Saturday, September 10, 2011

KERTAS

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum warohmatullahibarokatuh . .

Terpanggil untuk menaip di pagi yang sejuk hening dingin ini tatkala melihat selonggok sampah yang mula membukit di sisi pintu. Sampah itulah antara tujuan hidup kita semua dalam mengharungi tsunami ujian yang pelbagai bentuk dari Al-Khaliq, tuhan yang maha pencipta, yang maha esa, yang maha agung, Allah Subhanahu wa Taala..

Di awal permulaan hari, ianya akan menjadi bahan baca yang menjadi bahan bacaan pertama pada hari tersebut. Tidak kisah apa jenamanya, berapa harganya, apa warna kulitnya, berapa helaian mukasuratnya. Rata-rata antara kita cuma ada dua pilihan di waktu pagi.


Yang bangun awal, solat subuh di awal waktu, mengamalkan sunnah Rasulullah untuk berpagi-pagi dengan ibadah sehingga terbitnya sang suria akan meluangkan sedikit masanya untuk membaca kalamullah. Kalaupun masanya suntuk, tidak perlu baca dalam kuantiti yang banyak, yang penting pembacaan itu harusnya berterusan dan tidak bertarikh-tarikh untuk membaca al-quran. Adalah lebih baik amalan yang sedikit, tapi istiqomah daripada amalan yang banyak, tapi jarang-jarang dilakukan. Samalah juga dengan membaca al-quran, lebih baik baca sekurang-kurangnya sebaris ayat setiap kali selepas solat daripada membaca satu juzuk al-quran dalam satu bacaan dalam tempoh 2 bulan atau lebih. Kalau baju yang kita sudah pakai lama dan tidak pula dibasuh, semakin banyaklah kotorannya, semakin banyaklah compang-campingnya, semakin susah untuk kita cuci dengan bersih sepenuhnya. Masakan hilang semua kotoran itu sekaligus jika kita hanya cuci sekali. Cuba kita bandingkan baju yang dicuci setiap hari dengan baju yang dicuci sebulan sekali. Apa bezanya ? itu cuma tamsilan.. Kalau hati kita, perlu cuci kadang-kadang atau cuci selalu ? Bacalah al-quran, fahamilah maksudnya, yakini kandungannya, amalkan apa yang telah kau baca dan faham.




Satu kelebihan bagi mereka yang sudah membaca al-quran sebentar tadi. Siapa yang sudah membaca al-quran, ketika sarapan atau sedang menunggu bas dan sebagainya membaca 'koran' pula di pagi, bacaan untuk akhirat sudah, bacaan untuk dunia pun ada. Cukup. X salah baca akhbar, akhbar itu jendela dan gerbang informasi bagi mereka yang ingin keluar dari kepompong kejahilan, tempurung sang katak yang sedang dalam kepandiran dan kandang bagi lembu yang terperuk di dalam dunia lembunya, asyik makan rumput di dalam kandang dan tiada peluang untuk menjenguk ke ladang ragut yang lebih luas dan terbuka untuk melihat sendiri kebenaran dunia luar yang luas terbentang dan banyak tipu daya. Pilihlah akhbar yang baik kandungannya, baik dari segi penulisannya, paparan gambarnya, nilai-nilai yang disampaikan serta tiada unsur-unsur yang tidak sihat, seperti penyiaran berita-berita yang bertema lucah, gambar-gambar artis yang separuh telanjang, paparan keputusan nombor ekor yang menggalakkan judi, berita yang berunsur fitnah dan sebagainya. Tapi siapa yang lebih beruntung dalam membuat bacaan di awal pagi tadi ?
Mestilah yang bangun awal tadi kan, pahala dapat, iman bertambah, hati tenang dengan membaca al-quran, ditambah pula dengan input serta informasi terkini tentang isu-isu semasa luar dan dalam negara. Dia dapat 2 perkara dalam satu aktiviti yang tidak membebankan. Membaca di waktu pagi.


Oh ya, mungkin ada di antara kita membaca akhbar sambil menikmati nasi lemak atau roti canai di kedai mamak kan ? Sebelum beredar, kita sangat memerlukan duit. Ini duit lama, mungkin ada yang belum pernah nampak..hehe. Inilah yang boleh dikatakan sebagai tuhan baru bagi yang mereka mengejar harta di dunia yang suka menipu manusia yang lalai dengan harta kekayaan sehingga lupa untuk mengingati tuhan, menyebut nama tuhan, beribadah kepada tuhan. Tuhan tiada dalam hati, tiada dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Bila ada tuhan dalam hati, setiap apa yang dilakukan mesti dilakukan mengikut syariat. Sebagai contoh, jika apa yang kita lakukan hanya untuk mengejar kekayaan, mengumpul duit yang banyak, akan tiada lagi syariat dalam aktiviti harian kita. Bila hendak menaiki kereta untuk pergi bekerja, tiada lain dalam fikiran, hanya duit, kaya, harta dan kerja semata-mata. Tiada pun ingat Allah. Mengaku diri sebagai orang Islam hanya ketika sambut hari raya, nikah, uruskan mayat ketika mati. Tapi dalam kehidupan seharian, tidak pula mahu hidup secara bersyariat. Tapi mengaku Islam. Bila hidup bertujuankan duit, harta dan kekayaan, tuhan akan tiada dalam fikiran dan hati dengan serta merta. Apakah ini tujuan hidup kita yang sebenarnya ? Jangan lupa, kalau kita mati nanti, semua itu akan kita tinggalkan di sini, tidak akan dapat kita bawa ke sana satu sen pun, walaupun kita selitkan satu sen berkarat dalam kain kafan kita. Memang kita tidak nafikan keperluan duit dalam kehidupan yang mencabar sekarang, tapi cuba elakkan daripada menjadikan duit itu sebagai tujuan dalam setiap apa yang kita buat. Bekerjalah dengan pekerjaan yang baik-baik kerana Allah, dan dapatkanlah habuan dari pekerjaan kita dengan gaji yang diberikan sebagai balasan kepada pekerjaan yang kita buat. Gaji yang Allah janjikan akan diberikan di akhirat nanti. Yakinlah pada janji-janji Allah yang tidak pernah memungkiri janjiNya. Dengan duit yang kita dapat, gunakanlah sebaiknya dengan membelanjakannya untuk keperluan hidup seharian, untuk memberikan manfaat kepada orang lain dengan bersedekah dan yang paling penting menggunakan duit itu dengan dimulai dengan niat kerana Allah. Saya mengingatkan kepada diri saya sendiri terlebih dahulu, inilah salah satu contoh yang ingin saya kongsikan bersama, naikilah kenderaan kita bersama tujuan yang baik, niat ikhlas kerana Allah taala. " Ingat, aku naik kenderaan ini hanyalah kerana Allah, untuk mendapat redha Allah dalam pekerjaanku sebagai seorang penjual nasi lemak, insyaAllah dengan rezeki yang halal, dapatlah aku menampung keperluan keluargaku, untuk berzakat dan membuat kebaikan yang lain".. Orang miskin yang pegang duit seminggu sekali pun akan rasa bahagia jika hatinya tenang dan sentiasa mengingati Allah, tidak seperti orang banyak harta dan duitnya, tapi hidup punah-ranah, bergaduh sesama ahli keluarga, hidup tidak tenang, penyakit datang silih berganti, kerana hati tidak tenang. Kalaupun dapat banyak duit dan harta kekayaan, tapi tidak lupa kepada Allah, alangkah bahagia dan beruntungnya dia, kaya dengan harta, kaya juga dengan iman dan sentiasa dekat dengan Allah..



Kita ke sekolah dulu, inilah yang membuatkan beg jadi berat di samping membawa bekal nasi goreng untuk dimakan bila waktu rehat tiba bersama sebotol sirap berperisa ros botol besar sebagai bekalan dari pagi ke tengahari. Katanya buku teks ni sumber ilmu dan rujukan di sekolah. Guru mengajar berdasarkan buku teks. Guru diberikan buku teks untuk rujukan guru. Murid diberikan (pinjam) buku teks untuk membuat ulangkaji & latihan. Mungkin ada orang tua kita ( penjaga/waris/parent ) pesan, simpan buku teks tu baik-baik, letak sembarangan atas lantai, simpan atas meja, nanti terlangkah pula. Ilmu tu. Bukankah ilmu tu ada dalam kepala otak ? ahhaha..jangan marah ya, gurau saja. Mungkin ada juga betulnya, siapa tahu. Tapi sejauh mana ilmu dalam buku teks tu boleh berkekalan dan memberi kesan kepada murid, khususnya yang bijak pandai sehinggakan tidak cukup dengan buku teks, ditambah pula dengan buku rujukan dari pelbagai terbitan, Sasbadi,Longman,Cerdik dan macam-macam lagi. Tebal buku rujukannya. Habis dibaca dari muka surat pertama ( muka surat pertama kan x penting, cuma ada tahun terbitan,alamat,nama pengarang dan sebagainya, kerana terlalu rajin, itu pun baca juga lah )sampai ke muka surat terakhir ( index pun baca juga ). Kerana terlalu banyak dan rajin membaca buku teks dan rujukan, kesannya, semakin ramai murid dan pelajar bijak dan cemerlang dalam peperiksaan hari ini. Berpuluh-puluh A. Dalam bilangan cemerlang yang beratus ribu itu, berapa kerat saja yang ilmu dari buku itu ditransferkan ke dalam badan dan jiwanya. Maksudnya di sini, berapa ramai yang mengamalkan ilmu yang telah dipelajarinya. Sebagai contoh subjek BM. Ramai yang cemerlang dalam subjek yang mudah ini, tapi ramai yang gagal dalam mempraktikkannya. Bukan salah buku teks, bukan salah buku rujukan, tapi salah kita sendiri yang tidak mahu beramal dengan ilmu. Kita lihat saja trend bahasa generasi sekarang, ( walaupun penulisan dalam blog ni pun kurang mempraktikkan aspek bahasa, tapi masih dalam keadaan terkawal kan? ) " hey derr lu ushar awek gua ke ? Sengal gile lu, kerek nak mampos, kang gua tibai sekali, habis barai muka lu.." Dari segi kosa kata, memang banyak perkataan baru, tapi bukan dalam bahasa yang kita ketahui,hahaha.. Dari segi kesantunan dalam berbahasa, memang x boleh pakai, dari aspek nilai reject, dari segi moraliti masyarakat timur pun x padan langsung. Macaman pula dengan ilmu kerohanian yang diajar di sekolah ? Aku masih ingat lagi beberapa ujian ketika di sekolah. Ujian praktikal ibadah. Wudhuk, solat,azan, mengaji dan sebagainya. Seingat aku, semua mesti lulus. Dan alhamdulillah semuanya lulus ! Tapi lulus sekadar untuk lulus ujian. Tiada praktikal dalam rutin harian. Ilmu tu tidak ke mana-mana. Kekal bersemadi kaku dan diam di dalam buku teks. Apalah sangat nilai buku teks tu, sekadar kertas biasa. Aku berani mencabar diri sendiri dan para readers digest semua, ( haha ) untuk mengatakan bahawa, kita x ubah seperti bangkai yang bernyawa, wujudnya tiada guna, hanya menimbulkan aroma mayat busuk yang tidak menyenangkan. Diibaratkan seperti pepatah Arab, ilmu tanpa amal, ibarat pohon tidak berbuah. Baik tebang saja, buat jambatan atau hantar ke kilang buat kerusi. Tinggi mana pun ilmu, banyak mana pun kita khatam buku teks dan rujukan, tapi kalau ilmu itu tidak diamalkan, merugikan diri sendiri saja. Kita ada ilmu, tapi buat-buat bodoh. Macam kita naik motorsikal, tapi x mahu pakai helmet sedangkan kita tahu undang-undang tidak membenarkan kita berbuat sedemikian atas aspek-aspek keselamatan. Bila kemalangan, sendiri yang menyesal. Kenapa, sebab tahu benda tu x betul, tapi buat juga. Contoh lain, berdua-duaan. Bukannya kita x tahu benda tu dlarang dalam agama, tapi saja buat-buat x tahu, berani sangat melawan tuhan. Tahu benda tu akan membawa banyak masalah, seperti kes kawin sebelum nikah, penyesalan yang teramat bagi tuan punya badan yang sarat membawa perut yang berisi insan yang tidak berdosa ( tu pun bagi yang tahu erti penyesalan ). Siapa yang susah ? Itulah yang berlaku buka kita ada ilmu, tapi x beramal dengan ilmu yang kita punya. Pandai, tapi buat-buat kurang pandai.

Begitulah sedikit sebanyak kupasan aku mengenai nilai objek yang bernama KERTAS.
Memang banyak kesilapan dan kekurangan, tambah dan kurangkanlah mana yang patut dengan teguran, komenlah supaya aku tau kelemahan aku. Aku cuma mau kita semua tau, kewujudan sesuatu benda tu x sia-sia, mesti ada hikmah disebaliknya. Kembalilah kepada tujuan sebenar hidup kita, bukannya kerana kertas yang berupa duit, sijil,ujian yang cemerlang,slip keputusan yang berbaris huruf A, tapi tanpa memperbetulkan niat serta perilaku kita dalam rutin seharian, kertas-kertas tersebut x ubah seperti kertas kosong, lunyai, berhabuk dan hanya layak ke pusat pelupusan sampah yang busuk..

Semoga dapat memberi manfaat kepada diriku sendiri dan saudara-saudari yang lainnya..
Amin ya rabbal 'alamin..

2 comments:

  1. bagi perenggan byk sikit bah..pning m'baca..

    ReplyDelete
  2. sedap lagu kat page ko ni. dulu aku tak suke. tp skrg aku suke. boleh suggest lagu2 nasyid/islamic bes2? kalau boleh email sekali lagu2 nye

    :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...