Assalamualaikum..
Maaf agak keterlaluan..
Cuma terkilan kerana masih ramai lagi anak muda yang terlalu sibuk dengan hal pada hari ini ( hal sendiri yang kononnya penting ) tanpa memikir dan memandang akan masalah yang bakal kita semua akan hadapi pada masa akan datang..
Konon belia aset negara, bangsa dan agama..
Aset apa kalau masih ramai lagi yang x boleh pakai..
Mana layaknya dijadikan sebagai aset negara kalau masih ramai lagi belia yang tidak memikirkan masalah negara.
" Kisah pulak aku hal-hal macam ni, kan menteri dah ada, ko nak kecoh sangat apesal ?"
Siapa lagi yang akan jadi menteri pada masa akan datang yang akan menguruskan pentadbiran negara serta menjadi pemimpin keluarga dan masyarakat kalau bukan belia yang ada pada masa ini. Kalau tidak dibentuk dari usia belia, bila lagi ?
STOP !
HENTIKAN !
DILARANG !
- BERFIKIRAN SEMPIT ! -
Jadilah belia yang berguna kepada diri sendiri dulu sebelum berguna kepada orang lain dan seterusnya berguna kepada Malaysia, negara yang tercinta ini. Tanya dulu diri kita, sampai ke hari ini, apa yang sudah aku buktikan yang aku cintakan negara, apa yang sudah aku sumbangkan untuk negara. Kalau ada, alhamdulillah, kalau tiada, tetapkan matlamat dari sekarang, tapi kalau yang tidak hiraukan langsung terhadap hal ini, fikir-fikirkan...
Wahai sahabat belia sekalian...
Pandai-pandai bawa diri..
Rajin-rajinlah membaca..
Ramai antara kita pada hari ini malas untuk membaca, hasilnya, bila petah bercakap dengan lagak sombong di hadapan orang, sangat mudah untuk dipatahkan hujah yang berjela dengan ayat yang sekerat bila ditentang oleh hujah yang berlimu..
Ramai di antara kita yang bijak pandai, tapi ke arah mana ilmu kita itu telah kita gunakan ?
Adakah untuk mendapatkan gaji semata-mata atau ilmu yang ada itu kita simpan sebagai pekasam di dalam dada masing-masing atau dicurahkan walaupun setitis ke selautan ummah yang memerlukan ilmu dan pengetahuan..
Ramai antara kita yang berilmu, rajin membaca, cemerlang dalam ujian dan sebagainya, tapi masih tidak berjaya dalam kancah kehidupan yang sebenar..
Kenapa ?
Kerana mereka tidak jadikan ilmu itu sebagai satu kelebihan yang boleh dimanfaatkan, lantas mengaplikasikannya dalam hidup..
Allahuakbar...
Dengan kekuasaanMu ya Allah, yang telah menjadikan kami, golongan berusia remaja belia ini golongan yang sentiasa berada dalam kekuatan semangat mental dan fizikal, teguh dengan pendirian serta berjiwa satria, Engkau jadikanlah kami antara belia yang memiliki sifat para syabab di zaman perjuangan para anbia dalam satu dasawarsa gemilang yang telah lama berlalu. Dengan kudrat bersemangat yang telah Engkau kurniakan, semoga ianya kami gunakan untuk kebaikan, untuk menggali serta mencari ilmuMu yang sangat luas, agar kami tidak tergolong dalam golongan-golongan yang terpedaya dan ingkar..
Sebaris kata-kata dari minda konyol yang hina dan tidak terpandang..
Bukalah minda seluasnya, pecahkan benteng kepandiranmu, tegakkan mercu kegemilangan ilmumu wahai sahabat...
Wednesday, September 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment