Wednesday, November 24, 2010

SEMBANG MAT KETAYAP

ALHAMDULILLAH, POST KALI NI X CERITA PASAL AWEK HOT LAGI DAH . .
HEHE
CERIA PASAL LELAKI PULAK . .

JANGAN CAKAP MACAM TU SAHABATKU . .

APA YANG KAMU FAHAM DI SEBALIK MEMAKAI KOPIAH NI ?





HMMMM. . . .

KALAU ORANG PAKAI KOPIAH NI, BIASANYA, NAK TUNJUK DIA TU KUAT PEGANGAN AGAMANYA. TAPI NTAH LA KUAT KE TIDAK. LAGI SATU, ORANG PAKAI KOPIAH NI BIASANYA BUDAK-BUDAK SEKOLAH TAHFIZ, -GENG 'TUAN-TUAN YANG MULIA', HAJI, PAK CIK-PAKCIK TUA, LEBAI, USTAZ DAN . .

ERRR . .

KADANG-KADANG PENGEMIS YANG BUKAN ISLAM PUN PAKAI KOPIAH . .



TAPI BAGI GUA LA, MEMANG AKU TIDAK NAFIKAN LA ORANG-ORANG YANG PAKAI KOPIAH, ORANG-ORANG YANG BAIK, NTAH KENAPA. MUNGKIN SEBAB DIA PATUH AJARAN AGAMA KOT.

NAMPAK BAIK SAJA.

KALAU LA GUA JADI BOS, NAK CARI PEKERJA YANG BAIK, TIME INTERBIU NANTI, KEBETULAN KEKOSONGAN CUMA ADA 1, YANG DATANG INTERBIU 2 ORANG,SORANG PAKAI KOPIAH,SORANG LAGI TIDAK. MASING-MASING ADA KELULUSAN YANG SAMA, SEMUA SAMA.

KALAU X TAU LAGI MACAMANA UNTUK BUAT PILIHAN, GUA TENGOK LA PENAMPILAN MAMAT YANG 2 ORANG TADI TU.

KALAU LA GUA NI BOS YANG PENTINGKAN STAFF YANG JUJUR,AMANAH, GUA PILIH SAJA YANG PAKAI KOPIAH TU. FIRST IMPRESSION GUA TERHADAP MAMAT KOPIAH TU BETTER DARI MAMAT YANG SORANG LAGI . .

SEBAB MAMAT KOPIAH TU BERANI PAKAI KOPIAH, DIA NI MESTI KUAT AGAMA.

HAA . .

TU PENDAPAT GUA LA . .



YANG LU TANYA GUA NI PESAL ?

CUBA LU STORY SAMA GUA APA YANG BEST SANGAT PAKAI KOPIAH NI ?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM . .

FIRST SKALI SAYA NAK BAGITAU, KOPIAH NI ADA AURA TAU.

X KISAH LA KOPIAH MAHAL KE, MURAH KE, WARNA COKLAT KE,HITAM KE, KUNING LANGSAT KE, SAWO MATANG KE . .



AURA ??

MENARIKKK . .

TERUSKAN..TERUSKAN . .



OK, SAYA TANYA DIRECT KE AWAK OK, KALAU AWAK PAKAI KOPIAH, BERANI X PEGI TEMPAT-TEMPAT MACAM KALABUL MALAMI/SNOOKER/KEDAI NOMBOR EKOR ?



EHHH...

MANA LA GUA BERANI KALAU GUa PAKAI KOPIAH . .

MALU LA GUA . .

APA ORANG LAIN CAKAP NANTI . .

BUAT MALU GUA, BAPAK GUA . .



TU SAJA ?

AGAMA X MALU ?



EHHH...

KONFEM-KONFEM LA BIKIN MALU AGAMA KALAU MACAM TU . .!



LAIN LA KALAU GUA PAKAI TOPI BASEBALL NY TU . .

HEHE . .

PEGI MANA-MANA PUN SLAMBER JE DERR . .



HAAA..

TU LA PASAL . .

