Saturday, September 24, 2011

Aku cuba.

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan perasaan yang agak tersentuh sejak kebelakangan ini, mungkin inilah yang pernah dialami oleh sahabat para anbia suatu masa dahulu di saat kegemilangan Islam.

Ana lebih suka menamsilkan kisah ini dalam bentuk pengembaraan ( Bukannya cerita GENG Pengembaraan Bermula tu.. )

Suatu hari, member-member gua ajak daki bukit. Kita ada matlamat untuk daki bukit tu.
Jom la kita pegi ramai-ramai, kalau ramai ni best sikit, susah senang kita bersama-sama. Kalau pegi secara individu, kita x tau mungkin ada bahaya yang kita x nampak, tapi orang lain nampak, kalau sorang, kalau kita jatuh, ada kawan yang akan bantu, kalau kita lemah, akan ada kawan yang bagi semangat, bagi minum 100 Plus..

So hari tu gua pun gerak sekali la dengan member-member gua..
Sebenarnya sebelum tu member-member yang ajak tu dah pegi daki bukit tu sebelum ajak gua, sebab bagi gua, masa dorang pegi x ajak gua tu, gua rasa time tu gua belum ready lagi, stamina belum tough lagi. So ekspidisi yang kedua ni dorang ajak gua, mungkin time tu dorang tengok gua sudah bersedia dari segi mental dan fizikal..

So dalam ekspidisi yang kedua tu gua pun join la..
Mendaki agak lama juga, sempat menempuh pelbagai rintangan dalam cabaran mendaki bukit yang agak tinggi. Dalam ekspidisi yang kedua ni, kawan-kawan yang lain lantik gua jadi ketua. Ada gaya ketua kot..

Sampai di checkponit 1.
Alhamdulillah. Gua cuba untuk menjadi ketua yang baik.
Sentiasa memberi peringatan kepada semua ahli ekspidisi itu.

Tapi lama-kelamaan kesibukan hal yang tidak penting semakin membaja dan subur dalam diri. Menikmati keindahan pemandangan dari tempat tinggi dengan panorama dari kawasan bukit yang boleh melihat landskap dunia yang luas menyebabkan gua jadi hilang tumpuan seketika.

Pandanganku terhadap perjalanan sepanjang pendakian kadangkala teralihkan dengan pandangan ke tempat lain, walaupun pada hakikatnya matlamatku untuk sampai ke puncak itu tidak pernah aku lupakan. Tapi gua bukanlah seorang manusia yang punya iman seperti malaikat dan sahabat para anbia. Iman seorang manusia biasa itu terkadang meninggi dan selalu menurun.

Tatkala pandangan serta fokusku terhadap pendakian sedikit tersasar, aku terjatuh.
Aku terjatuh.
Aku tercicir.
Aku terpisah dari member-member yang sentiasa mengikat janji setia untuk menapak ke puncak bersama.

Aku ditinggalkan sebentar.

Aku dibiarkan seketika.

Aku disingkirkan sekejap.

Oh, mungkin ini satu pengajaran untukku supaya tetap objektif kami.

Walaupun terdetik di hati ini untuk berburuk sangka kepada mereka yang memulaukan aku seperti segumpal tanah yang hina di satu hamparan lautan yang luas.

Seketika tatkala aku jatuh tersungkur hina aku mendekam bibir mengunci lidah mematikan lensa mata dari mereka. Biarlah aku dengan duniaku, kamu dengan pendakian kamu.

Agak lama aku begitu.

Biarlah aku begitu.

Aku juga bisa untuk membuktikan aku juga boleh sampai ke puncak menapak sendirian.

Aku cuba bangun dan merangkak.

Menghadapai segala rintangan pendakian sendiri.

Walaupun sesekali terguris dek kelikir.

Mereka yang sudah jauh meninggalkan aku memerhatikan aku dari atas.

Kalau la dia ni jatuh lagi dan mengalami masalah yang lebih besar dari yang sebelum ini, kita semua akan kena natijahnya.

Lebih baik kita selamatkan dia.

Dulu kan dia serombongan dengan kita.

Ok.

Kita bincang dulu.

Aku ditawarkan semula untuk sama-sama meneruskan pendakian bersama-sama.

Aku setuju.

Dan kini, dalam pendakian yang masih jauh dan panjang, kami tempuhi bersama.

Cuma, rasa tersisih itu masih ada dan terasa, mungkin kerana aku tidak bersama menempuhi rintangan yang mereka semua hadapi dalam pendakian secara bersama.

Aku cuba untuk menerima kekurangan yang aku ada.

Aku cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang tidaklah ku anggap baru.

Cuma masih janggal.

Aku cuba yang terbaik.

Untuk sampai dan menapak ke puncak.

Insyallah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...