Saturday, July 30, 2011
Kau Kata Kau Pejuang ...
Kau kata kau Pejuang.
Kau cuma berjuang di mata yang memandang
Kau cuma berjuang untuk perkara yang terpandang
Kau cuma berjuang untuk perkara yang dipandang
Kau kata kau Pejuang.
Kau tidak berjuang dengan sebenar-benar perjuangan
Kau tidak berjuang dengan sepenuh-penuh semangat yang kau laungkan
Kau tidak berjuang atas perkara yang orang kata perkara ringan
Kau tidak berjuang atas perkara yang sepatutnya dijadikan ikutan
Kau kata kau Pejuang.
Kau tidak tunjukkan apa yang perjuangkan itu indah
Kau tidak tunjukkan tampak pejuang pada dirimu sebagai qudwah hasanah
Kau tidak tunjukkan suasana selesa dan permai di luar dan dalam rumah
Kau tidak tujukkan Islam itu sempurna dari beberapa perkara yang kau ambil mudah
Kau kata kau Pejuang.
Tapi kau masih tidak elakkan sikap suka cakap belakang
Tapi kau masih tidak elakkan apa yang kau tentang
Tapi kau masih lakukan kemungkaran yang kau larang di depan orang
Tapi kau masih lakukan apa yang dikatakan jauh menyimpang
Kau kata kau pejuang.
Acap kali kau laungkan seruan perjuangan dengan semangat yang berapi-api
Acap kali kau laungkan seruan kepada umat untuk menyebut nama yang maha suci
Acap kali kau laungkan seruan untuk mengerjakan amal Islami
Acap kali kau laungkan seruan kepada umat agar kembali semula ke jalan Ilahi
Namun pejuang,
Tatkala kau lemah, kau ikutkan kata hatimu
Kau kata "aku lemah" berjuta kali yang kau mahu
Tatkala kau lemah, kau tidak gunakan kekuatan hati sekuat laungan semangat perjuanganmu,
Kau kata "aku sakit, aku tidak boleh buat apa-apa" tanpa ragu
Tatkala kau lemah, kau susahkan semua manusia yang kau tahu untuk selesaikan urusanmu,
Kau kata "kau tolong buat ini dan itu, aku tidak mampu "
Sedangkan kau masih boleh bergerak dengan anggota lain yang keadaannya tidak terganggu,
Tapi pejuang,
Apakah masalah dirimu lebih penting dari masalah ummah ?
Apakah dengan melayan kelemahan itu akan selesai segala masalah ?
Apakah dengan engkau lakukan sebelum tidurmu satu muhasabah ?
Apakah aku sendiri ada ciri dan tampak selayaknya ansarullah dan jundullah ?
Maaf, aku bukan maksudkan sesiapa, sekadar refleksi terhadap diri sendiri..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment