Wednesday, June 19, 2013

Benarkah begini realiti pendidikan di Malaysia ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan pembaca yang akan terkejut sebentar lagi.

Mungkin lah terkejut..

Mungkin ada yang tidak terkejut langsung pun.

Cuma dengan berbantukan sedikit bahan visual, dalam 100%, mungkin 0.78% anda akan setuju dengan kenyataan yang akan dipostkan.

Terlebih dahulu, saya juga sebenarnya pernah terfikir juga, tapi kurang ambil perhatian sangat.
Cuma, salah seorang tenaga pengajar saya mula membuka minda saya dan beberapa orang rakan sekelas dengan satu kenyataan mudah, tapi menjerat minda dan mendedahkan kepincangan isu yang perlu dileraikan.

Jadi, saya cuma mengongsikan apa yang berlaku dalam sesi pembelajaran pada hari itu, mungkin idea asal post ini bukan sepenuhnya daripada kepala batu saya, tapi ada lah sedikit sebanyak membantu satu dua huruf..


Gambar di atas ni ada graf bar & Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Boleh baca sendiri, jangan malas membaca. Buka gambar tu jika paparan kurang jelas.
Guru saya selalu pesan "im not gonna spoon feed you everyday"..hehe..

Pengalaman berada di sekolah tidaklah sampai berpuluh tahun untuk aku cakap banyak pasal benda ni. Cuma, sebulan dua tu mungkin ada.

Saya cuma sampaikan apa yang pengajar saya dalam sesi kuliah sampaikan. Beliau brainstorm bersama kami sekelas setiap item dalam graf bar tu.

- Jasmani : Ada sukan, ada ko-kurikulum, ada subjek PJK
- Emosi : Ada Unit Bimbingan & Kaunseling, selalu buat program di sekolah
- Rohani : Ada subjek Pendidikan Islam & Moral, ada program di sekolah
- Intelek : INI SANGAT PENTING !!!!!!!

Sebenarnya tidak semua pun sekolah yang macam ni, ada yang seimbang, tapi most of sekolah macam ni, meninggikan intelek, merendahkan perkara lain.

Kerana mementingkan P&P, program-program sangat susah untuk dilaksanakan !

"tidak boleh guna waktu P&P!"

"pendidikan Seni tahun 6 perlu ganti dengan subjek exam,"

Al-hasilnya, tekanan dengan P&P, P&P,P&P...program UBK tidak dapat dijalankan, waktu sukan sangat terhad, murid tension, emosi merudum, prestasi akademik tidak ke mana !

Kalaupun ramai yang bijak pandai dek keputusan akademik yang sangat cemerlang, tapi belum tentu modal insan yang baik dapat dihasilkan, if the most of time used for study,study,study, the in what time they will gain their jasmani, emosi & rohani ???

Ini kerja kamu wahai pendidik, bukan senang untuk turun dan naikkan semula item-item dalam graf bar tu sampai seimbang, sistem perlu diubah kata pensyarah saya. 

UBAH !!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...