Wednesday, August 10, 2011

RAHSIA BAHAGIA


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi barokatuh..

Entah kenapa, aku teringin sangat untuk berkongsi lagu ni dengan kamu semua..




Tonton video ini di Youtube !

Bahagia itu ma'nawi, juga bersifat rohaniah

Rasa senang bukan bahagia, sekalipun ia berharta

Kerana semua itu, bersifat lahiriah

Ia bukanlah hakikat bahagia.



Tenang itulah tanda bahagia

Tiada tenang, akan keluh-kesah

Bila tiada kebahagiaan

Hidup Penuh kepuraan


Mazmumah punca tiada bahagia

Kerana terus mengekalkannya

Hasad dengki, gila dunia

Sombong bongkak merosakkan segala


Carilah tenang, dapatkan bahagia

Cintakan Allah setiap masa

Bila zikrullah dihayati

Barulah bahagia diperolehi





Pertama kali aku dengar lagu ni rasanya zaman-zaman kegelapan dulu..

Zaman sekolah rendah..

Aku x ingat bila aku download video lagu ni & layan terus lagu ni tiap malam sebelum tidur, convert ke 3gp format supaya boleh tengok dalam telefon bimbit selalu..

Kalau cakap kumpulan ni punya populariti, x la setanding dengan kumpulan nasyid yang legend macam Raihan & Rabbani, tapi kumpulan Qatrunnada ni adalah batch pertama ledakan produksi kumpulan nasyid di era kegemilangan industri nasyid yang terus kekal sehingga sekarang ( x pasti aktif lagi atau x sekarang ).

Kenapa saya kata batch pertama ?

Tu kena tanya cikgu sejarah la ok..

Bukan sejarah rundingan Baling atau sejarah kemasukan Jepun ke Tanah Melayu, tapi sejarah industri nasyid di Malaysia..

Insyallah nanti aku akan kongsi sikit-sikit cerita tentang batch-batch kumpulan nasyid tu ok.. :)

Bagi aku, lagu ni cukup berhantu dari segi lirik & penghayatannya.

Lagi 1, aku terasa ada ruh yang menyelinap masuk ke dalam ruangan kosong dalam hati aku.

Itulah ruh keikhlasan yang telah disampaikan oleh kumpulan Qatrunnada melalui lagu ini.

Jelas, mereka menyampaikan wadah Islam melalui medium nasyid ini bukanlah untuk mengharapkan pujaan, pujian, populariti, wang ringgit, peminat yang ramai, liputan yang meluas dan sebagainya.

Apa yang mereka harapkan ialah pendengar dapat menghayati, memahami & mengamalkan mesej yang mereka sampaikan melalui nasyid.

Aku harap, akan terbit semula sinar cahaya kebangkitan lagu-lagu nasyid yang seperti ini untuk menerangi kegelapan dunia di akhir zaman ini, sebagai sebagai satu cahaya yang menyuluh jalan-jalan kegelapan, biar manusia tahu di mana jalan yang betul untuk mereka melangkah.

Monday, August 8, 2011

Susah mereka, susah kita juga, senang kita, senang mereka juga.



Bismillahirrahmanirrahim . .



Rasa terkoling untuk menaip post ini tatkala mata masih lagi mengantuk, memandangkan malam tadi teman belum tidur lagi, tersengguk-sengguk menyiapkan slide show ucapan Ketua Jabatan untuk ucapan dalam perhimpunan yang baru sahaja selesai sebentar tadi.

Perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan bulanan institut.

Namun, rasa tersentuh hari dan hati ini apabila mendengar suara anak-anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin yang dijemput dan diraikan oleh pihak institut untuk menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan dan Eidulfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Video pendokumentasian suasana kehidupan di penginapan mereka dipertontonkan.

Ermm..

Teman sudah biasa nengok tu dalam televisyen.

Tapi, ini bukan kali pertama teman bersemuka dengan anak-anak yatim dan adik-adik yang berasal dari keluarga susah dan kurang upaya.

Ini kali ketiga rasanya..
Kalau x silap..

Semester lepas, sudah pernah beraktiviti di salah sebuah rumah anak yatim.

Selepas selesai program, teman pun men'transfer' gambar-gambar yang telah diambil ketika aktiviti yang kami jalankan bersama penghuni anak-anak yatim.

Kami menyanyi bersama, bermain bersama, membuat mural bersama.

Ermmm..

Rasanya masih belum ada apa-apa perasaan yang menyedihkan lagi.

Tiba-tiba sedang menekan butan 'next' dalam preview folder gambar yang rasanya sedang dalam perasaan boring, teman terhenti di satu gambar.

Melihat dan meneliti gambar tersebut.






Tiba-tiba:

-Timbul perasaan puas hati.
-Timbul perasaan gembira.
-Timbul perasaan simpati.
-Timbul perasaan ingin menemui mereka sekali lagi.
-Timbul perasaan ingin mengeluarkan walaupun seringgit yang ada di dalam poket berhabuk ini untuk dihulurkan ke tangan mereka.

Gambar itu cukup menyedarkan.

Senyuman mereka tanda kegembiraan kerana mereka seronok dengan aktiviti yang kami lakukan, iaitu sukaneka dan beberapa permainan kecil cukup menggembirakan hati yang terkadang rasa simpati kepada nasib mereka.

Memang puas hati melihat mereka dapat mengukirkan senyuman.

Walaupun masih ada yang masih lagi suka untuk menyendiri. Bersedih.

Walaupun penat pada hari itu, ianya hilang tiba-tiba tatkala teman menghayati maksud yang tersirat di dalam gambar tersebut.

Tadi, teman bertugas untuk mengambil gambar ketika majlis perhimpunan bulanan institut berlangsung.

Para penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terdiri dari adik-adik yang berusia 5- 18 tahun, lelaki dan perempuan diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis perhimpunan tadi. Mereka mempersembahkan pukulan kompang, selawat, silat dan nasyid.

Mereka menyampaikan 2 buah lagu nasyid, lagu Barakallah yang dipopularkan oleh Maher Zain dan lagu yang kedua yang teman kurang ingat lirik dan tajuknya.

Cuma..

Liriknya cukup menyentuh qalbu..

Luahan ekspressi suara mereka cukup sayu, walaupun tone/ mood lagu tersebut agak tinggi.




Pertanyaan "Why?" yang mereka laungkan menambahkan lagi sentuhan hati para hadirin yang ada tadi.

Kali ini, teman cukup terkesan apabila mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.



Kali kedua perasaan seperti ini timbul apabila menghadiri sebuah konsert amal yang dianjurkan oleh Munsyid Malaysia bagi mengumpulkan dana untuk kemalangan yang menimpa Rumah Anak-Anak yatim At-Taqwa di Hulu Langat.

Konsert yang mengumpulkan lebih 30 orang penasyid menyanyikan lagu-lagu yang menyedarkan orang ramai tentang kebersamaan kita dalam membantu sesama muslim terutamanya anak-anak yatim, yang juga diselangi dengan deklamasi sajak dan puisi yang cukup sayu.

Kali ini, tiada lagi hijab antara perasaan malu dan para hadirin tadi.

Biarlah air mata yang menjadi saksi akan perasaan yang tidak tertahan menahan sebak mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.

Pedulikah kita dengan mereka ?

Kita perlu pedulikan mereka.

Di sini, teman sertakan link untuk cuba membantu.

http://rumahanakyatim.com/

Basah skrin kamera tadi.

Tapi nasib baik dapat tahan.

Malu jugak rasanya.

Tapi, rasa lain macam pula post cerita macam ni.

Puas, gembira, simpati dan rasa ingin menyeru kalian semua untuk sama-sama menyemaikan rasa kebersamaan kita terhadap mereka yang memerlukan.

Marilah,marilah kita sama-sama membantu.

Saturday, July 30, 2011

Kau Kata Kau Pejuang ...


Kau kata kau Pejuang.


Kau cuma berjuang di mata yang memandang

Kau cuma berjuang untuk perkara yang terpandang

Kau cuma berjuang untuk perkara yang dipandang



Kau kata kau Pejuang.


Kau tidak berjuang dengan sebenar-benar perjuangan

Kau tidak berjuang dengan sepenuh-penuh semangat yang kau laungkan

Kau tidak berjuang atas perkara yang orang kata perkara ringan

Kau tidak berjuang atas perkara yang sepatutnya dijadikan ikutan



Kau kata kau Pejuang.


Kau tidak tunjukkan apa yang perjuangkan itu indah

Kau tidak tunjukkan tampak pejuang pada dirimu sebagai qudwah hasanah

Kau tidak tunjukkan suasana selesa dan permai di luar dan dalam rumah

Kau tidak tujukkan Islam itu sempurna dari beberapa perkara yang kau ambil mudah



Kau kata kau Pejuang.


Tapi kau masih tidak elakkan sikap suka cakap belakang

Tapi kau masih tidak elakkan apa yang kau tentang

Tapi kau masih lakukan kemungkaran yang kau larang di depan orang

Tapi kau masih lakukan apa yang dikatakan jauh menyimpang



Kau kata kau pejuang.


