Showing posts with label hijrah. Show all posts
Showing posts with label hijrah. Show all posts

Friday, January 18, 2013

MAHU JADI BAIK | Abaikan apa orang kata !

Bismillah, walhamdulillah..

Allahuma solli 'ala sayyidina Muhammad..

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan pembaca yang budiman.

Saya sangat gembira dapat bertemu dengan anda di ruangan ini..

Alhamdulillah syukur walau kita tidak bersemuka.



Antara perkara yang paling ditakuti oleh kita untuk cuba berjinak-jinak dengan sesuatu yang lebih baik ialah akan menerima respon orang lain. Banyak contoh situasi yang biasa berlaku.

1) "Eleh, baru pegi usrah sekali takkan terus jadi ustaz kot..."
2) "Assalamualaikum ustazah baru..sejak bila tukar profession ni..?"
3) "eh, boleh ke ko pegi sini, ko kan dah berubah..."
4) "yelah..orang tu kan dah berhijrah..tak layak berkawan dengan kita yang banyak dosa ni.."

dan macam-macam lagi lah..

Kemudian, kita yang baru mula untuk menuju ke arah kebaikan pula terasa seakan-akan perubahan itu menjadi satu benda yang forbidden, berat, menyusahkan, tidak layak dan sebagainya.

Saya tulis post ni sebenarnya untuk berkongsi sedikit pengalaman rakan-rakan yang telah berkongsi dengan saya dulu.

Seorang adik lepasan SPM pernah cakap.
"bermujahadah itu pahit, sebab ganjaran syurga itu sangat manis!"

Antara pelengkap kepada mujahadah itu ialah pasti adanya halangan yang memerlukan pertahanan dan penentangan, barulah boleh dikatakan mujahadah!

Hijrah dari sesuatu yang baik kepada yang lebih baik pasti memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.

Jika hijrah kita diserang dengan pelbagai respon seperti yang dinyatakan tadi, itu adalah sebahagian kecil daripada halangan yang memerlukan pertahan dan penentangan.

Apa yang perlu dipertahankan ialah ketabahan hati dan semangat untuk terus kepada matlamat asal perubahan, ialah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan patut dan taat dalam menjalankan ketaatan meninggalkan larangan dan melaksanakan perintah dan suruhan.

Apa yang perlu ditentang pula ialah sikap negatif dalam diri sendiri yang jadi halangan utama kepada sampainya kita ke arah penghijrahan yang sudah ditetapkan matlamatnya, iaitu hidup untuk mencari ridho Allah dan ber'amal dengan syariat agama, disempurnakan dengan praktik sunnah Rasulullah SAW.

Kekuatan dan kelemahan yang sebenar ada dalam diri kita. Itulah kekuatan yang dinamakan kekuatan rohani atau spiritual. Kerana itulah Rasulullah SAW menyatakan bahawa jihad yang paling besar bukanlah peperangan, tetapi yang lebih besar daripada itu ialah jihad melawan hawa nafsu yang letaknya di dalam diri kita.

Tetaplah bersabar dengan segala spekulasi dangkal bagi mereka yang gemar kepada diskriminasi muhajirin. Doakan mereka supaya dikurniakan hidayah. 

Dan bersyukurlah kepada Allah SWT, kerana dikurniakan taufiq dan hidayah untuk terus cekal dan kuat untuk berdiri di atas kebenaran dan cara hidup yang disukai oleh Allah. 

Sesungguhnya, antara tanda Allah SWT sayang kepada hambaNya ialah dengan mempermudahkan kepada hambaNya untuk berada dalam kebaikan.

Allah sayangkan kamu yang sedia untuk menempuh apa saja yang datang hanya kerana ingin menggapai ridho Allah SWT.

Sirah terdahulu telah banyak mengisahkan kepada kita akan kisah orang-orang yang mati dibunuh dan hidup tersiksa hanya kerana mempertahankan aqidah mereka untuk mengesakan Allah SWT daripada mati dalam kekufuran.

Bilal bin Rabah, terus menyebut keesaan Allah SWT walau dihambat dengan cemeti, diletakkan batu yang berat di atas perutnya dan dibaringkan di tengah padang pasir dalam keadaan panas terik.

Sumaiyah, dibelenggu segala anggota kerana beriman kepada Allah SWT. Dia dipaksa untuk meninggalkan Islam oleh Abu Jahal. Namun dia enggan. Matinya Sumaiyah dalam keadaan dirinya tetap mengesakan Allah SWT.




Zainab Al-Ghazali, seorang tokoh muslimah pada zaman kegemilangan Islam di Mesir bersama gerakan Ikhwanul Muslimin. Dia dipenjara dan diseksa hanya kerana penglibatannya bersama-sama dengan Ikhwan.


Syeikh Ahmad Yassin, tokoh ulama' yang memimpin gerakan pembebasan Palestin, HAMAS syahid dibedil dengan peluru berpandu hingga pecah tengkorak kepalanya dan terkeluar otaknya. Israel yang tergugat dengannya bertindak untuk membunuhnya sebelum terbit fajar.

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, tokoh pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin yang berjaya melaksanakan gerakan da'wah dengan bersungguh-sungguh hingga ceramahnya mampu menghimpunkan ratusan ribu manusia untuk mendengarnya. Beliau syahid dibunuh dengan perancangan yang sangat rapi, kerana ada pihak yang tergugat dengannya dan juga usaha da'wah yang dilakukannya sangat mempengaruhi orang ramai.


Sir Malcom X, tokoh Islam di Amerika Syarikat yang berkulit gelap dipenjarakan atas pelbagai tuduhan, hanya kerana mempertahankan kebenaran Islam dan Al-Quran. Diberikan dengan pelbagai gelaran yang tidak baik. Kesungguhannya menyebarkan Islam dalam komuniti masyarakatnya. Beberapa cubaan membunuh beliau dilakukan, antaranya dibaling dengan bom. Kematiannya berlaku kerana tembakan yang dikenakan ke atasnya ketika sedang berceramah.

Lihat sendiri bagaimana kehidupan orang yang memperjuangkan Islam itu sendiri sangat memerlukan mujahadah yang tinggi. Bukan mudah untuk mendapatkan ganjaran syurga dan keridhoan Allah SWT, kerana ia memerlukan kesungguhan untuk mendapatkannya, memeliharanya dan mempertahankannya.

Jika kita mula mendekatkan diri kepada Allah, kita dicemuh, diejek, diperlekehkan, itu hanyalah ujian yang sangat sedikit untuk dibandingkan dengan mereka yang diseksa dan menemui ajal hanya kerana ingin mempertahankan dan memperjuangkan aqidah dan Islam itu sendiri.

Asah senjata kita untuk melawan kelemahan yang ada pada diri kita dengan menyucikan hati, tajamkan sepenuh penyerahan diri dan hidup kepada Allah SWT dan insyaAllah dengan kekuatan rohani yang dimiliki itu mampu untuk dijadikan sebagai bekal untuk menghadapi rintangan dan halangan untuk kita terus melangkah dan menyempurnakan hijrah yang kita telah tetapkan matlamatnya itu untuk tercapai.

Berusahalah !


Wednesday, February 29, 2012

Apa salahnya kalau aku begini ?



huhhh...

ekspressi keluhan sedikit kecewa dengan tindakan beberapa individu yang sangat mengecewakan.



bersabar, senyum dan berdiam diri.

hanya itu jawapan yang paling sesuai untuk mengelakkan berlakunya pertikaman lidah yang tidak diinginkan oleh setiap insan yang berfikiran matang dan terbuka.

Bukan tidak boleh untuk berbahas atau mengeluarkan hujjah masing-masing, cuma buat masa ini, masih atau boleh dikatakan terlalu ramai orang termasuk aku sendiri rasanya perlu belajar dan memperhalusi semula rukun yang 6 dan 5.

huhhhh..

apa lagi yang aku boleh katakan..
jika inilah persepsi orang kepada orang yang hanya melaksakan tuntutan sebagai seorang hamba kepada sang pencipta yang dikecam dan diajukan pelbagai spekulasi sumbang yang tidak berasas sama sekali.

cukuplah aku hanya menjawab soalan-soalan yang penting yang rasanya lebih mudah untuk kami berbual pada waktu itu. Tidak molek kiranya berbahas sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan jika tidak disertakan dengan ilmu dan kefahaman yang mantap.

kerana itu perlunya ilmu, pengetahuan serta kefahaman yang jitu jika ingin membawa sesuatu hujah dan pernyataan. Bukanlah tuduhan konyol yang tidak berasas, disokong dengan dorongan nafsu, disertai dengan sedikit rasa ego dan bangga diri, walhal perlu diingat akan kebanggaan akan kejayaan itu tidak datang tanpa izin dan redho Allah.

Mungkin Allah izinkan untuk kita buat sesuatu dan mencapai/menikmati sesuatu, tapi kita tidak pasti, samaada Allah redho atau tidak..

