Thursday, July 5, 2012

Aku bukan Ustaz/ah. Apa yang aku boleh buat untuk Islam?



 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah..

Ada juga ruang untuk berkongsi.
Aku bukanlah seorang yang hebat di pentas ceramah.
Aku bukanlah seorang yang petah berbicara di kaca televisyen.
Aku juga bukanlah seorang yang ligat untuk menulis bahan bacaan yang baik.

Tapi aku cuba untuk berkongsi sesuatu.

InsyaAllah dengan sedikit perkara yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca dan seterusnya dijadikan wadah untuk membangunkan ummah..

Aku sangat tertarik dan berminat untuk cuba membangunkan dan menterjemahkan semangat para siswa/i muda yang ghairah untuk menjadi mubaligh yang menyemarakkan suasana dan ruh Islam di tempat pengajian masing-masing. Walhal, tidak semua di antara mereka merupakan mahasiswa/i pengkhususan agama Islam. 

Maka dengan itu, masih ramai yang tercari-cari wasilah untuk mencuri sedikit ruang bagi menyalurkan usaha untuk menyampaikan mesej Islam, tapi tidak menemui jalan ke arah itu.

Oleh sebab itulah, dengan sedikit pengalaman yang ada, aku cuba untuk kongsikan kepada anda semua :) 

(berapa kali ulang daaa..)

Ok, mula-mula sekali, tanya diri kita: 

# apa aset peribadi yang kita ada ?
# apa kemahiran yang kita ada ?
# apa pengalaman yang kita ada sebelum ini ?
# apa perkara yang kita minati ?

mungkin cukup setakat itu.

aku ulang lagi sekali, ini sekadar perkongsian dari pengalaman ya, bukan teori ..

# apa aset peribadi yang kita ada ?

Student biasanya akan ada aset seperti ini :
- Laptop
- Printer
- DSLR/Digital Camera
- Motorsikal
- Kereta
- Smartphone
- External Hardisk
- Bahan bacaan (buku/akhbar/tabloid dll)
- Telefon bimbit biasa
- Handycam

ok, mungkin ini yang asas, tidak semua yang ada, tapi mungkin kita boleh saling melengkapi kan?

aku cuba simpulkan, gadjet elektronik yang boleh menyimpan data atau boleh dikongsikan dengan orang lain sangat memberi manfaat dan peluang untuk menyebarkan sesuatu. 
Sangat mudah, dengan cara meminta untuk memberi, atau menawarkan untuk memberi.
Contoh situasi :

" Mat, aku nak copy movie dari kau boleh ? lepas tu aku bagi la kau aku punya .."

Ada kamera ?
Suka snap gambar ?
Itu satu hobi yang sihat dan dengan kamera itu kita secara tidak langsung boleh mencelah antara ramai-ramai geng kamera yang ada. Kalau tiada kamera, masakan boleh join sekali kan?

Dengan berbekalkan kamera yang ada, sedikit kesungguhan untuk cuba meluaskan jaringan, dan yang paling penting "aku bukan saja-saja main kamera, tapi aku cuba untuk mendekati orang ramai, menyesuaikan diri dengan orang lain dan cuba untuk memberikan manfaat dari kamera ini kepada orang lain. Bila sudah dapat memenangi hati dan disenangi oleh orang lain, dari situ benih untuk menyampaikan sedia untuk ditanam dan disuburkan. "

Otai kamera kita pernah menerima soalan berkaitan dengan fotografi :


Actually dengan aset yang kita ada ni lebih sesuai untuk dikatakan sebagai alat untuk mencuri hati orang lain terlebih dahulu sebelum mula menceburi proses yang seterusnya, iaitu menyampaikan mesej sebenar yang kita ingin sampaikan. Lebih kepada memberi manfaat dan kebajikan kepada orang lain. Contohnya membawa dan membantu orang lain dengan kenderaan milik kita.

 # apa kemahiran yang kita ada ?

Ok, seterusnya ialah kesinambungan dari soalan pertama tadi. Mungkin ada yang mempunyai aset yang banyak, tapi tiada kemahiran, cukuplah sekadar membantu dari aset yang ada dan kemudian berusaha untuk memperluaskan dan belajar pula kemahiran yang perlu dikuasai.

satu bonus yang berlipat kali ganda sekiranya kita ada aset yang banyak, kemudian melalui aset itu kita dapat hasilkan sesuatu output yang bermanfaat. Apa kemahiran yang student ada biasanya ?

- Photoshop
- Edit video
- Berpidato
- Menulis
- Melukis
- Bersukan
- Bermain alat muzik/nyanyian
- Berbahasa Isyarat


Biasanya dengan kemahiran ni, student akan apply untuk menjayakan program persatuan/organisasi. Kalau tidak pun, untuk kepuasan sendiri dan memang tu hobi mereka..hehe..

