih berisi dan bermakna. Bahasa entah apa-apa kan..hahaha.. Jadi, untuk menambah ilmu, perlu bersedia menerima hakikat bahawa kita ada kekurangan yang perlu diperbaiki. Sama juga konsepnya apabila menerika nasihat dan teguran orang, jika tidak bersedia menerima kelemahan diri, nasihat yang diberikan bagai mencurah air ke daun keladi kata pepatah Melayu klasik.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...