Sunday, February 17, 2013

KISAH BENAR | Penunjuk jalan


Bismillah..
Allohumma solli 'ala sayyidina Muhammad

Assalamualaikum semua rakan-rakan pembaca.

Gambar Hiasan

Menyempatkan jari-jemari ligat dengan tugas lain untuk menyambar halaman ini, meninggalkan sesuatu yang ingin dikongsi bersama.



Dimulakan cerita, 17 Februari 2013 bersamaan 6 Rabiulakhir 1434H, diadakan majlis mawlid dan qasidah di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras.

Aku berazam untuk pergi.

Masanya tiba juga.

Alhamdulillah, tiada halangan untuk pergi.

Aku cuba google map dulu tempat tu. Ok, boleh jalan.

Bila sampai saja di kawasan Alam Damai, aku ternampak dua orang brader naik motor, pakai kain pelikat & baju Melayu.

"ni mesti pegi sana juga, follow dorang lah."

Kerana aku lupa jalan yang aku tengok dalam google map tadi. Maklum lah, hari sudah gelap & tiada signboard tunjuk arah masjid. Sebab biasanya ada kan?

Aku follow dorang dari belakang.

Sampai satu simpang, aku berselisih dengan dorang.

"pergi mawlid ke?"

"a'ah".

Aku sudah nampak signboard masjid. Tapi kecil.

"mungkin depan lagi."

Aku laju ke depan sikit lagi.

"eh, ini keluar ke jalan besar tadi. Mana masjidnya?"

Tiba-tiba brader 2 orang tadi menyusul.

" dah terlajak bang. Masjid tu ha kat belakang, tak nampak, gelap je tempat tu."

"ok, terima kasih bang :) "

Aku u-turn. Kejar dorang balik. Sempat kejar, dorang bawa slow, mungkin memang tunggu aku.

Sampai di masjid tu, lepas parking, aku jumpa dorang.

"terima kasih bang tunjukkan jalan."

"haha, terlajak, tu lah kami pegi bagitau tu. Tak nampak sangat masjid ni."

Lepas habis majlis, ada jamuan. Seorang pakcik panggil aku untuk cukupkan 4 orang, sebab makan dalam talam. Aku pun apa lagi, terus duduk. Nasi beriyani+ayam goreng+sayur campur+gulai kambing.

Allahuakbar..

Begitulah ceritanya.

Beginilah muslim yang diimpikan dan beginilah muslim yang sebenar.



Tidak kira kau siapa, kenal ataupun tidak, tetap membantu dan saling melengkapi.

Sanggup brader 2 orang tu kejar aku balik semata-mata untuk bagitahu aku sudah terlajak dan bagitahu lokasi masjid tu.

Pakcik tu pun sama. Dia tidak kisah aku siapa. Aku tidak mengenali mereka dan mereka juga tidak kenal padaku. Kami makan setalam bersama, berkongsi lauk yang ada. Teringat suapan untuk sahabat bila mula makan. Tapi, ini bukannya dengan kawan-kawan..hehee..

Thursday, February 14, 2013

Inikah yang dinamakan ujian P ??





Assalamualaikum semua. Maaf, post ini sebenarnya tiada kaitan dengan ujian lesen memandu.
Cuma ada kaitan dengan huruf P saja.
Chill...

Kali ini aku cuba memikirkan jawapan kepada situasi kisah yang berlaku beberapa ketika sejak beberapa bulan yang lalu.
Aku cuba untuk menimbang, menilai dan meneliti dari segenap sisi akan perkara kisah itu.
Adakah ini masalah atau salah satu asam garam yang perlu dihadapi untuk menambahkan pengalaman hidup?

Hidup ! Hidup !

Sekadar bergurau.

Kalau rakan-rakan pembaca sekalian sudi untuk memberikan pandangan, silalah berikan walau sedikit. 

Al-Kisah, cerita itu bermula pada suatu hari..

Seorang peniaga datang bertemu dengan seorang pemuda yang sudah dikenalinya, namun tidak begitu rapat sangat. Pemuda itu Adalah berasal dari sebuah kampung, bertemu dengan peniaga itu di salah sebuah acara di Kuala Lumpur.

"apa khabar wahai anak muda?''

"sihat saja, ada apa gembira semacam ni kawan?"

"saya macam biasalah, orang berniaga mesti gembira. Ok, ini ada barang baru sampai dari Hong Kong, sekarang sudah ramai orang beli. Memang bagus, boleh kasi senang kerja lah itu macam."

Barang itu ialah telefon bimbit yang berskrin sentuh.

"hmm..bagus juga barang ni, tapi aku rasa kalau jual di kampung, boleh, tapi pasaran benda ni di kampung kau faham-faham sajalah macamana kan, bukannya aku menolak."

"alah, kau ambil saja dulu, mesti boleh jalan punya."

"sorry lah kawan, aku bukannya menolak, cuma lebih baik minta orang lain tolong jualkan. Aku ada banyak benda yang perlu dibuat. Lagipun kau sendiri pun faham kan yang aku cakap tadi, orang kampung belum pandai sangat pakai benda ni."

"aduh..kau bawa saja dulu. Mau berapa? Aku kasi 10 saja lah ya. Ok? Nah."

"ok, tapi aku sudah cakap tadi, aku harap kau faham dengan jelas."

"ok..ok..no hal lah..apa-apa hal nanti sms saya ya. Duit kasi bank-in pun boleh.''


Anak muda itu pun berusaha semampu yang boleh untuk membantu peniaga itu menjual barang tersebut, kerana setiap pembelian, ada komisen akan diberikan kepadanya. Dia cuba mencelah di dalam kesibukannya bekerja untuk cuba menjual barang itu.

Namun, seperti yang dijangkakan, memang barang itu tidak sesuai untuk dijual di tempatnya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukannya.

Bertemu bersua muka dengan orang sudah, disebarkan di laman sosial dalam sasaran yang mempunyai peratus untuk membeli yang tinggi juga sudah.

Hanya itu yang mampu dilakukannya dengan masa yang sangat terbatas.

Ada juga rakannya yang lain yang boleh membantu, namun, orang juga ada keperluan dan urusan masing-masing, memandangkan barang itu memang sangat berguna, tapi orang di sekitarnya termasuk golongan sasaran juga seperti tidak menunjukkan minat yang baik untuk membelinya.

Ah ! Gawat !

Peniaga itu sudah menghubunginya !

"barang sudah habis kah? Nanti duit you kasi bank in ya."

"laku 1 saja la kawan. Susah mau jual di sini."

" it's ok, nanti you kasi bank in itu wang, barang yang belum jual tu pulangkan sama saya ya."

Gulp... Tersentak si pemuda itu. Dia yang tinggal di Pahang, si peniaga itu pula tinggal di Pulau Pinang.

"Barang ni bukannya sikit. Kalau hantar guna kurier, selamat atau tidak? Siapa mau biaya kos penghantaran? Aku?"

Katanya dalam hati.

Untuk memutuskan perbicaraan, si pemuda itu pun memberitahu untuk memasukkan wang hasil jualan barang itu ke dalam akaun bank si peniaga tersebut.

Dia termenung dan berfikir..

"kalau dia yang suruh aku bawa dan jual, kenapa aku pula yang perlu hantar balik? Aku sudah cakap, cari orang lain. Dia tetap paksa aku. Bila sudah jadi macam ni, masalah aku bukannya dia yang tanggung. Dia bukannya tahu apa masalah aku di sini. Yang dia tahu, bila boleh hantar, bila boleh hantar. Aku yang terkial-kial ni pula yang serabut.........................

Bila fikir balik, aku ni betul-betul ikhlas atau tidak tolong dia berniaga?
InsyaAllah, aku sudah cuba sebaik yang mungkin, aku cuba juga untuk dapatkan pembeli. Aku tidak duduk diam. Aku cuba promosikan. Aku cuba untuk jual, dan aku dapat juga pembeli.

Kenapa dia libatkan aku dalam hal ini ?

Kenapa lah aku terima juga haritu.....?

Tapi aku dipaksa sebenarnya. Aku sudah menolak dengan cara baik.

Dia yang paksa aku.

Kalau aku boleh beri kerjasama pada dia, kenapa dia tidak boleh mudahkan kerja aku yang asalnya dia yang bagi dulu?

Dia bagi barang tu free, komisen tu aku tidak kira sangat, tapi dia minta pulangkan barang yang tidak terjual tu guna ongkos aku pula.

Kenapa ???????????????????????????????????????????????? "

(Huruf P tu sebenarnya ialah PATIENCE...........................................)

Wednesday, February 13, 2013

KONTROVERSI | Valentine yang dinanti ??

Bismillah..