LAGI 1, KALAU PAKAI KOPIAH NI, DAPAT MELATIH & MENTARBIYAH DIRI SI PEMAKAI TU SENDIRI.

OK, SAYA BAGI CONTOH, SORANG BEKAS BANDUAN YANG SUDAH INSAF, LEPAS DIBEBASKAN, DIA BERJANJI X AKAN JADI JAHAT LAGI WALAU APA CARA SEKALIPUN.

SALAH SATU CARA YANG DIA BUAT, SANGAT SENANG.

PAKAI KOPIAH ??





EK ELLEH?

PAKAI KOPIAH PUN BOLEH 'MENTARBIYAH' EA ?

X TAU PULAK AKU . .



KALAU X CAYA, NANTI KAMU CUBA LA PAKAI KOPIAH, KABO KE AKU APA YANG KAMU RASA.

OK, SAMBUNG BALIK KISAH SI BEKAS BANDUAN TADI.

TADI KAMU CAKAP ORANG YANG PAKAI KOPIAH NI BAIK-BAIK KAN ?



A'AH . .



SI BEKAS BANDUAN NI KAN MAHU BERUBAH JADI BAIK.

DIA PUN ISTIQOMAH UNTUK PAKAI KOPIAH SEPANJANG MASA, UNTUK MELATIH DIRI DIA SENDIRI SUPAYA TERTANAM SIFAT-SIFAT 'ORANG YANG PAKAI KOPIAH' TU DALAM DIRI DIA SENDIRI.

BOLEH FAHAM X ?



BOLEH LA SIKIT-SIKIT . .



OK GOOD.

LAGI 1, PAKAI KOPIAH NI PUN BOLEH DIKATEGORIKAN DAKWAH JUGAK TAU.



ERKKK!

MACAMANA PULAK TU ??



OK, KITA RINGKASKAN CERITA,

DAKWAH TU ADA BEBERAPA KATEGORI, DAKWAH DENGAN PERBUATAN, DENGAN LISAN DAN MACAM-MACAM CARA LAGI.

ZAMAN NABI DULU, RAMAI ORANG-ORANG KAFIR CONVERT JADI ISLAM, SEBAB TENGOK KEPERIBADIAN & CARA HIDUP RASULULLAH SAJA. JUST TENGOK . ADA SATU KISAH, SEORANG YAHUDI NI CONVERT JADI ISLAM HANYA DISEBABKAN MELIHAT GERAK LANGKAH NABI KETIKA MENURUNI UNTA, LANGKAH YANG TERATUR DAN KEMAS. ORANG YAHUDI TU SEKADAR MELIHAT.

HA, SAMPAI MACAM TU SEKALI DAKWAH BIL HAL YANG NABI BUAT.

KALAU DALAM KONTEKS HIDUP KITA ZAMAN SEKARANG NI, DAKWAH DENGAN PERBUATAN TU X PERLU PUN BUAT YANG SUSAH-SUSAH, PAKAI PAKAIAN YANG BERSIH, KEMAS, X SERABUT KALAU ORANG TENGOK. JUMPA DENGAN KAWAN, SENYUM, CAKAP LA 'ASSALAMUALAIKUM,SIHAT KA ?' CUKUP LA . .

NAHH.. KALAU ORANG LAIN TENGOK MACAM TU, KAN NAMPAK ISLAM TU BEST . .

WAA, NI OLANG ISLAM MANYAK BAIK OO, JUMPA GUA PUN ITU MUKA ALA SINYUM MA . .

ITU WORANG MUSLIM SANA, BANYAK BAGOS ADEY, KALAU SILISIH SAMA DIA WORANG, DIA MISTI TUGUR PUNYA..



KALAU BUAT RAMAI-RAMAI LAGI BEST.

PAKAI KOPIAH RAMAI-RAMAI, LEPAS TU BUAT MACAM TADI.

WUII..

GANAS WO KALAU ORANG LAIN TENGOK . .

LAGI-LAGI KALAU MAT-MAT KOPIAH NI YANG KONGKER SATU TEMPAT TU.

SUASANA ISLAM TU MEMANG HIDUP LA. .

SEMUA BAEK SAJA.

BAYANGKAN KALAU SATU TEMPAT TU, SEMUA MAT-MAT GIAN YANG KONGKER, MAT KOPIAH,MAT SURAU,MAT MASJID & MAT-MAT YANG LAIN TU SORANG DUA SAJA YANG ADA.DIBUATNYA YANG SORANG DUA NI PUN BARU-BARU BELAJAR IQRA', MASIH BELUM DAPAT MEMBAWA DIRI LAGI, SURE X LAMA LEPAS TU TUKAR TITLE, DARI MAT-MAT YANG BAIK JADI MAT-MAT YANG X BAIK . .



BERAPA BANYAK MAT DAAA . . .

HEHEHEHE . .

TAPI MEMANG BETUL LA BRO, SUASANA TU BOLEH MEMPENGARUHI SESEORANG.

DULU UNCLE GUA PENAH STORY TELLING SAMA GUA TAU.

DIA CERITA LA SORANG MAMAT NI MAU TOBAT KAN, DIA PUN TANYA LA, KALAU X SILAP DIA TANYA DENGAN NABI KOT, AKU PUN X PASTI LAH.

LEPAS TU, NABI TU PUN BAGITAU LA, KALAU BETUL KAMU NAK BERTOBAT, JANGAN LA DUK SINI LAGI, PINDAH PEGI KAMPUNG HUJUNG TU. SANA ORANG BAIK-BAIK, X MACAM SINI.



ERMMM..

SAYA PERNAH DENGAR CERITA TU.

BEST..BEST..

LAGI 1, DENGAN KOPIAH NI LA ORANG AKAN KENAL YANG KITA NI MUSLIM. SEBAB, SEKARANG NI, ORANG ISLAM & ORANG BUKA ISLAM BUKANNYA BANYAK BEZA SANGAT PUN. RAMAI YANG MENGAKU ISLAM, TAPI HIDUP X SERUPA ORANG ISLAM.

MENGAKU ISLAM HANYA PADA MASA-MASA TERTENTU SAJA, NIKAH, URUSKAN JENAZAH,SOLAT JUMAAT (BAGI YANG INGAT LA).

KITA PERLU BUKTIKAN YANG ORANG ISLAM SENTIASA TEGUH BERPENGANG DENGAN ISLAM YANG SEBENAR DAN KITA NI MESTI TUNJUKKAN YANG ISLAM SENTIASA HIDUP DAN X PERNAH BERUNDUR. DENGAN ADANYA KITA SEBAGAI PEMUDA, PANDULAH MASYARAKAT KITA BERMULA DARI USIA SEKARANG, SEBELUM TERLAMBAT.MASYARAKAT SEKARANG ADALAH CERMIN KEPADA MASYARAKAT YANG ADA PADA MASA AKAN DATANG.

USTAZ SAYA PERNAH BERITAHU, ANTARA 7 GOLONGAN YANG MENDAPAT LINDUNGAN ALLAH DI PADANG MASYAR NANTI IALAH ORANG-ORANG MUDA YANG MENGHABISKAN USIA MUDANYA DI JALAN ALLAH.

SEMOGA KITA YANG LEMAH NI TERGOLONG DALAM KALANGAN MEREKA YANG MENDAPAT LINDUNGAN DARI ALLAH.
APA-APA PUN, SAYA SERONOK DAPAT JUMPA DENGAN KAMU HARI NI. X LA KITA BERBUAL KOSONG KAN, CERITA SIKIT BAB AGAMA. INSYALLAH, SAMA-SAMA KITA AMALKAN YANG BAIK-BAIK SECARA ISTIQOMAH OK.

ILALLIQO SAHABATKU~

4 comments:

  1. Hmmm betul jugak ya..takkan pakai kopiah nak gi kelab malam.....he he...kalau nak jadi glemer leh try...pass tu citer kat kitorang..he he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...