أبو عبد الله محمد ابن عبد الله اللواتي الطنجي بن بطوطة
Nama
sebenar ialah Abu Abdullah
Muhammad Ibn Abdullah Al Lawati Al Tanji Ibn Battuta.
Negeri-negeri di bahagian Timur memberikan gelaran Syamsuddin kepada beliau,
manakala salah seorang daripada tokoh orientalis yang bernama Dozy pula memberi
gelaran Pengembara yang jujur kepada beliau.
Ibnu Battuta dilahirkan di
Tangier, sebuah kota yang berhampiran dengan
selat Gibraltal, Maroco pada 25 Febuari 1304. Ibnu Battuta berasal dari
sebuah keluarga yang ahli dalam hukum-hakam Islam. Beliau merupakan seorang
yang berbangsa Berber, iaitu salah satu daripada suku kaum orang Afrika Utara
di Lembah Nil, yang tersebar secara meluas di Atlantik ke Oasis Siwa di Mesir, dari Mediterranean
ke Sungai Niger.
Selain itu, Ibnu Battuta adalah
seorang Muslim dari puak Sunni, iaitu golongan Muslim yang paling ramai di
dunia atau lebih dikenali dengan nama “Ahli Sunnah wal Jamaah”. Di samping
itu, Ibnu Battuta juga adalah seorang
cendikiawan dan ulama dalam Mazhab Maliki, iaitu mazhab fiqh yang tertua dalam
Islam sunni. Mazhab Maliki diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afika Barat.
Mahzab ini mempunyai bilangan pengikut kedua teramai iaitu lebih kurang 25%
daripada Muslim. Mazhab ini berbeza daripada tiga mazhab yang lain kerana
terdapat tambahan kepada sumbernya. Selain menggunakan Al Quran,
hadis,
ijma'
dan qiyas,
Imam Maliki juga menggunakan amalan orang Islam Madinah pada zamannya itu
sebagai sumber yang kelima.
Mengikut Imam Malik, amalan orang Madinah dilihat
sebagai sunnah hidup
memandangkan Nabi Muhammad berhijrah, tinggal, dan wafat di Madinah, dan
kebanyakan sahabat Nabi tinggal di Madinah. Sebagai seorang pemuda Muslim yang
cintakan ilmu, lebih-lebih lagi mengenai Islam, beliau akan mempelajari “Sunni
Maliki” di Afrika Utara pada ketika itu. Seawal usia enam tahun, kehidupan
inteleknya diwarnai dengan pelajaran yang berlandaskan Al-Quran. Tangier
bukanlah sebuah nama tempat yang sinonim atau terkenal dengan para ilmuannya,
oleh itulah ramai anak-anak muda dari Tangier, salah satu daripadanya adalah
Ibnu Battuta ini keluar ke Mekah bagi memperluaskan ilmu serta pengalaman
beliau.
Pada bulan Jun 1325, ketika beliau berusia 21 tahun, beliau pergi ke Mekah untuk menunaikan haji.
Perjalanan
dari Tangier ke Mekah.
Dalam pengembaraan beliau yang pertama, beliau telah
menyusuri pantai utara Afrika melalui Aljazair, Tunis, di mana tempat beliau tinggal
selama dua bulan , kemudian meneruskan perjalanan ke Tripoli serta ke Alexandria sejauh 3.500 km dari wilayah
Tripoli. Kemudiannya, Ibnu Battuta
singgah di Cairo dan menetap di sana selama sebulan sebelum meneruskan perjalanan
ke Jerusalem. Selepas itu, beliau
singgah di Damaskus dan seterusnya ke Madinah dan Makkah. Perjalanan
pengembaraan Ibnu Battuta ini memakan masa selama 16 bulan.
Apabila selesai menunaikan ibadah haji di kota Mekah,
Ibnu Battuta menetap sementara di kota Mekah untuk menuntut ilmu sebelum
meneruskan pelayarannya ke wilayah Iran.
Setahun
selepas itu, Ibnu Battuta kembali semula ke kota Mekah untuk menunaikan ibadah
haji untuk kali yang kedua. Beliau seterusnya tinggal di kota Mekah selama
setahun.
Pada
tahun 1328 pula, Ibnu Battuta meneruskan penegmbaraannya yang ketiga, iaitu ke
pantai timur Afrika hingga ke kota Kilwa, sekarang Tanzania dan kembali lagi ke
Mekah melalui laut ke Teluk Persia dan
kembali ke kota suci Mekah melalui jalan darat. Ibnu Battuta kemudiannya
kembali semula ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji yang ketiga kalinya.
Ibnu
Battuta kemudiannya melanjutkan perjalanan ke wilayah Asia Tengah melalui
Anatolia ke Turki Asia. Singgah di Konstantinopel (sekarang dikenali
sebagai Istanbul, Turki) sebelum
berlayar menyebrangi Laut Hitam ke wilayah Asia Tengah. Perjalanan beliau
dilanjutkansehingga ke wilayah
Afghanistan sekarang.
Dari
wilayah Sungai Volga, Ibnu Battuta telah menembusi wilayah Afghanistan pada
tahun 1334 melalui Kabul hingga ke Delhi, India. Di Delhi Ibnu Battuta bekerja
di bidang pengadilan sebagai “qadi” atau lebih dikenali sebagai hakim. Delhi
yang pada ketika itu adalah termasuk dalam senarai negeri muslim. Sebelum itu,
beliau bekerja dengan SultanDelhi,
Muhammad bin Tughluq sebagai penterjamah bahasa Dengan gaji beliau yang tinggi Ibnu Battuta hidup senang dan
sejahtera selama beliau menetap di India.
Sultan
Delhi mengutuskan Ibnu Battuta ke China pada tahun 1342 sebagai delegasi
sultan. Dalam perjalanan tersebut, beliau serta ahli rombongannya telah
diserang oleh sekumpulan orang Hindu, dirompak dan seterusnya dipisahkan. Namun
begitu, Ibnu Battuta berjaya mengejar semula ahli rombongannya selama dua hari
dan kemudiannya meneruskan perjalanan mereka ke Khambat. Dari sana, mereka
terus belayar hingga ke Calicut.
Beliau
seterusnya memulakan perjalanan dari
Kepulauan Maldiva selepas tinggal di sana dalam tempoh masa embern bulan ke Sri
Lanka dan selanjutnya meneruskan pelayaran melalui Bangladesh, Myanmar,
Kepulauan Andaman, Aceh, Selat Malaka, Singapura,dan menembusi Laut China
Selatan, berlabuh dan seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Beijing
melalui jalan darat.
Pada tahun 1346, Ibnu Battuta memulakan perjalanan
pulangnya dari Beijing ke tempat kelahirannya di Tangier di Maroko. Selama
empat tahunmenempuhi perjalanan darat
dan pelayaran laut, akhirnya Ibnu Battuta
berjaya dan selamat sampai ke
kota kelahirannya Tangier di Maroko. Beliau
keluar untuk mengembara ke luar negeri untuk menimba ilmu serta
memperluaskan pengetahuan dan pandangan
pada usia beliau 21 tahun dan akhirnya Ibnu Battuta kembali semula ke
tempat asal kelahirannya ketika beliau berusia 44 tahun.
Tidak lama di Maroko, Ibnu Battuta kembali
meneruskan pelayarannya untuk melanjutkan perjalanan menyebrangi Laut Tengah ke
Andalusia iaitu wilayah Sepanyol
selatan, kemudiannya menembusi gurun Sahara hingga ke Mali, wilayah Afrika
barat.
Pada
tahun 1354, Ibnu Battuta kembali ke tanah kelahirannya Tangier dan menetap di kota Fez. Di sana, Ibnu Battuta
berkawan baik dengan sultan. Baginda sultan yang sangat kagum dengan perjalanan
Ibnu Battuta telah meminta supaya Ibnu Battuta menuliskannya ke
dalam sebuah buku, yang dikenal berjudul Rihla atau My Travel. Sebuah
perjalanan yang mencabar sepanjang
120.000 km telah ditempuh oleh Ibnu Battuta. Sekiranya bukunya berbentuk diari,
tentunya orang akan lebih mengenal Ibnu
Battuta dibandingkan dengan Samuel Pepys
atau Anne Frank.
Semestinya perjalanan serta pengembaraan yang dialami dan
ditempuhi oleh Ibnu Battuta memberi kesan yang cukup mendalam kepada hidupnya
serta memperluaskan lagi ilmu yang ada padanya.
SUMBANGAN IBNU BATTUTA
1 Sumber Rujukan
Sejarah.
Ibnu Battutah dijadikan sebagai sumber rujukan sejarah
serta rujukan dari aspek yang lain, contohnya tentang pelayaran, ilmu-ilmu
keagamaan, budaya serta adat resam dan bermacam-macam lagi. Hal ini bertepatan
dengan penulisan sebuah buku oleh beliau sendiri yang bertajuk “Al-Rihlah” apabila seorang sultan sangat
mengagumi pelayarannya sehingga meminta Ibnu Battuta membukukan segala catatan
harian yang beliau tulis sepanjang perjalanan serta pemerhatian beliau di
setiap tanah hentian di benua Afrika serta Asia yang dijejaki oleh Ibnu Battuta
dalam sebuah buku. Dalam Al-Rihlah itu mengandungi pelbagai aspek yang telah
dicatatkan oleh Ibnu Battuta seperti aspek ekonomi, budaya dan sosial,
poloitik, masyarakat serta aspek keagamaan. Buku ini telah menjadi sumber
rujukan yang penting pada zaman
pertengahan. Beliau banyak menulis tentang negara-negara Islam, terutamanya
India semasa pemerintahan Sultan Muhammad Taghluq, Anatolia, Maldives, Afrika,
China dan Asia Tenggara.
Menjadi Contoh serta
Dorongan Pengembara Islam dan Barat
Dalam usia se awal 21 tahun mengharungi satu
pengembaraan yang jauh menempuh gelora bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi
kejayaan Ibnu Battuta sebagai seorang penjelajah muda yang Berjaya menjadi
ikutan serta pendorong kepada penjelajah yang lain, bukan sahaja kepada
penjelajah Islam, tetapi juga pendorong kepada penjelajah dari Barat. Ekoran
dari kejayaan pelayaran beliau, muncul ramai nama-nama baru dalam arena
pelayaran, contohnya Ibn Majid dan Sulayman Al-Mahri yang Berjaya merentasi
Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Catatan mereka pula telah menjadi sumber
panduan kepada para pelayar dari Eropah yang berusaha untuk mencari jalan ke
Timur pada abad 15 dan 16 Masihi, seperti Vasco da Gamma.
3 Menambahkan sumber
rujukan dalam bidang pelayaran dan geografi.
Pelayaran Ibnu Battuta telah membuka satu lembaran
baru dalam dunia pengembaraan dalam bidang pelayaran khususnya serta dalam
bidang Geografi. Catatan-catatan beliau yang telah dibukukan telah menjadi
sumber yang penting kepada ramai ilmuan serta penjelajah telah diterbitkan
dalam pelbagai terjemahan bahasa seperti bahasa Inggeris, Jerman, Belanda dan
Perancis. Sebagai contoh, seorang professor, Prof. H.A.R Gibb menterjemah buku Al-Rihlah kepada “The
Travels of Ibn Battuta”. Dengan ini, catatan pelayaran beliau telah menjadi
rujukan di seluruh dunia, bertepatan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang
digunakan hampir di seluruh dunia. Para orientalis barat pula memberi nama
gelaran kepada Ibnu Battuta dengan gelaran “The Prince Of Muslim Travellers”
yang meletakkannya sebaris dengan nama pengembara terkemuka di dunia seperti
Marco Polo.
4 Meningkatkan
Pengetahuan Politik dan Diplomasi.
Sepanjang pengembaraannya, beliau telah menemui ramai
orang-orang penting dalam sesebuah pemerintahan serta pentadbiran negara atau
negeri seperti sultan, menteri, pegawai dan sebagainya. Keperibadiannya, akhlak
yang terpuji, berwibawa, mempunyai pengetahuan dalam bidang agama serta pandai
berdiplomasi menyebabkan beliau mudah dipercayai apabila memerlukan bantuan
uantuk meneruskan perjalanan pengembaraannya. Beliau pernah dilantik menjadi
qadi oleh Sultan Muhammad Taghluq di India serta diberi kepercayaan untuk
menjadi utusan ke negara China pada tahun 1342 Masihi. Apabila singgah di
Pasai, sultan Al-Malik Al-Zahir memberikan penghormatan kepada beliau sebagai
seorang ulama dengan menyediakan sebuah tongkang besar yang lengkap dengan
peralatan untuk pelayaran ke negara China.
Menambahkan
pengetahuan sosiologi dan antropologi.
Dalam penulisan buku Al-Rihlah, beliau memperincikan
setiap budaya serta kehidupan masyarakat di setiap negara. Sebagai contoh,
beliau begitu kagum dengan keindahan kota Constatinople yang dilengkapi dengan
pasar, jalan raya yang diperbuat dari batu serta gereja yang bernama Santa
Sophia yang terletak di tengah-tengah kota tersebut. Selain itu, di China,
beliau memuji tentang keamanan negara itu dengan mengatakan inilah negara
paling aman yang pernah beliau kunjungi serta kecantikan corak kain sutera
buatan orang Cina yang sangat mengagumkan. Dalam aspek keagamaan pula, Ibnu
Battuta ada menulis tentang budaya keagamaan penganut Hindu, aktiviti ritual
mereka serta perayaan serta kehidupan sosial masyarakat India yang beragama
Hindu.
6 Memperluaskan Tamadun
Islam
Pengambaraan Ibnu Battuta memberi sumbangan besar
dalam memperluaskan tamadun khususnya tamadun Islam sendiri. Berlakunya
interaksi antara tamadun apabila Ibnu Battuta mengembara dari tempat
kelahirannya ke tempat lain, contohnya ke Mekah, India, China dan sebagainya.
Perkara yang dibawa oleh beliau adalah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ajaran
agama Islam, selok-belok pelayaran, ilmu perkapalan serta ilmu yang pelbagai
yang telah dicurahkan serta disebarkan mencetuskan satu interaksi serta situasi
yang sama apabila beliau menimba serta mendapatkan ilmu dari tempat lain.
Sebagai seorang remaja yang akan menjana serta tunjang
kepada negara pada masa akan datang, nilai-nilai moral yang ada pada diri Ibnu
Battuta sememangnya wajar untuk diadaptasi sekaligus dipraktikkan dalam
kehidupan seharian. Perkara yang paling utama sekali ialah berilmu pengetahuan.
Ibnu Battuta begitu mengambil berat tentang aspek ilmu. Beliau sanggup
mengembara sehingga ke Mekah serta ke pelusuk dunia yang lain semata-mata untuk
memperluaskan ilmunya. Selain itu, usaha beliau tidak tertumpu kepada menimba
ilmu sahaja, malahan beliau juga turut mencurahkan ilmunya kepada orang lain.
Dalam pengembaraannya pula, beliau mampu untuk meneruskan pelayarannya berbekalkan
ilmu yang ada, kerana tanpa ilmu yang cukup, pelayarannya itu berkemungkinan
akan menghadapi masalah yang sukar untuk diatasi. Begitu juga dalam kehidupan
seharian kita, seharusnya mempunyai ilmu untuk menghadapi cabaran-cabaran yang
bakal menyapa di dunia yang penuh dengan pancaroba ini.
Seterusnya ialah berakhlak mulia. Kerana sifatnya yang
terpuji, Ibnu Battuta mendapat pelbagai jenis bantuan serta diberikan
kepercayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas. Sebagai contoh, Sultan Muhammad
Taghluq memberi kepercayaan kepada Ibnu Battuta menjadi seorang qadi serta
menjadi utusan ke negara China. Selain itu, sifat beliau yang dihormati bukan
sahaja oleh masyarakat, malahan oleh orang-orang kenamaan seperti Sultan Pasai
yang telah menghadiahkan sebuah tongkang besar sebagai tanda penghormatan
kepada seorang ulama. Akhlak yang terpuji itu penting dalam diri individu,
kerana akhlak itu sendiri boleh dijadikan sebagai cermin kepada perilaku kita
terhadap orang lain. Apabila kita berlaku baik dengan orang lain, maka tidak
dinafikan orang lain akan berlaku baik dengan kita.
Selain itu, sifat rajin dan tidak mengenal erti jemu
juga boleh dijadikan sebagai inspirasi terhadap diri sendiri serta dalam
kehidupan seharian. Sebagai contoh, Ibnu Battuta akan membuat catatan berkaitan
dengan kehidupan masyarakat setempat, membuat kajian mengenai sesuatu masalah,
pemetaan geografi serta tidak jemu untuk menuntut ilmu. Sebagai seorang
pelajar, perkataan rajin itu sendiri sudah sebati dengan hidup di alam
pembelajaran sejak dari bangku sekolah rendah lagi. Rajin dalam pelbagai aspek,
rajin ke sekolah, membuat ulangkaji, bertanyakan soalan,menjaga kebersihan dan
macam-macam lagi. Di samping itu, tidak perlu untuk merasa bosan untuk berusaha
demi mencapai kejayaan, kerana ianya mampu menumpulkan fokus perjalanan
individu untuk sampai ke puncak kejayaan.
Selain itu,antara nilai serta sifat-sifat terpuji yang
dimiliki oleh Ibnu Battuta ialah dari aspek kepimpinan. Dalam konteks ini, Ibnu
Battuta patut dicontohi kerana sifat kepimpinan beliaulah yang berjaya
untuk membawanya ke arah kejayaan.
Beliau boleh dikatakan seorang pemimpin yang baik bukanlah kerana beliau
seorang ulama atau seorang nakhoda, tetapi beliau mempunyai ciri-ciri serta
sifat sebagai seorang pemimpin. Beliau Berjaya untuk menjadi pemimpin untuk
dirinya sendiri sehingga mampu menjadikannya seorang pengembara yang ternama
serta menjadi ikutan kepada pengembara yang lain. Beliau menegaskan kepada
dirinya sendiri untuk pergi menuntut ilmu di tempat lain Berjaya menjadi seorang pemimpin ketika
berlaku serangan dari pihak orang Hindu. Seorang pemimpin yang baik adalah
seorang yang disegani, dihormati serta dipandang mulia oleh orang lain.
Secara konklusinya, pengembaraan Ibnu Battuta bukan
saja meninggalkan kesan terhadap dunia pengembaraan, tetapi juga dalam aspek
rohaniah itu sndiri apabila individu menginterpretasikan pengembaraan itu dalam
erti kata yang lain, iaitu kehidupan seharian. Dalam kehidupan, manusia
seharusnya memiliki segala kelengkapan seperti sebuah kapal yang sarat dengan
segala kelengkapan. Kehidupan manusia perlu ada sifat yang terpuji, akhlak
mulia, beilmu pengetahuan luas serta mempunyai sifat kepimpinan.
Blh x sy nk ltk nama anak ibn battuta??
ReplyDeleteAssalammualaikum. Boleh saya tahu sumber2 rujukan bagi penulisan ini . Ianya satu penulisan yang sangat baik berkaitan kisah pengembaraan serta sumbangan ibnu batuta. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalammualaikum. Boleh saya tahu sumber2 rujukan bagi penulisan ini . Ianya satu penulisan yang sangat baik berkaitan kisah pengembaraan serta sumbangan ibnu batuta. Terima kasih.
ReplyDelete