Assalamualaikum..
Alhamdulillahi Robbil 'alamin~
Allohuma solli 'ala Sayyidina Muhammad ~


Hari Valentine. Hari yang dinanti-nantikan. Mungkin oleh sesetengah orang. Mungkin oleh sebilangan orang. Mungkin oleh sekelompok orang. Mungkin.

Mungkin juga ada yang menanti bukan untuk menyambut atau mengiktraf akan adanya sambutan ini dan sebagainya.

Kenapa aku kata dalam tajuk di atas, 'yang dinanti'?

Banyak benda lah kenapa dinanti.

Dari aspek pro dan kontranya.

Baik,

Mari kita lihat dari pelbagai sisi yang mungkin tidak atau selalu sangat sampai korang pun boring tengok dibicarakan atau diketengahkan.

Dalam entri ini, aku tidak akan membincangkan soal maksud perkataan Valentine, siapa makhluk yang bernama Valentine dan ada apa dengan sambutan hari berkenaan pada zaman dahulu. 

Selain itu, aku juga enggan membahaskan sambutan yang jatuh pada tarikh 14 Februari ini macam seorang ustaz. Rilek-rilek sudah. 

Dalam facebook sebelum ini, ramai rakan-rakan share dan post tentang HARAMnya sambutan Hari Valentine (HV) ini. Dalam masa yang sama, rakan yang belum mendapat hidayah untuk memeluk Islam pula pelik dan ada juga yang terdetik untuk kata yang lebih kurang macam ni, " jangan kaitkan HV dengan agama dan sebagainya, terpulang kepada individu untuk sambut, duk sebut haram apa hal".

It's ok, tiada masalah. Terpulang kepada mereka untuk berkata begitu.

Dalam sudut lain pula, ada juga yang sependapat dengan frasa tadi, terpulang kepada individu untuk olah benda tu (HV) samada dengan positif atau sebaliknya, yang duk sibuk kata haram apa hal, keluar minum teh tarik dengan awek pun haram. Mau jadi ustaz ka apa lu ??"

Rilek. 

Kita scroll sikit lagi, terjumpa pula dengan mesej-mesej para penda'wah dengan kata-kata dan ayat-ayat power untuk menegah akan kebejatan yang berlaku daripada HV, ada pula para penghukum yang mendakwa dirinya seorang penda'wah dengan mengutuk dan mencerca golongan-golongan yang sedang hangat bercinta, "apakah bodoh sangat lah korang ni, da tau couple tu haram, buat jugak, nak masuk neraka ke?".

Oh ya, tadi aku kata kenapa aku guna perkataan dinanti kan?

Ok. 

Bagi aku, hari ini dinantikan sebab ini peluang baik untuk memperjelaskan konsep perhubungan antara lelaki dan perempuan mengikut tatacara yang elok dan tertib berlandaskan tuntutan agama yang sememangnya menanjurkan akan kebaikan dalam setiap aspek dan perkara yang dilakukan.

Syabas dan tahniah kepada mana-mana individu, badan, pertubuhan dan sebagainya yang menjayakan kempen 2,3,4,5,6,7 dan sebanyak mungkin dalam 1 perkara, iaitu mendepani isu sambutan HV ini.

Aku cuba rungkaikan kenapa aku kata dinantikan dalam tajuk post ini (berapa kali ulang daa) kepada beberapa skop kecil yang mungkin kita boleh kata, "hmm..betul juga" atau "boring juga.."..

1) Peluang.
Kenapa aku kata HV ini adalah satu peluang?
Banyak perkara yang boleh kita buat yang sebelum ini mungkin tiada ruang atau menunggu saat yang baik untuk melaksanakannya. Contohnya, untuk memohon ampun dan maaf yang sebenarnya dianjurkan untuk kita melakukannya sekerap yang mungkin, tapi kita cuma tunggu peluang yang baik untuk melakukannya, iaitu tunggu hari raya. 

Begitu juga dengan isu HV.

Aku katakan ia sebagai satu peluang yang baik untuk kita cuba masuk menyelinap ke tengah-tengah masyarakat untuk memberi penerangan yang jelas, kenapa keluar fatwa HARAM bagi umat Islam menyambutnya, supaya kita ada modal untuk memberi penerangan kenapa kata haram, kita tampilkan dengan hujah yang jelas, mudah difahami dan diterima mengikut aras kefahaman si penerima, supaya kita tidak mengatakan sesuatu itu haram dengan cakap kosong, tanpa memberitahu kenapa ianya haram, apa sebab-sebabnya, apa kesannya kepada masyarakat dan sebagainya, sudah pasti dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran komunikasi yang baik.

Selain itu, ia juga satu peluang yang baik dalam merungkaikan salah faham konsep percintaan fitrah yang kian disalah ertikan oleh mereka yang sedang hangat berabang dan bersayang walaupun pada hakikatnya mereka tiada ikatan yang sah dari segi syari'e. Kenapa ia boleh jadi satu peluang yang sangat baik, bagi mereka yang menunggu peluang untuk mengatakan bahawa couple itu HARAM, inilah masanya atau punch line yang sangat baik !

Antara soalan yang ditunggu ialah, "kenapa kau kata benda ni HARAM?"
Nah, apa lagi, mereka sudah menunjukkan minat untuk mengetahui satu kebenaran yang akan membawa mereka kepada satu dimensi yang baru. Kasi dia cukup-cukup. 

Lagi satu, ini adalah salah satu peluang dan ruang da'wah yang sangat baik dalam menjelaskan akan cara bagaimana agama Islam tampil dalam setiap aspek kehidupan yang tiada terkecuali untuk menyelesaikan masalah kepada rakan-rakan yang bukan beragama Islam.


Kita boleh lihat dengan situasi apabila rakan-rakan kita terlihat atau terbaca akan perkara tentang HARAMnya HV ini di ruangan laman sosial kita. Mereka akan tanya, "kenapa kamu kata itu haram,", "kenapa itu tidak boleh?", "tolong jelaskan, saya kurang faham", dan macam-macam lagi respon dari mereka yang membuka ruang yang seluasnya bagi kita menyampaikan aturan yang telah digariskan oleh Islam.

Lagi satu aku mahu tambah sikit pasal HARAM, ini satu peluang untuk huraikan semula maksud perkataan HARAM tu. Boleh ambil contoh mudah yang kita biasa tengok dalam fesbuk, antara haram pegang babi dan haram pegang orang bukan mahram. Hehehee.. Maknanya, bila sudah diberitahu haram, maka jauhilah.


2) Aplikasi.
Tadi, kita lihat sedikit tentang peluang yang kita boleh manfaatkan. Kali ini kita lihat dari aspek aplikasi. Skop ini lebih menjurus kepada rakan-rakan yang sebelum ini cuma tahu akan kewajipan untuk berda'wah, rukun-rukun dan sebagainya.


Kini tiba masanya untuk aplikasikan segala teori yang telah dimiliki. 
-Bagaimana untuk menyampaikan maklumat mengikut aras kefahaman orang yang menerima maklumat yang disampaikan, 
-Laras bahasa yang digunakan perlu disesuaikan dengan persekitaran, 
-Kemahiran dari aspek membina 'jambatan' untuk memulakan perbualan, kemudian masuk ke dalam topik utama yang ingin disampaikan dengan flow yang cukup cantik, 
-Kata ganti diri yang digunakan, sesuai atau tidak ber 'ana/enta/i' dengan rakan-rakan yang lepak di shopping complex?(haha)
- dan sebagainya..

3) Bina kesedaran untuk 10 tahun akan datang.
Actually, skop kecil yang ketiga ni boleh kata masuk dalam sub tajuk Peluang, tapi oleh kerana aku anggap perkara ni besar, aku masukkan sebagai perkara ketiga yang perlu diperbesarkan. Serius ni.

Adalah menjadi satu kesilapan besar, sekiranya kita berusaha untuk mencegah berlakunya perkara yang tidak diingini daripada berlaku pada tarikh 14 Februari saja. 

TAPI.

Sebelum tu, aku pula yang terlupa untuk cakap kenapa benda ni difatwakan HARAM dan bla3..

Aku ulang semula, aku tidak ulas HV ni dari aspek maksud perkataan Valentine, siapa makhluk yang bernama Valentine dan ada apa dengan sambutan hari berkenaan pada zaman dahulu. 

Ia adalah salah satu punca utama berlakunya masalah sosial yang kian parah dalam kalangan rakan-rakan kita pada haritu, hari ni dan hari esok, dan esok, dan esok......

Seperti yang kita sedia maklum, ia adalah hari kekasih.....grrr..

Mestilah disambut oleh orang yang bercinta. 

Cuma yang geramnya, orang yang bercinta ni menyusahkan diri sendiri dan orang lain!


Malas cerita panjang, bosan tengok berita dalam tv, surat khabar dan internet tentang statistik buang bayi yang semakin meningkat, anak luar nikah semakin ramai, perpecahan/perbalahan antara masyarakat berlaku di sana-sini dan pelbagai kes yang telah berlaku adalah berpunca daripada perkara kecil, iaitu kerana tidak menguruskan perasaan cinta yang menjadi fitrah kepada setiap manusia itu dengan cara yang betul, itu saja!


Oleh itu, ini antara peluang untuk memberi kesedaran akan perlunya kepada menguruskan 'itu' mengikut landasan yang telah digariskan oleh agama, kerana, kesilapan yang berlaku adalah berpunca daripada manusia tidak lagi berpegang kepada aturan yang telah ditetapkan oleh agama. 

Dalam Islam, segala panduan hidup tidak lain dan tidak bukan adalah berlandaskan apa yang telah ditunjukkan di dalam Al-Quran, melakukan semula apa yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, kerana, orang barat sendiri yang bukan beragama Islam mengiktiraf, Nabi Muhammad SAW adalah seorang individu yang memiliki pekerti dan akhlak yang terbaik dan teratas daripada ratusan tokoh hebat yang lain, serta pendapat yang telah disepakati oleh ulama'.

Inilah kesedaran yang perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat, bukan hanya untuk menghindari daripada berlakunya maksiat pada HV, tapi untuk mencegah daripada berlakunya perkara terkutuk itu pada masa akan datang. 

Sanggupkah kita melihat masa akan datang, orang-orang yang menerajui segenap perkara sebagai pemimpin adalah dari generasi yang merisaukan pada hari ini kerana kita gagal menyampaikan atau lupa untuk memberi peringatan?


Apakah kita dapat menikmati hidup dalam sebuah negara yang diimpikan, iaitu sebuah Baldatun Toyyiban wa Robbun Ghofur, sebuah negara yang pesat membangun, tapi ada padanya masyarakat yang bergelumang dengan maksiat. Apakah negara itu bakal diredhai oleh Allah SWT kelak jika tiada usaha untuk cuba membendungnya?

Maaf atas segala isi yang mungkin tidak mencapai objektif sebenar isu yang cuba disampaikan. Aku akui memang boring juga apa yang aku tulis ni, tapi perkara boring inilah yang perlu sentiasa dibiasakan, jangan kerana boring, ia tidak disampaikan lalu menjadikan barah semakin bernanah dan parah.

Komentar dan saranan aku sedia terima, jika ada kesilapan fakta, harap diperbetulkan.

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala alihi wasoh bihi wabarik 'ala Sayyidina Muhammad, walhamdulillahi Robbil 'alamin ~
 


Monday, February 4, 2013

Lirik Nasyid | Ghuraba



غرباء و لغير الله لا نحني الجباه


Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah


غرباء و ارتضيناها شعارا في الحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life


ان تسال عنا فإنا لا نبالي بالطغاة

Inta sal ‘anna fa inna laa nubaali bit-tughaat
If you ask about us, then we do not care about the tyrants


نحن جند الله دوما دربنا درب الاباة

Nahnu jundullaahi dawman darbunaa darbul-ubaa
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path


غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


لا نبالي بالقيود بل سنمضي للخلود

Lan nubaali bil quyuud, bal sanamdhii lil khulood
We never care about the chains, rather we’ll continue forever


فلنجاهد و نناضل و نقاتل من جديد

Fal nujaahid wa nunaadhil wa nuqaatil min jadeed
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start


غرباء هكذا الاحرار في دنيا العبيد

Ghurabaa’ hakazhal ahraaru fii dunya-al ‘abeed
Ghurabaa’ this is how they are free in the enslaved world


غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


كم تذاكرنا زمانا يوم كنا سعداء

Kam tazhaakkarnaa zamaanan yawma kunna su’adaa`
How many times when we remembered a time when we were happy


بكتاب الله نتلوه صباحا و مساء

Bi kitaabillaahi natloohu sabaahan wa masaa`
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


غرباء غرباء غرباء غرباء غرباء

Strangers! Strangers! Strangers!


و لغير الله لا نحني الجباه

Ghurabaa’ wa li ghairillaahi laa nahnil jibaa
Ghurabaa’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah


غرباء و ارتضيناها شعارا للحياة

Ghurabaa’ war tadhainaa haa shi’aaran lil hayaa
Ghurabaa’ have chosen this to be the motto of life

Tonton video lagu ini di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...