Kalau persatuan buat program/aktiviti, pastinya memerlukan publisiti yang meluas untuk memberitahu akan sasaran tentang program berkenaan. Photoshop sangat berperanan dalam menghasilkan poster yang gempak dan montaj juga diperlukan untuk mempromosikan program berkenaan. Di situ kemahiran menggunakan software sangat diperlukan. 

Bukankah dengan kemahiran saja boleh memberi sumbangan yang besar kepada Islam ?
Besar kelebihannya kan?

Untuk berucap di khalayak ramai, menyuntik kesedaran dan seterusnya membangkitkan motivasi rakan-rakan, pada ketika ini kemahiran berpidato sangat diperlukan.


Seperti yang aku nyatakan tadi, ada yang suka menggunakan kemahiran untuk kepuasan sendiri dan memang tu hobi mereka. Dengan berpandukan kefahaman yang jelas tentang keperluan untuk menyampaikan, kemahiran dan hobi itu dimanfaatkan sebaiknya untuk menyampaikan. 


Siapa tidak kenal Mat Lutfi, walaupun videonya agak santai, tapi pengaruhnya dalam menyampaikan nilai moral dengan caranya sendiri nampak berkesan dengan cuba mengkritik dan mengulas semula kebejatan yang telah berlaku. 


Siapa tidak pernah melihat hasil kerja Rusydee Artz, dengan medium lukisan sudah berjaya menambat hati ramai orang untuk mengongsikan kebaikan melalui lukisan yang dihasilkan olehnya.


Siapa pernah ke Masjid Sri Petaling ?


Aku tertarik dengan salah satu medium da'wah yang kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak, iaitu dengan bahasa isyarat. Ceramah/bayan utama yang disampaikan biasanya dalam bahasa urdu yang kemudiannya dialih bahasa oleh tuan translator ( kemahiran dalam bahasa kedua dan ketiga juga perlu dimanfaatkan khususnya dalam penterjemahan dan memperluaskan lagi mesej da'wah) , dan kemudian disampaikan kepada beberapa kelompok kecil lagi, antaranya kelompok jemaah Tamil, Cina, Pakistan dan juga jemaah OKU iaitu yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan (bisu).


Kalau rajin menghadap laptop, suka menaip dan sebagainya, cuba luahkan dalam blog atau tulis artikel yang best giler, boleh dikongsikan dalam bentuk risalah dan juga blog macam yang aku buat ni..(poyo lah pulak kan..) 


Bila pandai bermain ayat, orang suka hasil tulisan kita, teruskan menulis dan sebarkan. Gunakan aset yang kita ada seperti printer dan laptop. Cetaklah risalah atau poster yang mampu untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk umat.

# apa pengalaman yang kita ada sebelum ini ?

Oraitt..
untuk hal ni, aku cuma dapat kongsikan sedikit, sebab era bermulanya pengalaman aku tidaklah terlalu lama, mungkin rasanya tidak sesuai untuk dikongsikan, tapi walaupun sedikit, aku cuba untuk sampaikan apa yang ada, daripada tiada.. :)

Anda pernah terlibat dengan mana-mana organisasi atau persatuan sebelum ini ?
Di sekolah atau di luar.

Jika ada, itu bonus tambahan untuk anda, kerana bekerja dalam satu pasukan ini memerlukan pengalaman yang ada bagi mendepani kerenah dan masalah bersama orang lain. Kerana bagi yang belum berpengalaman, ianya janggal dan perlu masa yang lama untuk menyesuaikan diri, kerana kita akan dikritik dan dikomen oleh orang lain serta perlu bersedia untuk memahami tugas dan fungsi posisi kita dalam sesuatu organisasi. Jika belum bersedia untuk memahami dan belum ada pengalaman, berat rasanya untuk melaksanakan arahan dari ketua. 

Pengalaman biasanya akan diperolehi sejak dari zaman persekolahan lagi.
Mungkin dulu ada yang pernah jadi pengawas sekolah, pengerusi kelab, unit beruniform, ajk asrama, wakil sekolah dan sebagainya. Murid yang aktif biasanya tidak kekok untuk melibatkan diri dalam persatuan apabila masuk ke dunia mahasiswa.

Ingin saya kongsikan, bukan saja pensyarah saya, tetapi juga pakar motivasi juga sering mengatakan bahawa pihak yang ingin mengambil staf/pekerja dalam setiap sektor akan mengambil kira pengalaman penglibatan calon yang meminta pekerjaan daripada mereka terlebih dahulu, berbanding pencapaian akademik. Ini kerana, tidak semua ahli akademik yang bijak pandai boleh bekerja sebagai satu pasukan dan boleh menjadikan mutu kerja kurang baik kerana tiada chemistry dan semangat berpasukan antara pekerja. 

Kita boleh lihat, kalau ada kawan-kawan kita yang kaki study, ulat buku dan sangat cemerlang, banyak masanya digunakan untuk belajar, tapi sedikit masa yang diluangkan untuk menimba pengalaman.

Tapi cuba kita bandingkan dengan kawan kita yang study, study jugak, tapi terlibat dalam aktiviti dan program di kampus. Akademiknya tidak diabaikan, komunikasi sosialnya dengan orang ramai baik, bila membuat pembentangan, lebih hebat dari kawan yang kaki study. 

Sebab, di samping memiliki ilmu, mereka yang suka melibatkan diri dalam program dan berorganisasi ini  telahpun mengaplikasikan ilmu yang mereka ada. Itu sudah cukup untuk memantapkan diri dari setiap aspek dan para pengusaha syarikat dan sektor-sektor pekerjaan sentiasa menantikan pekerja yang seperti ini.

Berbalik semula pada soalan.

Jika dulu di sekolah kita pernah menjadi setiausaha persatuan/kelab, apa salahnya kita teruskan menjadi setiausaha dan dalam masa yang sama menimba sedikit ilmu dalam kemahiran dan pengalaman yang lain.

Lebih mudah untuk melaksanakan sesuatu apabila seseorang itu adalah ahli dalam bidangnya. Lebih mudah untuk difahami, sudah mempunyai pengalaman dalam bidang yang diceburi sebelum ini.

# apa perkara yang kita minati ?

Seterusnya, tidak semua antara kita suka akan perkara yang kita lakukan, tapi secara zahirnya, kita suka untuk lakukan apa yang kita minat. 

Jika kita lebih cenderung dan dalam penghasilan/penerbitan sesuatu, gunakan kemahiran yang ada, kemudian berkolaborasilah dengan mereka yang ada alatan yang lengkap jika kita tidak memilikinya.

Jika kita lebih suka untuk bersosial dan tidak suka untuk duduk diam, maka turunlah ke lapangan rakan-rakan, pikat dan tambatlah hati mereka untuk bersedia menerima mesej yang kita atau orang lain akan sampaikan.

Jika kita lebih suka melayan hobi dan kepakaran kita dalam photography, photo/video editing, teruskanlah dengan membantu rakan-rakan yang lain yang memerlukan kepakaran kita. Ia sudah menjadi tanggungjawab dan amanah kepada mereka yang berkemahiran. Jangan jadi seorang yang berilmu, tetapi menyembunyikan ilmunya.

Jika kita kurang berminat untuk menunjukkan minat kepada mana-mana perkara, cukuplah sekadar menjadi pembantu yang menjadi tulang belakang kepada mereka yang telah berusaha menjadikan produk dan melengkapkan asas kepada sesuatu permulaan. Tinggal kita saja yang melengkapkannya.  

Jika rakan kita yang hebat dalam membuat poster tadi sudah selesai menyiapkan posternya dan menguploadnya ke facebook contohnya, tugas kita untuk share, like dan tag rakan-rakan yang lain. 
Paling tidak pun sentiasa menaikkan post yang berkenaan agar ianya terus kekal menjadi post yang teratas, kerana setiap post yang baru akan muncul, jadi post yang sedia ada akan turun ke bawah jika ianya dibiarkan tidak terusik, tidak dilike atau dikomen. 

Kalau bukan di laman sosial, sukarela lah untuk menjadi petugas, menampal poster, menaikkan banner, membeli paku tekan dan sebagainya. 

Ingatlah rakan-rakan pembaca semua,


Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Surah Az-Zalzalah, 99:7

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada rakan-rakan pembaca semua dalam menyemarakkan kancah da'wah di kampus khususnya. Aku bukanlah seorang yang hebat dan sempurna untuk dicontohi, cuma sekadar berminat untuk berkongsi...


Sunday, July 1, 2012

Halal-Haram - Anda bijak untuk memilih !

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum.

Allahuakbar, walillahil hamd.

Terpanggil untuk menaip sebentar tatkala melihat budaya bahagia sebelum waktunya semakin berleluasa.

Aku sangat tertarik dengan frasa itu sejak dulu lagi, dengan jolokan lain yang ku beri nama 'kahwin sebelum nikah'.

Aku pernah bersms dengan beberapa orang rakanku tentang hal ini.

Aku akui, rakan-rakan ku itu sudahpun berpunya kononnya.