Acap kali kau laungkan seruan perjuangan dengan semangat yang berapi-api

Acap kali kau laungkan seruan kepada umat untuk menyebut nama yang maha suci

Acap kali kau laungkan seruan untuk mengerjakan amal Islami

Acap kali kau laungkan seruan kepada umat agar kembali semula ke jalan Ilahi


Namun pejuang,

Tatkala kau lemah, kau ikutkan kata hatimu

Kau kata "aku lemah" berjuta kali yang kau mahu

Tatkala kau lemah, kau tidak gunakan kekuatan hati sekuat laungan semangat perjuanganmu,

Kau kata "aku sakit, aku tidak boleh buat apa-apa" tanpa ragu

Tatkala kau lemah, kau susahkan semua manusia yang kau tahu untuk selesaikan urusanmu,

Kau kata "kau tolong buat ini dan itu, aku tidak mampu "

Sedangkan kau masih boleh bergerak dengan anggota lain yang keadaannya tidak terganggu,


Tapi pejuang,

Apakah masalah dirimu lebih penting dari masalah ummah ?

Apakah dengan melayan kelemahan itu akan selesai segala masalah ?

Apakah dengan engkau lakukan sebelum tidurmu satu muhasabah ?

Apakah aku sendiri ada ciri dan tampak selayaknya ansarullah dan jundullah ?



Maaf, aku bukan maksudkan sesiapa, sekadar refleksi terhadap diri sendiri..

Monday, July 25, 2011

Rilek sudahhh...

Bismillahirrahmanirrahim ....

Assalamualaikum ...

Lurus kepada titik.
________________________________----> .

" malangnya aku hari ni.... lepas jatuh motorsikal, tangan habis luka, muka habis calar-balar, side mirror yang baru ganti haritu retak seribu, helmet arc yang ori tu dah x lawa lagi sekarang...apalah nasib....."

member2 gua semua, hati-hati dengan statement macam ni !

Silap haribulan, kalau benda macam ni jadi amalan, jadi kebiasaan, jadi sebutan, banyak kesan lanjutan akan datang tanpa miskol atau bagi sebarang iklan.

KENAPA ??

benda-benda macam boleh membawa/mendorong kita berlaku buruk sangka pada Allah.

sambungan:
apalah nasib..... kenapa lah Kau timpakan aku dengan nasib yang sebegini ya Allah....
Kau x sayang aku lagi kah ya Allah.....???"

INI BAHAYA !

siapa tahu, di saat kita sedang berburuk sangka kepada Allah, pada saat itulah juga Allah memanggil kita untuk menemuiNya buat selama-lamanya...

Minta dijauhkan.....

Rasulullah Sallahu Alaihi Wasallam bersabda ;

عَنْ جَابِرٍ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَيَمُوْتَنَّ اَحَدُكُمْ اِلاَّوَهُوَ مُحْسِنٌ بِاللهِ الظَّنَّ فَاِنَّ قَوْمًا قَدْ اَرْدَاهُمْ سُوْءُ ظَنِّهِمْ بِاللهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَذَالِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِى ظَنَنْتُمْ بِرَبِّكُمْ اَرْدَاكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ مِنَ الْحَاسِرِيْنَ)

"Dari Jabir berkata: Bersabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa-sallam: Janganlah sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan berprasangka baik terhadap Allah, sesungguhnya terdapat satu kaum dibinasakan kerana telah berprasangka buruk terhadap Allah Azza Wajalla (sebagaimana firman Allah) "Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka terhadap Tuhanmu, prasangka itu telah membinasakan dirimu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi". (AL-FUSSILAT, 23:41).
H.R Bukhari, Muslim dan Ahmad.

Dalam erti kata lain, apabila sesuatu kesulitan atau kemalangan yang menimpa kita sendiri ataupun apa yang berlaku kepada orang lain, terimalah dengan hati yang terbuka, terimalah dengan redha, terimalah seadanya qada' dan qadar dari Allah, kerana ianya adalah rukun iman yang ke-6, kerana ianya teluh tertulis di dalam lauhul mahfus, kerana itulah ketentuan Allah, kerana itulah kehendak Allah.

Segala yang datang dari Allah itu tidak semuanya berbentuk kesenangan atau nikmat, malah ianya datang dalam bentuk kesulitan atau penderitaan.

TAPI INGAT !

Semua kesenangan dan penderitaan yang Allah turunkan kepada hambaNya tidak diturunkan dengan sia-sia.

Itulah dia ujian kepada kita semua supaya kita benar-benar layak untuk mendiami syurga yang abadi.

Apakah kita layak untuk mendiami syurga jika kita hanya duduk bersenang-lenang hidup di dunia tanpa diberikan sebarang ujian kelayakan untuk menjejakkan kaki masuk ke pintu syurga ?

Melalui kesenangan itu sebenarnya kita sedang diuji...

bersyukurkah kita dengan kesenangan itu...
masih beribadahkah kita kepada Allah apabila mendapat kesenangan itu.....
berbuat baikkah kita dengan kesenangan itu....
bagaimana sifat dan perilaku kita dengan memiliki kesenangan itu.....???

Melalui penderitaan dan kesusahan itu juga sebenarnya kita sedang diuji...

Sedarkah kita apa yang berlaku itu atas kehendak Allah..?
Sedarkah kita apa yang berlaku itu sudah ditentukan oleh Allah..?
Sedarkah kita apa yang berlaku itu sebenarnya ujian dari Allah..?
Bersabarkah kita menghadapi segala kesulitan ?
Redhakah kita apabila ditimpa kesusahan ?
Berusahakah dan berdoakah kita kepada Allah apabila sudah hampir putus harapan ?
Memohonkah kita kepada Allah agar dikuatkan semangat dipermudahkan segala urusan ?


Sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu perkara itu dengan sia-sia..
Mungkin itulah cara Allah menegur kita...
Mungkin kita jauh dariNya..
Mungkin sudah lama kita tidak merinduiNya..
Mungkin sudah lama kita tidak meluangkan masa bersamaNya..
Mungkin apa yang berlaku kepada kita itu adalah supaya kita sentiasa mengingatiNya..
Mungkin.

Belajarlah untuk meredhai apa yang telah berlaku dengan hati yang ikhlas dan terbuka, kerana apa yang berlaku itu bukannya atas kehendak sesiapa, tetapi atas kehendak Allah..




Rileks sudahhh...

Tuesday, May 10, 2011

YA ALLAH ! OMG !

Bismillahirrahmanirrahim.



Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya terdapat perkara yang menyentuh sensitiviti sesuatu agama. Isu yang cuba dilontarkan ini adalah salah satu isu yang sudah lama dibincangkan satu masa dahulu.Penerangan dalam huraian kata setiap ayat ini adalah diadaptasi dari salah sebuah video yang dirakamkan oleh saudara Shah Kirit, seorang pakar dalam perbandingan agama dan saya ubah sedikit mengikut pemahaman saya, sekiranya terdapat kesilapan fakta, mohon tunjuk ajar dari anda semua.

Adakah wajar perkataan God yang terdapat di dalam Bible bahasa Inggeris diterjemahkan kepada Allah dalam Al-Kitab bahasa Melayu ?

Seperti yang kita sedia maklum, perkataan God adalah perkataan bahasa inggeris, dan terjemahannya dalam bahasa Melayu ialah tuhan.

Kata nama khas adalah kata nama yang tidak boleh ditukar ganti atau diterjemah kepada bahasa yang lain, contohnya nama orang, iaitu Asrul. Kata nama khas 'Asrul' tidak akan berubah walaupun diterjemah kepada bahasa yang lain. Contoh ayat :

Ayat dalam BM :Nama saya Asrul.
Ayat dalam BI :My name is Asrul.

Berbeza dengan kata nama am. Ianya boleh diterjemah dalam bahasa yang lain, serta mempunyai perkataan yang sinonim dengannya.
Sebagai contoh perkataan 'budak'. Dalam bahasa Melayu, ianya boleh ditakrifkan sebagai budak lelaki, atau budak perempuan. Budak yang baik, dan budak yang nakal. Budak yang tinggi atau budak yang rendah. Budak yang rajin atau budak yang malas. Ianya satu kata nama am. Ianya bebas untuk diertikan dalam pelbagai situasi, tidak sama seperti penggunaan kata nama khas.Jika sesuatu ayat itu menggunakan kata nama khas yang khusus kepada budak itu, iaitu Abdullah. Apa-apa situasi yang melibatkan penggunaan kata nama khas, ianya adalah dimaksudkan terus kepada si pemilik nama yang berkenaan, iaitu Abdullah. Jika disebut kata nama am dalam konteks terjemahan kata pula, ianya akan menjadi perkataan lain mengikut kepada perkataan dalam bahasa yang berkenaan. Sebagai contoh :

Ayat dalam BM : Budak itu sangat bijak.
Ayat dalam BI : The boy is so wise.

Apa perbezaannya dengan kata nama khas tadi?

Kata nama khas, tetap sama perkataannya walau pada ayat dalam bahasa apa sekalipun, tidak akan pernah berubah.

Kata nama am, akan berubah perkataannya pada ayat yang lain bergantung kepada bahasa yang berkenaan.


Dari penjelasan yang pertama ini, sangatlah jelas bagi kita untuk memahami situasi yang sedang berlaku. Berbalik kepada isu penggunaan kalimah Allah di dalam Al-Kitab. Perkataan Allah itu adalah kata nama khas. Jadi, sekiranya dalam Al-Kitab itu ditulis dengan perkataan Allah, maka adakah sama perkataan Allah juga digunakan dalam Bible ?
Tidak bukan ?
Kerana Bible menggunakan perkataan god. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maksud god ialah tuhan. Kenapa terjemahan di dalam Al-Kitab tidak menggunakan perkataan tuhan, selaras dengan perkataan yang telah digunakan di dalam Bible ?

Hal ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada beberapa pihak yang masih kurang faham tentang kandungan yang terdapat di dalam Al-Kitab.

Saya sendiri tertarik apabila membaca Al-Kitab, dalam perjanjian lama, buku Ulangan bab 5. Dalam buku tersebut, perkataan "tuhan, Allahmu " seringkali diulang.

Dalam buku Ulangan bab 5 ayat 7 hingga 11 sangat menarik perhatian saya.

Sebagai seorang Muslim, saya sangat setuju dengan pernyataan ayat 7-11 tadi.

5:7 Jangan ada padamu Allah lain di hadapan-Ku.

5:8 Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi.

5:9 Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya dan kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku,

5:10 tetapi Aku menunjukkan kasih setia kepada beribu-ribu orang, yaitu mereka yang mengasihi Aku dan yang berpegang pada perintah-perintah-Ku.

5:11 Jangan menyebut nama TUHAN, Allahmu, dengan sembarangan, sebab TUHAN akan memandang bersalah orang yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.



Telah diternagkan konsep mentauhidkan Allah dalam ayat-ayat ini. Konsep tauhid itu bermaksud mengatakan keesaan Allah, tidak ada tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah. Pada ayat ke 8 dan 9 pula disebutkan bahawa, jangan membuat patung yang menyerupai apapun kejadian yang ada di langit, di bumi dan di air, iaitu kejadian yang telah diciptakan oleh Allah. Jangan pula sujud dan menyembah kepadanya, iaitu patung yang dibuat tadi, kerana sangat besar kemurkaan Allah kepada sesiapa yang menyekutukannya kepada yang lain. Sebagai seorang Muslim, saya setuju dengan ayat ini, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang lebih faham dan arif dengan kandungan dalam Al-Kitab ini? Saya mohon supaya diberikan tunjuk ajar dari kalian, supaya tidak berlaku sebarang salah faham.

Pada ayat yang ke 11 pula, larangan diberikan kepada mereka yang menyebut nama Allah dengan sembarangan, kerana, menjadi satu kesalahan di sisi Allah, bagi mereka yang menyebut nama-Nya dengan sembarangan.



Semoga kita sama-sama saling memberi tunjuk ajar dalam hal ini, bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kita sama-sama memerlukan tunjuk ajar dari anda semua yang lebih memahami isi kandungan dalam Al-Kitab, tidak seperti saya yang cuma tahu membaca, tetapi tidak faham dengan sepenuhnya apa yang telah saya baca. Saya mohon sangat-sangat tunjuk ajar dari anda semua.

Tuesday, May 3, 2011

KECOH PASAL OSAMA !

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM~

SUDAH TENTU SELURUH DUNIA TERSENTAK DENGAN BERITA YANG KONONNYA MENGEJUTKAN.

OSAMA BIN LADEN TELAH MENINGGAL DUNIA !



PHEWWW..TAYANGAN EKSLUSIF TU !

TAPI SEBENARNYA TAYANGAN GAMBAR TERSEBUT DIRAGUI, DAN DIPERCAYAI GAMBAR TERSEBUT ADALAH GAMBAR YANG TELAH DIEDIT DARI GAMBAR ORANG LAIN, KEMUDIAN DIGABUNGKAN DENGAN GAMBAR OSAMA BIN LADEN SUPAYA KITA SEMUA MERATAPI DAN BERKATA; TERUK JUGAK OSAMA NI KENA BUNUH KAN....



SAYA PASTI, DENGAN ADANYA GAMBAR KONSPIRASI INI, SELURUH DUNIA MERAGUI KEMATIANNYA, DAN BERANGGAPAN BAHAWA BELIAU MASIH ADA DI SATU TEMPAT YANG TIDAK DIKETAHUI.

SIAPA SEBENARNYA OSAMA BIN LADEN HINGGAKAN BELIAU MENJADI SANGAT POPULAR ?




BELIAU DIKATAKAN DALANG DALAM SERANGAN YANG BERLAKU PADA 11 SEPTEMBER 2001.
NAMUN, FAKTA ITU JUGA SANGAT-SANGAT DIRAGUI DI SELURUH DUNIA, KECUALI MEREKA-MEREKA YANG TELAH DIMOMOKKAN DENGAN PERKATAAN "PENGGANAS", "TERRORIST" DAN SEBAGAINYA, SEKALIGUS MENGATAKAN BAHAWA ISLAM ITU MENGGUNAKAN PENDEKATAN SECARA RADIKAL.

HAL INI TELAH DIGEMBAR-GEMBURKAN OLEH PIHAK MEDIA BARAT DI DALAM FILEM ATAUPUN MEDIA CETAK.



STEREOTAIP ORANG ISLAM/ARAB DALAM SETIAP WATAK KETIKA BERLAKON IALAH MEMEGANG WATAK SEORANG YANG BERSERBAN,BERJANGGUT SERTA MEMPUNYAI SENJATA SEPERTI M-16 DAN PELBAGAI SENJATA BAHAYA YANG LAIN. PERWATAKAN ORANG ARAB/ISLAM DALAM FILEM BARAT PULA ADALAH WATAK SEORANG PENGGANAS, EKSTRIMIS AGAMA YANG DAHAGAKAN MANGSA UNTUK DIBUNUH, UNTUK DITIPU DAN SEBAGAINYA UNTUK MENGABURI MATA SERTA FIKIRAN ORANG LAIN, UNTUK MENGATAKAN BAHAWA ORANG ISLAM ITU ADALAH PENGGANAS, MANAKALA, WATAK YANG MEREKA CIPTA, SEPERTI RAMBO, SUPERMAN DAN 'MAN-MAN' YANG LAIN ITU ADALAH WATAK PERWIRA, PENYELAMAT DUNIA, CINTAKAN KEAMANAN DAN KEADILAN, WALAUPUN KADANG-KADANG IANYA BERSIFAT KURANG LOGIK.
( RAMBO YANG SEORANG DIRI BOLEH MENGALAHKAN BERIBU-RIBU TENTERA MUSUH ).

ADAKAH KITA PASTI, BAHAWA INDIVIDU YANG MELAKUKAN SERANGAN PADA 11 SEPTEMBER ITU MEMANG OSAMA BIN LADEN ?

KALAU KITA SENDIRI PUN MERAGUI FAKTA TERSEBUT, WALAUPUN ADA PIHAK YANG BENAR-BENAR YAKIN AKAN HAL ITU, NAMUN SEHARUSNYA KITA MENGKAJI TERLEBIH DAHULU HAL INI DARI SEGENAP SUDUT, DARI SEGI PRO-DAN KONTRANYA, TIDAK TERIKAT DENGAN SATU BAHAN SAHAJA, SEPERTI AKHBAR DAN APA YANG TELAH DIWAR-WARKAN DI KACA TELEVISYEN SEMATA-MATA.

SEHINGGA ADA PIHAK YANG MEMBUAT PERNYATAAN YANG BERBAU KEGEMBIRAAN ATAS FAKTA KEMATIAN OSAMA INI, KERANA PIHAK YANG BERKENAAN BERPENDAPAT BAHAWA, DENGAN PERGINYA OSAMA BIN LADEN, MAKA BERSIHLAH NAMA ISLAM YANG DILABEL SEBAGAI TERORIS DAN PENGGANAS, WALHAL PERKARA TERSEBUT MASIH LAGI BELUM DIKETAHUI BETUL SALAHNYA, APAKAH BENAR BELIAU YANG MEMBUAT KEGANASAN ITU, DAN SEPERKARA LAGI, ADAKAH BENAR ORANG YANG TERLIBAT DALAM PERISTIWA 11 SEPTEMBER ITU ADALAH ORANG ISLAM ?

BENDA NI, KALAU ADA MASA YANG TERLUANG, BOLEH LA FIKIR-FIKIRKAN KEJAP, KALAU FIKIR LAMA-LAMA, NANTI PENGSAN. :)

Friday, April 22, 2011

1

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم




NOMBOR 1.
TOPIK KALI INI BUKANLAH BERKENAAN DENGAN 1 MALAYSIA.
TAPI BERKENAAN DENGAN TUHAN.
TUHAN YANG 1.
ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA.

JIKA KITA BERTANYA DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN MENGENAI TUHAN, BAGAIMANA RESPON MEREKA ?

MUNGKIN ADA YANG RASA KURANG SENANG.

TAPI ADA JUGA YANG SELESA UNTUK BERKONGSI.

ADA JUGA YANG MEMBERI PENERANGAN DENGAN RUNUT DAN DALAM.
JELAS DAN SANGAT PANJANG.

TAPI LAIN ORANG, LAIN JAWAPAN YANG DIBERIKAN.

ADA YANG BERKATA, KAMI PERCAYA TUHAN KAMI 1, TAPI IA BOLEH MENJELMA MENJADI BEBERAPA JELLMAAN,ERMMM KALAU TAK SILAP 68 ATAU LEBIH..

ADA YANG BERKATA, TUHAN KAMI 1, TAPI DALAM 3 RUPA.

ADA YANG BERKATA MACAM-MACAM LAGI.

DAN SEKALI LAGI SAYA ULANG, WALAUPUN RESPONDEN DARI AGAMA YANG SAMA, JAWAPAN MEREKA TIDAK SAMA.

ORANG MUSLIM SUDAH TETAP AKAN MENJAWAB DENGAN JAWAPAN YANG SAMA, TIDAK AKAN BERUBAH DARI DULU SEHINGGA BILA-BILA PUN.

BERAPA TUHAN KAMU ?

SATU.
DIALAH ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA.

TIADA YANG LAIN.

ALLAH SUBHANAU WATA'ALA TELAH MENURUNKAN SURAH AL-IKHLAS UNTUK MENERANGKAN TENTANG KEESAANNYA KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM DAN SETERUSNYA UNTUK DISAMPAIKAN KEPADA SEMUA, YANG BERMAKSUD :



AYAT YANG PERTAMA :

KATAKANLAH ( WAHAI MUHAMMAD ) ALLAH ITU MAHA ESA.

KATA-KATA "AHAD" LEBIH HALUS DARIPADA KATA-KATA "WAHID", KERANA KATAKATA
AHAD MENAMBAHKAN KEPADA KATA-KATA WAHID PENGERTIAN TIADA SUATU
YANG LAIN BERSAMA ALLAH DAN TIADA SUATU YANG SETANDING DENGAN ALLAH.

MAKSUDNYA, ALLAH ITU MAHA ESA. TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH.
SEGALA MAUJUD YANG WUJUD DI MUKA BUMI SERTA DI SELURUH ALAM SEMESTA INI MENGAMBIL HAKIKAT KEWUJUDAN DARIPADA HAKIKAT KEWUJUDAN ALLAH.
APA YANG KITA LIHAT DI SEKELILING KITA, HAIWAN YANG BERKELIARAN, PEPOHON YANG MERENDANG, OMBAK YANG BERGELORA SERTA MANUSIA YANG BERTEBARAN DI MUKA BUMI INI WUJUD DARI CIPTAAN ALLAH SEMATA-MATA.

TIADA SEBARANG CIPTAAN ALLAH YANG MEMILIKI KEISTIMEWAAN SETANDING DENGAN KEKUASAAN TUHAN, SEPERTI HAIWAN DAN TUMBUHAN YANG MEMPUNYAI KUASA SAKTI DAN SEBAGAINYA SEHINGGAKAN BOLEH DISEMBAH, SEPERTINYA KITA SEBAGAI MANUSIA YANG DICIPTA OLEH ALLAH, MENGETEPIKAN KUASA ALLAH YANG MENCIPTAKAN HAIWAN DAN TUMBUHAN. SEPATUTNYA, SEMBAH DAN TAATLAH KEPADA TUHAN YANG MENCIPTA, BUKANNYA 'TUHAN' YANG TELAH DICIPTA, SEPERTI BATU, HAIWAN, TUMBUHAN DAN PATUNG-PATUNG YANG DIBUAT OLEH MANUSIA SENDIRI.

TIADALAH TUHAN YANG LAIN SELAIN ALLAH, YANG MAHA SEMPURNA DENGAN SEGALA SIFAT-SIFAT YANG TERPUJI, TIDAK ADA BAGINYA SEBARANG KEKURANGAN DAN KELEMAHAN.

ITULAH YANG TELAH DISAMPAIKAN KEPADA NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ALAIHI WASALLAM,

KATAKANLAH BAHAWA ALLAH ITU MAHA ESA.

DAN NABI MUHAMMAD ITULAH PESURUH ALLAH YANG AKAN MENYAMPAIKAN SEGALA APA YANG DISAMPAIKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA'ALA KEPADA KITA SEMUA, MELALUI AL-QURAN SERTA SUNNAHNYA.

AYAT YANG KEDUA :


ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKALIAN MAKHLUK


HANYA KEPADA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA SAJALAH SEKALIAN MAKHLUK BERTUMPU. SETIAP MAKHLUK YANG BERHAJAT AKAN SESUATU, MAKA BERHAJATLAH KEPADA ALLAH, BUKANLAH KEPADA YANG LAIN, KERANA TIDAK ADA KUASA YANG LEBIH TINGGI SELAIN ALLAH, DAN BERHARAP DAN BERHAJAT KEPADA SELAIN ALLAH ITU, SAMALAH JUGA DENGAN MENYEKUTUKAN ALLAH. SUNGGUH DOSA MENYEKUTUKAN ALLAH ITU SANGATLAH BESAR. DITAMSILKAN BAHAWA, ALLAH ITULAH YANG MAHA BERKUASA, YANG PATUT DISEMBAH, YANG SEHARUSNYA KITA INGATI SELALU,TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG, BERSERAH DAN BERTAWAKKAL, NAMUN APABILA KITA MENGETEPIKANNYA,LUPA KEPADANYA,BERHAJAT KEPADA SELAIN DARINYA, MAKA SUDAH PASTILAH KEMURKAAN DARI ALLAH ITU AKAN TIMBUL. SETIAP KEJADIAN ALAM CIPTAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ITU AKAN BERLAKU DENGAN IZINNYA. JIKA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MEMUTUSKAN BAHAWA MATAHARI TIDAK AKAN TERBIT PADA WAKTU PAGI, MAKA MALAM AKAN TERUS BERPANJANGAN. SETIAP APA YANG ALLAH KATAKAN, IANYA PASTI AKAN BERLAKU.

MAKSUD AYAT DALAM SURAH YASIN, SURAH KE-36, AYAT KE-82:

SESUNGGUHNYA KEADAAN KEKUASAANNYA APABILA IA MENGHENDAKI ADANYA SESUATU, HANYALAH IA BERFIRMAN KEPADA (HAKIKAT) BENDA ITU: ” JADILAH ENGKAU! “. MAKA IA TERUS MENJADI.

AYAT YANG KETIGA:

TIADA BERANAK, DAN TIDAK DIPERANAKKAN

MAKSUDNYA IALAH HAKIKAT ALLAH ITU ADALAH HAKIKAT YANG WUJUD ABADI DAN AZALI LAGI. HAKIKAT ALLAH TIDAK DIPENGARUHI OLEH KEADAAN DEMI KEADAAN. DIA MEMPUNYAI SIFAT YANG SEMPURNA DALAM SEGALA KEADAAN. MAKNA PERANAKAN IALAH KELAHIRAN DAN LANJUTAN KETURUNAN. PERANAKAN MERUPAKAN SATU KEWUJUDAN YANG LEBIH SELEPAS KURANG ATAU SELEPAS TIDAK ADA DAN SEMUANYA INI MUSTAHIL PADA ALLAH. PERANAKAN JUGA MEMERLUKAN ISTERI YANG SAMA KEJADIAN. INI JUGA MUSTAHIL PADA ALLAH KERANA ITU SIFAT MAHA ESA ATAU "AHADUN" ITU SENDIRI MENGANDUNGI PENOLAKAN ADANYA IBU BAPA DAN ANAK-ANAK.
JELASLAH BAHAWA ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA ITU TUHAN YANG MAHA ESA. TIADA TUHAN YANG PATUT DISEMBAH SELAIN DARINYA.

KALAU KITA FAHAMI BETUL-BETUL PADA AL-KITAB,
ULANGAN :5 AYAT 1-10,
MENJELASKAN BAHAWA ALLAH ITULAH TUHAN YANG SEBENAR-BENARNYA, TAPI KENAPA MEREKA TIDAK MEMIKIRKAN TENTANG HAL ITU ?

AYAT YANG KEEMPAT:

DAN TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGAN-NYA

MAKSUDNYA IALAH TIADA SIAPA YANG SERUPA DAN SETANDING DENGAN-NYA SAMA ADA DARI SEGI HAKIKAT WUJUD ATAU DARI SEGI HAKIKAT KUASA PENCIPTAAN ATAU DARI SEGI MANA-MANA SIFAT DARIPADA SIFAT-SIFAT ZATIYAH-NYA. PENGERTIAN AYAT INI JUGA MENEGAKKAN KONSEP "AHADU", MALAH MENGUAT DAN MENTAFSIRKANNYA DENGAN TERPERINCI, IAITU KONSEP KEESAAN ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA MENOLAK KEPERCAYAAN WUJUDNYA TUHAN YANG LAIN SELAIN DARI-NYA.


MAKSUD AYAT SURAH KEDUA DALAM AL-QURAN, SURAH AL-BAQARAH, AYAT KE-132.
"DAN IBRAHIM MEWASIATKAN UCAPAN ITU KEPADA ANAK-ANAKNYA, DEMIKIAN PULA YAAKUB,"WAHAI ANAK-ANAKKU! SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMILIH AGAMA INI UNTUKMU, MAKA JANGANLAH KAMU MATI KECUALI DALAM KEADAAN MUSLIM".

KLIK PADA GAMBAR INI:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...