Semua perkara di dunia ini tidak lari dan tidak akan dapat mengelak daripada mengalami dan melalui perubahan, kecuali perubahan itu sendiri yang tidak akan berubah.

jika diamati dan diperhalusi fitrah hidupnya manusia, sepanjang hidup perlu menjadi hamba kepada sang pencipta, kerana hal itu telah dijelaskan di dalam Al-Quran, tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu ?

Fahamkah kita konsep ibadah itu sendiri ?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oh tidakkk.... ibadah bukan seperti itu...

ibadah tidak khusus di masjid saja...

ibadah bukan sekadar menggentel butir-butir tasbih saja...

ibadah bukan setakat memelihara janggut, berserban, berjubah dan menjadi ustaz/ah saja....

ianya lebih BESAAAAAAAAAR dari itu !!!!!!!!!!!!!!!

HIDUP INILAH IBADAH YANG SEBENAR.

kerana ibadah kita diciptakan.

kerana untuk mengabdikan diri kepadaNya Dia menciptakan kita..


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Surah Az-Zariyat | 51:56


pernahkah terdetik di hati kita untuk menyedari hal ini?

aku sendiri seringkali lupa untuk bermuhasabah walaupun gamaknya seperti seorang yang sudah penuh ilmu di dada untuk menuliskan post yang seperti ini.

aku mengaku aku Islam, tapi sudah benar-benar utuh kah Islamku itu ?

"aahhhhh.... perlukah aku jawab semua persoalan ngko nih...???
bajet ahli syurgaaaaa !!"

memang.....
memang tidak dinafikan akan adanya golongan-golongan penakut yang cuma bercakap begini lebih-lebih lagi di zaman ICT ni.

Cakap dalam internet, fb, blog, twitter, friendster,myspace,tagged (kalau masih wujud lagi la benda-benda ni) memang kencang laa...

Tapi bila jumpa depan-depan kenapa senyap ?

memang.....
memang begini lah normanya da'wah..

harusnya ada yang menentang..

begitulah yang berlaku dari zaman para anbiya dulu.

namun yang berlaku dulu jauh lebih teruk dari ini..

kalau para dai'e hari ini hanya dimaki hamun dalam fb, pun sudah melatah, menangis dan meratap, belum sampai tahap direjam dengan batu, hingga mengalir darah, direjam dengan najis, ditangkap dan diseksa, belakang badan disikat dengan besi tajam yang panas dan sebagainya..


kerana itu teman, harusnya punya kesabaran yang tinggi, tarbiyyah yang utuh, keyakinan terhadap Allah itu tidak berbelah bagi..

perlunya kita persiapkan diri dengan pelbagai bentuk ancaman dan tentangan dari pihak yang cuba untuk memadam dan melenyapkan sinar cahaya kegemilangan Islam...

Apa yang menyedihkan teman, pihak yang sedang berusaha menghalang akan maraknya nur kegemilangan Islam itu adanya daripada orang-orang Islam sendiri...

aduhhhhh....

perlu berusaha dengan lebih keras lagi teman...

Aku agak terkilan baru-baru ini, seorang sahabat yang kiranya cuba mengecam aku dengan satu frasa yang berbau amaran dan tegahan..

::: JANGAN :::

JANGAN berustaz-ustaz kau di sana ok !

JANGAN post macam-macam dalam fesbuk kau tu !

JANGAN ikut-ikut orang yang Islamik di sana tu !

"student macam kau ni lah, bila belajar di tempat lain terus berubah, ikut-ikut benda yang x baik.."

hmmmmmm.....

[tengok tajuk post]










dalam hati aku..

ini saja yang yang ada...



Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)

Surah Ali-Imran | 3:200


mungkin dia belum faham lagi kenapa perlunya ada kesedaran tentang pentingnya menegakkan syiar dan mengembalikan izzah Islam itu sendiri..

Inilah antara kesan yang timbul apabila kita hanya faham Islam itu cukup sekadar untuk solat, membuat masjid, berarak ketika maulidur rasul, menyambut hari raya, berpuasa, naik haji, dan...memakai songkok ??

Sudahlah tu...

Biarlah aku begini..

Tiada yang rugi pun..

Jangan kerana kepentingan tertentu, benda baik pun jadi ancaman yang saaangat besar..

Satu lagi aku terlupa, bersyukur tu bukannya kepada makhluk atau pihak-pihak yang tertentu, tapi bersyukur lah kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Makhluk tidak dapat apa-apa melainkan dengan izin dan pemberian daripadaNya..

ITU HARUS KAU INGAT !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...