Thursday, January 13, 2011

BAIK DIAM

IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST GRACIOUS, MOST MERCIFUL.

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABATKU YANG BIJAKSANA SEKALIAN..
RINDU UNTUK BERSUA DENGAN ANTUM SEMUA !
SERIUS X TIPU :)

KITA MULAKAN POST INI DENGAN SATU SOALAN.
APA RESPON ANDA APABILA MENDENGAR PEREMPUAN MENYANYI DENGAN SUARA YANG TINGGI ALA ANUAR ZAIN & PEJAL TAHIR ?
X CUKUP LAGI DENGAN ITU, SUARA TU DILUNAKKAN DENGAN NADA MANJA ALA-ALA GEDIK GITU !

OK.
NI ANTARA JAWAPAN YANG MUNGKIN KITA TERIMA JIKA KITA TANYA DENGAN ORANG LAIN .

- BIASA JE PUN..X ADA MASALAH LA..

- NO KOMEN, YANG PENTING SEDAP..

- EH..HARAM TU..

- BOLEH KOT..

- GUA SELALU G KAROK DENGAN AWEK GUA! LU SEBOK APE HAL ?

- NYANYI BOLEH, TAPI MESTI KENA DENGAN ADAB2NYA..

- PE YANG PELIK SANGAT ?


SO, MANA ANTARA JAWAPAN YANG PALING SESUAI ATAU MANA SATU JAWAPAN YANG DEKAT DENGAN ANDA ?

TERIMA KASIH KERANA MEMBERIKAN JAWAPAN..
( MACAM INTERBIU LAH PULAK ! )

PERKARA NI NAMPAK MACAM REMEH, KURANG PENTING KAN..
TAPI X APA, KITA CUBA UNTUK PERMUDAHKANNYA.

SUARA WANITA, SEBAIKNYA TIDAK MELEBIHI HAD YANG SEPATUTNYA.
MAKSUDNYA DI SINI, TIDAK PERLU TINGGI DAN MENDAYU-DAYU.

KURANG SESUAI UNTUK WANITA JIKA MENGELUARKAN SUARA DALAM NADA YANG BERALUN-ALUN, NADA MANJA, MENGGODA DAN MELUNAKKAN SUARA HINGGA BOLEH MENDATANGKAN KEINGINAN YANG TIDAK BAIK TERHADAP DIRINYA, OLEH ORANG YANG MENDENGAR SUARANYA ITU. KEINGINAN YANG TIDAK BAIK ITU TERMASUKLAH FITNAH,RASA KURANG SENANG,NAFSU YANG TIDAK BAIK DAN SEBAGAINYA.

TELAH BERFIRMAN ALLAH SWT DALAM SURAH AL-AHZAB AYAT 32, YANG BERMAKSUD:

"WAHAI ISTERI-ISTERI NABI, KAMU SEMUA BUKANLAH SEPERTI MANA-MANA PEREMPUAN YANG LAIN KALAU KAMU TETAP BERTAQWA. OLEH ITU JANGANLAH KAMU BERKATA-KATA DENGAN LEMBUT MANJA
(SEMASA BERCAKAP DENGAN LELAKI ASING) KERANA YANG DEMIKIAN BOLEH MENIMBULKAN KEINGINAN ORANG YANG ADA PENYAKIT DALAM HATINYA (MENARUH TUJUAN BURUK KEPADA KAMU), DAN SEBALIKNYA BERKATALAH DENGAN KATA-KATA YANG BAIK (SESUAI DAN SOPAN)."

AYAT INI JELAS MENYATAKAN BAGAIMANA SEHARUSNYA WANITA MENGELUARKAN SUARANYA KEPADA ORANG YANG BUKAN MUHRIMNYA, SERTA KENAPA WANITA PERLU BERBUAT DEMIKIAN.

WANITA BOLEH BERSUARA DI HADAPAN ORANG LAIN, WALAUPUN DENGAN ORANG YANG BUKAN MUHRIMYA,CONTOHNYA DALAM MENYAMPAIKAN ILMU, MENYUARAKAN PENDAPAT, MEMBERI NASIHAT DAN PERKARA-PERKARA BAIK YANG LAIN, TETAPI, HARUSLAH TIDAK MENYALAHI APA YANG TELAH DIGARISKAN OLEH ALLAH SWT, IAITU BERKATA-KATA DENGAN NADA LEMBUT DAN MANJA, KERANA SUARA YANG SEDEMIKIAN HARAM HUKUMNYA, TAPI TIDAK KEPADA SUARA WANITA ITU SENDIRI.

DALAM SEPOTONG HADIS NABI MUHAMMAD SAW YANG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH BUKHARI & MUSLIM, "SESIAPA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH SWT DAN HARI AKHIRAT, HENDAKLAH DIA BERKATA YANG BAIK, ATAU DIAM.."

MAKA, SEBAIKNYA KITA ( LELAKI ATAU PEREMPUAN ) DIANJURKAN OLEH NABI MUHAMMAD SAW UNTUK BERCAKAP MENGENAI HAL-HAL YANG BAIK, DAN SEBAIKNYA DIAM JIKA TIDAK ADA HAL YANG PENTING UNTUK DISUARAKAN.

SABDA NABI MUHAMMAD SAW:


”BARANGSIAPA YANG BANYAK PERKATAANNYA,
NESCAYA BANYAKLAH SILAPNYA. BARANG SIAPA YANG BANYAK SILAPNYA,
NESCAYA BANYAKLAH DOSANYA. DAN BARANGSIAPA YANG BANYAK DOSANYA,
NESCAYA NERAKA LEBIH UTAMA BAGINYA”. (RIWAYAT ABU NAIM)



TAPI, X ELOK PULA KALAU DIAM X BERTEMPAT DAN X TEPAT PADA MASANYA, NANTI ADA PULA YANG KATA KITA NI SOMBONG.. :)

DENGAN IZIN ALLAH SWT, SEMOGA APA YANG KITA BICARAKAN INI BOLEH MENJADI PERINGATAN DAN MANFAAT KEPADA DIRI SAYA SENDIRI YANG MASIH PERLU BANYAK BELAJAR, DAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEMUA. SAMA-SAMA KITA AMALKAN SETIAP AMALAN YANG MEMBERI KEBAIKAN DAN MANFAAT KEPADA KITA.

ILALLIQO' SAHABAT-SAHABATKU..

JOM ZIARAH BLOG INI !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...