Allahumma solli 'ala Muhammad.
Assalamualaikum rakan pembaca semua,
Para guru dan ulama', mohon tunjuk ajar diri yang jahil ini,
Rakan-rakan, aku perlukan sokongan dan dokongan kalian,
Para sahabat-sahabat hawariyyun, teman-teman dai'e,
Kombinasi qiadah perjuangan dan seluruh jundi yang menjadi tonggak dan nadi perjuangan habibina Rasulullah, Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam..
InsyaAllah, Alhamdulillah, semoga tulisanku pada hari ini sama-sama menjadi peringatan dan renungan kepada diri saya khususnya yang pertama sekali membaca dan menulisnya sendiri, sungguh peringatan ini sememangnya ku tujukan khas buat diri yang sering pelupa dan alpa, seterusnya buat teman-teman, semoga kalian mengingatkan aku semula, kerana sifatku sebagai manusia sering lalai dan leka, kerana itu aku abadikan peringatan ini di sini, dengan harapan aku dapat memberi peringatan, dan teman-teman semua dapat mengingatkan aku.
Teman,
Jangankan lelah bila melangkah, insyaAllah segala yang kita buat kerana Allah adalah ibadah.
Teman,
Jangankan bosan bila seruanmu tiada balasan dan sambutan, kerana itu saja takat yang kita kerjakan, soal hidayah dan petunjuk itu Allah azza wajalla empunya urusan, buatlah yang terbaik olehmu teman.
Teman,
Jangankan dihitung segala apa yang kau keluarkan, kerana itulah tanda taqwa dan iman, orang yang memiliki kepunyaan diinfaqkan di atas jalan yang diredhoi Tuhan, insyaAllah balasannya kelak tidak sembarangan.
Teman,
Jangankan merasa payah dan mengah jika hidupnya tiada yang indah, kerana ganjaranmu kelak pastinya syurga yang nian indah hasil dari jerih lelah engkau bersusah payah.
Teman,
Jangankan hatimu dibiarkan bertitik noda hitam nan bertambah dan membiak, anggap saja bila mana setiap apa yang kita kerjakan bertemu kegagalan, antara sebabnya mungkin kerana dari diri kita seorang yang berhati kotor dan tiada takutnya pada Tuhan.
Teman,
Jangnkan pernah berifikir untuk berhenti melangkah di atas jalan ini, bila mana engkau temukan kebuntuan dan tribulasi sepanjang berjalan, kerana ia adalah sebahagian dari pelengkap kepada juzuk dan rukun sepanjang kaki engkau langkahkan di atas landasan perjuangan, kerana tanpanya maka gugurlah salah satu pelengkap dalam perjuangan, apalah makna perjuangan ini tanpa ujian dari Tuhan, kerana itulah perlunya jihad dan pengorbanan, kepentingan jiwa dan badan diketepikan, segala kepunyaan didahulukan, kerana tiadalah hasil diperolehi tanpa berlelah-lelahan.
Teman, begitulah segalanya yang kau rasa tiada kesenangan dan kemanisan di atas dunia yang hanya sebagai medan ujian dan kehidupan sampingan, padahal Allah sedia memberikan balasan yang tiada bandingan di masa hadapan yang waktunya kekal tiada batasan.
No comments:
Post a Comment