Wednesday, November 10, 2010
WELCOME TO KL !!
السلام عليكم
PE CER NI BRO ?
RILEK..RILEK..RILEK..
NI BIASA LAH, MEMBER2 GUA SEMUA RAJIN BUAT BLOG, SHARE DENGAN MEMBER2 DORANG..
GUA PUN RASA MACAM TERINGIN LA BUAT NOTA MACAM MEMBER2 GUA BUAT TU..
BUKAN APA, SAJA KONGSI STORY DENGAN MEMBER2 GUA..
X SALAH KAN KONGSI STORY..?
GUA SIMPAN SORANG2 BUAT APA, BAIK STORY DENGAN ORANG, MANA LA TAU GUA PUNYA STORY NI BOLEH BUAT READERS TERANGKATTT !!
HEHE
GURAU OK..
DI PERMULAAN KISAH..
INGIN ANA INGATKAN KEPADA DIRI ANA TERLEBIH DAHULU, BAHAWA INI BUKANLAH KISAH BENAR, TETAPI REKAAN SEMATA2, KALAU ADA YANG TERASA, ITU SATU SURATAN ATAU KEBETULAN, CERITA ANA NI SAMA DENGAN SITUASI ANTUM. SEMUA NAMA/KARAKTER/TEMPAT ADALAH REKAAN SEMATA2. JADI ANA DAHULUI DENGAN UCAPAN MAAF OK..
SEKALI LAGI INGIN ANA INGATKAN KEPADA DIRI ANA LAGI SEKALI..
SEMOGA KISAH INI MENJADI PANDUAN/TELADAN/SEMPADAN KEPADA DIRI ANA SENDIRI SERTA ANTUM SEMUA..
" WAALAIKUMSALAM...IJLIS..."
USTAZAH MASUK KE KELAS DENGAN MEMBAWA AURA KETENANGAN YANG SANGAT KUAT..
PELAJAR LELAKI SEMUA TELAH BERSIAP SEDIA DENGAN BUKU TEKS DAN LATIHAN DI ATAS MEJA MASING2 DAN TIDAK KETINGGALAN JUGA PELAJAR PEREMPUAN, YANG SIBUK MEMBELEK KAMUS DWI-BAHASA ARAB-MELAYU..
INILAH ANTARA SUASANA DI DALAM KELAS TINGKATAN 5 IBNU SINA SETIAP KALI USTAZAH FATHIMA MASUK KE KELASNYA UNTUK MENGAJAR SUBJEK BAHASA ARAB TINGGI.
DIPENDEKKAN CERITA, AISYA, SEORANG PELAJAR PEREMPUAN YANG PANDAI DI DALAM KELAS INI SANGATLAH BERMINAT DALAM BIDANG KEUSAHAWANAN. AISYA BELAJAR BERSUNGGUH2 DEMI KECEMERLANGANNYA DALAM PEPERIKSAAN SPM YANG TIDAK LAMA LAGI..
AISYA, SEORANG YANG BERBUDI PEKERTI MULIA, BAIK..( ALAH, MACAM WATAK ANA DALAM FILEM KCB TU LA..)
DIPENDEKKAN CERITA LAGI..
AISYA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG, DAN MENDAPAT TAWARAN BELAJAR DI KUALA LUMPUR DALAM BIDANG YANG DIMINATINYA, KEUSAHAWANAN.
"USTAZAH FATHIMA, SYUKRAN SEBAB BANYAK BAGI TUNJUK AJAR YA..
SAYA DAPAT TAWARAN BELAJAR DI KL, SABTU NI AYAH HANTAR SAYA KE SANA. SAYA AKAN CUBA BAWA IMEJ MUSLIMAH SEPERTI YANG USTAZAH SELALU INGATKAN..ASSALAMUALAIKUM USTAZAH.. :-) "
"KEJAP2, AISYA TENGAH SMS USTAZAH NI, KEJAP LAGI AISYA DATANG YA MAK.."
AISYA MEMINTA EMAKNYA UNTUK MENJAHIT TUDUNG LABUH UNTUK DIPAKAINYA KE KULIAH NANTI..
"JANGAN TINGGAL SOLAT, MENGAJI QURAN, YE NAK..NANTI KALAU ADA MASA LAPANG MAK PEGI LAWAT KAU DENGAN AYAH YA.."
