Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !
Sebentar tadi, seorang akhowat bertanya kepada ana,
"kamu tukar lagu dalam blog ke? best lagu tu.."
Lagu apa ek ?
"Alah, lagu tu, yang ....... "
Dia tidak berkata apa-apa selain menunjukkan genggaman tangan yang mengekspressikan mood & tone lagu yang membangkitkan semangat dan adrenalin perjuangan para mujahid, kerana dia tidak tahu apa tajuk lagu itu..
Itulah lagu yang antum semua sedang dengar, lagu yang bertajuk :
GELOMBANG KEADILAN - SHOUTUL HAROKAH
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
Sungguh, dari ana sendiri, lagu ini secara tidak langsung menaikkan semula semangat, iltizam dan keazaman untuk terus melangkah di atas jalan & landasan jihad untuk menegakkan keadilan di bumi milik Allah yang pada hari ini, sudah banyak berlaku penindasan, kezaliman serta ketidakadilan oleh pihak-pihak yang tidak memiliki sifat humaniti walaupun pada hakikatnya mereka adalah manusia biasa.
Lagu ini ditujukan khas untuk para mujahidin yang sedia untuk mengabdikan dirinya untuk Allah. Rela dicaci, sedia menerima segala tomahan dari orang lain, sedia menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang bakal dihadapi sepanjang menelusuri jalan da'wah dan jihad.
Dalam menghadapi segala ujian dan rintangan sepanjang perjalanan, berbekalkan semangat serta keikhlasan untuk menegakkan syari'at Allah, segala kepayahan itu diredhakan, segala kesusahan dan kepentingan diri sendiri diabaikan demi kesejahteraan Islam. Melangkah di atas jalan perjuangan dalam keadaan susah ataupun senang, berkorban dengan harta,masa, jiwa dan raga kerana meyakini bahawa janji Allah itu benar.
Ujian itu akan datang dalam pelabagai bentuk, dalam bentuk keperitan dan juga dalam bentuk kesenangan dan kemewahan.
Dipetik dari tamsilan dalam filem sang murabbi, seekor semut yang berjalan untuk menaiki sebatang pokok, tetap tegar menghadapi halangan yang bermacam-macam, ribut taufan dan angin yang kencang tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjalan dan seterusnya sampai di atas pokok tersebut. Namun, apabila datangnya angin yang bertiup dengan lembut menyapa tubuhnya, semut itu terleka, semut itu rasa lega dan kemudiannya terlena... dan seterusnya terjatuh dari atas pokok yang tinggi itu kerana tertidur dengan sangat lena, lantaran tiupan angin yang lembut tadi..
Tiada apa yang boleh dirasakan daripada satu kepalan atau genggaman tangan melainkan satu aura dan semangat untuk terus berdiri, untuk terus melangkah, untuk terus berjuang dan untuk terus menuju matlamat perjuangan, mencapai keredhaan Allah, memburu syahid dan meni'mati ganjaran syurga seperti yang dijanjikan oleh Allah.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar !
Wednesday, November 2, 2011
Lagu blog lu best la !
Labels:
gelombang keadilan,
islam,
jihad,
lagu islamik,
mujahid,
shoutul harokah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lagu ni best gila. semangat gila. aku kadang2 masuk blog ni semata2 nk dengar lagu ni je.
ReplyDeletedengan gaya tangan sekali ke ?
ReplyDelete