Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh..
Sempena tahun baru 1433 Hijrah, Masjid Al-Azim, Pandan Indah menjemput seorang penceramah tersohor di alam siber dan di lapangan majlis ilmu di masjid-masjid seluruh Malaysia, Ustaz Azhar Idrus dijempun untuk memberi pengisian sempena sambutan tahun baru di masjid berkenaan. Alhamdulillah, aku yang telah bersedia dua hari yang lepas untuk datang akhirnya diizinkan Allah untuk menjadi salah seorang daripada insan yang bertuah untuk sama-sama menerima simbahan ilmu dari beliau. Dianggarkan puluhan ribu muslimin dan muslimat yang hadir memenuhi segenap ruangan masjid dan tetap bersabar menunggu walaupun beliau sedikit lewat sampai ke masjid kerana ada sedikit masalah di dalam perjalanan.
Sementara menunggu Ustaz Azhar sampai, aku mencari port yang paling selesa dan strategik dengan meja si penceramah, kerana aku ada misi sampingan yang lain selain dari menimba curahan ilmu, kerana aku ingin membidik shutter Nikonku :)
Di sebelahku duduk teliti membaca seorang pakcik yang umurnya ku jangkakan sekitar 40-an, kerana sudah ada sedikit keputihan pada rambutnya. Kalau tidak silap, beliau sedang membaca majalah Solusi yang baru saja dibelinya di gerai yang letaknya bersusun panjang di dataran belakang masjid.Aku menjeling sedikit isi kandungan muka surat yang sedang dibaca olehnya. Aku tertarik dengan satu karikatur dengan headline yang menarik, " Majoriti Taqwa". Karikatur tersebut menggambarkan satu bilik mesyuarat.Sedang duduk di kerusi persidangan, para ahli korporat yang berbaju hijau, ada yang berserban dan berkopiah putih, dan di tepi pintu sebelah luar bilik mesyuarat, sedang bersiap-siap untuk masuk seorang lagi ahli sidang mesyuarat yang mengenakan kot berwarna biru tua dan berbaju kemeja putih. Bersiap-siap untuk memakai songkok sebelum masuk ke dalam bilik mesyuarat.
Dari aku sendiri, hal ini terjadi di dalam kampus aku. Maksudnya dalam ruang siber kampus aku. Harap-harap benda ni akan benar-benar terjadi di dalam dunia nyata.
Ramai antara member-member aku suka mengongsi, membuka satu topik yang boleh dibincang baik buruknya, membuat post dan status yang bersifat da'wah dan muhasabah dan bermacam-macam lagi kandungan yang berunsurkan kerohanian dan da'wah disemarakkan di dalam ruangan laman sosial facebook oleh kawan-kawan aku yang sangat peka dengan isu semasa di dalam dan luar kampus.
Masih ku ingat lagi, setiap isu-isu nasional yang timbul akan dilontarkan terus keprofile masing-masing ataupun di dalam group tertentu, seperti isu murtad, tatacara pemakaian yang betul dalam Islam, halal haramnya makanan yang dimakan, ukhuwwah fillah, rasa kebersamaan dan kesedaran seluruh umat Islam terhadap isu Palestin, respon serta pandangan masing-masing tentang konflik yang berlaku di Asia Barat, khususnya revolusi-demi revolusi yang berlaku di sana serta menghuraikan kepincangan dan kekejaman pemimpin diktator yang berjaya ditumbangkan, isu yang tidak pernah selesai, isu artis Islam yang tiada kesedaran tentang agama, serta tidak ketinggalan ada yang suka bermain dengan isu-isu panas di dalam negara yang melibatkan isu-isu politik, undang-undang serta sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Semua itu merupakan salah satu perkembangan yang positif dan tidak ketinggalan juga boleh mendatangkan kesan negatif sekiranya tidak dilaksanakan dengan baik individu yang terlibat. Kesedaran kawan-kawan aku tentang semua yang aku sebut di perenggan atas semakin meningkat, bahkan, kawan-kawan aku yang sebelum ni langsung tidak pernah ambil tahu pun tentang isu-isu yang lain selain daripada tugasan dari pensyarah, ko-kurikulum, kuliah dan sebagainya sudah mula menjinakkan diri dalam isu-isu berkenaan dan mula membuat dan memberi pandangan sendiri berkenaan sesuatu isu, serta tidak ketinggalan mula menunjukkan kecenderungan untuk kembali kepada fitrah asal manusia, untuk kembali semula kepada agama sebagai jalan penyelesaian yang terbaik untuk setiap masalah yang dihadapi.
hal ini sebenarnya sama dan tidak jauh bezanya dengan karikatur sidang mesyuarat yang telah aku sebutkan tadi. Komuniti yang majoritinya suka kepada sesuatu akan mempengaruhi komuniti yang minoriti. Aku cuba tegaskan di sini bahawa, di dalam dunia siber budak-budak kampus aku, alhamdulillah, setakat ni, majoritinya dikuasai oleh pengguna-pengguna laman sosial yang bersifat Islamik dan cenderung ke arah itu. Aku sangat berbesar hati dan berbangga dengan semua yang terlibat, dan aku harap, diri aku sendiri dan semua kawan-kawan yang lain untuk terus menyemarakkan budaya positif ini dan bersama-sama kita merealisasikan segala hasrat kita yang telah kita tulis dan lemparkan di dalam profile dan group yang kita ada. Aku suka ulang semula terjemahan ayat al-Quran ni :
" sangat besar kemurkaan Allah sekiranya kamu tidak lakukan apa yang telah kamu katakan "
Revolusi di Mesir mengajar kita bagaimana dengan laman sosial seperti facebook dan youtube sangat membantu dalam memastikan revolusi Mesir terus berjalan dan akhirnya membuahkan kejayaan. Tidak sampai beberapa jam, dengan membuat satu event di dalam facebook sahaja sudah dapat mengumpulkan berjuta-juta rakyat Mesir untuk turun ke Dataran Tahrir, inikan pula dengan jumlah rakan kita yang ramai, tidak mustahil tiada yang membaca dan melihat apa yang telah kita tuliskan di dalam profile kita.
Teruskan !!
Saturday, December 3, 2011
Suara Komuniti ........
Labels:
islam,
laman sosial,
majoriti taqwa,
media alternatif,
media baru,
revolusi mesir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment