Bismillah..
Assalamualaikum rakan pembaca sekalian..
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Pertama sekali, maaf jika aku membuang masa anda yang sedang
membaca ini, sekiranya anda ada keperluan lain yang lebih penting, kerana entri
ini bersifat peribadi. Tidak perlu ambil tahu pun rasanya tiada masalah, cuma
jika ingin teruskan membaca, harapnya cukuplah sekadar di sini saja, kerana aku
tidak ingin menjadikan perkara ini sebagai bahan bualan yang lebih lanjut,
biarlah dengan apa yang tertulis ini wujud seadanya tanpa ada tokok tambah
daripada cerita dan kisah menerusi sumber yang lain.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Soalan saya yang pertama sekali sebagai pembuka kata entri
yang sangat membosankan ini ialah :
Adakah kita pernah melakukan kesilapan sepanjang hidup,
secara sengaja, tidak sedar atau terbuat ??
Soalan ini agak dangkal pada pemikiran akal waras manusia
normal, kerana rata-rata antara kita acapkali saja melakukan kesilapan, bahkan
yang membawa kepada sesuatu perkara yang lebih besar dan rumit.
Ini bukan cerita agama.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Cuma aku sendiri ingin para pembaca turut mengetahui naluri
perasaan yang sedar barai dan berkecai dek kesilapan lalu atas kelemahan dan
kedhaifan aku sendiri.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Pernah sekali dulu aku buat entri bertajuk " Salah aku
".
Cuba cari sendiri lah, malas letak link.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Aku akui, aku adalah antara jutaan manusia yang sentiasa
tidak dapat melarikan diri, merangkak atau mengengsot daripada dosa, melakukan
kesilapan dan tidak lepas daripada kelemahan diri sendiri yang sememangnya
bersifat cetek dengan ilmu, kesedaran yang ada kalanya tidak dapat dipandu
dengan berhemat dengan kurangnya akhlak dan bimbingan yang sebenar, kerana itu
adalah sebahagian dari kekurangan aku.
Itu aku sangat akui.
Aku masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Oleh kerana itu, aku kira kesilapan yang telah aku lakukan
itu adalah titik tolak permulaan sang maha pengatur kehidupan hambanya dan
pengatur segala kejadian yang sudah diketahui olehNya baik buruk sesuatu
perkara itu menjadikannya sebagai satu pengajaran yang sangat berguna untukku.
Telah diciptakan olehNya alam semesta yang sangat luas ini
dengan pelbagai isi makhluk yang bermacam bentuk, warna dan sifat, wujudnya
sekalian ciptaan ini, tidak lain antara fungsinya ialah menjadikan pengajaran
dan mengajar hidup manusia.
Begitu juga dengan perkara yang terjadi terhadap kita juga
merupakan pengajaran yang cukup berguna untuk kita.
Untuk aku khususnya.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Sebagai contoh, peristiwa kematian.
Kenapa berlakunya peristiwa itu, antara sebabnya ialah
supaya kita yang masih hidup ini bersedia untuk mati, beringat bahawa kita juga
akan mati.
Tidak ada perkara yang telah diaturkan oleh sang maha
pengatur kejadian itu tidak membawa apa-apa makna dan manfaat kepada kita,
manusia yang sangat hina dan berdosa ini, hatta kejadian yang berlaku itu
merupakan musibah atau perkara yang tidak baik.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Sekali lagi, aku mengakui, aku telah melakukan satu
kesilapan dan kesalahan terhadap satu pihak.
Dan.
Aku sudahpun meminta maaf kepada pihak itu.
Aku sedar, perkara ini mengakibatkan berlakunya satu
pergolakan yang sangat besar, hanya kerana kesilapan aku itu sebagai salah satu
punca utama.
Adakah tiada langsung peluang untuk permintaan maaf aku
diterima?
Kenapa aku tidak diberi peluang untuk menjadikan ini sebagai
pengajaran, malah terus dihempapkan dengan lebih banyak hentakan?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Layukallifullahu nafsan illa wus'aha.....
Aku cuba adukan perkara ini kepada yang maha mendengar
aduanku.
Aku sedar hal ini sangat besar impaknya kepada pihak yang
telah aku lakukan kesilapan itu.
Mereka seadanya menerima kemaafan dariku.
Cuma ada lagi yang menafikan tindakan aku untuk memohon
maaf.
Memang aku tidak dibenarkan, dilarang atau pintu kemaafan
untukku sudah tertutup?
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Adakah perkara ini sedang bermula, sedang meniti kemuncak,
atau akan berakhir tidak lama lagi, itu persoalan yang tiada jawapan.
Apakah tohmahan fitnah dan penyebarannya dari mulut ke mulut
dengan cerita yang tidak benar itu adalah kemuncaknya atau itu baru
permulaannya?
SABAR.
Itulah perkara yang paling utama pada ketika ini.
Allah SWT berfirman dalam surah Ali-Imran, 3:130 yang
bermaksud :
" dan jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu daya
mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepada kamu, sesungguhnya
Allah mengetahui segala apa yang mereka lakukan "
Aku harap, segala fitnah dan kata-kata yang tidak benar,
janganlah disebarkan.
Janganlah memecah-belahkan masyarakat atas kepentingan diri
sendiri dengan memperburukkan orang lain.
Lalu apa yang mereka perolehi ??
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Aku akui aku silap, maafkanlah aku!
"..orang-orang yang sabar dan memaafkan, sesungguhnya
perbuatan yang demikian itu adalah termasuk urusan yang diutamakan.." -
Asy-Syura:43
Angkuhnya kita dihadapan pencipta kita yang menjadikan diri
kita, tidak boleh memaafkan dan memberi nasihat kepada orang yang melakukan
kesilapan dan kesalahan untuk memberinya peluang menginsafi segalanya dan tidak
mengulanginya lagi, sedangkan sifat Allah itu maha sempurna dari segala aspek,
tiada kekurangan dan kelemahan, dosa hambanya yang bertimbun-timbun tinggi
menggunung sekalipun, apabila si pendosa itu bertaubat dengan sebenar-benar
taubat, Allah akan ampunkan!
Allahuakbar.
Kita manusia yang serba kekurangan ini, orang lain minta
maaf saja masih berfikir dua kali untuk memaafkan dan berkira-kira lagi. Tiada
lagi untaian kata mengikut akhlak peribadi Nabi Muhammad walaupun sudah pernah
dilagukan dalam filem Pendekar Bujang Lapok dengan bait lirik "sedangkan
Nabi ampunkan umat".
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Itu satu pengajaran yang sangat baik pada zaman itu!
Nabi yang konfem masuk syurga itu pun sedia untuk memaafkan
orang lain.
Kita?
Buat baik pun boleh dikira berapa kali sehari, pun masih
lagi ada rasa tidak patut untuk memberikan kemaafan kepada orang lain.
Biar hari ini aku dicerca atas kesilapanku.
Biar hari ini aku dikeji kerana perbuatanku.
Biar hari ini aku dibenci kerana dosaku.
Aku sangat menginsafi perbuatanku itu, lafaz maaf sudah aku
pinta, ada yang menerima, tapi yang tidak menerima aku pohon dengan seadanya
selafaz doa kudus memohon keluhuran hati budi dari Allah agar aku diberi
kemaafan, kerana hanya Allah yang membolak-balikkan hati manusia.
Aku sudah menundukkan diriku untuk mengaku kesalahan dan
dosaku.
Yang sangat banyak.
Aku serahkan segalanya kepadaMu wahai tuhan yang maha
besar...
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
__________________________
Sehingga garisan di atas aku menaip sebelum aku postkan entri ini (12 September 2012), kerana ianya aku taip di luar talian.
Aku terjumpa semula doc yang aku taip dan save ini ketika membuat tugasan.
Ahh..aku curi sebentar masa menaip tugasan akademik yang sangat memeningkan untuk aku tuang entri ini ke dalam minda pembaca yang sedang berfikir.
Alhamdulillah, mungkin hikmah bulan pengampunan dan silaturahim, Ramadhan dan Syawal, kemaafan telah kuperolehi, walaupun mungkin khilafnya masih membekas dalam hati masing-masing.
Tapi, hubungan antara kami semakin baik, dan aku rasakan ianya semakin membaik.
Namun, yang dengki dan sakit hati masih lagi dengan egonya.
Masih dengan sifat dan sikapnya ketika menabur fitnah dulu.
Busuknya manusia dengan fitnah dan dusta, indahnya kita dengan sifat memaafkan..
No comments:
Post a Comment