Monday, January 14, 2013

'barang jatuh' ?????

Bismillah..

Teringat kisah aku kerja part-time di Tesco dulu.

Aku sedang sangat sibuk dengan kerjaku, mencari 'barang-alien'.

Barang-alien tu maksudnya, barang yang orang letak bukan di tempatnya.

Contohnya, kita beli syampu botol kecil di home bay (tempat khas syampu). Kita jalan ke depan sikit, jumpa syampu botol besar yang lagi murah di rak promosi bahagian depan. Syampu botol kecil tu kita cancel beli, kita letak di rak biskut tiger pula sebab kita mahu beli syampu botol besar. Jadi, syampu botol kecil tu lah antara barang-alien.

Dari jam 7pm sampai jam 11pm, mencari barang-alien sajalah kerja aku, lepas tu pulangkan ke home bay (rak asal barang tu).

Dalam kesibukan ke hulu ke hilir mencari & memulangkan barang tu, sempat juga melayan kerenah pelanggan yang bertanya 'dik, gula kat mana?' dan soalan yang lain.

Mula-mula memang kekok & sangat lembab mencari home bay setiap barang.
Masuk minggu kedua, aku sudah ingat Milo di mana, sabun di mana, mi segera di mana.

Bergerak dengan troli yang sarat dengan sangat laju!

Tiba-tiba ada seorang amoi yang cun jugak lah.
Banyak barang dia beli.
Tapi silap, sepatutnya dia guna troli atau bakul, mungkin bakul atau troli tiada yang available.
Kesian, terpaksa dia bawa banyak barang tu dengan tangan, peluk dan bawa dengan tangan.
Penuh.

Aku sibuk. Barang banyak untuk dipulangkan ke home bay.

Aku lupa barang apa yang terjatuh dari tangan amoi tu.

Aku lalu berselisih dengan dia.

Cuma sempat tengok barang tu gedebuk jatuh atas lantai.

Amoi tu pun sempat tengok aku.

Ataupun mungkin dia tengok banyak barang dalam troli.

Atau tengok barang yang ada di rak belakang aku.

Atau mungkin aku saja yang perasan dilihat.

Lepas tu teruskan kerja macam biasa.

Usually kita selalu tengok di tv, buku teks sekolah dan macam-macam sumber.

"antara nilai murni yang baik ialah ...???"

seorang cikgu perempuan bertudung ala Najwa Latif bertanya kepada muridnya.

"membantu orang lain yang berada dalam kesusahan."

Tapi.

Amoi tadi kejatuhan barang yang ingin dibelinya.

Aku tengok saja.

Dengan raut wajah yang kesian dia turunkan badan dengan barang yang penuh di tangan untuk ambil barang tu.

Dan aku berlalu pergi tanpa menghulurkan sebarang bantuan untuk ambil barang itu kemudian serahkan kepadanya dengan senyuman atau mencarikannya bakul atau troli.

Apa yang aku fikir ialah :

- Mungkin dia akan fikir aku sedang sibuk dengan kerja aku.
- Mungkin dia sedang fikir aku tidak perasan. Tapi mustahil.
- Mungkin dia fikir ini bukan bidang tugas aku.

Ahhh..

Aku menyesal !

Aku rasa tiada masalah kalau dia pandang aku sebagai seorang pekerja yang sedang sibuk dengan kerja.
Tapi aku rasa ada masalah jika dia pandang aku sebagai seorang MUSLIM !

Pasti dia akan fikir :

- Apa lah orang ni tidak mahu tolong orang.
- Macam ni ka akhlak mereka?
- Hmmm.. bad boy

Semoga ini kali terakhir perkara seperti ini berlaku.

Aku akan berusaha sebaik mungkin supaya dapat meneladani akhlak baginda Rasulullah SAW yang baik walaupun kepada orang yang bukan beragama Islam.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...