Sunday, August 29, 2010

MELAYU NAN SEMAKIN LAYU

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

POST KALI INI BUKANLAH BERTUJUAN UNTUK BERPOLITIK, TETAPI SEKADAR UNTUK RENUNGAN BERSAMA..

JIKA DIZAHIRKAN POST KALI INI DALAM BENTUK VISUAL, SEMEMANGNYA MENGAIBKAN PIHAK YANG TERLIBAT, KERANA IANYA MELIBATKAN SATU REALITI YANG TIDAK BOLEH DISANGKAL LAGI KESAHIHANNYA.

AHAD LEPAS ANA BERSIAR-SIAR DI SEKITAR KUALA LUMPUR UNTUK MEMBELI BARANG KEPERLUAN. TERSANGAT SAKIT HATI DAN MATA MELIHAT SAUDARA SEISLAM YANG BERBANGSA MELAYU SEPERTI TIDAK MEMPUNYAI IDENTITI YANG MENYENANGKAN MATA YANG MELIHAT, MALAHAN SECARA TERUS MENJATUHKAN NILAI SERTA KEMULIAAN AGAMA.
ASTAGHFIRULLAH......

ANA MELIHAT RAMAI REMAJA-REMAJA TIDAK MENGHIRAUKAN ASPEK PEMAKAIAN DAN IMEJ MEREKA. MEREKA LEBIH CENDERUNG UNTUK MENIRU BULAT-BULAT APA YANG MEREKA LIHAT TANPA MENGKAJI IMPAK DARI SUDUT PRO DAN KONTRANYA..

PEDIH HATI INI, TIDAK DIHIRAUKAN LANGSUNG KEMULIAAN BULAN RAMADHAN, KERANA ANA MELIHAT BUKAN SATU, BUKAN SEORANG, TETAPI RAMAI JUMLAHNYA YANG BERDUA-DUAAN SEDANG MENIKMATI HIDANGAN MAKAN TENGAHARI DI BEBERAPA KEDAI MAKANAN SEGERA ( McD, KFC, DLL ), PAKAIAN, TIDAK PERLU DIPERKATAKAN LAGI, SMEMANGNYA GADIS MELAYU SUKA MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG MENGIKUT BENTUK PAHA HINGGA KE BUKU LALI, BAJU SEPARUH DAN PALING ANA BENCI PAKAI TUDUNG DAN MEMAKAI SELUAR SKINNY YANG LANGSUNG TIDAK MENAMPAKKAN KECANTIKAN !!!! BENCI !!!

YANG LELAKI APA KURANGNYA..
SELUAR PENDEK..
BAJU MACAM BAJU PEREMPUAN..

BULAN PUASA TU !!

KALAUPUN ADA AWEK SEKSI YANG MENEGUR PEMAKAIAN ANA ( CUKUP LAH BILA ANA PAKAI BAJU LONG SLEEVE & SELUAR PANJANG ),

" bang, x panas ke pakai baju long sleeve tengahari bute ni ??"

KALAU DIBERI PELUANG UNTUK ANA MENJAWABNYA, " DIK, PANAS LAGI DUK DALAM NERAKA NANTI.."

TU BARU MUQADDIMAH...

OK..

NANTI KITA SAMBUNG LAGI...
ASSALAMUALAIKUM...

Tuesday, August 24, 2010

KEMBARA DUA SHOUTER !



PERJALANAN DARI CHERAS DIMULAKAN DENGAN MENDENGAR LAGU-LAGU SHOUHAR BERULANG KALI BEBERAPA MALAM SEBELUM KONSERT INI BERMULA.
TANGGAL 17 JULAI 2010 TELAH DATANG, MAKA ANA DAN TEMAN SEBILIK ANA U.D.B BERSETUJU UNTUK BERJUMPA DI STESEN KTM NILAI, KERANA BELIAU BERTOLAK DARI SHAH ALAM PETANG ITU.



SELESAI SOLAT MAGHRIB DI SALAH SEBUAH MASJID DI PEKAN NILAI, ANA MENDAPAT MESEJ DARI U.D.B, BELIAU TELAH SELAMAT SAMPAI DI STESEN KTM NILAI.



KAMI SINGGAH MENYANTAP SEBENTAR DI SEBUAH KEDAI MAKAN BERSEBELAHAN MYDIN. MENU KAMI : NASI + SUP DAGING. MEMANG LAZEEZZZ...



SELEPAS SELESAI MENYANTAP,KAMI TERUS BERLEGAR-LEGAR DI PERHENTIAN BAS NILAI UNTUK MENCARI TEKSI YANG AKAN MEMBAWA KAMI KE STADIUM TERTUTUP N


INI ANTARA PERSEMBAHAN SHOUTER YANG ANA DAPAT PERTONTONKAN KEPADA ANTUM, KAMI TIADA DALAM VIDEO INI, KERANA POSISI KAMI BETUL-BETUL DI HADAPAN PENTAS KETIKA ITU.




SELEPAS PERSEMBAHAN SHOUHAR TAMAT, ANA DAN U.D.B TERUS BEREDAR DARI STADIUM.
DI LUAR STADIUM, KAMI SEMPAT MENGAMBIL FOTO BERSAMA AKHI RADEN CANDRA SUKMA KELANA.

SANGAT PUAS HATI DAPAT MERASAKAN GEGARAN SHOUHAR DI HADAPAN MATA.
SEMOGA DAPAT BERJUMPA LAGI !!

TITPAN KATA AKHI HILMAN ROSYAD SIHAB ( VOKALIS SHOUHAR )

1 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD !
2 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD FI SABILILLAH !
3 KATA UNTUK PALESTINA ! JIHAD FI SABILILLAH WALLAHU AKBAR !

NADA SPEAKER BERISI

ASSALAMUALAIKUM IKHWAN AKHWAT SEMUA..
DI KEBOSANAN INI..
ANA MENYALURKAN BEBERAPA LINK TERUS UNTUK MEMUAT TURUN LAGU-LAGU SANTAPAN ROHANI UNTUK ANTUM SEMUA. SEKURANG-KURANGNYA, SAMBIL KITA BERHIBUR, SAMBIL KITA MENGISI KEKOSONGAN ROHANI KITA, SECARA TIDAK LANGSUNG, MENDEKATKAN DIRI DENGAN RABB MELALUI HIBURAN,BUKANNYA MENJAUHKAN DIRI DARINYA MELALUI HIBURAN..

SHOUTUL HAROKAH - BANGKITLAH NEGERIKU



1. Opening Album
2. Bangkitlah Negeriku
3. Harapan Itu Masih Ada
4. Bingkai Kehidupan
5. Ini Langkahku
6. Gelombang Keadilan
7. Indonesia Memanggil
8. Lirih Pembebas
9. Merah Saga
10. Mujahid Setia
11. Cita Pemuda
12. Tekad Perjuangan
13. Palestina Tercinta

MUAT TURUN SHOUTUL HAROKAH : TEKAN DI SINI


MAHER ZAIN - THANK YOU ALLAH



1. Always Be There
2. Ya Nabi Salam Alayka
3. Insha Allah
4. Palestine Will Be Free
5. Thank You Allah
6. Allahi Allah Kiya Karo (feat. Irfan Makki)
7. The Chosen One
8. Baraka Allahu Lakuma
9. For the Rest of My Life
10. Hold My Hand
11. Awaken
12. Subhana Allah (feat. Mesut Kurtis)
13. Open Your Eyes

MUAT TURUN MAHER ZAIN : TEKAN DI SINI


OPICK



THE BEST OF OPICK

01 Takdir ft. Melly Goeslaw
02 Satu Rindu ft. Amanda
03 Ya Rasul ft. Wafig Azizah
04 Teranglah Hati ft. Pandawa Lima
05 Ya Rabbana ft. Ust. Jefri
06 Cukup Bagiku ft. Gito Rollies
07 Alhamdulillah ft. Amanda
08 Taqwa
09 25 Nabi
10 Irhamna
11 Tombo Ati
12 Bismillah
13 Astaghfirullah (Istighfar)
14 Buka Mata Buka Hati
15 Kembali Pada Tuhan

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI

ISTIGHFAR

01. Opick - Astagfirullah (Istighfar)
02. Opick - Alhamdulillah (Ft. Amanda)
03. Opick - Kesaksian Diri
04. Opick - Ya Robbana (Ft. Ustad Jefri)
05. Opick - Allah Maha Besar
06. Opick - Shalawat Nabi
07. Opick - Kembali Pada Allah
08. Opick - Cukup Bagiku (Ft. Gito Rollies)
09. Opick - Bila Waktu Tlah Berakhir
10. Opick - Tombo Ati ( Obat Hati )

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI

SEMESTA BERTASBIH

01 Taqwa
02 Irhamma
03 Takdir
04 Teranglah Hati
05 25 Nabi
06 Semesta Bertasbih
07 Bismillah
08 Satu Rindu
09 Buka Mata Buka Hati
10 Ya Rasul

MUAT TURUN : TEKAN DI SINI


INI ADALAH BEBERAPA ALBUM YANG MENJADI 'FAVOURITE' ANA. BUKA SPEAKER, MESTI ANA MAINKAN MANA-MANA LAGU DARI 3 ALBUM DI ATAS. SERONOK !