SUDAH TIGA MINGGU AISYA MENJALANI HIDUP DI ALAM KAMPUS..
NAMUN, DIA MASIH BELUM MEMPUNYAI KAWAN YANG RAPAT UNTUK PERGI MAKAN BERSAMA, MEMBUAT STUDY GROUP ATAU KELUAR MEMBELI BARANG KEPERLUAN.
" AISYA, AWAK OK ? DARI TADI ZETY TENGOK AWAK TERMENUNG JE.. IF AWAK ADE MASALAH, STORY LA NGAN KITEORANG, MANE TAU KITEORANG BLEH BANTU.."
AISYA DIAM.
"HMM..OK, XPE..MUNGKIN MINAH TU INGAT MAK DIE KOT KAT KAMPUNG..BIASE LAH...
MINAH KAMPUNG!...HAHAHA"
AISYA SEBENARNYA DENGAR OMELAN ZETY DAN RAKAN2 DI BELAKANG KELAS, TAPI AISYA SAJA BUAT2 X DENGAR..
AISYA SEPI.
PERGERAKANNYA TERBATAS.
SEPERTINYA DIA HIDUP DI DUNIA YANG LAIN.
TIADA KOMUNIKASI YANG BERKESAN.
TIADA INTERAKSI YANG BERLAKU.
"MUNGKIN AKU PERLU BERUBAH"
GETUS AISYA DALAM HATINYA YANG SEDANG BERGOLAK.
"FULLAMAK LU... LEVI'S TU SYA..
NGKO BELI KAT CHOW KIT KAN ?
NGKO LA AWEK MUSLIMAH RUGGED YANG PENAH AKU JUMPE SETAKAT NI !"
"X APA, YANG PENTING AKU MASIH LAGI X DEDAH AURAT AKU. KORANG NAK CAKAP APA PUN, CAKAP LAH.."
AISYA X SELESA DUDUK DENGAN JEANS BARU YANG DIPAKAINYA ITU.DI BERPINDAH KE MEJA BELAKANG KERANA DIA TIDAK MAHU KETIDAKSELESAANNYA ITU DISEDARI OLEH RAKAN SEKULIAHNYA. DARI BELAKANG, AISYA CUMA MAMPU MELIHAT ZETY BERTENTANGAN MATA DENGAN KEKASIHNYA AMIRUDIN, SEMENTARA YANG LAIN SIBUK DENGAN MEMPERBETULKAN MASKARA, IKATAN RAMBUT DAN X KURANG JUGA ADA YANG SEDANG MEMICIT JERAWAT KAWAN SEMENTARA MENUNGGU PENSYARAH MASUK. HANYA AISYA YANG MULA MEMBELEK BUKU DAN MENEKAN KALKULATOR SAINTIFIKNYA PADA PAGI ITU.
" AISYA, MALAM NI ENCIK AHMADI AJAK KITE SATU KELAS PEGI DINNER, DIE CAKAP SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN PENSYARAH BARU DARI SINGAPORE. KO JOIN KAMI OK, NAIK KETE SALLY "
MALAM ITU, AISYA MEMAKAI JUBAH HIJAU YANG DIBELIKAN OLEH MAK SU NYA DI JORDAN, DIPADANKAN DENGAN SELENDANG YANG DIBERIKAN OLEH IBUNYA.
" ALAMAK AISYA, DRESS KO X KENE LAH..
KITEORANG SMUE PAKAI RUGGED, BUKAN NAK PEGI KENDURI.. XPE LAH, NAIK JE..DAH LEWAT NI, NANTI HABIS PULA NASI BERIYANI EN.AHMADI TU.."
SEKALI LAGI, AISYA RASA SEPERTI DISISIHKAN PADA MALAM ITU.
HANYA KERANA PAKAIAN YANG TIDAK SAMA DENGAN KAWAN2 NYA.
"AKU PERLU BERUBAH ! KALAU X, SAMPAI BILA AKU JADI MACAM NI, SEPI MEMANJANG. AKU PERLUKAN BUDDIES UNTUK BERINTERAKSI. "
" HAAA...MACAM NI LAH KAWAN AKU.. KO TENGOK SALLY, BAJU AISYA LAGI LAWA DARI BAJU KO. ROXY TU.."
AISYA MULA MERASA 'BERTEMAN' BILA ZETI SELALU MENDAMPINGINYA BERSAMA KAWAN2 NYA.
DIA MULA MERASA LEGA DAN BERNAFAS KEMBALI.
" X SIA-SIA AKU BELI BAJU ROXY TU, DAPAT JUGAK KAWAN YANG AKU CARI-CARI UNTUK HILANGKAN KESEPIAN NI.."
" EH, AISYA, AKU ADE BELI SELUAR TAU SEMALAM KAT PAVI, CUN SANGAT, TAPI SAYANG AKU X TEST DULU, BILA AKU TRY PAGI TADI, X MUAT LA BEB...AKU RASE AKU NAK BAGI KO JE LA, EKK. PETANG NANTI AKU BAGI"
" ALAMAK..X KAN AKU NAK PAKAI SELUAR MACAM FESYEN ZETY TU..ADUI.."
"ERR..ZETI..AKU BUKAN X NAK TERIMA, TAPI...
" ALAH, X ADE APENYE YANG KO NAK RISAUKAN, FIT SIKIT JE LA.. LAGIPUN TU SELUAR PANJANG LA, BUKAN MACAM SELUAR YANG AKU PAKAI SEKARANG NI, KALAU MACAM NI, X KAN LA AKU NAK BAGI KAU PAKAI.."
DEMI MENJAGA HATI ZETY, AISYA MENERIMA PEMBERIANNYA ITU, DAN MEMAKAI SELUAR ITU APABILA MEREKA PERGI MENONTONG WAYANG ATAU BERJALAN-JALAN DI HUJUNG MINGGU.
" X APA KALAU KO PAKAI MACAM NI AISYA, LAGIPUN BUKAN NAMPAK KULIT KO PUN, TERTUTUP LA..YANG PENTING, KO PAKAI TUDUNG, X NAMPAK RAMBUT. KAMI X KESAH KELUAR DENGAN KO WALAUPUN KAMI X PAKAI TUDUNG, KAMI SUKA LA KAWAN DENGAN KAU, SPORTING.."
AISYA TERASA DIRINYA SEMAKIN DIHARGAI DAN TERHARU DENGAN KAWAN2 NYA YANG SUDI MENOLONGNYA MENAIKKAN SEMULA SEMANGATNYA UNTUK KEMBALI AKTIF DAN CERIA, TIDAK SEPERTI SEBELUMNYA..
HARI DEMI HARI, AISYA SEMAKIN KERAP BERSOSIAL DENGAN ZETY DAN KAWAN2 NYA, SEHINGGA LUPA DENGAN JANJINYA KEPADA USTAZAH FATHIMA SEBELUM DIA BERHIJRAH KE KUALA LUMPUR.
JADI, KESIMPULAN CERITA YANG X BEST NI, IALAH :
1) PERSEKITARAN/ SUASANA MAMPU MEMPENGARUHI KEHIDUPAN SESEORANG, TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN
2) BERHATI-HATILAH MEMILIH KAWAN, DAN TIDAK PERLU MENURUT KEHENDAK KAWAN, MELEBIHI DARI KEHENDAK AGAMA.
3) HATI YANG TIDAK TENANG, SUNYI SANGAT MUDAH UNTUK DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH SYAITAN, MAKA SENTIASALAH MENGINGATI ﷲ DALAM SETIAP KEADAAN UNTUK MEREDAKAN KESUNYIAN.
4) HIDUP DI TEMPAT ORANG, HARIS PANDAI MEMBAWA DIRI, JANGAN SAMPAI HANYUT DI BAWA ARUS.
5) CARILAH KAWAN YANG MEMBAWA KITA KEPADA KEBAIKAN, KERANA ITULAH YANG SEBAIK-BAIKNYA.
6) TIDAK KIRA LELAKI ATAU PEREMPUAN, MENUTUP AURAT ITU ADALAH PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH ﷲ , KENAPA TIDAK SEDIKIT PUN KITA RASA MERASA TAKUT APABILA MELANGGARNYA?
JOM ISTIGHFAR..
Labels:
aurat wanita,
cerpen,
ciri-ciri sahabat,
kejutan budaya,
kisah benar,
minah tudung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah,nice st0ry...smoge menjadi ingatan kpd kite semua...
ReplyDeletenice.. :)
ReplyDelete