Thursday, March 8, 2012

KEPALA CACAT - (tajuk ntah-apa-apa..)






Apa hal la mamat ni post benda pelik-pelik nihhh !!

KEPALA CACAT ?

( gelak la weih ! )

ehemmm..

aku yang taip, aku yang duk mengata sendiri...

xpa..aku terhibur dengan itu..

macam ni lah, aku ringkaskan cerita hampeh ni dengan beberapa perenggan artikel bosan dan x best ni...

Oraitt..

Kepala is the major aspect.

The other part such as hidung, telinga, mata, mulut, pipi etc is the minor aspect to make the whole kepala is perfect..

boleh paham ka tu ??

boleh ba kannn...

so, kalau ada part yang kurang, ekzampel putus telinga sebeleh, tiada atau tertiada dengan sengaja atau tidak, jadinya kepala itu sudah tidak perfect, kerana ada part yang tidak ada.

so, (sekali lagi) jadilah term kepala cacat...

itu kepala... no wonder la kalau Allah sudah takdirkan ( x kisah la dari lahir atau tiba-tiba tercacat, sudah qada' & qadar ) cacat, kita x boleh la ubah..

terlebih dahulu, aku bukannya buat teori sendiri ( bukan teori Bekanisme ok ), tapi aku cuma membawa masuk kata-kata seorang ustaz yang cuba untuk kasi paham orang ramai yang susah untuk faham konsep kesyumulan (kesempurnaan) Islam dengan erti kata yang mudah.

Para ilmuan dan sarjana Islam telah mengelaskan beberapa aspek ( dalam term kepala tadi, beberapa aspek ni ialah part of the kepala like the hidung, telinga n so'on )..


1. Ibadat :
Urusan yang berkait dengan amal ibadat wajib dan sunat, jasad, roh, dan harta. Contohya, solat, berzikir, haji dan sebagainya.

2. Munakahat :
Urusan keluarga seperti berkahwin, nafkah, perceraian dan sebagainya.

3. Muamalat :
Urusan ekonomi seperti perniagaan, perbankan, pertanian, dan sebagainya.

4. Jenayah :
Urusan kesalahan yang merosakkan agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta.

5. Siasah Syari'iyyah atau Ahkam Sultaniyyah :

Urusan pemerintahan yang mentadbir dengan hukum-hukum yang tersebut di atas.

so, (untuk kali yang ke-3) the kepala is ISLAM itu sendiri..

the KEPALA is the main aspect

these 5 perkara :

1)Ibadah
2)Munakahat
3)Muamalat
4)Jenayah
5)Siyasah syar'iyyah

is the minor aspect yang akan menyempurnakan/menjadikan Islam itu sempurna. Jika kita sisihkan satu daripada 5 aspek ini, maka ?

what is the kepala tadi ?

akan cacat la kan ??

Menyisihkan tadi maksud aku tidak mempraktikkan salah satu daripada aspek yang lima tadi tu la.

Sebagai contoh, kita praktikkan ibadah, solat 5 waktu tidak tinggal,berjual beli dengan cara Islam cukup dengan akad jual beli (saya beli-saya jual), segala jenis kes-kes seperti rasuah dan seumpamanya dibicarakan dengan hukum syariah, dari aspek pengurusan dan pentadbiran kita praktikkan dari pemilihan pemimpin dilaksanakan dengan cukup cantik, dibuat berdasarkan prinsip syura, pemimpinnya adil dan memimpin berlandaskan syariat, tapi bab munakahat kita buat ikut suka. Marah isteri ikutkan perasaan, rumahtangga huru-hara, isteri tidak diberikan nafkah yang sepatutnya dilaksanakan untuknya.

Kerana tidak mempraktikkan salah satu daripada kelima-lima aspek dalam membentuk kesempurnaan ISLAM itu tadi, maka ..

.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,........

Mana boleh kita membawa 'kepala' yang cacat kan dalam hidup.. (i mean ISLAM tu laa)

bukankah itu yang menjadi tiket paling utama untuk masuk syurga..

hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..

hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..

hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..



maksudnya :
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (3:19)

sesungguhnya, Allah telah berfirman;

..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu..(5:3)

teman..

jangan pisah-pisahkan 5 perkara tadi..

jangan amalkan apa yang kita mahu saja teman...

jangan kerana kepentingan diri sendiri dan orang lain, kepentingan untuk taat kepada perintah tuhan yang menjadikan kita, kita abaikan...

jangan begitu ya wahai teman..

Allah telah berfirman ;



“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaitan adalah musuh besar bagi kalian.” (2:208)

sekian..

# dalam masa yang sama, aku ingatkan kepada diri sendiri, sebab aku sendiri pun bukannya bagoss sangaatt, ramai lagi yang lebih baik dari aku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...