Saturday, December 3, 2011

ask yourself 1st !

Bismillahirrahmanirrahim ~

Assalamualaikum warohmatullohi wabarokatuh :)

Biasanya kita akan jumpa soalan ini ketika peperiksaan.
Betul kan ?
Ataupun ustaz/ah tanya kita di dalam kelas.
Ataupun kawan-kawan saja test kita.
Ataupun ..
tidak.

Kita pernah tanya pada diri sendiri ??



Ini soalan senang !

Tanya LPM berapa juta pelajar yang dapat A1 subjek Pendidikan Islam PMR/SPM .

Raaaaamai sangat !

Tapi sekadar lulus exam dan dapat A1 tu x menjamin apa-apa selagi ilmu yang ada tu tidak diamalkan.

Ahhh..
Sudah berapa kali aku post dalam facebook, tapi aku sangat suka untuk mengulang pepatah arab ni yang aku belajar semasa tingkatan 3 dulu. Subjek bahasa Arab yang diajar oleh Ustazah Salwaniah :)

"ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah "

maksudnya, sebaik-baik kita sebagai seorang manusia yang hidup di dunia ini memberi manfaat kepada orang lain dan juga diri sendiri, tidak sekadar hidup untuk meneruskan hidup sendiri. Seperti pohon, kita mengharapkan sesuatu pohon yang kita tanam itu membuahkan hasil, seperti buah-buahan yang lazat. Jika pokok itu tidak menghasikan buah, makan pokok itu secara langsung tinggal sebatang begitu sahaja menunggu tiba saat kekeringan dan akhirnya jatuh menyembah bumi.

kita sebagai manusia pula, kalau berilmu dan mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupan, insyallah ianya akan menyebarkan kebaikan kepada seluruh alam, seperti membantu orang dengan ilmu yang ada,kita bekerja dalam bidang masing-masing, ada ilmu dalam bidang biologi, kita memberi manfaat dalam bidang kedoktoran dan sebagainya. Apa pula jadinya bila kita ada ilmu, tapi ilmu itu kita simpan dan cukup sekadar ianya tertulis di dalam slip keputusan peperiksaan semata-mata, tidak diguna dan diamalkan di dalam kehidupan seharian. hidup tidak bermakna, hanya menjadi seoarang daripada orang lain.

sungguh kukuh dan tidak dapat disangkal lagi buktinya pada hari ini.
ramai yang berilmu tapi tidak hidup bersama ilmu.
ramai yang mengaku dia Islam, tapi tidak hidup dengan Islam.
ramai yang mengaku dia beriman, tapi tidak hidup bersama iman yang mereka akui.

apa sebenarnya makna semua rukun iman untuk kita pada hari ni ?
adakah cukup untuk sekadar mengetahui dan boleh menyenaraikannya dengan baik tanpa tertinggal 1 rukun iman pun.

sebut boleh.

senaraikan boleh.

jelaskan boleh.

cuba buat.

err..

macamana tu ?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...