Monday, August 8, 2011

Susah mereka, susah kita juga, senang kita, senang mereka juga.



Bismillahirrahmanirrahim . .



Rasa terkoling untuk menaip post ini tatkala mata masih lagi mengantuk, memandangkan malam tadi teman belum tidur lagi, tersengguk-sengguk menyiapkan slide show ucapan Ketua Jabatan untuk ucapan dalam perhimpunan yang baru sahaja selesai sebentar tadi.

Perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan bulanan institut.

Namun, rasa tersentuh hari dan hati ini apabila mendengar suara anak-anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin yang dijemput dan diraikan oleh pihak institut untuk menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadhan dan Eidulfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.



Video pendokumentasian suasana kehidupan di penginapan mereka dipertontonkan.

Ermm..

Teman sudah biasa nengok tu dalam televisyen.

Tapi, ini bukan kali pertama teman bersemuka dengan anak-anak yatim dan adik-adik yang berasal dari keluarga susah dan kurang upaya.

Ini kali ketiga rasanya..
Kalau x silap..

Semester lepas, sudah pernah beraktiviti di salah sebuah rumah anak yatim.

Selepas selesai program, teman pun men'transfer' gambar-gambar yang telah diambil ketika aktiviti yang kami jalankan bersama penghuni anak-anak yatim.

Kami menyanyi bersama, bermain bersama, membuat mural bersama.

Ermmm..

Rasanya masih belum ada apa-apa perasaan yang menyedihkan lagi.

Tiba-tiba sedang menekan butan 'next' dalam preview folder gambar yang rasanya sedang dalam perasaan boring, teman terhenti di satu gambar.

Melihat dan meneliti gambar tersebut.






Tiba-tiba:

-Timbul perasaan puas hati.
-Timbul perasaan gembira.
-Timbul perasaan simpati.
-Timbul perasaan ingin menemui mereka sekali lagi.
-Timbul perasaan ingin mengeluarkan walaupun seringgit yang ada di dalam poket berhabuk ini untuk dihulurkan ke tangan mereka.

Gambar itu cukup menyedarkan.

Senyuman mereka tanda kegembiraan kerana mereka seronok dengan aktiviti yang kami lakukan, iaitu sukaneka dan beberapa permainan kecil cukup menggembirakan hati yang terkadang rasa simpati kepada nasib mereka.

Memang puas hati melihat mereka dapat mengukirkan senyuman.

Walaupun masih ada yang masih lagi suka untuk menyendiri. Bersedih.

Walaupun penat pada hari itu, ianya hilang tiba-tiba tatkala teman menghayati maksud yang tersirat di dalam gambar tersebut.

Tadi, teman bertugas untuk mengambil gambar ketika majlis perhimpunan bulanan institut berlangsung.

Para penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin yang terdiri dari adik-adik yang berusia 5- 18 tahun, lelaki dan perempuan diberi peluang untuk membuat persembahan dalam majlis perhimpunan tadi. Mereka mempersembahkan pukulan kompang, selawat, silat dan nasyid.

Mereka menyampaikan 2 buah lagu nasyid, lagu Barakallah yang dipopularkan oleh Maher Zain dan lagu yang kedua yang teman kurang ingat lirik dan tajuknya.

Cuma..

Liriknya cukup menyentuh qalbu..

Luahan ekspressi suara mereka cukup sayu, walaupun tone/ mood lagu tersebut agak tinggi.




Pertanyaan "Why?" yang mereka laungkan menambahkan lagi sentuhan hati para hadirin yang ada tadi.

Kali ini, teman cukup terkesan apabila mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.



Kali kedua perasaan seperti ini timbul apabila menghadiri sebuah konsert amal yang dianjurkan oleh Munsyid Malaysia bagi mengumpulkan dana untuk kemalangan yang menimpa Rumah Anak-Anak yatim At-Taqwa di Hulu Langat.

Konsert yang mengumpulkan lebih 30 orang penasyid menyanyikan lagu-lagu yang menyedarkan orang ramai tentang kebersamaan kita dalam membantu sesama muslim terutamanya anak-anak yatim, yang juga diselangi dengan deklamasi sajak dan puisi yang cukup sayu.

Kali ini, tiada lagi hijab antara perasaan malu dan para hadirin tadi.

Biarlah air mata yang menjadi saksi akan perasaan yang tidak tertahan menahan sebak mengenangkan nasib mereka yang tidak senasib dengan kita.

Pedulikah kita dengan mereka ?

Kita perlu pedulikan mereka.

Di sini, teman sertakan link untuk cuba membantu.

http://rumahanakyatim.com/

Basah skrin kamera tadi.

Tapi nasib baik dapat tahan.

Malu jugak rasanya.

Tapi, rasa lain macam pula post cerita macam ni.

Puas, gembira, simpati dan rasa ingin menyeru kalian semua untuk sama-sama menyemaikan rasa kebersamaan kita terhadap mereka yang memerlukan.

Marilah,marilah kita sama-sama membantu.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...