Tuesday, September 11, 2012

Siapa kita untuk tidak memaafkan ?

Bismillah..
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian..

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Pertama sekali, maaf jika aku membuang masa anda yang sedang membaca ini, sekiranya anda ada keperluan lain yang lebih penting, kerana entri ini bersifat peribadi. Tidak perlu ambil tahu pun rasanya tiada masalah, cuma jika ingin teruskan membaca, harapnya cukuplah sekadar di sini saja, kerana aku tidak ingin menjadikan perkara ini sebagai bahan bualan yang lebih lanjut, biarlah dengan apa yang tertulis ini wujud seadanya tanpa ada tokok tambah daripada cerita dan kisah menerusi sumber yang lain.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Soalan saya yang pertama sekali sebagai pembuka kata entri yang sangat membosankan ini ialah :

Adakah kita pernah melakukan kesilapan sepanjang hidup, secara sengaja, tidak sedar atau terbuat ??

Soalan ini agak dangkal pada pemikiran akal waras manusia normal, kerana rata-rata antara kita acapkali saja melakukan kesilapan, bahkan yang membawa kepada sesuatu perkara yang lebih besar dan rumit.

Ini bukan cerita agama.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Cuma aku sendiri ingin para pembaca turut mengetahui naluri perasaan yang sedar barai dan berkecai dek kesilapan lalu atas kelemahan dan kedhaifan aku sendiri.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Pernah sekali dulu aku buat entri bertajuk " Salah aku ".

Cuba cari sendiri lah, malas letak link.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Aku akui, aku adalah antara jutaan manusia yang sentiasa tidak dapat melarikan diri, merangkak atau mengengsot daripada dosa, melakukan kesilapan dan tidak lepas daripada kelemahan diri sendiri yang sememangnya bersifat cetek dengan ilmu, kesedaran yang ada kalanya tidak dapat dipandu dengan berhemat dengan kurangnya akhlak dan bimbingan yang sebenar, kerana itu adalah sebahagian dari kekurangan aku.
Itu aku sangat akui.

Aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Oleh kerana itu, aku kira kesilapan yang telah aku lakukan itu adalah titik tolak permulaan sang maha pengatur kehidupan hambanya dan pengatur segala kejadian yang sudah diketahui olehNya baik buruk sesuatu perkara itu menjadikannya sebagai satu pengajaran yang sangat berguna untukku.

Telah diciptakan olehNya alam semesta yang sangat luas ini dengan pelbagai isi makhluk yang bermacam bentuk, warna dan sifat, wujudnya sekalian ciptaan ini, tidak lain antara fungsinya ialah menjadikan pengajaran dan mengajar hidup manusia.

Begitu juga dengan perkara yang terjadi terhadap kita juga merupakan pengajaran yang cukup berguna untuk kita.

Untuk aku khususnya.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Sebagai contoh, peristiwa kematian.

Kenapa berlakunya peristiwa itu, antara sebabnya ialah supaya kita yang masih hidup ini bersedia untuk mati, beringat bahawa kita juga akan mati.

Tidak ada perkara yang telah diaturkan oleh sang maha pengatur kejadian itu tidak membawa apa-apa makna dan manfaat kepada kita, manusia yang sangat hina dan berdosa ini, hatta kejadian yang berlaku itu merupakan musibah atau perkara yang tidak baik.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Sekali lagi, aku mengakui, aku telah melakukan satu kesilapan dan kesalahan terhadap satu pihak.

Dan.

Aku sudahpun meminta maaf kepada pihak itu.

Aku sedar, perkara ini mengakibatkan berlakunya satu pergolakan yang sangat besar, hanya kerana kesilapan aku itu sebagai salah satu punca utama.

Adakah tiada langsung peluang untuk permintaan maaf aku diterima?

Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjadikan ini sebagai pengajaran, malah terus dihempapkan dengan lebih banyak hentakan?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Layukallifullahu nafsan illa wus'aha.....

Aku cuba adukan perkara ini kepada yang maha mendengar aduanku.

Aku sedar hal ini sangat besar impaknya kepada pihak yang telah aku lakukan kesilapan itu.

Mereka seadanya menerima kemaafan dariku.

Cuma ada lagi yang menafikan tindakan aku untuk memohon maaf.

Memang aku tidak dibenarkan, dilarang atau pintu kemaafan untukku sudah tertutup?

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Adakah perkara ini sedang bermula, sedang meniti kemuncak, atau akan berakhir tidak lama lagi, itu persoalan yang tiada jawapan.

Apakah tohmahan fitnah dan penyebarannya dari mulut ke mulut dengan cerita yang tidak benar itu adalah kemuncaknya atau itu baru permulaannya?

SABAR.

Itulah perkara yang paling utama pada ketika ini.

Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, 3:130 yang bermaksud :

" dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu, sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan "

Aku harap, segala fitnah dan kata-kata yang tidak benar, janganlah disebarkan.

Janganlah memecah-belahkan masyarakat atas kepentingan diri sendiri dengan memperburukkan orang lain.
Lalu apa yang mereka perolehi ??

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Aku akui aku silap, maafkanlah aku!

"..orang-orang yang sabar dan memaafkan, sesungguhnya perbuatan yang demikian itu adalah termasuk urusan yang diutamakan.." - Asy-Syura:43

Angkuhnya kita dihadapan pencipta kita yang menjadikan diri kita, tidak boleh memaafkan dan memberi nasihat kepada orang yang melakukan kesilapan dan kesalahan untuk memberinya peluang menginsafi segalanya dan tidak mengulanginya lagi, sedangkan sifat Allah itu maha sempurna dari segala aspek, tiada kekurangan dan kelemahan, dosa hambanya yang bertimbun-timbun tinggi menggunung sekalipun, apabila si pendosa itu bertaubat dengan sebenar-benar taubat, Allah akan ampunkan!

Allahuakbar.

Kita manusia yang serba kekurangan ini, orang lain minta maaf saja masih berfikir dua kali untuk memaafkan dan berkira-kira lagi. Tiada lagi untaian kata mengikut akhlak peribadi Nabi Muhammad walaupun sudah pernah dilagukan dalam filem Pendekar Bujang Lapok dengan bait lirik "sedangkan Nabi ampunkan umat".

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Itu satu pengajaran yang sangat baik pada zaman itu!

Nabi yang konfem masuk syurga itu pun sedia untuk memaafkan orang lain.

Kita?

Buat baik pun boleh dikira berapa kali sehari, pun masih lagi ada rasa tidak patut untuk memberikan kemaafan kepada orang lain.

Biar hari ini aku dicerca atas kesilapanku.
Biar hari ini aku dikeji kerana perbuatanku.
Biar hari ini aku dibenci kerana dosaku.

Aku sangat menginsafi perbuatanku itu, lafaz maaf sudah aku pinta, ada yang menerima, tapi yang tidak menerima aku pohon dengan seadanya selafaz doa kudus memohon keluhuran hati budi dari Allah agar aku diberi kemaafan, kerana hanya Allah yang membolak-balikkan hati manusia.

Aku sudah menundukkan diriku untuk mengaku kesalahan dan dosaku. 
Yang sangat banyak.

Aku serahkan segalanya kepadaMu wahai tuhan yang maha besar...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

4 comments:

  1. Jangan risau.. Allah maha Pengampun dan Allah akan maafkan kamu.. Bertaubat sebelum terlambat.. Ingat! Bertaubat itu sukar tetapi tidak jauh sukar bertaubat..Insya-Allah.. =)

    ReplyDelete
  2. jazakallah..
    terima kasih atas dokongannya sahabat..

    ReplyDelete
  3. Sama2.. Banyak bersabar walaupun ini halangan bila langkah silap.. So that, kita berhati-hati.. Insya-Allah, semua lancar dengan baik dengan jalan Allah.. =)

    ReplyDelete
  4. tiada yang sempurna. semua org pernah melakukan kesilapan. bila ada ujian, Allah nak tengok mcm mana kita selesaikan. bila ego menguasai diri, kita akn rasa kita di pihak yang betul. ape2 pun yang terbaik, face to face is the best solution. bila melibatkan org tgh, makin byk tokok tambah, ada yang nak disampaikan xsampai pun.

    ~belajar dari kesilapan.. tidak hanya berada di zon selesa.. mungkin Allah nak smpaikan teguran dgn cara itu. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...