INSYALLAH, SEMOGA PERKONGSIAN ANA MENJADI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA, DAN JANGAN LUPA SAHABAT-SAHABAT SEMUA, DI SEBUT DI DALAM SURAH AL-QASAS AYAT 55, " DAN APABILA MEREKA MENDENGAR PERKATAAN YANG SIA-SIA ( LAGHA ), MEREKA BREPALING DARIPADANYA"

SELAMAT BERHIBUR..

Monday, August 9, 2010

SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK




ASSALAMUALAIKUM PARA SAHABAT PEMBACA SEKALIAN..
JOM KITA NYANYI SIKIT...

"..KITA 1 BANGSA KITA 1 NEGARA.."

1 MALAYSIA ??
PASTI SATU ??

TAPI, SELALU ANA DENGAR PERNYATAAN ATAU STATEMENT YANG SAMA MAKSUD DENGAN PENEKANAN UNTUK MEMISAHKAN DAN SECARA TIDAK LANGSUNG PENAFIAN DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA.

INILAH AYATNYA..

"...kita akan adakan promosi secara besar-besaran di SELURUH Malaysia TERMASUK Sabah dan Sarawak..."

PERKATAAN YANG DIBERI PENEKANAN DI SINI IALAH PADA PERKATAAN 'SELURUH'

JOM KITA TENGOK DEFINISI DUA PERKATAAN ITU.

SELURUH

OK.

KALAU SUDAH FAHAM MAKSUD PERKATAAN SELURUH, KENAPA PERLU DIGUNAKAN PERKATAAN TERMASUK ?

SEPERTINYA SABAH DAN SARAWAK ADALAH NEGERI YANG DI LUAR MALAYSIA.

BUKANNYA MENYALAHKAN MANA-MANA PIHAK, CUMA MEMPERBETULKAN KESILAPAN BAHASA YANG TERDAPAT DALAM KEBIASAAN SEHARIAN KITA.

DALAM MASA YANG SAMA, APA YANG DIKELUARKAN DARI PERNYATAAN KITA, SECARA TIDAK LANGSUNG BOLEH MEMBAWA PEMAHAMAN ORANG LAIN KEPADA MAKSUD YANG LAIN. BAGI ORANG NEGARA LAIN, SEKIRANYA TERDENGAR PERNYATAAN TADI.



"..eh, Sabah & Sarawak tu kan negeri dalam Malaysia, kenapa mereka gunakan perkataan termasuk, sedangkan tadi mereka cakap seluruh Malaysia..?"

SERIBU KEMAAFAN SEKIRANYA POST KALI INI MEMBUANG MASA ANTUM SEMUA, CUMA ANA INGIN MEMBAWA SEJENAK MINDA KITA KE RUANGAN PEMIKIRAN YANG LAIN WALAUPUN SEKECIL-KECIL PERKARA, BOLEH KITA PERBESARKAN SEKIRANYA IA BERPOTENSI UNTUK MENJADI PERKARA YANG BESAR SATU HARI NANTI.

SEBELUM IANYA JADI KENYATAAN, LEBIH BAIK KITA CEGAH DAHULU DARI SEKARANG..

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT BERFIKIR...

Monday, August 2, 2010

ASYIK-ASYIK CAKAP PASAL PALESTIN !!



Acapkali diperkatakan serta menjadi topik hiwar utama yang bertemakan “Free Palestine”, “Bebaskan Palestin” yang terpampang di media massa. Masing-masing meledakkan pendapat yang berjela-jela mengenainya dengan penuh semangat yang jitu bergantung kepada medium yang digunakan, ada yang menjerit dengan penuh rasa dan nada protes, menulis dengan bahasa yang penuh dengan ekspressi kebencian kepada sang penindas yang tidak kenal maksud perikemanusiaan serta berjiwa zalim, dialah yang dikenali dengan nama Zionis, Israel dan Yahudi.
Tapi kenapa harus bumi Palestin yang menjadi landasan untuk mereka meledakkan bom, peluru serta menjadi arena pembunuhan dan menumpahkan darah-darah suci mereka yang tidak berdosa?
Israel cuba untuk menakluk Palestin sejak sekitar tahun 1946, dan kini ruang untuk saudara kita di Palestin untuk terus bernafas semakin minima ditemani dengan suara mesin-mesin pemusnah yang bersahutan siang dan malam yang lebih lantang dan kencang jika dibandingkan dengan warga Palestin yang cuba untuk bangun dan melawan hanya dengan melempar serpihan-serpihan kelikir yang dahulunya adalah rumah dan bangunan di tempat mereka.


Palestin akan sentiasa menjadi rebutan kerana ada padanya tanah suci Baitul Muqaddis,sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Salahuddin Al-Ayubi, “barangsiapa yang menguasai Palestin, maka mereka akan menguasai dunia”.
Bukan setakat itu sahaja, Rasulullah dan para sahabat pernah bersolat menghadap kearah masjid Al-Aqsa selama 16 bulan sebelum Allah SWT mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Bumi Palestin inilah tempat di mana turunnya wahyu kepada para anbia serta tempat yang penuh keberkatan dengan nilai-nilai spiritual dan di sinilah juga Rasulullah melakukan Isra’. Amatlah dekat kedudukan Palestin di hati umat Islam di seluruh dunia
Subahanallah. Sesungguhnya mereka yang tertindas itu adalah saudara kita! Sudahkah kita berdoa untuk kesejahteraan hidup mereka? Adakah kita peduli tentang mereka? Ingatlah, sesungguhnya Rasulullah telah bersabda, “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka dia bukanlah dari kalangan mereka”.
Tidakkah terdetik di hati kita walaupun sekelumit rasa kasihan kepada warga Palestin yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, makanan, keluarga dan kebebasan yang mereka tidak pernah kecapi?
Kita tidak mampu untuk berperang bersama membantu mereka di sana, namun begitu masih ada jalan lain untuk kita berjuang menafikan kekangan Yahudi laknatullah untuk terus mencengkam dengan pelabagai cara mengikut kemampuan serta kelebihan yang kita ada. Gunakanlah seberapa banyak medium yang boleh seperti laman sosial, blog, risalah, gambar dan sebagainya agar dapat kita sebarkan hasrat suci untuk membantu saudara kita yang semakin ramai dipijak dan dijadikan santapan mesin pemusnah Zionis.
Meskipun kita tidak hebat dari aspek jasmani, tetapi kita tetap akan bangkit menentang dengan kekuatan rohani yang teguh bersenjatakan doa yang diledakkan tanpa henti serta bertahan dengan perisai iman yang tidak gentar menerima tentangan.
Kini, seramai 1.5 juta rakyat Palestin di Gaza sudah dikepung sejak 2006 dengan seksaan yang tidak pernah kita bayangkan daripada pelampau Israel sehingga tanah kelahiran mereka menjadi penjara yang paling besar buat mereka dan angka tersebut akan terus bertambah setiap hari jika kita terus lalai dalam memperjuangkan hak saudara seagama.

Jangan pernah berhenti melepaskan tembakan peluru-peluru doa, jangan pernah takut untuk terus menggertak Yahudi laknatullah, bangkitlah umat Islam!
Alhamdulillah.Masih belum terlambat untuk kita menegakkan panji-panji Islam yang kian layu berkibar, dan yakinlah bahawa umat Islam di seluruh dunia melangkah bersama untuk membantu saudara kita yang tertindas di bumi jihad Palestin.
Allahuakbar! Sesungguhnya sebesar-besar tarbiyah Allah kepada kita adalah melalui ujian yang pelbagai bentuk. Cengkaman ke atas Palestin adalah ujian kepada umat Islam di seluruh dunia untuk kembali bersatu untuk terus berjuang menegakkan agama Allah dari terus dikecam dan seharusnya kita mengambil iktibar atas apa yang telah terjadi kepada sebilangan besar saudara kita yang tertindas, begitu tabah dan kentalnya iman mereka dalam mempertahankan Islam, tidak seperti kita yang sentiasa bergelumang dengan kemewahan dan kesenangan yang sebenarnya hanya mengaburi hati kita dalam menempuhi kehidupan dunia yang serba sementara ini. Allahuakbar!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...