Aku cuba melihat kembali mutakhir ini, ramai yang mengatakan bahawa statistik penceraian suami isteri semakin meningkat.

banyak faktornya.

suami/isteri bosan dengan pasangan masing-masing.

pergolakan yang teruk semasa di alam rumah tangga.

banyak lagi lah ..!

aku cuba highlightkan di sini tentang BOSAN suami/isteri terhadap pasangan masing-masing.

(lagak macam sudah kawin pulak).

ni cuma pendapat aku.

memang suatu rasa kebahagiaan yang hakiki itu akan dirasai oleh kedua pasangan suami isteri akan lebih dirasai selepas pernikahan.

pada ketika itu, tiada lagi yang membataskan antara mereka.

halal.

halal.

halal.

kenapa boleh jadi BOSAN jika halal ?

setakat pegang tangan,dulu time bercinta sudah puas !

bila sudah jadi isteri, pegang tangan isteri pun sudah rasa jemu !

setakat berdua-duaan di dalam bilik, dulu sebelum bernikah pun sudah puas !

bila sudah jadi suami isteri yang sah, apa lagi jenis kebahagiaan yang belum dirasai ??

bila semua perkara yang halal untuk dilakukan pada fasa pasca-pernikahan semuanya sudah dirasai sebelum waktu pernikahan !

tidak dinafikan cinta itu sangat membutakan hati dan mata.

tiada lagi timbul rasa malu untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama di hadapan orang lain.

sudah jelas perkara seperti berpegangan tangan, keluar berdua tanpa diikuti mahram itu HARAM hukumnya.

HARAM !

HARAM !

HARAM !

kerana buta mata dan hati, AKU PEDULI APA ?!

apa yang penting sangat dengan syariat agama ?

yang penting aku bahagia.

kenapa kalau kita diberi pilihan untuk menjamah 2 hidangan, masakan makanan yang halal dan yang tidak halal.

tentu kita pilih yang halal, kerana kita sudah tahu sesuatu yang tidak halal itu tidak baik bagi kita.

kawan-kawan.

tolonglah..

jangan pernah rasa terbeban dan menyusahkan dengan peraturan dan landasan yang telah agama kita gariskan.

hanya sang pencipta sahaja yang tahu, ianya untuk kebaikan kita.

Dia yang mencipta kita, dia tahu apa baik dan buruknya sesuatu itu diturunkan kepada kita.

Hanya yang mencipta sesuatu yang tahu akan pantang larang barang ciptaannya.

Jika kita membeli sesuatu barangan, makanan segera misalnya.

Di paketnya ada tertulis 'sila simpan di peti sejuk beku'.

Kenapa adanya arahan seperti itu ?

Kerana si pembuatnya mahu kita menikmati makanan itu dalam keadaan yang baik, kita dapat khasiatnya dan kebaikan darinya,

Si pembuatnya tidak mahu kita mengalami penyakit sekiranya tidak disimpan di tempat yang disarankan.

Jika kita tidak mengikut arahan yang sepatutnya, kita tidak simpan di tempat yang sejuk, boleh jadi makanan itu akan basi dan tidak selamat untuk dimakan lagi.

Akibatnya, jika kita makan juga, ianya akan memudaratkan kesihatan kita.

Begitu juga dengan menghindar/mengikuti arahan pencipta manusia.

Perlu ikut apa yang telah dikehendaki olehNya, dan menjauhi apa yang dilarang olehNya.

Hal itu sudah jelas.

Lihat apa yang berlaku sekarang, bila larangan pula yang jadi kebiasaan, kemudaratan menjadi suatu kemelaratan yang tiada penghujung.

Aku sangat tercabar apabila aku cuba menegur orang yang berdua-duaan apabila mereka mengatakan, "kami cuma duduk berdua, tak buat apa pun, tak pegang-pegang pun".

Memang hakikatnya tidak saling berpegangan, tapi berdua-duaan itulah suatu perbuatan yang tidak manis dipandang, menjadi buah bulut orang lain yang menjadikan fitnah, menjadi kunci kepada perbuatan yang lain kelak.

Na'uzubillahi minzalik...


Tuesday, June 26, 2012

Biadab

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

(istighfar 3x)

Aku terpaku selama 3 saat..

Aku terpandangkan sesuatu..

Dalam satu program yang aku sertai..

Sebagai ajk..

Selepas solat, mesti ada zikrullah..

Istighfar, tasbih, tahmid, takbir..

Aku menegur seorang peserta yang sedang berzikir sambil sebelah kakinya diletakkan di kerusi hadapan..

Duduk santai ala-ala taiko kedai kopi..

Aku minta dia turunkan kakinya dan duduk dengan sopan.

Kemudian aku ke depan sedikit.

Ini lagi hebat !

Menaikkan kedua-dua belah kakinya sambil berzikir !

Ya Allah !

Besarnya kesilapan kami ...

Aku meminta mereka yang ku kira kurang sopan tadi.

Aku bertanya kepada mereka.

Kamu rasa apa kesalahan kamu sampai kamu dipanggil ke depan ni ?

Ntahhh..

Kalau saya cakap kamu biadab dengan Allah kamu setuju kah ?

Mereka senyap.

Ya Allah..

Apa yang aku cakap ni..

Aku mula mengingatkan diriku sendiri..

Aku pun bukannya baik sangat untuk cakap macam tu..

Aku ingat balik waktu sebelum-sebelum ni..

Aku pernah dulu..

Sambil berdoa lepas sembahyang..

Check sms masuk..

Garu-garu kulit tangan mengelupas..

Tengok corak sejadah..ada yang sama..ada yang lain..

Tengok dinding..kenapa situ warna lain, ni lain...

Tengok orang baru masuk surau..

Apa lah lambat..orang sudah siap sembahyang..

Baru lepas solat pun masih lagi takabbur..

Aku yang solat awal ni pun belum tentu sempurna dan diterima..

Kalau sambil berdoa pun sambil buat macam-macam gaya..




Kalau pengemis minta sedekah dengan orang lain, dia minta sungguh-sungguh..

Telapak tangannya ditadah kemas, tinggi, biar mudah orang menghulurkan bantuan..

Sungguh-sungguh minta pertolongan...

Tolong lah....

Kita yang berdoa ni buat apa sebenarnya ?

Itu bukannya termasuk dalam rukun solat..

Bukan juga kewajiban..

Tapi itu antara bukti kita ini lebih hina dari pengemis !

Kita ini tidak lebih dari seorang peminta setia.

Meminta pada yang maha mendengar dan memberi..

Apa yang kita minta itu semuanya untuk kebaikan..

Kita minta supaya dikabulkan oleh Allah..

Aku pasti ada di antara kita pernah bertembung dan menghadapi sendiri kanak-kanak yang menjual kismis, kalendar, tisu dan sebagainya.

Lihat bagaimana cara mereka meminta untuk kita membeli barang dagangan mereka.

Tiada unsur kebiadaban yang mereka tunjukkan.

Apakah kita merasa ingin membeli jualan mereka itu sekiranya mereka menjualnya dengan cara yang tidak sopan.

Hoi ! Beli la tisu ni bodo ! Penat aku jalan jauh tau ! Bangang !

Dalam aspek biadab, memang sah itu salah satu ciri biadab.

Dalam konteks biadab dalam meminta dengan orang yang kita harapkan untuk memberi,

memang kita tidak berhak dan layak jika meminta dengan adab yang seperti itu.



Apa yang kita baca dan aminkan ketika berdoa ?

Kita berharap, meminta, memohon kepada Allah..

Tapi cara kita meminta tu tidak bersungguh-sungguh..

Sekadar berdoa.

Sambil kita menadah tangan, tangan sebelah buat cara berdoa, tangan sebelah lagi sedang menaip sms,

"syg,abg tgh bdoa ni, bru lpas solat..mudah2an doa abg makbul''

bila orang kata amin, kita pun kata amin..

hmmm...

cuba kita ingat balik macamana keadaan kita semasa berdoa kali terakhir kita berdoa..

beradabkah kita ketika berdoa, atau biadabkah kita dalam berdoa..

sekadar renungan  bersama..

peringatan daripada dan kepada diri sendiri ~


Sunday, June 24, 2012

Korban

Bismillah..

Assalamualaikum semua..

La haulawala quwwata illa billahil 'aliyyul azim..

Allahu akbar, walillahil hamd..

Hampir pukul 3 pagi.

Aku gagahi mata ini untuk menyapa sang keyboard sebentar untuk menukilkan sesuatu..

Semalam, usai ber-Al-Mulk, aku rebahkan lambungku di atas hamparan empuk bercadarkan kain bercorak spongebob :)

Ah...aku perlukan sedikit pengisian rohani dan pencetus semangat sebelum tidur..

Aku teringat akan satu travelog bersama beberapa orang pemuda dalam sebuah buku.

Aku sudah baca kesemuanya.

Kisah-kisah pahit manis sepanjang perjuangan.

Kisah luka, suka dan duka mereka menempuh mehnah dan tribulasi..

Aku singgahkan sebentar mata dan mengumat-kamitkan bibir untuk membaca.

Kisah sang ketua yang jadual hidupnya yang sangat menghimpit masanya.

Dimulakan dengan kisah menaip travellog seperti ini.

Kemudian tertidur di atas meja taip.

Disambung dengan esok pagi, mengisi pengajian kuliah subuh.

Kemudian bergegas pergi ke KL dari Kuantan.

Kereta rosak.

Tapi digagahi juga untuk sampai ke tempat mesyuarat lebih awal dari waktunya.

Menyoroti pengajaran daripada senior dalam kepemimpinan.

Belajar daripada kesilapan dan meneladani ketokohan sang ketua yang lebih tua.

Tidak menyedari bahawi dirinya belum lagi mandi dalam sehari.

Biarlah penat, tapi tidak mengecewakan jemputan umat untuk mengisi pengajian ilmu.

Ketepikan kepentingan diri demi kepentingan umat.

Semuanya memerlukan pengorbanan yang tinggi.

Kerana kita sudah faham kerana apa kita perlu melakukan semua itu.

Kerana kita ikhlas, tiada erti kata penat dan lelah untuk bekerja.

Kerana itu, teruskanlah istiqomah dengan kerja-kerja yang baik dan bermanfaat itu.

Kerana itulah juga, perlunya jihad untuk melawan mekanisme penghalang kepada kebaikan itu.

Kerana itu, perlunya pengorbanan yang tinggi dalam setiap aspek kehidupan, masa, tenaga, wang ringgit..

Kerana kita tahu, kita lakukan semua itu kerana kita taat kepada perintah Allah & Rasulullah.

Kerana itulah kita perlu jelas dengan apa yang kita taatkan itu tidak dicemari dengan yang lainnya.

Kerana itulah perlunya kita untuk mempunyai ikatan yang erat sesama saudara seiman untuk saling memperingati, menghargai, berkasih sayang dan sebagainya.

Kerana itulah juga, perlunya ada dasar kepercayaan antara kita sesama saudara untuk saling memkukuhkan kefahaman, ikhlas beramal, istiqomah dalam membuat kebaikan, berjihad untuk menggagahi diri untuk membiasakan dengan amalan kebaikan dengan melakukan pengorbanan atas kepentingan dan perkara yang tidak penting, hanya kerana kita taat akan perintahNya dan RasulNya, kita perlu jelas akan apa yang kita lakukan itu secara mutlak hanya untuk Allah, bukan dipengaruhi ideologi dan sebagainya. Tapi semua itu tidak akan berlaku jika kita hidup tanpa bantuan saudara kita yang lain untuk kita saling memperkukuhkan, sesuai dengan fitrah kehidupan manusia dari zaman dulu kala lagi, hidup bermasyarakat, hidup secara beramai-ramai dengan organisasi yang teratur dengan ketua serta penduduk yang lain.

Dunia untuk dikongsikan bersama, kenapa perlu memilih untuk hidup sendiri.

Aku tidak layak untuk membandingkan diriku dengan beliau yang aku ceritakan tadi.

Masih terlalu jauh.

Aku hanya mengorbankan masa yang sangat sedikit, harta yang masih boleh dikira, tenaga yang masih banyak tidak digunakan.

InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk mencontohi ketokohan beliau.

Dengan sokongan rakan-rakan yang lain, aku rasa sedikit ringan.

Alhamdulillah.

Itulah kemanisan hidup bersama makhluk yang Allah ciptakan khas untuk semua manusia yang bernama manusia juga. Untuk saling mengenali dan hidup saling melengkapi.

thabbat qulubana 'ala dinik wa 'ala to'atik fi sabilik....

Monday, June 18, 2012

Salah aku

bismillah..
Assalamualaikum.
 malas la cakap banyak..
berlaku satu kejadian yang tidak diingini..
Aku mengaku memang aku bersalah..
Walaupun bagi aku ini cuma salah faham..
Tapi fikiran kita dengan orang lain x sama kan?
Hati kita memang cakap ya, tapi x semua sependapat dengan kita.
Ya, aku akui aku tidak berfikir panjang dalam hal itu.
Memang aku salah dan aku sudah meminta maaf atas kesalahan itu, walaupun bagi aku, aku sangat tidak layak untuk dapat kemaafan..
 alhamdulillah, aku dimaafkan.
setelah aku diberi peluang untuk memberi penjelasan dan ruang.
untuk meminta maaf.
bukan terpaksa, cuma dosa kita dengan Allah kita perlu minta ampun dari Allah.
 kesilapan dan kesalahan kita sesama manusia kena berhubung sendiri dengan manusia.
samaada diterima atau tidak, itu aturan dari Allah.
dalam hal ini aku sangat rasa bersalah.
sangat besar impaknya, bukan hanya pada aku seorang.
 tapi lebih ramai dari itu. aku malu.
sangat malu. malu pada diri sendiri.
malu pada keluarga sendiri.
malu pada agamaku sendiri.
malu pada penciptaku sendiri.
 Allah ya khaliq..
mungkin kesilapan ini nampak keterlaluan.
ya, memang aku akui.
 aku bersalah. aku ulang lagi sekali.
tapi siapalah kita untuk lari daripada melakukan kesilapan.
 terkadang memang mulut pernah terlepas kata, terkasar tutur bicara, terkasar perilaku, dan terkadang sesuatu yang tersalah ertikan.
itu semua pernah berlaku. kita semua pernah menghadapinya. 
sengaja ini diberikan kepada kita.
supaya kita belajar daripada hal itu.
bukan aku cuba membela kesalahan aku.
 cuma atas dasar mengakui kesilapan ini, ingin aku pulihkan semula semangatku.
belum mati lagi sudah berhenti untuk bernafas.
bangkitlah dari kelesuan dan kesilapan itu.
perbaiki mana yang silap dan salah itu.
murnikan ia.
sucikan ia.
jadikan ia satu pengajaran dan pengalaman.
biarkan ia mengajar kita erti kehidupan sebenar.
yang mengajar kita bukan semua dari perkara yang elok.
kita diajar tentang kematian oleh Allah melalui pelbagai wasilahNya.

