Thursday, November 5, 2009

RAMBUT OH RAMBUT....

ASSALAMUALAIKUM PEMBACA-PEMBACA BLOG ANA YANG DIRAHMATI ALLAH SWT...
POST ANA KALI INI ADALAH ADAPTASI DARI SINI, YANG ANA GARAP MENGIKUT GAYA ANA SENDIRI..
TAPI SEBELUM ITU,TERLEBIH DAHULU ANA MEMOHON MAAF,KERANA POST ANA KALI INI MELIBATKAN INDIVIDU YANG NAMANYA ANA RAHSIAKAN.


DI PENDEKKAN CERITA...
ANA NAMPAK RAMAI SAHABAT-SAHABAT ANA MAIN BENDA 'TAGGED'.ALA,MACAM FRIENDSTER TU...



DARI SITU ANA DAPAT IDEA...
ANA NAK SKODENG SAHABAT-SAHABAT ANA NI MELALUI TAGGED.
ANA ADA BUAT SATU PROFILE TAU,TAPI LANGSUNG TAK LETAK GAMBAR ANA DALAM TU,SEBAB TAK NAK ORANG TAU SIAPA ANA NI..
ANA SUKA TENGOK DAN MENCARI PROFILE STUDENT KAT TEMPAT ANA BELAJAR,BUKAN NAK MENCARI TEMAN HIDUP ATAU TEMAN UNTUK PEGI TIMES SQUARE,(HEHEHEHE),TAPI HENDAK MENINJAU APA YANG MEREKA BUAT KAT TAGGED TU...

ANA JUMPA MACAM-MACAM KERENAH SAHABAT-SAHABAT.YANG PALING MENARIKNYA,GAMBAR BERSAMA KEKASIH HATI YANG TERCINTA...
ISH..ISH..ISHH....
KALAU BOLEH ANA NAK BUAT TAYANGAN PERDANA GAMBAR-GAMBAR PASANGAN ROMANTIK TU,TAPI ANA TAK MAHU LA MALUKAN ORANG KAN...

MALAM SEMALAM ANA ADA TERJUMPA PROFILE SEORANG HAMBA ALLAH SWT..
LEPAS TU,ANA POST COMMENT KAT DALAM PROFILE DIA...AYAT LEBIH KURANG MACAM NI LA...

"SMEKUMM...LAWA GAMBAR..UPLOD LA BANYAK LAGI..LAGI BANYAK LAGI BAGUS...BAGI ORANG RAMAI TENGOK...KAN BEST..HEHEHE.."

NAK TAU APA YG JADI KEESOKAN HARINYA????



DIA HANTAR MESEJ PROTES KAT ANA...
"ade masalh ke?!"

NAMPAKNYA TEGURAN BERKIAS ANA TELAH DAPAT DIKESAN ISI KANDUNGANNYA...

LAGIIII....




SO,NI ANA NAK PASTE INPUT DARI LAMAN WEB YANG KAT ATAS SEKALI TU..

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".


Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

(Riwayat Muslim)


Balasan bagi orang yang melanggar larangan Allah, ialah azab yang amat pedih, antaranya:

* Balasan wanita yang membuka rambut kepalanya selain suaminya, akan digantung dengan rambutnya di atas api neraka sehingga menggelegak otaknya, berterusan selama ia tidak menutupnya.

* Dada yang sengaja dibuka atau ditonjolkan supaya kelihatan seksi, akan di gantung atas api neraka dengan pusat dan buah dadanya diikat dengan rantai neraka sebagai penggantungnya.

* Betis dan paha yang terselak-selak, sedia untuk dipanggang..pedihnya tidak terkira.


BEGITULAH ANTARA PERKARA YANG ANA INGIN KONGSIKAN...
BEGINILAH KITA DI AKHIR ZAMAN..
SEPATUTNYA KITA BERTERIMA KASIHLAH KEPADA ORANG YANG MENEGUR KESILAPAN KITA,SEKIRANYA TERNYATA KITA TELAH MELAKUKAN KESILAPAN..
TETAPI,DALAM KISAH BENAR INI,ANA TELAH DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MENJAGA TEPI KAIN ORANG,SEDANGKAN ANA CUMA MENJAGA KEPENTINGAN DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANA SEBAGAI SEORANG SAHABAT DAN SEORANG MUSLIM UNTUK MENEGUR DAN MENGINGATKAN SAHABAT YANG LAIN...
SALAH KAH ANA MENEGUR ???
JAWAPANNYA,ANTUM SEMUA FIKIRKAN.....

6 comments:

  1. Wo... man! Panjang jugak dalil-dalil tu.
    Hmm... aku rasa SIS dgn JAG memang sokong awek sorang nih. Human rights katakan.

    ______________________________________________
    KEEP ON BLOGGING!

    ReplyDelete
  2. DALIL TU BIAR PANJANG..
    SEBAB DALIL TU BUKTI...
    ORANG TAK PERCAYA KALAU KITA CAKAP KOSONG TANPA BUKTI YANG SAHIH DAN KUKUH...
    NAH,DENGAN DALIL,SEBARANG SANGKALAN DAN KETIDAKPUASHATIAN BOLEH DIPATAHKAN...

    ReplyDelete
  3. La.... apasal tutop gambar pompuan tu... baru nak investigate nih. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...