Assalamualaikum semua..
Salah seorang individu yang menyemarakkan arena qasidah dan juga menghidupkan sunnah Rasulullah ialah Habib Syeikh bin Abdul Qadir As- Sagaf. Beliau adalah salah satu putera dari 16 bersaudara putera-puteri Al-Habib Abdul Qadir bin Abdurrahman Assegaf, iaitu seorang tokoh alim dan juga merupakan imam Masjid Jami' Assegaf di Pasar Kliwon Solo.
Beliau dilahirkan tanggal 20 September 1961. Beliau mendapat pendidikan awal daripada guru besarnya yang juga ayahnya sendiri dalam mendalami ilmu agama dan juga peribadi dan akhlak mulia yang luhur. Selepas itu, pendidikannya disambung pula oleh bapa saudaranya, iaitu al-Habib Ahmad bin Abdurrahman Assegaf yang datang dari Hadramaut, Yaman. Selain itu, beliau juga mendapat sokonga, dokongan dan tunjuk ajar daripada Al-Imam, Al-Arif billah, Al-Habib Muhammad Anis bin Alwiy Al-Habsyi, iaitu Imam Masjid Riyadh, Solo, Indonesia yang juga merupakan cucu al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi, iaitu pengarang Kitab Maulid masyhur Simtut Dhuror.
Berkat segala bimbingan, nasihat, serta kesabarannya, beliau menghidupkan hari-hari biasa dalam kehidupannya untuk sentiasa melakukan syiar kecintaan kepada Rasul yang tanpa disedari kini telah mencecah puluhan ribu jemaah yang setia bersama 'Ahbabul Musthofa' yang diketuai oleh beliau sendiri.
Kini, beliau semakin dikenali di seluruh nusantara dan dunia umumnya melalui qasidah dan madah pujian ke atas junjungan besar kita Rasulullah SAW.
___________________________________________________
Menelusuri jalan hidup yang terasa kosong dan bowink, aku mencari untuk sesuatu benda baru yang menarik.
Tidak membosankan.
Menenangkan.
Bermakna.
Dan berkembangbiak.
Aku diajak oleh seorang rakan ke salah satu program imarah masjid di Kampung Pandan, kalau tidak silap Masjid As-Syafie lah kot.
Setiba di masjid itu, kedengaran suara Ustaz Syed Norhisyam sedang berceramah.
Aku meluru masuk ke celahan lautan manusia yang sedang layan mendengar ceramah.
ceramah tentang Rasulullah.
Hmm..
Benda ni da biasa dengar.
Tapi it's ok, selagi bermanfaat, dan recall semula apa yang aku sendiri pun sudah lupa.
Lepas tu aku terpana kejap.
Al-Mawlid ??
Eh. Kejap.
Macam pernah nampak mamat-mamat nih.
Oh ya!
Aku pernah post dalam fesbuk aku, dorang ni dulu Ruffedge & V.E yang beralih haluan ke hiburan rohani.
Tabarakallah !
Tapi lagu dorang aku tidak lah minat sangat.
Bertepatan dengan tema program maulidur Rasul hari tu, aku dan hadirin yang lain terkejut.
Mungkin aku seorang saja yang terkejut.
"majlis kita sebentar lagi adalah satu majlis yang sangat penting, iaitu majlis maulid, yang mengagungkan Nabi Muhammad SAW dan ianya lebih penting daripada majlis raja-raja"
dengan tegas pengacara majlis pada ketika itu menegaskan dan memberi peringatan untuk para hadirin sungguh-sungguh memberikan komitmen pada majlis berkenaan.
Itulah majlis Maulid Akbar.
Malam itu aku terasa feel qasidah masuk ke dalam hati bila aku tengok translation dalam screen untuk setiap rangkap dan baris lirik alunan qasidah tu.
Jom Cinta Rasul !
Alhamdulliah.. Tq atas kongsian blog ni.. Saya bersetujunya..
ReplyDeleteBetul-betul sahih ke?? Yg beliau dri keturunan SAW?
ReplyDelete