dari orang yang hidup - kita diajarkan oleh ustaz tentang kematian
dari orang yang meninggal - kita diingatkan supaya bersedia untuk menghadapi kematian.

sungguh kesilapan yang kita telah lakukan itu juga tidak mustahil wasilah Allah untuk menegur dan mengajar kita tetang sesuatu.
mungkin sebelum ini kita terlalu ego, sombong, bangga diri dengan kelebihan yang kita miliki.
Allah tidak suka akan itu.
Maka diberikanNya pengajaran untuk kita dengan perancanganNya yang sangat sempurnya dan praktikal.

Pertama : Kita diuji dengan kesenangan, kelebihan dan lain-lain.
Kedua : Kita diuji pula apabila berhadapan dengan orang lain, ujubkah, sombongkah atau sebaliknya..
 Ketiga : Kita diuji lagi dengan menerima pendapat orang lain, ada yang suka, ada yang benci. Keempat : Kita diuji lagi dengan orang yang menegur dan memberi nasihat kepada kita. Kita terima atau tidak.
Kelima : Kita diuji lagi samada kita sedia menerima teguran dan nasihat itu dengan lapang dada atau sebaliknya
 Keenam : Kita diuji lagi, apakah kita sedia untuk membetulkan semua kesilapan pada ujian kedua. Ketujuh : Apakah kita sedia untuk meminta kemaafan kepada Allah dan manusia yang lain.
 Kelapan : Apakah kita sedia untuk berjanji untuk tidak mengulanginya lagi setelah menyesali apa yang telah berlaku?
Kesembilan : Apakah sudah kita ambil pengajaran daripada beberapa ujian yang telah dihadapkan kepada kita ?
Kesepuluh : Apakah kita sedar dan faham bahawa ini adalah suatu pelajaran buat kita ?

sesungguhnya, ini bukanlah ciptaan teori baru atau suatu fahaman yang lain. cuma, aku hanya ingin berkongsi tentang idea ku.
 jika terdapat banyak kesilapan, harapnya dibetulkan.
ya, kali ni aku nampak kesilapan diri aku.
dulu kita selalu nampak kesalahan orang lain.
kali ni giliran aku pula untuk menghadapinya.
Alhamdulillah, ada sedikit pelajaran daripada apa yang sudah berlaku.
Aku harap, kita semua sedar dan faham bahawa, tidak semua perkara yang kita tidak gemari itu MUSIBAH tidak semua perkara yang kita sukai itu KEBAIKAN


 sekian dariku yang hina dan berdosa.

Saturday, May 5, 2012

Asal-usul nama BEKA

Bismillahirrahmanirrahim..
 Assalamualaikum semua :)
 Alhamdulillah, mencelah sebentar menukilkan sesuatu di dalam blog usang yang bosan ni..

 Sorry lah, blog ni buruk, tiada gadjet-gadjet yang canggih macam blog orang lain..

 Dipendekkan cerita, post pada kali ini adalah salah satu perkara yang acapkali aku ulang setiap kali sesi ta'aruf dalam usrah. Ini bukanlah rahsia, cuma perkongsian cerita.
Aku tidak kisah pun kalau orang lain tahu, bukannya membawa mudharat pun. Aku lagi suka kalau orang tahu.
 At least, ada modal untuk kawan-kawan untuk jadikan stepping stone dalam menyapa atau bergurau dengan aku..
 Itukan bagussss... :D
 Masing-masing antara kita ada cerita di sebalik nama glemer atau nama timangan kan ?

Kalau nama glemer kita 'adik' sekalipun, mesti ada cerita di sebaliknya. Mungkin sebab kita anak bongsu. Kalau nama 'Bob' ? Hahaha... Yang tu biasanya sebab kita kuat makan.. ( tapi x semua Bob badan bouncer ok..)

 Ok lah..
 Sebenarnya kalau di rumah, family panggil DIKA/DEKA. Sebabnya, ambil singkatan daripada perkataan merDEKA. ni nombor i/c aku : 900831-12-xxxx

 Tapi biasanya dorang panggil Ka saja lah.. Ringkas sikit.. hehe..

 Tapi kan, di sekolah/asrama dulu pun kawan-kawan panggil Ka juga. Tapi bukan semua yang tau nama Deka tu.. Ada nama baru.. BEKA mengimbau kembali sejarahnya bagaimana kawan-kawan menggelar aku dengan nama Beka.. Ketika di bangku sekolah rendah dulu, bola sepak adalah satu obsesi bagi diriku. Cakap saja apa, dari Liga Daerah, Negeri, Liga Malaysia, Piala Dunia, Copa America, Kelab-Kelab Bolasepak Liga Inggeris, logo kelab bola sepak, nama-nama pemain + nombor jersi, semua aku ambil tahu. Cuma dulu game bola dalam komputer belum popular lagi la..

 Aku masih ingat lagi kegilaan aku dulu, setiap kali bapa membeli surat khabar, aku akan booking ruangan sukan awal-awal. Aku akan gunting gambar pemain bola sepak, lepas tu tampal dalam buku yang aku berikan tajuk KOLEKSI BOLA SEPAK. Aku siap sedia dengan buku itu ketika menyaksikan perlawanan secara langsung ataupun preview perlawanan untuk mencatat nama-nama pemain yang telah aku senaraikan untuk setiap kesebelasan utama termasuk nama jurulatih & pengurusnya. Gila..
 Umur baru 8 tahun..

 Petang lepas balik dari sekolah agama, aku akan singgah main bola sekejap. Tapi bukan dengan kawan-kawan, main dengan orang kampung. Lagi gila... Kalau time PJK lagi aku suka ! Siapa join team aku mesti menang ! hahaha ! Berlagak gila ! Tapi tu bukan cerita tipu ok.. Cuma satu hajatku tidak kesampaian. Hingga ke hari ini. Aku tidak pernah memiliki sepasang pun kasut bola. Impian yang berkubur sebelum sempat tercapai.. Maklumat tambahan. [aku hanya pernah memakai kasut bola rasanya dalam 2x, itu pun pinjam dari kawan..perempuan..sempit sikit, tapi asalkan ada) ok, back to my story.

 Aku meneruskan karier bola sepak sehingga ke sekolah menengah. Tapi tidak pernah pun jadi wakil sekolah atau wakil kelas sekalipun. Kerana minat untuk bermain tidak sempat masak sebelum ranum.

 Tingkatan 1 dan 2 aku bersekolah di sesi petang. So, aktiviti di waktu pagi ketika tinggal di asrama ialah bermain bola sepak. Seorang kawan tingkatan 2 (ketika itu aku tingkatan 1) melihat perfomance aku yang kiranya agak bagus la main bola. Rambut aku time sekolah dulu tiada fesyen lain. Gunting no.2 atau 3 saja..hehe Itu pun antara faktor nama aku Beka juga ok.

 Seingat aku itu bulan yang pertama aku tinggal di asrama. Ketika prep (waktu belajar sendiri) pagi, aku duduk poyo buat kerja sekolah bersama kawan tingkatan 2 yang sebutkan tadi.
 " nama kau apa ya ? "
 " Asrul "
 " panggil BEKA boleh ka? "
 " kenapa? "
 " ko pandai main bola, macam Roberto Carlos."
 " haha..yakah ?"
 " boleh la kan panggil Beka ?"
 " hehe..boleh la.."

 " woi2..panggil dia si Beka ya.
Nama dia Beka " aku tau ejaan sebenar nama aku tu sepatutnya guna huruf C. Tapi nama termasuk dalam kategori kata nama khas, so tidak kisah guna huruf apa pun, asalkan nama! hahaha..



 Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, nama Beka yang diberikan itu dasarnya daripada akronim 2 perkataan yang disatukan, iaitiu nama seorang pemain bola sepak pasukan Brazil, Roberto Carlos. RoBErto CArlos.

 DibahasaMelayukan, jadilah macam ni : RoBErto KArlos...
 Walaupun nama Beka tu hanya disebabkan aku pandai bermain bola, tapi nama itu sudah tinggal menjadi nama. Aku sudah pun cuci kaki dari bermain bola dan cuci otak daripada minat tentang bola.
 Itu cerita lain kali lah ya..

 Sekian perkongsian, Assalamualaikum.

 *ada modal untuk sembang dengan aku lepas ni kan ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...