بسم الله الرحمن الرحيم
PERTAMA SEKALI, SAYA INGIN MEMOHON MAAF SEKIRANYA POST KALI INI MUNGKIN ADA YANG TIDAK BEGITU SETUJU DENGAN APA YANG SAYA PERKATAKAN, TAPI, INILAH REALITINYA..
SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, BAHAWA PRESIDEN MESIR, HOSNI MUBARAK TELAH BERJAYA DITUMBANGKAN OLEH KUASA KEBANGKITAN SELURUH RAKYAT MESIR, YANG SUDAH TIDAK LAGI MAHU BERDIAM DIRI SETELAH SEKIAN LAMA DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN YANG MEMRINTAH SECARA KUKU BESI DAN TIDAK MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN SERTA KEPERLUAN RAKYATNYA SENDIRI.
PEMIMPIN MEWAH, RAKYAT SUSAH.
KEBANGKITAN RAKYAT MESIR YANG KIAN MEMBARA DISEMARAKKAN LAGI OLEH SEORANG WANITA YANG BERNAMA ASMAA MAHFOUZ, YANG TELAH MENYIARKAN VIDEO LUAHAN PERASAANNYA DI YOUTUBE.
SEJAK DARI DULU LAGI, SUDAH BANYAK SIRI DEMONSTRASI RAKYAT YANG DIPELOPORI OLEH GOLONGAN MUDA DILAKSANAKAN, ANTARANYA IALAH 'YOUTH FOR CHANGE','WORKERS FOR CHANGE','6 APRIL YOUTH MOVEMENT','NATIONAL ASSOCIATION FOR CHANGE','WE ARE ALL KHALED SAID'DAN BANYAK LAGI.
DALAM SIRI DEMONSTRASI KEBANGKITAN RAKYAT YANG TERBESAR INI, ANTARA MEREKA YANG DIANGGAP ORANG PENTING UNTUK MEMASTIKAN API KEBANGKITAN INI SENTIASA MENYALA SEHINGGA SAAT HOSNI MUBARAK MELETAKKAN JAWATAN IALAH 6 APRIL YOUTH MOVEMENT A.K.A SYABAB 6 ABRIL.
MEREKA YANG TERDIRI DARI BEBERAPA ORANG MUDA YANG SANGAT BIJAK DALAM MENGATUR STRATEGI SERTA PERANCANGAN YANG SANGAT TELITI DALAM MEMACU REVOLUSI MESIR BERTUNGKUS LUMUS MEMERAH KERINGAT, TENAGA DAN SEGALANYA, TERMASUK MENGHADAPI TEMBAKAN POLIS, DITANGKAP SERTA DIEKORI OLEH MATA-MATA YANG INGIN MENANGKAP MEREKA.
SEKATAN INTERNET DAN MEDIA TIDAK SAMA SEKALI MELEMAHKAN SERTA MEMBANTUTKAN USAHA MEREKA, MALAH USAHA MEREKA LEBIH GIAT DILAKUKAN. ANTARA USAHA YANG MEREKA IALAH CUBA MENGHUBUNGI RAKAN-RAKAN MEREKA YANG BERADA DI LUAR NEGARA UNTUK MEMBANTU MEREKA DARI SEGI SEBARAN MELALUI INTERNET DAN SEBAGAINYA. DI MESIR, MEREKA DENGAN SEDAYA-UPAYA MENGEDARKAN SEBERAPA BANYAK FLYERS DI SERATA TEMPAT, BERJUMPA DENGAN ORANG-ORANG MESIR, DAN IANYA TIDAK PERNAH BERHENTI. MEREKA JUGA MENYEDIAKAN MANUAL UNTUK PERGI BERDEMONSTRASI, DARI SEGI STRATEGI, PAKAIAN DAN SEBAGAINYA.
MELALUI INTERNET, MEREKA CUBA MENGABURI MATA PIHAK BERKUASA DENGAN MEMBERIKAN MAKLUMAT YANG SEBALIKNYA, DARI SEGI TEMPAT BERKUMPUL, TARIKH-TARIKH TERTENTU DAN PELBAGAI MAKLUMAT YANG LAIN.
SEGALA INI MAMPU DIREALISASIKAN JUGA DI MALAYSIA, MEMANDANGKAN BEBERAPA PERKARA YANG SEDANG DAN TELAH BERLAKU JUGA HAMPIR SAMA DENGAN SITUASI DI MESIR.
APA YANG SAYA TERTARIK DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT DI MESIR IALAH SEMANGAT KEKITAAN SEBAGAI RAKYAT MESIR SANGAT TINGGI DEMI MENCAPAI MATLAMAT MEREKA UNTUK MENUMBANGKAN PRESIDEN MEREKA. DALAM SIRI DEMONSTRASI KEBANGKITAN YANG TERBESAR INI, MEREKA TIDAK SEDIKIT PUN MENIMBULKAN SENTIMEN KAU, KAU, AKU, AKU, TAPI MEREKA HANYA BERPEGANG KEPADA SATU PERKATAAN, IAITU 'KITA'.
MAKSUDNYA DI SINI, RAKYAT MESIR TIDAK BERSATU DEMI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEREKA UNTUK MENJATUHKAN HOSNI MUBARAK, TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA MEREKA. APA YANG MEREKA PERLUKAN IALAH UNITI DAN PERSEFAHAMAN.
MAKA DENGAN ITU, SEPANJANG SIRI DEMONSTRASI KEBANGKITAN YANG MEREKA ADAKAN, HANYA SEMANGAT KEBERSAMAAN YANG MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT KEBANGKITAN.
HANYA BENDERA MESIR YANG DIKIBARKAN, KERANA ITU ADALAH TANDA BETAPA MEREKA SANGAT CINTAKAN NEGARA MEREKA, DAN SEBAGAI RAKYAT,MEREKA SANGAT MENGINGINKAN SEBUAH NEGARA YANG DIPIMPIN SECARA ADIL DAN MENGUTAMAKAN MEREKA SEBAGAI RAKYAT. MEREKA TIDAK MAHU MENGHIDUPKAN SEMANGAT KEPARTIAN ATAU SESUATU YANG BOLEH MEMBEZAKAN MEREKA, MELAINKAN SESETANGAH PUAK PRO-KERAJAAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SUARA RAKYAT.
SELAIN ITU KIBARAN BENDERA, SORAKAN PENYUNTIK SEMANGAT YANG MEREKA LAUNGKAN SEPANJANG DEMONSTRASI KEBANGKITAN ITU JUGA ADALAH SORAKAN YANG BOLEH DILAUNGKAN OLEH SEMUA ORANG, YANG AYATNYA LEBIH KEPADA SORAKAN YANG MENGINGINKAN PENGUNDURAN PRESIDEN HOSNI MUBARAK, MENGINGINKAN SEBUAH NEGARA YANG BERPEMIMPIN BERJIWA RAKYAT SERTA LAUNGAN SUARA RAKYAT YANG BOLEH TURUT SERTA DILAUNGKAN OLEH SEMUA RAKYAT TANPA TERKECUALI, DAN TIDAK DIBEZAKAN AGAMA DAN BANGSA.
DALAM MENGHORMATI KEHIDUPAN DAN KEBEBASAN BERAGAMA PULA, RAKYAT YANG BERBEZA AGAMA KETIKA DI MESIR SAMA SEKALI TIDAK MEMPERLIHATKAN PERBEZAAN ITU DENGAN CARA YANG TIDAK SEPATUTNYA, MALAH IANYA DITUNJUKKAN DENGAN CARA YANG BAIK, APABILA RAKYAT YANG BERAGAMA ISLAM SEDANG MENUNAIKAN SOLAT, RAKYAT YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM PULA MENJADI BENTENG KESELAMATAN KEPADA MEREKA YANG SEDANG BERSOLAT.
DI MALAYSIA PULA BAGAIMANA ?
ASSALAMUALAIKUM :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
renungan bersama.. :)
ReplyDeletebetultu, kalau di malaysia konon mo tuntut keadilan n keamanan rakyat, tp handred persen melalui kuasa politik yg entah apa2, skandal rasuah yg boleh bikin rakyat panassss.
ReplyDelete