Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah, mencelah sebentar menukilkan sesuatu di dalam blog usang yang bosan ni..
Sorry lah, blog ni buruk, tiada gadjet-gadjet yang canggih macam blog orang lain..
Dipendekkan cerita, post pada kali ini adalah salah satu perkara yang acapkali aku ulang setiap kali sesi ta'aruf dalam usrah.
Ini bukanlah rahsia, cuma perkongsian cerita.
Aku tidak kisah pun kalau orang lain tahu, bukannya membawa mudharat pun.
Aku lagi suka kalau orang tahu.
At least, ada modal untuk kawan-kawan untuk jadikan stepping stone dalam menyapa atau bergurau dengan aku..
Itukan bagussss... :D
Masing-masing antara kita ada cerita di sebalik nama glemer atau nama timangan kan ?
Kalau nama glemer kita 'adik' sekalipun, mesti ada cerita di sebaliknya.
Mungkin sebab kita anak bongsu.
Kalau nama 'Bob' ?
Hahaha...
Yang tu biasanya sebab kita kuat makan.. ( tapi x semua Bob badan bouncer ok..)
Ok lah..
Sebenarnya kalau di rumah, family panggil DIKA/DEKA.
Sebabnya, ambil singkatan daripada perkataan merDEKA.
ni nombor i/c aku :
900831-12-xxxx
Tapi biasanya dorang panggil Ka saja lah..
Ringkas sikit..
hehe..
Tapi kan, di sekolah/asrama dulu pun kawan-kawan panggil Ka juga.
Tapi bukan semua yang tau nama Deka tu..
Ada nama baru..
BEKA
mengimbau kembali sejarahnya bagaimana kawan-kawan menggelar aku dengan nama Beka..
Ketika di bangku sekolah rendah dulu, bola sepak adalah satu obsesi bagi diriku.
Cakap saja apa, dari Liga Daerah, Negeri, Liga Malaysia, Piala Dunia, Copa America, Kelab-Kelab Bolasepak Liga Inggeris, logo kelab bola sepak, nama-nama pemain + nombor jersi, semua aku ambil tahu.
Cuma dulu game bola dalam komputer belum popular lagi la..
Aku masih ingat lagi kegilaan aku dulu, setiap kali bapa membeli surat khabar, aku akan booking ruangan sukan awal-awal. Aku akan gunting gambar pemain bola sepak, lepas tu tampal dalam buku yang aku berikan tajuk KOLEKSI BOLA SEPAK.
Aku siap sedia dengan buku itu ketika menyaksikan perlawanan secara langsung ataupun preview perlawanan untuk mencatat nama-nama pemain yang telah aku senaraikan untuk setiap kesebelasan utama termasuk nama jurulatih & pengurusnya.
Gila..
Umur baru 8 tahun..
Petang lepas balik dari sekolah agama, aku akan singgah main bola sekejap.
Tapi bukan dengan kawan-kawan, main dengan orang kampung.
Lagi gila...
Kalau time PJK lagi aku suka !
Siapa join team aku mesti menang !
hahaha !
Berlagak gila !
Tapi tu bukan cerita tipu ok..
Cuma satu hajatku tidak kesampaian.
Hingga ke hari ini.
Aku tidak pernah memiliki sepasang pun kasut bola.
Impian yang berkubur sebelum sempat tercapai..
Maklumat tambahan.
[aku hanya pernah memakai kasut bola rasanya dalam 2x, itu pun pinjam dari kawan..perempuan..sempit sikit, tapi asalkan ada)
ok, back to my story.
Aku meneruskan karier bola sepak sehingga ke sekolah menengah.
Tapi tidak pernah pun jadi wakil sekolah atau wakil kelas sekalipun.
Kerana minat untuk bermain tidak sempat masak sebelum ranum.
Tingkatan 1 dan 2 aku bersekolah di sesi petang.
So, aktiviti di waktu pagi ketika tinggal di asrama ialah bermain bola sepak.
Seorang kawan tingkatan 2 (ketika itu aku tingkatan 1) melihat perfomance aku yang kiranya agak bagus la main bola.
Rambut aku time sekolah dulu tiada fesyen lain. Gunting no.2 atau 3 saja..hehe
Itu pun antara faktor nama aku Beka juga ok.
Seingat aku itu bulan yang pertama aku tinggal di asrama.
Ketika prep (waktu belajar sendiri) pagi, aku duduk poyo buat kerja sekolah bersama kawan tingkatan 2 yang sebutkan tadi.
" nama kau apa ya ? "
" Asrul "
" panggil BEKA boleh ka? "
" kenapa? "
" ko pandai main bola, macam Roberto Carlos."
" haha..yakah ?"
" boleh la kan panggil Beka ?"
" hehe..boleh la.."
" woi2..panggil dia si Beka ya.
Nama dia Beka "
aku tau ejaan sebenar nama aku tu sepatutnya guna huruf C.
Tapi nama termasuk dalam kategori kata nama khas, so tidak kisah guna huruf apa pun, asalkan nama!
hahaha..
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, nama Beka yang diberikan itu dasarnya daripada akronim 2 perkataan yang disatukan, iaitiu nama seorang pemain bola sepak pasukan Brazil, Roberto Carlos.
RoBErto CArlos.
DibahasaMelayukan, jadilah macam ni : RoBErto KArlos...
Walaupun nama Beka tu hanya disebabkan aku pandai bermain bola, tapi nama itu sudah tinggal menjadi nama.
Aku sudah pun cuci kaki dari bermain bola dan cuci otak daripada minat tentang bola.
Itu cerita lain kali lah ya..
Sekian perkongsian,
Assalamualaikum.
*ada modal untuk sembang dengan aku lepas ni kan ?
Saturday, May 5, 2012
Sunday, April 29, 2012
Untitled post [insert text]
Assalamualaikum
nite before the big day, i met buddies who'll join together, not much, but can shake the ground !
i just say about do and don't.
i leave them for their own discussion.
tomorrow we'll go together but not in the same path/places.
i shut down this lapotop earlier than usual.
i grab up my bed then set the alarm to help me get up for fajr prayer. InsyaAllah..
zzz..
i woke up before my alarm start shouting to my ears.
Alhamdulillah.
read the ma'thurat after solah then get something to eat & drink.
tied up my Vans, running on the road about 5 minutes then round the field track 2x until i get sweat.
i stop.
enter the main hall to get some air-cond to cool me up.
shower-then i start on my plan.
eat something high-in-carbohydrate first before go. to get some energy.
I wear 2 pair of shirt in the same time.
have to attend an event at the hall before go there.
i have to.
i wear t-shirt inside and formal shirt outside.
snapping some photos at the event to show my appeareance to all.
then i ask my friend to let the organiser know i have to leave the event earlier.
babai..
im sory.
then i passed the 1st blocks.
proceed my long journey.
step in my friends house @ darul cinta.
he went to PWTC that day. he offer me to drop me at the LRT station by his motorcyle.
otw to LRT station, i saw three uncle with the same colour t-shirt (i knew that, it's a theme colour for the event).
i think the went to somewhere.
arrive at LRT station, once again i saw the 3 uncle that i saw on my way to the station. we're in the same train.
so many people wear the same t-shirt like them.
huhh..
im in black.
nevermind.
arrive @ the destination.
im start to speechless..
i just say
PERGHHHHHH !
then continue walkiing alone to Central Market (CM). I've arrange to meet my friends from several place to chat-up there.
i just see women. no men. So i decide to find other place and friend to stay with. i texted em.
uhhh.. the mens @ DBKL. So far and maybe impossible to reach over there.
But i proceed my pace. Then i see bro Zulfikar from my hometown. I decide to follow him, but i think twice, i decide back, cancel to DBKL, just stay @ Masjid Jamek (MJ) to wait for the others to come.
Stand in-front MJ. Watching people pass-go.
i text the others.
where there are.
@ PWTC & the others otw.
ok, i'll wait my partner to stay with me, so i can chat-up with someone.
so silent ok!
i saw my lec also come, jamaah masjid that always in a saff with me also come.
i don't greet em,they're far from me.
again..and again, i just stand and watching people come, walk and go..
i text my friend, he said, im otw.
then he call me, im arrived. where are you?
i look left and right, oh, he just behind me !
haha !
then i took him to stand beside me.
oh, i have a buddy to talk :D
alhamdulillah
as azan Zuhur breaking the silence, we enter the nearest musolla.
after that, we stay inside the musolla area to see what happen outside.
too many jamaah that day, what a crowded places especially at the main entrance as the solah and du'a finish.
we'll wait here until this crowded scene finish.
we just SIT there, waiting and watcing from inside to see and what happen.
Oh, people shouting and speaking there.
the gate is able to pass now.
jom, we go to the other place, reach our other friends and stay together with em.
as we stepped out about 30 pace..
BACKOFF !
ouch !
something makes us crying.
heavy dust everywhere.
everybody crying too.
enter to MJ back to take cover.
feel safe and better.
continue watching what happen outside from inside.
oh, meet with my old friend.
last time we met @ early of March.
How are you friend?
Alhamdulillah im ok.
Oww.. what happen outside ?
People come in and go to the MJ.
Facing with the machine.
Big machine.
It's bigger than cars !
The crying machine !
It's make everybody cry !
Allahuakbar..Allaaaaaahuakbar..!
Allah is the great !
Azan Asar call us to get ready for perform solah.
Fuhh..
Allah save the people, when some of em is been oppressed, then they keep on saying Allah's name..
Lailahaillallah !!
Allahuakbar !
I still remember, 2 Chinese behind me saying the same !
Masya-Allah..
Hope they get a guidance from Him to understand bout it.
Lahilahailala !
Even the sound seems like weird, but i know they also feels that buy saying the words, they'll protected and got some strength like the others.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ - When the victory of Allah has come and the conquest,
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا - And you see the people entering into the religion of Allah in multitudes,
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا - Then exalt [Him] with praise of your Lord and ask forgiveness of Him. Indeed, He is ever Accepting of repentance.
Feel like the Syrian reciting these verse !
Ok bro, i think it is safe to back home.
Lets take the other LRT station, too many people here.
As we walk to the station, it is same, people still standing in a long strainght line, wait their turn to get the LRT's blue coin.
Bro, lets get some refreshment !
Dry !
7 Eleven !
Sit in front closed shop.
Eat some chips more, chocholate bun and Zesta !
Then, a poor crushed cop car is pulled by the truck on the road.
What happen to the car ?
Donnow..
Done eat.
Let's go.
Walking through Sogo.
We look some crashing glasses. Seems like a collision happens there.
Ok.
Lets go.
That night, i watch the Buletin Utama.
Oh, the crashed cops car that we saw that while eat the chips more was involved in an accident @ the Sogo.
Then my dad call me.
He also talk bout the cops car to me, then expain it to me same as the Buletin Utama said before.
I just say yes bout that, i watched it on tv just now.
Actually i don't know what happen to the poor car, after i watch the news and my dad call me.
Copy pasted from -
Khairul Bariyyah.
* just share some great writing. keep it up buddy !
Sunday, April 15, 2012
Strawing
Ya...
memang beliau sudah mula berubah..
dulu kalau beliau post, mesti ada basamalah, salam... 1 Malaysia..opps
ya,,
sekarang beliau sudah berubah..
ntah la kenapa...
tolong cari solusi untuk beliau..
malaskah dia?
teruk sangatkah dia?
Sibuk sangatkah dia?
Aihh..
Orang lain pun ada kerja, siap juga, x macam dia kan ?
Mau buat macamana ya...
Kalau meminta-minta, nanti macam hidup mengharap orang lain pula..
Dia memang suka meminta pun..
PEMALAS..
ahh...nanti la, esok ada masa lagi...
kau confirm masa untuk esok tu memang kau boleh dapat ?
kau confirm masa untuk esok tu memang kau akan lalui ?
kau confirm masa esok tu mesti kau punya ?
boleh confirm ?
BOLEH.
bi'iznillah..
hmm...jawapan selamat..
jangan suka mengungkit kalau buat keja baik sikit mesti dapat balasan..
yang selayaknya membalas tu bukannya dari kalangan manusia..
kalau ada pun, itu semua bi'iznillah..
tengok la tu...mula lah mau berislamik-islamik..
bajet ustaz..
biarlah..
cakaplah..
:)
ntahh..
xtau mau taip apa lagi..
babai
Assalamualaikum..no Salam 1 Malaysia..
memang beliau sudah mula berubah..
dulu kalau beliau post, mesti ada basamalah, salam... 1 Malaysia..opps
ya,,
sekarang beliau sudah berubah..
ntah la kenapa...
tolong cari solusi untuk beliau..
malaskah dia?
teruk sangatkah dia?
Sibuk sangatkah dia?
Aihh..
Orang lain pun ada kerja, siap juga, x macam dia kan ?
Mau buat macamana ya...
Kalau meminta-minta, nanti macam hidup mengharap orang lain pula..
Dia memang suka meminta pun..
PEMALAS..
ahh...nanti la, esok ada masa lagi...
kau confirm masa untuk esok tu memang kau boleh dapat ?
kau confirm masa untuk esok tu memang kau akan lalui ?
kau confirm masa esok tu mesti kau punya ?
boleh confirm ?
BOLEH.
bi'iznillah..
hmm...jawapan selamat..
jangan suka mengungkit kalau buat keja baik sikit mesti dapat balasan..
yang selayaknya membalas tu bukannya dari kalangan manusia..
kalau ada pun, itu semua bi'iznillah..
tengok la tu...mula lah mau berislamik-islamik..
bajet ustaz..
biarlah..
cakaplah..
:)
ntahh..
xtau mau taip apa lagi..
babai
Assalamualaikum..no Salam 1 Malaysia..
Wednesday, April 11, 2012
Wajib Bayar = Hampeh (sometimes better )

Assalamualaikum
Sori bukan post ceramah agama kali ni
Bukan post budak bajet pandai sangat bab fekah/tauhid/akhlak & tasawwur bla3
Bukan post firman ataupun sabda nabi.
Sekian muqaddimah.
***************************
Kamu semua mesti pernah mengalami situasi seperti ini, kalau x sama pun, sipi-sipi laa...
Situasi A.
Baiklah, kamu semua dikehendaki membayar yuran sejumlah RMXX untuk program ni.
WAJIB BAYAR TAU.
Yuran ni termasuk makanan dan cenderahati.
Selepas program.
Penganjur, mana cenderahati program semalam ?
Kami bagi kemudian ok, haritu punya x cukup la, kena dahulukan tetamu yang datang.
Ok.... (mula timbul sedikit rasa hampeh...sabar la, dia kata nanti. Nanti ada la tu)
Penganjur, ada kawan saya mengadu sakit perut.
Kenapa?
Makanan program semalam tu basi la, saya pun rasa agak masam sikit ayam tu, ada bau yang x best & kalau kita ambik ayam tu, dah berlendir....makan roti ja la semalam..
Oh, tu kena tanya semula dengan AJK makananan ok.
Kalau saya tau jadi macam ni, better x perlu wajibkan bayar.
Saya sendiri pun x jangka ni boleh berlaku.
Baiklah penganjur, saya bukannya cuba menyalahkan mana-mana pihak, cuma bila mewajibkan sesuatu tu, biarlah bertepatan dengan tahap kewajipan tu. Macam kita janji dengan orang la, kena buat betul-betul.
Ok2, nanti saya beritahu kepada pihak yang sepatutnya tahu.
Cantek!
Saya pun x makan nasi semalam, saya rasa macam apa yang kamu rasa.
*BAGI SAYA 5!*
Situasi 2.
Siapa yang belum menjelaskan lagi yuran Astro bulan ni, sila jelaskan selewat-lewatnya esok.
Kalau saya x pernah langsung pun tengok tv sepanjang saya tinggal di asrama ni, saya tinggal di level atas, tv nun di basement, perlukah saya bayar jugak?
PERLU!
(terasa sedikit hampeh la pulak dengan kepoyoan mamat tukang kutip yuran tu)
yalah, junior, semua benda wajib. Senior tiap malam tengok bola, x semua yang bayar yuran.
Junior wajib.
Eh, yang aku tulis post macam ni, sebab dulu aku pernah juga jadi junior, aku x la berani buat macam ni. Aku x la berani tunjuk yang aku ni berani tunjuk belang depan senior. Berani pijak kepala senior.
Oh,
situasi ni panjang berjela pula x macam situasi ayam basi tadi kan.
biarlah aku cuba jelaskan benda yang nampaknya jelas, tapi orang buat-buat x jelas, buat-buat bodoh, dan tidak kurang juga orang yang cuba lalu di lereng-lereng jalan yang membahayakan diri sendiri, sedangkan jalan yang terbentang tu luas, boleh jalan senang-senang di tengah.
Aku cakap macam ni, sebab aku rasa aku x terbeban pun dengan bayar duit yang diwajibkan, bayar yuran yang diwajibkan. Aku x kisah pun, duit tu memang nampak keluar dari akaun BSN atas nama aku, keluar dari dalam dompet buruk berlipat kepunyaan aku, memang itu duit aku pada zahirnya, hakikatnya duit tu orang yang bagi.
X kisah la kalau duit tu memang diberi untuk diberi.
Cuma bila diberi, tapi kita beri tidak kena pada tempatnya, bila ada yang minta, mula lah duit x cukup, cekik darah, sedangkan orang lain makan benda yang sama dengan kita, mungkin jauh lebih susah hidupnya dari kita, boleh beri/bayar duit tu tanpa berkata apa pun.
Malah boleh buat simpanan pula !
Orang yang biasa kasi alasan ni biasanya yang suka spend duit untuk benda-benda yang hampeh,yang kemudiannya membuatkan dorang rasa hampeh balik bila peruntukan duit yang kena bagi tu diminta untuk tujuan asalnya.
Contoh, beli buku, lec suruh.
Duit x cukup la encik..
Eh, orang sekarang x bodoh la..
Orang boleh tengok kamu makan mahal-mahal dalam facebook..
**** has create new album photo titled 'Makan2 @ Pavilion'
status update :
huhhh..letihnya shoping..
bosan. McD jom
Money ! Why no enough !
Bangang pihak pengurusan makan duit student, patut la bayar duit lambat, rupanya ambil duit student buat jamban baru !
Duit punya pasal orang jadi kurang ajar, orang jadi papa kedana sebab makan sedap, orang jadi boros gila, orang suka pandang kolot orang yang berjimat-cermat;ko tengok budak kampung tu, xde life langsung kan, x macam kita. kau tinguk tu budak bandar, kena suru bayar duit buku bising2, tapi bila ada duit enjoy ja kerja..
Duit tu tiada apa sangat pun, kertas biasa yang nilainya cuma pada angka.
Kertas biasa tiada nilai sangat sebab kosong.
Budak kampung pun orang biasa, cuma dia lebih baik dari orang yang ada life tadi sebab otaknya berisi, orang yang ada life tu tadi pun orang biasa, cuma isi otaknya tu terlebih sampai melimpah-limpah.
Sory la kalau aku menyentuh kekampungan atau kebandaran sesiapa yang baca post buang masa ni.
babai, assalamualaikum.
Thursday, March 8, 2012
KEPALA CACAT - (tajuk ntah-apa-apa..)
Apa hal la mamat ni post benda pelik-pelik nihhh !!
KEPALA CACAT ?
( gelak la weih ! )
ehemmm..
aku yang taip, aku yang duk mengata sendiri...
xpa..aku terhibur dengan itu..
macam ni lah, aku ringkaskan cerita hampeh ni dengan beberapa perenggan artikel bosan dan x best ni...
Oraitt..
Kepala is the major aspect.
The other part such as hidung, telinga, mata, mulut, pipi etc is the minor aspect to make the whole kepala is perfect..
boleh paham ka tu ??
boleh ba kannn...
so, kalau ada part yang kurang, ekzampel putus telinga sebeleh, tiada atau tertiada dengan sengaja atau tidak, jadinya kepala itu sudah tidak perfect, kerana ada part yang tidak ada.
so, (sekali lagi) jadilah term kepala cacat...
itu kepala... no wonder la kalau Allah sudah takdirkan ( x kisah la dari lahir atau tiba-tiba tercacat, sudah qada' & qadar ) cacat, kita x boleh la ubah..
terlebih dahulu, aku bukannya buat teori sendiri ( bukan teori Bekanisme ok ), tapi aku cuma membawa masuk kata-kata seorang ustaz yang cuba untuk kasi paham orang ramai yang susah untuk faham konsep kesyumulan (kesempurnaan) Islam dengan erti kata yang mudah.
Para ilmuan dan sarjana Islam telah mengelaskan beberapa aspek ( dalam term kepala tadi, beberapa aspek ni ialah part of the kepala like the hidung, telinga n so'on )..
1. Ibadat :
Urusan yang berkait dengan amal ibadat wajib dan sunat, jasad, roh, dan harta. Contohya, solat, berzikir, haji dan sebagainya.
2. Munakahat :
Urusan keluarga seperti berkahwin, nafkah, perceraian dan sebagainya.
3. Muamalat :
Urusan ekonomi seperti perniagaan, perbankan, pertanian, dan sebagainya.
4. Jenayah :
Urusan kesalahan yang merosakkan agama, nyawa, keturunan, maruah dan harta.
5. Siasah Syari'iyyah atau Ahkam Sultaniyyah :
Urusan pemerintahan yang mentadbir dengan hukum-hukum yang tersebut di atas.
so, (untuk kali yang ke-3) the kepala is ISLAM itu sendiri..
the KEPALA is the main aspect
these 5 perkara :
1)Ibadah
2)Munakahat
3)Muamalat
4)Jenayah
5)Siyasah syar'iyyah
is the minor aspect yang akan menyempurnakan/menjadikan Islam itu sempurna. Jika kita sisihkan satu daripada 5 aspek ini, maka ?
what is the kepala tadi ?
akan cacat la kan ??
Menyisihkan tadi maksud aku tidak mempraktikkan salah satu daripada aspek yang lima tadi tu la.
Sebagai contoh, kita praktikkan ibadah, solat 5 waktu tidak tinggal,berjual beli dengan cara Islam cukup dengan akad jual beli (saya beli-saya jual), segala jenis kes-kes seperti rasuah dan seumpamanya dibicarakan dengan hukum syariah, dari aspek pengurusan dan pentadbiran kita praktikkan dari pemilihan pemimpin dilaksanakan dengan cukup cantik, dibuat berdasarkan prinsip syura, pemimpinnya adil dan memimpin berlandaskan syariat, tapi bab munakahat kita buat ikut suka. Marah isteri ikutkan perasaan, rumahtangga huru-hara, isteri tidak diberikan nafkah yang sepatutnya dilaksanakan untuknya.
Kerana tidak mempraktikkan salah satu daripada kelima-lima aspek dalam membentuk kesempurnaan ISLAM itu tadi, maka ..
.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,........
Mana boleh kita membawa 'kepala' yang cacat kan dalam hidup.. (i mean ISLAM tu laa)
bukankah itu yang menjadi tiket paling utama untuk masuk syurga..
hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..
hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..
hanya ISLAM yang diredhoi oleh Allah..
maksudnya :
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. (3:19)
sesungguhnya, Allah telah berfirman;
..Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan ISLAM itu menjadi agama untuk kamu..(5:3)
teman..
jangan pisah-pisahkan 5 perkara tadi..
jangan amalkan apa yang kita mahu saja teman...
jangan kerana kepentingan diri sendiri dan orang lain, kepentingan untuk taat kepada perintah tuhan yang menjadikan kita, kita abaikan...
jangan begitu ya wahai teman..
Allah telah berfirman ;
“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kalian kepada Islam secara kaffah (menyeluruh), dan janganlah kalian mengikuti jejak-jejak syaithan karena sesungguhnya syaitan adalah musuh besar bagi kalian.” (2:208)
sekian..
# dalam masa yang sama, aku ingatkan kepada diri sendiri, sebab aku sendiri pun bukannya bagoss sangaatt, ramai lagi yang lebih baik dari aku...
Wednesday, February 29, 2012
Apa salahnya kalau aku begini ?
huhhh...
ekspressi keluhan sedikit kecewa dengan tindakan beberapa individu yang sangat mengecewakan.
bersabar, senyum dan berdiam diri.
hanya itu jawapan yang paling sesuai untuk mengelakkan berlakunya pertikaman lidah yang tidak diinginkan oleh setiap insan yang berfikiran matang dan terbuka.
Bukan tidak boleh untuk berbahas atau mengeluarkan hujjah masing-masing, cuma buat masa ini, masih atau boleh dikatakan terlalu ramai orang termasuk aku sendiri rasanya perlu belajar dan memperhalusi semula rukun yang 6 dan 5.
huhhhh..
apa lagi yang aku boleh katakan..
jika inilah persepsi orang kepada orang yang hanya melaksakan tuntutan sebagai seorang hamba kepada sang pencipta yang dikecam dan diajukan pelbagai spekulasi sumbang yang tidak berasas sama sekali.
cukuplah aku hanya menjawab soalan-soalan yang penting yang rasanya lebih mudah untuk kami berbual pada waktu itu. Tidak molek kiranya berbahas sesuatu yang boleh merenggangkan hubungan jika tidak disertakan dengan ilmu dan kefahaman yang mantap.
kerana itu perlunya ilmu, pengetahuan serta kefahaman yang jitu jika ingin membawa sesuatu hujah dan pernyataan. Bukanlah tuduhan konyol yang tidak berasas, disokong dengan dorongan nafsu, disertai dengan sedikit rasa ego dan bangga diri, walhal perlu diingat akan kebanggaan akan kejayaan itu tidak datang tanpa izin dan redho Allah.
Mungkin Allah izinkan untuk kita buat sesuatu dan mencapai/menikmati sesuatu, tapi kita tidak pasti, samaada Allah redho atau tidak..
Semua perkara di dunia ini tidak lari dan tidak akan dapat mengelak daripada mengalami dan melalui perubahan, kecuali perubahan itu sendiri yang tidak akan berubah.
jika diamati dan diperhalusi fitrah hidupnya manusia, sepanjang hidup perlu menjadi hamba kepada sang pencipta, kerana hal itu telah dijelaskan di dalam Al-Quran, tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepadaKu ?
Fahamkah kita konsep ibadah itu sendiri ?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oh tidakkk.... ibadah bukan seperti itu...
ibadah tidak khusus di masjid saja...
ibadah bukan sekadar menggentel butir-butir tasbih saja...
ibadah bukan setakat memelihara janggut, berserban, berjubah dan menjadi ustaz/ah saja....
ianya lebih BESAAAAAAAAAR dari itu !!!!!!!!!!!!!!!
HIDUP INILAH IBADAH YANG SEBENAR.
kerana ibadah kita diciptakan.
kerana untuk mengabdikan diri kepadaNya Dia menciptakan kita..

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Surah Az-Zariyat | 51:56
pernahkah terdetik di hati kita untuk menyedari hal ini?
aku sendiri seringkali lupa untuk bermuhasabah walaupun gamaknya seperti seorang yang sudah penuh ilmu di dada untuk menuliskan post yang seperti ini.
aku mengaku aku Islam, tapi sudah benar-benar utuh kah Islamku itu ?
"aahhhhh.... perlukah aku jawab semua persoalan ngko nih...???
bajet ahli syurgaaaaa !!"
memang.....
memang tidak dinafikan akan adanya golongan-golongan penakut yang cuma bercakap begini lebih-lebih lagi di zaman ICT ni.
Cakap dalam internet, fb, blog, twitter, friendster,myspace,tagged (kalau masih wujud lagi la benda-benda ni) memang kencang laa...
Tapi bila jumpa depan-depan kenapa senyap ?
memang.....
memang begini lah normanya da'wah..
harusnya ada yang menentang..
begitulah yang berlaku dari zaman para anbiya dulu.
namun yang berlaku dulu jauh lebih teruk dari ini..
kalau para dai'e hari ini hanya dimaki hamun dalam fb, pun sudah melatah, menangis dan meratap, belum sampai tahap direjam dengan batu, hingga mengalir darah, direjam dengan najis, ditangkap dan diseksa, belakang badan disikat dengan besi tajam yang panas dan sebagainya..
kerana itu teman, harusnya punya kesabaran yang tinggi, tarbiyyah yang utuh, keyakinan terhadap Allah itu tidak berbelah bagi..
perlunya kita persiapkan diri dengan pelbagai bentuk ancaman dan tentangan dari pihak yang cuba untuk memadam dan melenyapkan sinar cahaya kegemilangan Islam...
Apa yang menyedihkan teman, pihak yang sedang berusaha menghalang akan maraknya nur kegemilangan Islam itu adanya daripada orang-orang Islam sendiri...
aduhhhhh....
perlu berusaha dengan lebih keras lagi teman...
Aku agak terkilan baru-baru ini, seorang sahabat yang kiranya cuba mengecam aku dengan satu frasa yang berbau amaran dan tegahan..
::: JANGAN :::
JANGAN berustaz-ustaz kau di sana ok !
JANGAN post macam-macam dalam fesbuk kau tu !
JANGAN ikut-ikut orang yang Islamik di sana tu !
"student macam kau ni lah, bila belajar di tempat lain terus berubah, ikut-ikut benda yang x baik.."
hmmmmmm.....
[tengok tajuk post]
dalam hati aku..
ini saja yang yang ada...

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)
Surah Ali-Imran | 3:200
mungkin dia belum faham lagi kenapa perlunya ada kesedaran tentang pentingnya menegakkan syiar dan mengembalikan izzah Islam itu sendiri..
Inilah antara kesan yang timbul apabila kita hanya faham Islam itu cukup sekadar untuk solat, membuat masjid, berarak ketika maulidur rasul, menyambut hari raya, berpuasa, naik haji, dan...memakai songkok ??
Sudahlah tu...
Biarlah aku begini..
Tiada yang rugi pun..
Jangan kerana kepentingan tertentu, benda baik pun jadi ancaman yang saaangat besar..
Satu lagi aku terlupa, bersyukur tu bukannya kepada makhluk atau pihak-pihak yang tertentu, tapi bersyukur lah kepada yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Makhluk tidak dapat apa-apa melainkan dengan izin dan pemberian daripadaNya..
ITU HARUS KAU INGAT !!
Labels:
fitrah,
hijrah,
islam,
Islam Syumul,
jin dan manusia,
konsep ibadah,
perubahan,
tasbih
Sunday, January 8, 2012
Post Hari ini (9 Januari 2012)
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وآله وصحبه أجمعين

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu" (Al-Baqarah: 147)

"Kemenangan sentiasa bersama pihak yang benar"

" Yang BENAR tetap BENAR "

"JUSTICE for ALL "

"Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu" (Al-Baqarah: 147)

"Kemenangan sentiasa bersama pihak yang benar"

" Yang BENAR tetap BENAR "

"JUSTICE for ALL "
Labels:
901,
Al-Gebra,
Anwar Ibrahim,
Bebas Anwar,
DSAI,
KeADILan,
PKR,
Reformasi,
truth always win,
yang benar tetap benar
Subscribe to:
Posts (Atom)

