Monday, August 6, 2012
7 Ogos 2012 | 18 Ramadhan 1433H
Maaf tiada hadiah untuk tahun ni.
Kalau sempat saya doakan saja yang terbaik untuk kamu,
maksud saya, kalau saya masih hidup lagi.
Terima kasih sebab menjadi kawan yang baik.
dulu.
Sudi menjadi kawan susah dan senang.
Walaupun waktu itu kita bukanlah kenal sangat.
Tapi aku sudah cuba yang terbaik.
Mungkin silap aku.
Kita tidaklah sebaik dulu.
Dan jadinya seperti sekarang.
Jika aku bandingkan antara kawan yang baik.
Kamu tetap pilihanku.
Kawan ok.
Kita pernah berjumpa beberapa kali.
Ada sekejap, ada agak lama, dan ada seketika cuma.
Kita pernah saling membantu.
Saling mempermudahkan kerja masing-masing.
Dan aku tidak melupakan akan hal itu.
Aku menghargai akan jasamu, walaupun kasut itu agak sempit, tapi aku selesa memakainya.
Kerana ia milikmu.
Masih ku simpan sms darimu dulu kawan.
Maksudku sms yang sangat panjang.
Kau katakan tentang ibumu, kakakmu dan yang lain.
Aku terima itu.
Sebagai permintaanmu.
Dan mungkin itu yang terbaik untukmu.
Untukku.
Dan untuk semua.
Darimu aku kenal dengan rakan-rakan karibmu.
Dan aku selesa dengan mereka.
Bak abang dan adik juga kadangkala.
Aku banyak belajar dari mu.
Akan penerimaan ketentuan yang terbaik dan kerelaan secara ikhlas dan muhasabah diri.
Maaf kerana di sini aku luahkan isi persahabatan kita.
Walaupun bukan semua.
Masih ada yang aku simpan.
Cukup sekadar yang perlu diceritakan.
Allah sentiasa menyayangimu kawan.
Selamat hari lahir yang ke 22 ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment